Isnin, 11 Februari 2013

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


[BERGAMBAR] Edaran Limau Dapat Sambutan <b>...</b> - Kelab Greenboc

Posted: 08 Feb 2013 04:22 AM PST

Parit Buntar : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Hussain dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah berkunjung menemui masyarakat Cina dalam program edaran limau kepada orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Program mengedar buah limau ini anjuran bersama PAS Kawasan Parit Buntar, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar, Ahmad Azhar Shahrin berkata program pada tahun ini telah mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Cina di Parit Buntar.

"Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina menyebabkan pihak kami kehabisan limau sebelum menamatkan kunjungan ke seluruh Pekan Tanjung Piandang.

"Ini menandakan sambutan yang amat menggalakkan kerana mereka datang menemui rombongan kami sebelum kami sempat berjalan-berjalan," katanya

Ahmad Azhar berkata, edaran limau yang melibatkan juga Kuala Kurau, Kuala Bagan Tiang, Pekan Parit Buntar, Pekan Titi Serong dan Ban Seng Hin diadakan sepanjang minggu sebelum Tahun Baru .

"Sebanyak 1,200 kotak limau telah diagih-agihkan kepada orang ramai sempena sambutanTahun Baru Cina yang bertemakan ular hitam ini.

"Pihak kami terpaksa membuat tambahan limau kerana berbeza tahun tahun lalu, kali ini sambutan luar biasa, mereka teruja dengan kedatangan rombongan kami" katanya Menurutnya, selain edaran limau, turut diadakan majlis sumbangan kepada 200 orang warga emas dan penduduk miskin masyarakat Cina.

"Majlis sumbangan ini diadakan di empat kawasan komuniti orang Cina di Pekan Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Kuala Bagan Tiang "AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar membantu mengenalpasti orang Cina yang layak menerima sumbangan Tahun Baru Cina berkenaan" katanya Katanya, program edaran limau ini turut melibatkan DHPP Parit Buntar, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Unit Amal dan Nisa' Parit Buntar.

Sementara itu, pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS parit buntar iaitu, Ong Choi Ee, Ricky Tang dan Teoh Bak Chua menjadi tonggak utama kejayaan program.

Ricky Tang selaku Pengerusi DHPP Pekan Parit Buntar menyatakan berpuas hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh orang ramai.

"Sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat dan Pas begitu ketara ditunjukkan di semua kawasan komuniti orang Cina.

"Perkataan "Meng Lien" (Pakatan Rakyat) dan "Koyok" (Pas) kedengaran menyambut kedatangan rombongan" katanya.

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Restoran Ajmal Nasi Kandar, <b>Langkap</b>, Perak - Sop Nama Saya <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2012 06:39 AM PST

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran Ajmal Nasi Kandar ialah restoran yang kami singgah untuk makan tengah hari semasa perjalanan ke Pulau Pangkor. Sop keluar lebuhraya melalui Bidor dan terus menuju ke Teluk Intan. Sampai di Langkap dalam jam 12.00 tengah hari dan sesuai untuk singgah makan dahulu.

Tiada apa yang menarik di Restoran Ajmal Nasi Kandar ini kerana sama dengan kedai mamak di Kuala Lumpur kecuali harganya yang sangat murah. Semasa mendapat bil terkejut juga jumlah semua harga yang kami makan.

Sop dan Mrs Sop makan nasi, manakala Azfar daj Azwar makan roti bakar dan telur separuh masak. Jika di Kuala Lumpur, kos untuk menu yang kami makan tersebut dalam RM20 hingga RM25 tetapi di Restoran Ajmal Nasi Kandar hanya RM11.80 sahaja. Terkejut juga dengan harga yang rendah sehingga Sop bertanya yang semua makanan yang dimakan telah dikira.

Harga di kampung sangat berbeza bukan? Kalau harga macam ini dekat Kuala Lumpur, selalulah agaknya Sop makan di restoran ini. Heheheh

Restoran Ajmal Nasi Kandar turut menyediakan WiFi percuma kepada pelanggan. Hebatkan?

Terima kasih kerana membaca entry ini.




Description: Restoran Ajmal Nasi Kandar, Langkap, Perak, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Restoran Ajmal Nasi Kandar, Langkap, Perak

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


mi1: Gelora UMNO dengan MIC <b>di</b> Perak

Posted: 11 Feb 2013 10:30 PM PST

Gelora BN Perak Kencang: Zambry dengan angkuh dan bodoh sombong memaksa seorang Presiden MIC tutup mulut dari keluarkan sebarang kenyataan.

Zambry Abd Kadir meminta agar sebarang spekulasi berkaitan pengagihan kerusi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dihentikan segera memandangkan belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu.

Merujuk kepada kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetujudengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata: "Kenyataan mengenai perkara tersebut (tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana masih terlalu awal untuk membuat sebarang pengumuman memandangkan ia belum pernah dibincangkan bersama Barisan Nasional (BN) negeri," katanya.

Malah, beliau sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan."Saya sangat terkejut dengan perkara ini (tawaran dua jawatan Senator untuk MIC melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang) kerana tidak tahu kenyataan yang dikeluarkan beliau (Palanivel) dan masih belum lagi berjumpa dengannya," kata Zambry.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang.Palanivel memberitahu selain Hutan Melintang dan Buntong, parti mewakili kaum India itu tetap mahu bertanding di dua DUN berkenaan bagi melengkapkan empat kouta kerusi DUN Perak seperti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Berdasarkan budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke peringkat tertinggi parti."Apa sahaja keputusan mengenai kuota kerusi telah dibincangkan sebelum ini dan apa juga keputusan yang diambil, ia seharusnya melalui semangat calon serta parti BN," katanya.

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


GPMS PERAK : JELAJAH ANAK MALAYSIA (<b>GOPENG</b>)

Posted: 04 Feb 2013 07:12 PM PST

Assalammualaikum dan Salam Muhibah Satu Malaysia..
Program Jelajah Anak Malaysia telah dirasmikan pada 30 Januari 2013 oleh YBM Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor di SMK Persint 8(1). Antara salah satu objektif program sebegini diadakan ialah  memastikan gerakan anak muda dapat merasai denyut nadi rakyat dan berkongsi pengalaman kehidupan di seluruh Malaysia.   Gopeng Perak ialah destinasi pertama bagi peserta Jelajah Anak Malaysia route CD pada 1 Februari 2013. Lokasi pertama di Gopeng perak ialah di Masjid Kg. Sidang Pemai bagi mengadakan Program Khidmat Masyarakat serta Suara Rakyat. Lokasi seterusnya ialah Padang Bandaran gopeng bagi mengadakan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan diantara pasukan pilihan gopeng dengan peserta Jelajah Anak Malaysia yang diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan diantara penduduk tempatan. Pada malamnya pula, para peserta   menuju ke Padang Taman Gopeng Baru bagi aktiviti seterusnya iaitu Pentarama pada jam 9.00 malam. Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan antaranya pesembahan artis jemputan serta kuiz rakyat. Selepas itu, peserta menuju ke Institut GPMS Perak bagi bermalam di sana. Pada hari kedua di Gopeng iaitu pada 2 Februari 2013, peserta bertolak dari Institut GPMS Perak terus ke Padang Taman Pegoh untuk aktiviti Senamrobik Serta Sukan Rakyat Bersama dengan penduduk setempat. Peserta bergerak ke destinasi kedua iaitu Larut, Perak.










07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kampar</b>

Posted: 21 Oct 2012 10:20 PM PDT

Jawatan kosong 2012 di Majlis Daerah Kampar

Jawatan kosong 2012: Kampar memberi pengertian Bandar Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam lingkungan 10-20 batu persegi. Penerokaan dan petempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah itu sendiri, maka tidak hairan jika ada pendapat yang mengatakan 'Kampar dibangunkan di atas bijih timah' dan sehingga kini bijih timah masih dilombong meskipun kepesatannya mulai berkurangan akibat kemerosotan pasaran timah.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Daerah Kampar, Perak Darul Ridzuan.

1.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran – Gred U29

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati dari Pejabat Majlis Daerah Kampar dan hendaklah disampaikan kepada:-

Yang Dipertua
Kompleks Pentadbiran
Majlis Daerah Kampar
Jalan Iskandar,
31900 Kampar
Perak Darul Ridzuan.
Tidak lewat dari : 31 Okt. 2012

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Surat berhenti Sekolah, salinan Sijil Pelajaran atau keputusan peperiksaan yang diperolehi dan sekeping gambar ukuran pasport dengan dua sampul surat beralamat sendiri dan bersetem RM0.80.

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/ Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Segala tuntutan perbelanjaan berhubung dengan permohonan atau temuduga dan permohonan lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan.

Calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga. Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 6 bulan dianggap tidak bejaya.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

from your own site.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Datuk Michelle Yeoh Bakal Kahwin <b>Di Ipoh</b>? | DiSiniBermula

Posted: 20 Jan 2013 08:11 PM PST

Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh dikhabarkan akan berkahwin di kampung halamannya yang terletak di Ipoh, Perak pada tidak lama lagi.

Sumber ini diperoleh selepas beberapa laporan media di internet menyebut yang Michelle Yeoh sudah bersedia menamatkan zaman solo dan ingin melangsungkan perkahwinan di Perak.

Menerusi Rotikaya, ada menyebut yang Michelle sedang mempertimbangkan niatnya itu beritkutan bapanya yang berusia 87 tahun kini sudah uzur dan tidak mampu bergerak.

"Saya sedang berfikir bagaimana untuk melangsungkan upacara khas untuk perkahwinan saya nanti," kata kata Michelle Yeoh.

Rancangan Michelle Yeoh ini dikongsikan dengan semua wartawan yang hadir pada tayangan perdana filem dokumentari bertajuk Pad Yatra: A Green Odyssey yang beliau bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.

Bagaimanapun, Datin Janet Yeoh, ibu Michelle Yeoh berkata yang dia tidak tahu menahu akan sebarang perancangan perkahwinan kerana anaknya itu ketika ini tidak berada di Malaysia.

Datuk Michelle Yeah sebelum ini sudah pun bertunang dengan buah hatinya, jutawan Jean Todt (Presiden Federation Internationale de l'Automobile & bekas CEO Ferrari).

Bertahun juga mereka mengenali diantara satu sama lain, kiranya kini adalah masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga lebih-lebih Michelle Yeoh kini sudah pun berusia 50 tahun.

Untuk teknik mengatasi ejakulasi pramatang yang lebih 'advance' download ebook bagaimana untuk bertahan lama dalam hubungan seks  bersama isteri Percuma sahaja.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Restoran Ayam Herbal, <b>Bidor</b> (Review) | Silampuneon

Posted: 19 Nov 2012 03:23 AM PST

Salam,
Kalau kamu semua nak tahu...restoran ni kedai pakcik dan makcik saya :) Setiap kali lalu Perak...mesti nak kena singgah BIDOR dan singgah Restoran Ayam Herbal ni :)
Masa on the way back dari Alor Setar ke Kuala Lumpur..kami singgah dinner kat Restoran Ayam Herbal :) Walawehhh...memang terbaiklah ~! Kenyang betooii hahahah :P
Tak sempat nak singgah rumah maklang sebab dah penat sangat badan ni..terus shoot ke KL lepas dinner :)
sangat senang nak cari restoran ni sebab KELUAR TOL JE TERUS NAMPAK RESTORAN NI.
Restoran Ayam Herbal, Bidor - Perak.
Alamat : Restoran Ayam Herba.
No 17, Taman Batang Padang Baru.
NAK MAKANNNN MASAKAN AYAM KAMPUNG ???
yang ni kakak ipar i yang order
Nasi Timbal Ayam Goreng Kampung
yang ni along i order sampai dua pinggan dia order nasi ayam ni
Yang bestnya boleh main dengan ciman ciman mucuk mucuk ! Hashaha...kat tepi tu ada akuarium ikan..iman asyik cakap PISHHH PISHHH sambil tunjuk ikan dalam akuarium :)
 Kueytiao hailam bidor sudah mari....melahap sambil dimulakan dengan bacaan bismillah. Pinggan dia besar wehhhh saya cuba habiskan tapi huaaa tinggal baki jugak...huhuhu memang sedap gila !
Air pulak kami order..air tembikai, air epal, dan air carrot susu :)
semua pinggan besar gedabak..harga sangat berpatutan..presentation semua puas hati..jadi anda semua apa lagi ! Mai ke sini,
singgah Restoran Ayam Herbal di BIDOR :)
Restoran Ayam Herbal, Bidor - Perak.
Alamat : Restoran Ayam Herba.
No 17, Taman Batang Padang Baru.

ini gambar i curi kat internet :)
ok babai ! jangan lupa singgah sini ya !!

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Aksi Pencuri Kabel <b>Tanjung Malim</b> Dirakam |Sararose Dot My

Posted: 24 Jan 2013 01:52 AM PST

Berani untuk mati! Itulah kata-kata sesuai untuk pencuri kabel nie. 2 gambar ini diambil di belakang rumah sewa yg didiiami oleh pelajar UPSI yg terletak di Taman Universiti,  awal bulan ini. Kejadian  berlaku pada pukul 1.15 tengah hari dan telah disedari pelajar UPSI yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, namun tidak berani berbuat apa-apa, kerana suspek bersenjatakan parang panjang, dan beberapa alatan lain yang digunakan untuk mencuri kabel.
Suspek didapati begitu pantas dan cekap dan hanya mengambil masa beberapa minit, sebelum berjaya melarikan beberapa meter kabel yang dipercayai untuk dijual. Suspek menaiki motor Yamaha Lagenda berwarna merah dan bernombor pendaftaran WRM 4132. 
Jika berlaku sebarang kejadian jenayah seperti ini, pihak UKLK berharap agar warga UKLK segera menghubungi balai polis Tg Malim di talian , 05 459 6222 (pelajar Upsi, sila save)

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


BERTUKAR KERJA KE <b>BATU GAJAH</b> DALAM MASA <b>...</b> - al-lamborri

Posted: 10 Feb 2013 04:10 PM PST


Dengan takdir tuhan, maka tuan itu pula telah ditukarkan ke Pahang dan digantikan oleh seorang pegawai lain daripada sana "Oswald Watson" namanya yang sebangsa dengannya.  Semasa bertukar anak-anak dan isteri saya telah saya hantar untuk sementara ke rumah adik saya di Ipoh sementara saya mencari rumah dan saya duduk menumpang di rumah rehat di Batu Gajah.  Kebetulan di masa itu, tuan yang baru tiba daripada Pahang itupun berada di rumah rehat itu jua.  Maka pada hari besoknya, baharulah saya tahu tatkala saya melaporkan kerja kepadanya.
Tuan inipun garang orangnya sebagaimana orang-orang bangsanya tetapi tidak berapa lama selepas kami bekerja bersama-sama maka ia pula amat baik kepada saya disebabkan oleh beberapa perkara yang terjadi selepas itu di antaranya:-
(1)   Selepas kami tiba di Batu Gajah, maka kami masing-masing buatlah baucer tuntutan bagi belanja tukaran masing-masing
Bagi diri saya termasuklah tuntutan bagi belanja makan sebelum bertukar, belanja   makan di jalan dan selepas sampai ke Batu Gajah selama tujuh hari.  Ia tidak mahu luluskan kerana katanya belanjanya tinggi dan lama hingga tujuh hari.  Saya jawab saya tuntut ialah sebagaimana yang diluluskan oleh Peraturan 'AM (GO) dan Peraturan Kewangan (F.G.O.).  Baru ia luluskan dan saya terus dibayar.
Tuan itu pula membuat tuntutan bagi dirinya dan termasuk belanja tambang bagi suami orang gajinya.  Saya beri ia tahu belanja itu tidak diluluskan dan ia marah.  Katanya apa orang gajinya hendak buat?  Itu senang saja iaitu jika suami hendak mengikut bininya, maka suaminya kena membayarnya dan jika isterinya pula sebaliknya berkehendakkan suaminya maka pihak isterinya akan menanggung perbelanjaan itu.  Jika tuan pula berkehendakkan mereka bersama mari maka tuanlah membayar tambang suami orang gaji tuan dan inipun telah lebih dariapad sekian orang.  Ia berdegil juga dengan tuntutan itu dan apabila tuntutan itu diterima di Pejabat Perbendaharaan belanja itu tidak dibenarkan.
(2)   Pada satu pagi ia meminta telipon kepada pejabat yang ia bekerja dahulu di Pahang sebelum ia bertukar ke Batu Gajah.  Ia minta nombor "Pahang23".  Telipon Operator jawab tidak ada nombor itu.  Ia bertempik menyebutkan nombor itu yang katanya itulah nombor yang ia pakai hari-hari di masa ia di sana.  Operator begitu jua menjawab.  Oleh itu, tuan itu jadi lebih lagi hangat dan ia mengugut ia akan report perkara itu kepada Ketua Jabatan Telekom.
Saya mari dekat kepadanya dan bertanya apa telah jadi.  Katanya ia minta nombor yang dikehendakinya dan operator tidak mahu bagi.  Saya jawab benarlah nombor itu tentu tiada kerana Pahang ialah nama negeri dan hendaklah disebutkan nama pekan (Exchange) tempat itu.  Dan dengan itu barulah ia mengerti sebab yang ia tidak boleh dapat nombor dimintanya.  Dan apabila ia sebutkan nama "Exchange" itu maka dengan serta-merta ia dapat bercakap.
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


PRU13 : Zambry Optimis BN Terus Pertahan <b>Negeri Perak</b>.

Posted: 29 Nov 2012 07:25 PM PST

alt

 

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Barisan Nasional (BN) diyakini akan terus mempertahankan Kerajaan Negeri Perak malah berpotensi untuk mencapai jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang lebih tinggi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Menteri Besarnya Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, posisi BN di Negeri berkenaan dapat dilihat berdasarkan tahap persiapan jentera di setiap kawasan yang secara keseluruhannya mendapat reaksi positif dan sokongan padu dari kalangan rakyat.

"Perak berada dalam posisi yang baik. Dan Insyaallah, berdasarkan persiapan yang dilaksanakan, kita akan mempertahankan Kerajaan BN di Negeri Perak pada PRU13," katanya kepada KLPOS ketika mengadakan sesi lawatan di Bilik Media bersempena Perhimpunan Agung UMNO ke 66 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini petang semalam.

Pengerusi BN Negeri Perak itu juga melahirkan rasa kekagumannya dengan semangat yang ditonjolkan para perwakilan dengan penuh beremosi ketika Datuk Seri Najib Tun Razak sedang memberi Amanat Ucapan Dasar Presiden UMNO semalam.

"(Ucapan Dasar Presiden) dilihat satu sentuhan daripada emosi. Dan ini dapat kita lihat menerusi Ucapan Presiden itu sendiri. Ianya datang daripada keazaman, iltizam dan kesedaran dalaman sehingga menyebabkan kesemua perwakilan amat tersentuh sekali," jelasnya. [VIDEO DI SINI]

Beliau turut menggesa agar setiap ahli UMNO di seluruh Negara bersiap siaga dalam memastikan PRU13 menjadi perintis bagi merampas kembali 4 buah Negeri yang kini ditadbir Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden yang sedang berlangsung sejak semalam dijangka berakhir pada Sabtu ini.