|   07 di batu gajah - Google Blog Search   | 
| BERTUKAR KERJA KE <b>BATU GAJAH</b> DALAM MASA <b>...</b> - al-lamborri Posted: 10 Feb 2013 04:10 PM PST   Dengan takdir  tuhan, maka tuan itu pula telah ditukarkan ke Pahang dan digantikan oleh  seorang pegawai lain daripada sana  "Oswald Watson" namanya yang sebangsa dengannya.  Semasa bertukar anak-anak dan isteri saya  telah saya hantar untuk sementara ke rumah adik saya di Ipoh sementara saya mencari rumah dan saya  duduk menumpang di rumah rehat di Batu Gajah.   Kebetulan di masa itu, tuan  yang baru tiba daripada Pahang itupun berada di rumah rehat itu jua.  Maka pada hari besoknya, baharulah saya tahu  tatkala saya melaporkan kerja kepadanya.   Tuan inipun garang orangnya sebagaimana  orang-orang bangsanya tetapi tidak berapa lama selepas kami bekerja  bersama-sama maka ia pula amat baik kepada saya disebabkan oleh beberapa  perkara yang terjadi selepas itu di antaranya:-   (1)   Selepas  kami tiba di Batu Gajah, maka kami masing-masing buatlah baucer tuntutan bagi  belanja tukaran masing-masing   Bagi diri  saya termasuklah tuntutan bagi belanja makan sebelum bertukar, belanja   makan di jalan dan selepas sampai ke Batu  Gajah selama tujuh hari.  Ia tidak mahu  luluskan kerana katanya belanjanya tinggi dan lama hingga tujuh hari.  Saya jawab saya tuntut ialah sebagaimana yang  diluluskan oleh Peraturan 'AM (GO) dan Peraturan Kewangan (F.G.O.).  Baru ia luluskan dan saya terus dibayar.   Tuan itu pula  membuat tuntutan bagi dirinya dan termasuk belanja tambang bagi suami orang  gajinya.  Saya beri ia tahu belanja itu  tidak diluluskan dan ia marah.  Katanya  apa orang gajinya hendak buat?  Itu  senang saja iaitu jika suami hendak mengikut bininya, maka suaminya kena  membayarnya dan jika isterinya pula sebaliknya berkehendakkan suaminya maka  pihak isterinya akan menanggung perbelanjaan itu.  Jika tuan pula berkehendakkan mereka bersama  mari maka tuanlah membayar tambang suami orang gaji tuan dan inipun telah lebih  dariapad sekian orang.  Ia berdegil juga  dengan tuntutan itu dan apabila tuntutan itu diterima di Pejabat Perbendaharaan  belanja itu tidak dibenarkan.   (2)   Pada  satu pagi ia meminta telipon kepada pejabat yang ia bekerja dahulu di Pahang  sebelum ia bertukar ke Batu Gajah.  Ia  minta nombor "Pahang23".  Telipon Operator  jawab tidak ada nombor itu.  Ia bertempik  menyebutkan nombor itu yang katanya itulah nombor yang ia pakai hari-hari di  masa ia di sana.  Operator begitu jua menjawab.  Oleh itu, tuan itu jadi lebih lagi hangat dan  ia mengugut ia akan report perkara itu kepada Ketua Jabatan Telekom.   Saya mari dekat kepadanya dan bertanya apa  telah jadi.  Katanya ia minta  nombor yang dikehendakinya dan operator tidak mahu bagi.  Saya jawab benarlah nombor itu tentu tiada  kerana Pahang ialah nama negeri dan hendaklah disebutkan nama pekan (Exchange)  tempat itu.  Dan dengan itu barulah ia  mengerti sebab yang ia tidak boleh dapat nombor dimintanya.  Dan  apabila ia sebutkan nama "Exchange" itu maka dengan serta-merta ia dapat  bercakap.               Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri | 
| You are subscribed to email updates from di batu gajah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan