Isnin, 11 Februari 2013

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


GPMS PERAK : JELAJAH ANAK MALAYSIA (<b>GOPENG</b>)

Posted: 04 Feb 2013 07:12 PM PST

Assalammualaikum dan Salam Muhibah Satu Malaysia..
Program Jelajah Anak Malaysia telah dirasmikan pada 30 Januari 2013 oleh YBM Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor di SMK Persint 8(1). Antara salah satu objektif program sebegini diadakan ialah  memastikan gerakan anak muda dapat merasai denyut nadi rakyat dan berkongsi pengalaman kehidupan di seluruh Malaysia.   Gopeng Perak ialah destinasi pertama bagi peserta Jelajah Anak Malaysia route CD pada 1 Februari 2013. Lokasi pertama di Gopeng perak ialah di Masjid Kg. Sidang Pemai bagi mengadakan Program Khidmat Masyarakat serta Suara Rakyat. Lokasi seterusnya ialah Padang Bandaran gopeng bagi mengadakan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan diantara pasukan pilihan gopeng dengan peserta Jelajah Anak Malaysia yang diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan diantara penduduk tempatan. Pada malamnya pula, para peserta   menuju ke Padang Taman Gopeng Baru bagi aktiviti seterusnya iaitu Pentarama pada jam 9.00 malam. Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan antaranya pesembahan artis jemputan serta kuiz rakyat. Selepas itu, peserta menuju ke Institut GPMS Perak bagi bermalam di sana. Pada hari kedua di Gopeng iaitu pada 2 Februari 2013, peserta bertolak dari Institut GPMS Perak terus ke Padang Taman Pegoh untuk aktiviti Senamrobik Serta Sukan Rakyat Bersama dengan penduduk setempat. Peserta bergerak ke destinasi kedua iaitu Larut, Perak.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan