07 di bagan datoh - Google Blog Search |
- Dewan Pemuda PAS <b>Bagan Datoh</b>: SAMBUTAN TAHUN BAHARU <b>...</b>
- Pelabuhan Kargo <b>Di Bagan Datoh</b> Bakal Rangsang Ekonomi IMT <b>...</b>
- Wedding Invitation <b>di Bagan Datoh</b> - Yan's Family, Frens, Travel <b>...</b>
Dewan Pemuda PAS <b>Bagan Datoh</b>: SAMBUTAN TAHUN BAHARU <b>...</b> Posted: 01 Feb 2012 09:34 AM PST BAGAN DATOH : Walaupun berbeza bangsa dan agama, namun demi keakraban rakan dalam perjuangan kebangkitan rakyat di negara ini Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh melakukan ziarah ke rumah seorang pimpinan Cina di Bagan Sungai Tiang. Ziarah tersebut adalah sempena meraikan sambutan tahun baharu Cina pada tahun ini. Bertarikhkan 23 Januari lalu, seramai 10 Ajk Dewan Pemuda PAS Kawasan bersama Yang Dipertua PAS Kawasan disambut baik oleh pimpinan kaum cina di sini. Pertemuan yang penuh keharmonian dan keakraban itu memperlihatkan perpaduan semua bangsa di negara ini telahpun dipupuk sekian lama. YDP dan AJK Pemuda PAS Kawasan bersama tuan rumah. Full content generated by Get Full RSS. |
Pelabuhan Kargo <b>Di Bagan Datoh</b> Bakal Rangsang Ekonomi IMT <b>...</b> Posted: 17 Nov 2011 11:40 PM PST Sebuah pelabuhan kargo untuk perdagangan tukar barang dan pukal seperti yang dipersetujui pembinaannya di bawah kerjasana Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) kini 60 peratus siap, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata pelabuhan yang terletak di Hutan Melintang, Bagan Datoh itu kini sedang menjalani pembinaan fasa pertama dengan kos RM60 juta yang merangkumi jeti kargo, jeti penumpang, pusat penjaja dan pasar pemborong. "Apabila siap kelak, ia tidak hanya akan digunakan di bawah IMT-GT, sebaliknya turut membolehkan kapal-kapal kargo dari Myanmar, Bangladesh dan Dubai (UAE) menggunakan kemudahan itu. Pelabuhan ini boleh digunakan oleh kapal-kapal kargo sederhana besar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini pada Rabu. Beliau berkata konsesi pembinaan pelabuhan itu di kawasan seluas 800 hektar itu telah diberikan kepada sebuah syarikat swasta dan apabila siap kelak ia mampu menampung kargo antara 100 dan 1,000 tan metrik. Katanya pembukaan pelabuhan itu juga akan merangsang pelaburan dan ekonomi di negeri Perak serta meningkatkan nilai perdagangan antara Indonesia, Thailand dan Malaysia serta negara-negara Asia Tenggara. IMT-GT dibentuk pada 1993 oleh kerajaan ketiga-tiga negara untuk mempercepatkan perubahan ekonomi di wilayah yang kurang membangun. Pihak swasta memainkan peranan untuk mempromosikan kerjasama ekonomi di bawah IMT-GT. Sejak ia dibentuk, IMT-GT telah berkembang dalam skop geografik dan aktivitinya yang merangkumi lebih 70 juta orang. IMT-GT kini melibatkan 14 wilayah di selatan Thailand, lapan negeri di Semenanjung Malaysia dan 10 wilayah di Sumatera, Indonesia. Full content generated by Get Full RSS. |
Wedding Invitation <b>di Bagan Datoh</b> - Yan's Family, Frens, Travel <b>...</b> Posted: 19 Oct 2011 07:54 PM PDT Dapat jemputan dari fren Hubby di kampungnya di Selekoh, Bagan Datoh. Sebenarnya i tak berapa nak pergi. Bukan pasal apa, Hubby macam letih after long journey ke China then baru balik sehari terus flied ke Seberang Takir, Terengganu lak. On the day to fly back, tertinggal flight pulak. Then naik bus back to Shah Alam. Then ada lagi ada lagi lah... So, i tak nak Hubby terlalu letih. But then, this fren pernah mai rumah kitarang, so rasa ralat kalau tak pegi.. Paceri Nenas - favorite Hubby. Ikan Goreng ni sebenarnya lauk pengantin. Dah rezeki kami kot.. Dapat lah kami merasa. Me, kids and the pengantin baru. Memang tak sah kalau pergi rumah pengantin orang Jawa ni kalau tak dapat makan dua jenis kuih ni.. Nak tau??Apa ek??? dan Rempeyek. Satu lagi food orang Jawa.. Masa tengah makan, fren Hubby ada pelawa us untuk pergi ke bagan nelayan. Boleh beli ikan fresh. Memang itu pun rancangan kami, but not in Bagan Datoh. Selalunya kitarang akan ke Sungai Buloh. Bagan nelayan di Selekoh, Bagan Datoh. On the way kami terserempak dengan anak - anak kecil ni..Nak tau apa diarang buat? Diarang kupas kelapa. Buang tempurung kelapa. Kelapa ni jenis kecik - kecik je..Kalau tak silap dipanggil Kelapa Patik.. (salah ke betul ke i mintak maaf ye...tak berapa ingat yang disebut fren Hubby tu). Pernah makan dan enjoy makan Nata de Coco tak?? Emmm dari kelapa ni lah dibuat Nata de Coco..Pandai anak - anak kecik ni bekerja dan cari duit during weekends. Sampai di area bagan ni, Hubby parked kereta dan we walked to the bagan nelayan..sambil melalui perkampungan nelayan cina ni. Ikan yang dikeringkan so jadilah Ikan Kering. Ni lak yang hendak direbus. Tapi frankly speaking i tak akan beli ikan yang telah direbus di mana - mana pasar.. Rasa - rasanya tak sanggup nak makan..Baik rebus sendiri lah.. Makcik - makcik ni sedang memlilih ikan. library kampung. Tapi apa pun tak ada. Slah siapa? Walaupun ikan yang dicari tak lah banyak, tapi i happy dapat pergi ke bagan nelayan ni.. seronok cuci mata. "Anak - anak Sidek" lagi lah. Seronok sebab ada yang dapat naik motor.. Naik motor such a fun thing to do bagi diarang. Apa - apapun masa kitarang balik lagi lah happy. Dapat macam - macam dari tuan rumah. Dapat cili rawit, dapat pisang setandan, dapat daun kunyit.. Orang Jawa memang macam tu.. Seronok dapat jumpa new family ni.. INSYALLAH kalau ada majlis kawin lah nanti kami akan datang. Yelah adik beradik fren Hubby ni ada 11 orang semuanya. Baru kawin 2 orang saja.. Sooo.. ramai lagi ..INSYALLAH.. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di bagan datoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan