Gelora   BN Perak Kencang: Zambry dengan angkuh dan bodoh sombong memaksa   seorang Presiden MIC tutup mulut dari keluarkan sebarang kenyataan.
Zambry Abd Kadir meminta   agar sebarang spekulasi berkaitan pengagihan kerusi kepada MIC pada   Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dihentikan segera memandangkan belum ada   keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu.
Merujuk kepada   kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang tidak   bersetujudengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan   DUN Behrang dan Pasir Panjang, beliau yang juga Pengerusi Barisan   Nasional (BN) negeri berkata: "Kenyataan mengenai perkara tersebut   (tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana masih terlalu awal untuk   membuat sebarang pengumuman memandangkan ia belum pernah dibincangkan   bersama Barisan Nasional (BN) negeri," katanya.
Malah, beliau   sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh   Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan."Saya sangat   terkejut dengan perkara ini (tawaran dua jawatan Senator untuk  MIC   melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang) kerana tidak tahu kenyataan   yang dikeluarkan beliau (Palanivel) dan masih belum lagi berjumpa   dengannya," kata Zambry.
Beliau berkata demikian ketika diminta   mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak   bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan   DUN Behrang dan Pasir Panjang.Palanivel memberitahu selain Hutan   Melintang dan Buntong, parti mewakili kaum India itu tetap mahu   bertanding di dua DUN berkenaan bagi melengkapkan empat kouta kerusi DUN   Perak seperti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.
Berdasarkan budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus   dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke   peringkat tertinggi parti."Apa sahaja keputusan mengenai kuota kerusi   telah dibincangkan sebelum ini dan apa juga keputusan yang diambil, ia   seharusnya melalui semangat calon serta parti BN," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan