Isnin, 22 Ogos 2011

07 di hutan melintang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di hutan melintang - Google Blog Search


mutiara: Kursus CPELT <b>di</b> PLGDP Sg. Buloh, <b>Hutan Melintang</b>, Perak

Posted: 18 Aug 2011 05:21 PM PDT

Kursus bermula pada 8 Ogos 2011 dan Insya Allah, akan berakhir pada 18 November 2011. Kursus yang agak mencabar....memerlukan semangat yang kuat dan kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya. Mudah-mudahan Allah akan memudahkan perjalanan hidupku....

07 di pangkor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di pangkor - Google Blog Search


Selamat Datang | Percutian <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>

Posted: 17 Aug 2011 06:03 PM PDT

(Klik banner untuk lebih keterangan pakej)

Lebih banyak maklumat seperti gambar bilik hotel dan chalet, harga bilik dan chalet, harga pakej, gambar-gambar pantai serta tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor di laman VisitPangkor.com

Online Booking System | Sistem Tempahan Online

Tempah bilik dan pakej secara online di BOOKING.VisitPangkor.com. Lengkapkan borang tempahan dan hantar. Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan tentang kejayaan tempahan anda. Anda hanya membayar jika ingin mengesahkan tempahan.

Call/SMS 012-530 2404 atau 017-533 6704

Keseronokan yang tidak berakhir

07 di parit buntar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di parit buntar - Google Blog Search


Apa Ada <b>Di Parit Buntar</b>?

Posted: 31 Jul 2011 07:36 PM PDT

1 08 2011

Best ke pekan Parit Buntar? Pernah datang ke parit buntar? Kalau belum lagi, sila bawa famili atau rakan2 datang ke parit buntar.. jalan-jalan cari makan atau nak shopping pun tak ada hal..

Kalau nak cari hotel kat parit buntar, cari hotel Melor Inn yang baru buka.

Hotel Melor Inn, Parit Buntar

Tak banyak info yang diperolehi tentang hotel Melor Inn ini.

Ok, sekarang kita beralih ke Restoran OldTown White Coffee. Berdekatan dengan hotel Melor Inn jugak.

Parit Buntar OldTown White Coffee

Old Town Parit Buntar memang mendapat sambutan hangat dari orang ramai. Kalau anda gemar minum white coffee, boleh cuba kat sini dengan kawan-kawan.

Kalau korang datang ke parit buntar, jangan lupa singgah kat old town parit buntar. Memandangkan aku ni cerewet sikit bab makanan, jadi restoran macam ini bukan pilihan aku… anda pula bagaimana?

Tag : parit buntar melor inn, hotel melor inn parit buntar, restoran old town parit buntar, parit buntar oldtown white coffee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr. Mujahid Yusof Rawa: INFAQ RAMADHAN <b>DI PARIT BUNTAR</b>

Posted: 20 Jul 2011 08:38 PM PDT



Bagi pihak Parlimen Parit Buntar, izinkan saya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak terlebih dahulu. Di bulan yang mulia ini, saya turut mengajak rakan-rakan FB dan mengenali saya serta sahabat-sahabat yang simpati dengan perjuangan kami untuk membuat sedikit kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Sahabat-Sahabat sekelian,

Sebelum melangkah lebih lanjut saya ingin menjelaskan bahawa kami wakil rakyat dari Pakatan khususnya di negeri yang tidak diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa berhadapan dengan kengkangan kewangan untuk membuat khidmat kepada rakyat, antaranya ialah kerja-kerja kebajikan. Alhamdulillah setelah 3 tahun berlalu kami terus berazam untuk mengharungi kengkangan ini.

Khusus untuk program Infaq Ramadhan pd tahun 2008 kami membelanjakan 40k, tahun 2009 45k, tahun 2010 70k dan pada tahun ini anggaran itu meningkat kepada 82k. Peningkatan adalah kerana kami meluaskan para penerima tahun ini untuk guru al Quran di seluruh Parlimen Parit Buntar dan surau-surau yang mendapat sedikit tanda sokongan kami kepada aktiviti mereka.


Dari sudut penyumbang, kami mendapat sokongan daripada seluruh rakan, sahabat dan rakyat yang prihatin bagi menjayakan program ini. Ada individu-individu yang tak perlu saya sebutkan nama-nama mereka telah menyumbang secara konsisten dalam amaun yang besar, kepada mereka dan semua yang menyumbang saya ucapkan terimakasih. Saya selaku ahli parlimen membentang sejadah di seluruh mesjid dan surau yang sudi menjemput saya untuk saya ajukan bagi perhatian mereka program Infaq Ramadhan melalui kuliah-kuliah saya. ia bukanlah kerja yang mudah untuk berada di Kuala Lumpur khususnya bagi tujuan tersebut, dari sudut jawatan selaku wakil rakyat memang agak janggal untuk saya merayu bantuan untuk program di kawasan saya, tetapi saya tebalkan muka demi membantu orang yang memerlukan di tempat saya. Saya sering memberitahu kepada orang -orang miskin: "saya bukan orang kaya memberi bantuan kepada orang miskin tetapi saya juga orang miskin yang merayu kepada orang kaya untuk beri kepada orang miskin, kita sama-sama miskin" Jikalaulah ada peruntukan takkan saya menebalkan muka merayu-rayu bantuan.


Saya membuat azam bahawa kengkangan kewangan takkan menghalang saya untuk terus membela golongan yang memerlukan. Dengan izin Allah, saya tahu Allah mendengar rintihan saya setiap malam mengadu kepadaNya "janganlah kerana wang, perjuangan ini dimalukan Ya Allah, kaulah Maha Pemberi Rezeki dan Pemudah kepada segala kesukaran dan kesempitan, permudahkanlah ya Allah"


Kepada mereka yang membaca doa ini aminkanlah, sekurang-kurangnya saya tahu ada orang yang mengaminkan doa saya pada malam-malam yang sunyi. Kepada yang mampu lebih dari sekadar mengaminkan doa anda hanya perlu bersama kami menyumbang untuk menyinarkan Ramadhan dalam kehidupan golongan yang perlu pembelaan. Sedikit sumbangan pun cukup menceriakan wajah-wajah yang menanti sinar Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.






Nama Akaun: PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PARIT BUNTAR


No Akaun: 080-220-100-50832




Hubungi: 016 440 3164 atau faxkan slip jika sudah menyumbang 05 716 6531

PASPB: PAS <b>Parit Buntar</b> tidak lupa pesakit <b>di</b> hospital

Posted: 22 Aug 2011 05:38 AM PDT

PARIT BUNTAR, 21 Ogos : Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Syawal, seharusnya golongan yang kurang bernasib baik tidak dipinggirkan. Sehubungan itu, PAS Parit Buntar tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Parit Buntar. Menurut Setiausaha Jawatankusa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak, sumbangan itu diagihkan kepada pesakit sempena Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi. "Program sumbangan ini diadakan setiap kali bulan Ramadhan. Sumbangan diagih-agihkan kepada 40 pesakit wad dewasa dan kanak-kanak " Katanya Rombongan PAS Kawasan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama isteri , Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah sedia menunggu. Kerjasama yang baik telah ditunjukkan oleh kakitangan hospital semasa membawa ahli rombongan melawat pesakit. Turut hadir pada majlis sumbangan ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Harun Hashim bersama rombongan AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar. Hairul Nizam mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada rombangan PAS Kawasan Parit Buntar. " 60 orang kakitangan hospital yang bertugas juga diberikan hamper sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka" katanya Sementara itu, Dr Mujahid dalam temubual bersama wartawan berkata program ini merupakan acara tahunan sempena menyambut Aidilfitri. " Saya harap lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan pemimpin bersama masyarakat khususnya pesakit-pesakit hospital yang amat memerlukan perhatian" katanya


Dr. Mujahid bersama isteri memberi sumbangan kepada seorang pesakit kanak-kanak


Dr. Mujahid bersama Pesurujaya melawat seorang pesakit


Dr. Mujahid bersama Abdul Yunus bertanya sesuatu kepada seorang pesakit

07 di ipoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di ipoh - Google Blog Search


Setitis Maruah Yang Diperjuangkan: Wujudkan Industri Beca <b>di Ipoh</b>.

Posted: 10 Aug 2011 08:38 AM PDT

Semalam Parang Pedang ada menonton sebuah dokumentari berkenaan dengan industri beca. Memang sangat menarik hinggakan Parang pedang duduk leka menonton tv. Tetapi bukan sekadar duduk sahaja kerana daripada apa yang Parang Pedang lihat ialah suatu idea yang patut dilakukan di negeri Perak terutamanya Ipoh yang terkenal dengan panggilan 'old town'. Bila sebut Ipoh sahaja maka akan terbayanglah rasa kopi putih (white coffee) yang harum. Maka tidak salah jika Parang Pedang melontarkan idea yang terpendam dalam otak ni. Mungkin zaman sekarang merupakan zaman moden dan serba serbi bergerak macam kilat, akibatnya keserian Bandaraya Ipoh juga turut tenggelam dengan kesesakan pelbagai jenis kenderaan.

Parang Pedang ingin menyarankan agar industri perlancongan di Ipoh dihidupkan dengan beca. Bukan apa, alang-alang sudah dikenali dengan nama pekan lama maka biarlah ia berseri dengan kenderaan lama. Pembawanya tidak menjadi masah kerana kita tahu terdapat banyak orang yang memerlukan pekerjaan boleh mengisi ruang kekosongan ini. Tambahan pula terdapat sesetengah orang yang menjalankan aktiviti kutipan wang hasil parking kenderaan secara tidak sah boleh berubah pendapatan sebagai pembawa beca. Pekerjaan ini tidak perlu dipandang hina kerana ia mampu menjana pendapatan seperti orang lain bekerja.

Parang Pedang berhasrat menyampaikan mesej ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak iaitu Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir agar mempertimbangkan cadangan menghidupkan semula industri beca untuk tujuan perlancongan di Perak.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Gambar2 nostalgia <b>di</b> Pekan <b>Kuala Kangsar</b> dan sekitarnya.

Posted: 30 Jul 2011 02:40 AM PDT

Gambar2 nostalgia ini teman ambil ketika berkunjung ke Daerah Kuala Kangsar bertarikh 28/6/2011.
Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK)di dirikan pada tahun 1905

Pekan old skool Sungai Siput(U)..

07 di chemor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di chemor - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Muhd. Arshad hampir lumpuh setelah kemalangan <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2011 04:00 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Muhd. Arshad hampir lumpuh setelah kemalangan April lalu

IPOH 21 Ogos – Sinar Syawal yang bakal menjelma tidak lagi membawa kegembiraan buat seorang ibu, Azmoon Moideen apabila mengenangkan nasib anaknya yang hampir lumpuh akibat kemalangan pada April lalu.

Apatah lagi anak kedua daripada lima beradik itu, Muhd. Arshad Yusof, 17, hanya terlantar di rumah dan seakan-akan koma apabila tidak mampu bercakap serta tidak lagi mengenal orang di sekelilingnya.

Lebih menyedihkan, tubuh pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Chemor itu semakin susut selain tangan kanannya didakap keras di dada sementara kaki kirinya tidak boleh diluruskan.

Namun, Azmoon, 38, yang bekerja sebagai seorang operator pengeluaran di sebuah kilang di sini tidak berputus asa menjaga anaknya itu meskipun terpaksa mengangkat Muhd. Arshad setiap kali ingin memandikannya selain menukar lampin pakai buang.

Muhd. Arshad masih memahami pertuturan ibunya itu bagaimanapun hanya mampu 'membuat bunyi' acap kali ingin memakan kanji mahupun minum yang diberikan melalui satu saluran di hidung kerana tidak boleh menjamahnya seperti biasa disebabkan baru menjalani pembedahan pernafasan di bahagian kerongkong.

"Dulu, dia seorang yang aktif, ceria serta menjadi wakil sekolah dalam pertandingan tahfiz al-Quran untuk beberapa tahun selain pernah menjadi johan dalam pertandingan azan.

"Tiap-tiap menjelang hari raya, dia pandai berniaga lemang dan berjanji pada tahun ini hendak buat sama dengan ibu saudaranya, tetapi apakan daya, sudah jadi begini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Chemor di sini semalam.

Pada lawatan itu, Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perak (Peka) yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Hamzah Maideen turut menyampaikan sumbangan kerusi roda dan barangan dapur kepada keluarga tersebut.

Azmoon yang kini telah berkahwin semula selepas bercerai dengan bapa Muhd. Arshad kira-kira tiga tahun lalu memberitahu, dia dan suaminya terpaksa berulang-alik membawa Muhd. Arshad ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi rawatan fisioterapi dan pemulihan.

"Kami baru menerima surat daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) mengenai bantuan sebanyak RM300 sebulan tetapi masih belum menerimanya," kata Azmoon.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Muhd. Arshad boleh menyumbangkannya dengan memasukkan wang ke dalam akaun Maybank Azmoon di nombor 158202116782.

Dipetik dari Utusan Malaysia

07 di sitiawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di sitiawan - Google Blog Search


HRP Anbu Kalai Vizha, <b>Sitiawan</b> HRP Dinner Function 10.8.2011 <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 03:12 AM PDT

RM 34,885.00 collected as of 22/5/2011 for 54 Hindraf M.S. prosecuted: Urgent appeal for contributions for bail! Total bail imposed by Courts is RM111,000.00. Please continue with your help. - Unity Is Our Strength - "You Must Be The Change You wish To See In The World" ~ Gandhi - Follow us on www.hindraf.org , Twitter - HINDRAF1 or Facebook Hindraf Support Group.

') g_aths_startcontent(); //if (document.all || document.getElementById) //window.onload=g_aths_startcontent

07 di taiping - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di taiping - Google Blog Search


blog usang lagi bersawang: Satu Minggu <b>Di Taiping</b>

Posted: 02 Aug 2011 07:18 AM PDT

Selamat berpuasa everyone!!! Dah lama nak update belog sebenarnya tapi tak menyempat-nyempat. Jadi akhirnya di kesempatan ini, i nak update cerita minggu lepas. Memang slowpoke,tapi asal berupdate kannn??
Seminggu yang lepas dihabiskan di Taiping. Disebabkan internet hotel siput maka tidak berselera untuk update belog. Actually pergi Taiping bukannya bercuti tapi posting dekat hospital for general medicine. Motif posting kat Taiping? Entah,tapi dah kolej bayarkan hotel takkan kita nak menolak ye dak?
Hotel adalah sedikit rundown. First impression bilik nampak macam tak siap. Sebab hujung bilik tu tiba-tiba ada ruang kosong yang tidak diketahui motifnya. Mulalah pemikiran tahyul ligat mencipta teori ruang kosong tersebut adalah tapak pembunuhan justeru tak boleh letak katil kalau letak jugak bangun pagi sedar-sedar baring tengah lobi. Ini akibat menonton siri Keliwon.
Tapi menjelang second day duduk setiap pagi takpayah kemas katil tambahan pula penghawa dingin yang nyaman, i think this hotel is not bad at all. Definitely better than super small pigsty i call my room back in Penang.
Memandangkan kampung halaman adalah di Perak and ive been to Taiping gazillion times before,i was not really looking forward to this week-long posting. I mean,theres nothing much to see in Taiping. Selain dari Taman Tasik memang takda apa dah nak tengok kat sini. Orang Taiping sila sangkal dakwaan ini.
But we did enjoy some good food while we were there;
-yong tau fu,15ringgit sorang makan. Memang sah mewarisi saka.
-Ansari famous cendol. Famous tapi asal kedai buruk?
-kueytiow Doli.kunjungan ke Taiping tidak lengkap tanpanya
Setiap hari we were required to be at the hospital till noon. So petang tu kalau takde lecture memang tak tau nak buat apa. On the first day we ended up melawat zoo. Sekumpulan remaja tongkeh melawat zoo, sedih ke tak sedih ni wei?
Dahlah semangat gila zoo dah nak tutup tapi nak masuk jugak. We were the last group of people yang dapat masuk.
Since its already late,not many people were there. Binatang pun semua macam dah takde mood nak beraksi. Semua muka mengantuk sebab nak kena kerja shift malam pulak lepastu untuk Night Safari.
Zoo Taiping is in dire need of donations. Most of the kandang adalah sungguh pathetic. Dahlah kotor,tak terurus,bau masyaallah.... Its like visiting an animal cruelty centre. What for having so many zoo in the country kalau semua tahap macam loji najis terbengkalai?
We also went to Burmese Pool on the last day in Taiping. Bukan pergi nak mandi pun tapi sebab dah takde tempat nak lawati dah. I've been here long time ago,when i was a kid.
Dont be fooled by these images. Upon reaching that place you will be welcomed with sampah sarap. Clearly somebody is not doing their job. Waktu i pergi kecik-kecik dulu, gila best sebab kebersihan terpelihara. What happen Taiping people?
Kalau dah sampah sarap berlambak tepi-tepi sungai memang kau takboleh nak blame tikus ah kalau dia nak kencing berjemaah dekat tepi tebing.Nanti bila ada kes leptospirosis baru terhegeh-hegeh nak bersihkan. No wonder Malaysia takde benda yang tahan lama. Maintenance memang fail.
Taiping,i iz disappointed.

07 di kinta - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kinta - Google Blog Search


SK Sungai Itek: Selia Bantu Fasilinus PPD <b>Kinta</b> Selatan <b>di</b> SK <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2011 09:33 PM PDT

Sk Sungai Itek telah di datangi oleh Fasilinus Daerah Kinta Selatan yang terdiri darpada En, Laidi, En Suhaidi, En Fadly dan En Shahbudin. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk selia bantu bagi ujian saringan 5 yang akan datang nanti. Pn. Norazian, Pn Normah dan Pn. Siti Rugayah telah menerima selia bantu oleh pegawai fasilinus PPD Kinta Selatan.

07 di padang rengas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di padang rengas - Google Blog Search


SUARA PERAK: Penubuhan Cawangan Baru DAP <b>di Padang Rengas</b>

Posted: 18 Apr 2011 10:01 PM PDT



Pada 27/3/2011, jam 3.00pm, program pelancaran cawangan baru DAP di Padang Rengas telah disempurnakan di sebuah kedai di Pekan Padang Rengas.


Lebih 100 orang tempatan yang terdiri daripada ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India telah menghadiri program pelancaran ini. Juga turut hadir adalah wakil-wakil dari parti PAS dan PKR dan turut serta adalah YB Zainuddin ADUN Lubok Merbau.


Borang keahlian diserahkan kepada YB V. Sivakumar dalam program pelancaran tersebut.


Seramai 71 orang ahli telah membentuk cawangan DAP Padang Rengas.


Kedua-dua ADUN telah memberi ucapan.


YB Sivakumar menyentuh 2 perkara penting dalam ucapannya :


1) Ahli Parlimen Padang Rengas Dato Nazri kata MIC tidak patut bertanding di Negeri Perak

2) Beliau juga ada menyebut dengan sinis bahawa tidak salah menonton video lucah di sebuah hotel kerajaan


YB V. Sivakumar juga mahu ketiga-tiga parti bergabung tenaga dalam PRU-13 di kawasan Padang Rengas untuk memenangkan PR di DUN Perak.


Program diakhiri dengan pemilihan jawatan kuasa pro-tem, yang dipengerusikan oleh Lim Yew Seng dan setiausaha cawangan, Puan Hawatie.


Majlis diakhiri dengan jamuan teh untuk semua hadirin.
 
本人于27.3.2011下午3点到硝山(PADANG RENGAS )街上某店,出席筹备成立行动党新支部的典礼。


大约整百位当地居民出席了这项活动,而公正党及回教党方面也有派代表出席。
 LUBOK MERBAU 的州议员YB 再努丁(ZAINUDDIN)也出席了当天的典礼。



这个新支部共有71位党员在当中,其中有华巫印三大民族在内。所有的入党表格和资料都移交到本人手上。



本人被邀致词时,有关近日2项热门的事项,本人作出了分析给新党员听解:-


1. PADANG RENGAS 国会议员DATO NAZRI 指国大党不该竞选霹雳州议席。

2. DATO NAZRI表示邀记者在政府酒店观赏色情光碟事件是没有错的。


最后本人在致词时更表示期望硝山的民联成员们能够 同心合力,并肩作战, 迎向来届大选。



大会接着遴选出新支部筹委会,由LIM YEW SENG 担任主席,HAWATIE 担任秘书一职。散会后,大家边用茶点边交流,场面温馨融洽。
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved