Sabtu, 15 September 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Okezone Kampus - Kompetisi ECOM Sulit, Peserta Pesimistis

Posted: 14 Sep 2012 03:34 AM PDT

JAKARTA - Sejumlah peserta English Competition (E-Com) besutan Bina Nusantara (Binus) Internasional merasa pesimistis bisa menembus babak penyisihan. Setelah babak penyisihan pertama, para peserta yang lolos akan mengikuti seleksi tingkat dua sebelum masuk ke babak final.

Pelaksanaan E-Com terbagi di dua kampus Binus International, yakni di kampus fX dan di Jalan Hang Lekir, Senayan. Di kampus fX berlangsung lomba untuk kategori Spelling Bee, Speech, dan News Casting. Sementara empat kategori lainnya dihelat di kampus Hang Lekir.

Salah satu panitia, Robin, menyebut, untuk peserta ketegori News Casting, pertama peserta mendapatkan pengarahan dari panitia dan dewan juri dalam sebuah ruangan karantina. "Setelah itu, mereka mendapatkan soal/bahan dan diberikan waktu selama 15 menit untuk mempersiapkan diri. Kemudian, satu per satu dipanggil untuk tampil di hadapan para juri independen dengan durasi sekira tiga menit," kata Robin di fX, Senayan, Jakarta Selatan, Jumat (14/9/2012).

Seorang peserta News Casting Jovina mengaku pesimistis atas penampilannya. Menurut pelajar kelas 11 SMA Bina Bangsa itu, para juri memberikan sejumlah kritik mengenai penampilannya.

"Para juri bilang, baju saya tidak sesuai dengan konteks. Mereka juga bilang kalau saya kurang kontak mata dengan mereka," ujar Jovina.

Berdasarkan penilaian tersebut, Jovina pun merasa pesimistis dapat lolos ke babak selanjutnya. "Saya rasa, saya tidak lolos seleksi. Ini kali pertama saya mengikuti kegiatan ini dan saya tidak mempersiapkan diri sebelumnya," tuturnya ramah.

Hal serupa ternyata juga dialami Ayu, peserta E-Com kategori Spelling Bee. Mahasiswa Universitas Al-Azhar Indonesia (UAI) jurusan Sastra Inggris itu mengaku tidak yakin dapat lolos ke babak selanjutnya. "Soalnya susah. Babak pertama dan kedua gampang sementara untuk soal kelompok lebih susah," ungkap Ayu.

Meski sulit, Ayu lebih menyukai kategori Spelling Bee dibandingkan kategori lain, seperti Speech maupun News Casting. "Kalau speech atau news casting itu harus berbicara di depan banyak orang dan melibatkan audiens. Saya kurang pede untuk melakukan itu," tuturnya ramah.

Para peserta yang lolos seleksi di tahap ini akan mengikuti seleksi selanjutnya. "Pada seleksi pertama kami akan mengeliminasi sekira separuh peserta. Jadi dari sekira 300 peserta berkurang hingga 150. Dan untuk seleksi tahapan selanjutnya, yakni besok, Sabtu, 15 September 2012, semua kategori akan dilangsungkan di Binus Internasional di Hang Lekir," kata Robin menambahkan.

Peserta E-Com kali ini berasal dari berbagai perguruan tinggi dan SMA di Indonesia. "Jika ada peserta dari luar negeri mereka akan dinilai dalam kategori berbeda. Namun, tahun ini peserta dari luar negeri jumlahnya hanya sedikit," paparnya.(rfa)

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


mediaumno : MENGINGATI MANGSA FERI KARAM <b>DI PARIT</b> <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 12:00 AM PDT


13 September mungkin seperti hari-hari lain yang berlalu, tetapi pada tahun 1972, hari ini adalah satu tragedi yang telah melumpuhkan seluruh Parit Buntar kerana peristiwa feri karam yang membawa pada kematian 27 orang di mana 25 daripadanya adalah pelajar sekolah. Sungai Kerian menjadi saksi kejadian tersebut dan lebih menyedihkan kedengaran tagisan dan jeritan budak sekolah yang terperangkap dalam van sedikit demi sedikit hilang ditelan arus deras dalam peristiwa feri karam 40 tahun yang lalu seolah-olah baru berlaku.
Hari ini Bandar Bharu (Kedah) dan Parit Buntar (Perak) dipisahkan dengan Sungai Kerian, bezanya 40 tahun yang lalu perhubungan antara dua pekan kecil ini ialah melalui feri tarik yang diikat dengan sistem pulley dan ditunda oleh bot kecil dari belakang. Kesibukan feri ini selalunya ialah pada waktu anak-anak ke sekolah kerana itu sahaja yang menghubungkan antara Bandar Bharu dan Pekan Parit Buntar. Semasa peristiwa itu berlaku hari ini, hujan dikatakan lebat dan arus sungainya deras sehingga salah satu tali yang memastikan keselamatan supaya feri tidak dipukul arus putus. Semasa itulah muncung feri mula tercuram sedikit demi sedikit sehingga bas yang berada di atas feri secara perlahan-perlahan menjunam ditelan arus deras. Kisah van yang terkunci dan tidak dapat dikeluarkan mereka yang berada di dalam sedangkan orang lain yang berada di kedua belah sungai hanya dapat melihat dari jauh menambahkan kepiluan kisah ini.
Pagi tadi saya menghadiri majlis memperingati 40 tahun peristiwa tersebut dan menandatangani kehadiran tanda sokongan dan simpati. Seorang anak muda yang berpakaian segak duduk di belakang saya. Seorang wartawan India membisikkan kepada saya "tu lah cucu Anamalay, pengendali feri yang telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa karam" Selesai majlis saya bersalaman dengan anak muda ini dengan memulakan kata-kata semangat "I'm proud of your grandfather". Kisah lelaki India ini menjadi lagenda di kalangan mereka di Parit Buntar. Sebenarnya kisah ini dimaklumkan kepada saya oleh Siva (orang kuat Hindraf semasa PRU 12) sejak 2008 lagi, tetapi oleh kerana kesibukan urusan lain inisiatif mengenangkan peristiwa ini tertangguh. Sehinggalah 2012 apabila saya diwawancara oleh akhbar The Malay Mail beberapa hari lalu yang membuat liputan peristiwa ini dalam muka tengahnya hari ini, tragedi tersebut menjadi agenda saya yang tertangguh. Saya hadir dalam majlis peringatan 40 tahun pagi tadi untuk menyatakan sokongan saya kepada usaha mengumpul sejarah ini bagi pengajaran generasi hari ini. Saya juga difahamkan beberapa orang yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa turut dianugerahkan oleh YDPA ketika itu pingat Hang Tuah atas keberanian mereka. Bagi saya kisah ini menakjubkan di sebalik kesedihan tragedi yang menimpa rakyat di Parit Buntar ketika itu.
Walaupun kehadiran saya tidaklah secara resmi dijemput tetapi sambutan kedatangan saya disambut oleh jawatankuasa dengan penuh mesra malah saya diberi ruang untuk berucap. Berlatarbelakangkan Sungai Kerian di sebelah kiri saya, ucapan ringkas saya cuba mencungkil nilai keperwiraan di sebalik kesedihan tragedi untuk dijadikan semangat kepada hadirin yang mendengar. Saya juga menegaskan supaya pihak Majlis Daerah Kerian memberikan tapak untuk dijadikan memorial supaya peristiwa ini kekal sebagai memori kepada penduduk di sini. Majlis bertafakur sejenak dengan iringan pancaragam sekolah untuk mengingati mangsa terkorban. Selesai majlis saya bertemu dengan persatuan masyarakat sivil Parit Buntar yang mengambil inisiatif mengumpul bahan-bahan cerita malah mereka mahu mendirikan replika feri karam sebagai menghidupkan suasana tragedi itu. Saya menyatakan sokongan dan menghulurkan tangan untuk membantu demi rakyat Parit Buntar.
Suratkhabar Malay Mail telah mengambil inisiatif dua muka surat tengah memaparkan gambar-gambar yang menyayat hati dalam tragedi tersebut bagi memperingati 40 tahun sejak peristiwa itu berlaku, syabas saya ucapkan malah cucu Anamalay memberitahu tahu program Astro "My Hometown" telah memaparkan tiga siri peristiwa tersebut. Walaupun ia tragedi tetapi mengingati semula 40 tahun itu adalah sebagai mengingati detik pilu dan kesedihan yang diratapi oleh seluruh rakyat di negara ini, khususnya warga Parit Buntar dan Bandar Bharu. Pagi tadi adalah imbauan silam, walaupun semasa itu saya masih kecil tetapi hari ini sebagai Ahli Parlimen saya merasakan seolah saya berada dalam detik-detik itu. Semoga roh mereka berada dalam ketenangan.

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Masalah Banjir Kilat Akibat Sampah <b>Di Bercham</b> - Tv3

Posted: 08 Jan 2012 04:00 AM PST

08/01/2012 20:00:00

Please note that to view this content requires you to have Javascript enabled, and the Flash plugin (get it at http://get.adobe.com/flashplayer/) or HTML 5 compliant browser able to MP4.

Keluhan penduduk dari sebuah taman perumahan di Ipoh, Perak menarik perhatian Aduan Rakyat minggu ini.

Banjir kilat dari 1996 hingga ke hari ini, tidak ada kesudahan.

Pelbagai cara dibuat untuk mengatasinya, namun banjir gagal ditangani.

Lebih teruk, paras air semakin meningkat setiap kali hujan.

Penduduk lalu  berpaling ke aduan rakyat untuk menyuarakan masalah mereka bagi menagih perhatian pihak bertanggungjawab.

Ikuti laporan yang saya sediakan ini.

Sejak kebelakangan ini hujan yang kerap   meresahkan penduduk di taman perumahan desa impian.

Jika hujan lebat terutamanya hanya dalam tempoh kurang 30 minit, penduduk sudah bersiap sedia menyelamatkan barangan dan nyawa.

Banjir kilat-menjadi igauan ngeri penduduk.

Kerugian akibat kerosakkan barangan seperti perabut dan kereta sudah mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun masih belum ada tanda-tanda masalah mereka bakal menemui penyelesaian.

Norhayati Abdullah, Penduduk: "Boleh dikatakan dalam sebulan 2-3 kali banjir. Dalam musim hujan jaga-jagalah malam tak boleh tidur. Hari tu sampai pukul lima pagi baru boleh tidur. Habis nak tidur macamana? Semua dah habis tenggelam."

Punca masalah, penduduk dakwa disebabkan sistem perparitan dari 32 taman perumahan lain di kawasan Bercham disambung ke perparitan mereka.

Menyebabkan bila hujan, longkang yang ada tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

Bertambah teruk apabila longkang pula jarang diselanggara.

Rumah pam ada dibina di taman perumahan itu untuk membantu pengeluaran air.

Namun masalahnya, rumah pam yang sepatutnya mengalirkan lebihan air secara automatik  ke parit sebelum ke sungai seringkali tidak berfungsi.

Apa yang mampu dilakukan penduduk membina penghadang di setiap pintu rumah.

Namun paras air yang naik kebelakangan ini mampu melepasi penghadang ini.

Khamis Othman, Penduduk: "Air dalam masa setengah jam boleh naik dua kaki. Yang baru ni satu meter, pernah hampir dua meter. Baru-baru ni lima bijik kereta tenggelam. Sebab ada penghuni yang pergi buat aktiviti harian."

Rosman Zulkifli, Penduduk: "Semua air masuk ke sini. Bila desa impian yang terpaksa tampung semua ini.  Dahlah dah ada masalah sedia ada, tambah perumahan baru tambah lagi risiko yang ada. Dulu kalai naik dua kaki. Sekarang dah 3 kaki. Mana pihak yang nak selesai masalah ini?"

Tidak tahan dengan masalah banjir tidak berkesudahan, banyak penduduk nekad berpindah.

Banyak rumah di taman perumahan ini dalam keadaan terbiar.

Aduan demi aduan telah dihantar ke pihak majlis bandaraya Ipoh.

Namun belum ada penyelesaian muktamad.

Selagi sistem perparitan tidak diubah suai, Taman Desa Impian akan terus menjadi lokasi banjir kilat yang tidak berkesudahan.

Pihak bandaraya Ipoh pula mahu penduduk memahami masalah yang berlaku.

Ini kerana rumah pam yang dibina dengan ratusan ribu ringgit sering terhadang dengan sampah sarap yang didakwa perbuatan penduduk sekitar Bercham.

Pun begitu, MBI  sedang mengusahakan penyelesaian lain-iaitu sebuah longkang monsoon sepanjang satu kilometer bagi mengalihkan aliran air ke Sungai Pinji.

Datuk Roshidi Hashim, Datuk Bandar Ipoh: "Sekurang-kurangnya air takkan pergi satu arah jee, akan terpecah kepada dua saluran. Kita sedang menanti peruntukkan."

Datuk Roshidi Hashim membuat lawatan mengejut ke sekitar perumahan Taman Desa Impian.

Penduduk mengambil kesempatan sepuas-puasnya bagi menceritakan masalah yang dihadapi kepada Datuk Bandar Ipoh itu.

Beberapa penyelesaian segera dicapai.

Sebagai penyelesaian jangka pendek sebuah lagi rumah pam bernilai lebih dua ratus ribu ringgit akan didirikan di taman perumahan itu.

Apabila peruntukan sebanyak 3 juta ringgit dari RMK 10 diluluskan, longkang monsoon yang dicadangkan akan dibina untuk megurangkan jumlah air ke Taman Desa Impian ketika hujan.

Sikap penduduk yang mengambil jalan mudah membuang sampah sarap ke dalam longkang dan sungai turut ditegur.

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Pasar Tani Konsep Baru Kini Beroperasi <b>Di Seri Manjung</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 12:08 AM PDT

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Perak tampil memperkenalkan konsep baru pasar tani dikenali Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) dengan membuka cawangan pertamanya di Seri Manjung, dekat Lumut.

Pengarahnya, Basri Jasmo berkata bangunan yang dibina dengan kos RM2 juta itu menempatkan 90 lot niaga dan dilengkapi dengan kemudahan surau, bekalan air, elektrik, pentas dan 'wi-fi'.

"Bangunan ini bukan sahaja menempatkan peniaga pasar tani sedia ada tetapi juga memberi peluang niaga kepada kira-kira 500 orang penduduk tempatan sekiranya ada cadangan untuk beroperasi pada setiap hari dilaksanakan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pasar Tani Mega Seri Manjung dan Penyerahan Bangunan PAKAR Seri Manjung, Ahad.

Terdahulu, wakil kontraktor Syarikat 2r Contraction, Zambri Razali menyerahkan secara rasmi bangunan PAKAR Seri Manjung kepada Pengarah Kejuruteraan FAMA Perak, Majid Tusiran.

Menurutnya, bangunan itu juga akan berfungsi sebagai pasar malam, pasar minggu, 'up town', pasar pelancongan serta pasar komuniti.

Selain itu, ia boleh digunakan sebagai tempat menjalankan pelbagai aktiviti oleh pihak persatuan termasuklah badan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Rashidi berkata, konsep terbaru yang diperkenalkan FAMA Perak itu diharap dapat menjadi destinasi baru tarikan pelancong ke daerah terbabit terutamanya pada hari minggu.

"Bagi tujuan itu, kita akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan Koperasi (KPDNKK) dan Tourism Perak untuk menarik kehadiran pelancong ke situ," katanya.

- Nooraini Mahamad

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


My Keju & Coklat: Menyusuri Sejarah Pasir Salak dan <b>Teluk Intan</b>

Posted: 10 Sep 2012 10:44 AM PDT

Tajuk dah macam cikgu sejarah nak buat lawatan sambil belajar bersama anak murid. hehe..
Niat asal adalah untuk menziarahi Opah En Bapak di Teluk Intan. Kami bergerak awal pagi untuk bersarapan di restoran mamak di Jelapang.
Cadangnya adalah untuk melawat tempat menarik dalam perjalanan ke kampung Opah. Akhirnya kami bersepakat untuk melawat Kompleks Sejarah Pasir Salah di Kampung Gajah. Memandangkan jaraknya hanya kira-kira 25 km dari Teluk Intan kesempatan ini sukar kami abaikan.
Ketika sampai matahari hampir berada tegak di atas kepala. Hari yang kami lawati adalah bukan hari cuti, maka diibaratkan kunjungan berkenaan macam biasa seperti kompleks atuk nenek yang punya. Mula-mula kita harus menapak kira-kira 500 meter untuk masuk ke kompleks utama. 
Kita bergambar dulu dengan jam suria sebagai simbolik kepada pembinaan terowong sejarah,
Kemudian, kita bayar tiket dan bergambar lagi depan pintu masuk terowong. hehe...Famili gila merakam memori ginilah. 
Dah nama terowong, haruslah laluannya adalah bergelap. Apa yang bercahaya adalah paparan 42 diorama berkaca lengkap dengan ilustrasi lukisan, replika manusia yang menggambarkan keadaan sebenar sesuatu peristiwa. Plot kronologi yang dipersembahkan sangat menggagumkan kerana secara tidak langsung kami dapat mengimbas kembali sejarah tanah air bermula dengan penempatan awal di Kuala Selinsing, Perak yang wujud pada tahun 200 sebelum masihi hingga 1000 masihi sehinggalah membawa kepada kemerdekaan negara. .
Selain itu, ada sebahagian diorama diperkukuh dengan kesan bunyi bagi menghidupkan perjalanan plot sejarah yang amat berharga ini. Hinggakan Khalish dan Ilhan terpegun dengan susun atur yang berwarna warni. Anak-anak masih kecil tidak faham apa-apa, tapi ini adalah peluang permulaan memperkenalkan mereka dengan kisah sejarah. 
Usai menatap kesemua kisah sejarah, kami bergerak ke tingkat bawah untuk ke Galeri Keris yang mempamerkan koleksi 180 keris dari Kepulauan Melayu Nusantara. Sayangnya gambar tidak dibenarkan dirakam di galeri ini.
Kemudian kami melawat ke bahagian luar kompleks berkenaan yang memaparkan tapak asal J.W.W. Birch dibunuh serta tugu peringatannya (beliau dikatakan mati dibunuh ketika sedang mandi di tepi sungai). Selain itu,  turut terdapat tugu peringatan pahlawan Melayu, rumah Kutai, kubur Si Puntum dan replika perahu naga.



Selesai sesi merakam memori, kami kemudiannya bergerak ke rumah Opah. Sebelah petangnya, kami meneruskan perjalanan ke Menara Condong di Teluk Intan. Bolehlah pulak si Ilhan sedap tidur tak nak bangun walaupun dikejut beberapa kali.

Sudahnya saya menggagahkan diri mendukung si kecil yang sudah melebihi berat 10kg beras mendaki anak tangga dua tingkat dalam menara berkenaan. Alang-alang dah sampai haruslah dijejaki hingga ke dalam menara. Ye tak?


Ketika di sana, En Bapak berjumpa rakan kerjanya untuk membawa kami ke tepi sungai bagi membeli udang galah. Sudahnya melepaslah saya untuk menikmati mee rebus dan rojak Mastan Ghani yang dikatakan femes itu kerana kami kemudiannya dijemput beraya di rumah rakannya itu. 
Tak mengapalah, kata En Bapak rasanya sama sahaja dengan restoran cawangannya di Silibin. Ok, jangan lupa belanja saya kelak ye, B. hehe...

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


AZNi AUDiO SYSTEM: Majlis Perkahwinan <b>di Bukit Merah</b> (1 <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2012 12:00 AM PDT

Menyediakan Perkhidmatan PA System untuk majlis keraian dan keramaian seperti:

- Majlis Perkahwinan
- Majlis Pernikahan
- Majlis Pertunangan
- Hari Ulangtahun
- Hari Keluarga
- Hari Sukan
- Khidmat Deejay
- Acara-Acara Korporat
- Rumah Terbuka
- Persembahan Pentas dan sebagainya.

Alunan Muzik dari Pop Yeh-Yeh hingga masa kini. Tidak kira dimana jua majlis diadakan, di dalam DEWAN, KHEMAH, PENTAS, kami sedia memberi perkhidmatan terbaik.

Sekiranya berminat, sila berhubung dengan Aizat:-
019-5761823
ijat.azize85@gmail.com

Kami menerima tempahan di dalam Daerah KINTA, PERAK TENGAH & KUALA KANGSAR. Bagi daerah lain, ia bergantung kepada faktor masa perjalanan dan kekosongan pada hari berkenaan.

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian <b>Sungai Siput</b> <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 03:56 AM PDT

DS Zambry Menunjukkan Pingat Perak Yang Dimenangi Datuk Lee Chong Wei Pada Kejohanan Sukan Olimpik 2012 Di London Baru-baru Ini Yang Turut Dipamerkan Kepada Orang Ramai Sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anjuran UMNO Bahagian Sungai Siput, Petang Tadi

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Taiping Mali: ECE Technologies Buka Kilang Ketiga <b>Di Taiping</b> <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 06:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pegawal Peribadi Anwar miliki senjata api! anwar ibrahim dalam jelajah ceramah dia naik bas...terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di jasin melaka...Bila ... Mislina Mustaffa bela anjing ...

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Beauty Fair <b>di Kinta</b> Riverfront Hotel, Ipoh - Gold Heart Swan

Posted: 17 Jun 2012 11:21 AM PDT

Kami akan berada di Ipoh pada hari Sabtu, 23 Jun 2012, dari jam 11 pagi hingga petang sempena Beauty Fair yang menayangkan semua produk Mary Kay.

Kalau selama ini anda hanya pernah dengar dan tengok orang bawa jalan-jalan beg Mary Kay, inilah saatnya untuk anda datang dan cuba produk secara percuma.

Saya dan beberapa orang dari Mary Kay akan berada di sana dan akan memberi anda sedikit lesson bagaimana menjaga wajah dan kemudian tunjukkan cara cuci wajah sendiri.

Ini adalah sesi berkongsi ilmu. Ilmu jaga wajah yang jarang-jarang diajar oleh orang tua kita. Mengapa mereka tidak ajar kita sewaktu kita kecil dulu? Kerana bukan semua bertuah memiliki ibu bapa yang pakar dalam bidang kecantikan! Kita belajar bagaimana cuci diri dan ambil wuduk, tapi tak pernah diajar mahu gosok wajah itu bagaimana? Kita main sental saja selama ini, tapi rupa-rupanya bukan itu caranya!

Jadi bagi anda yang datang dan booking tempat dengan saya in advance, kemudian datang bawa kawan, saya akan beri anda hadiah produk Mary Kay, bukan sampel. Sampel tak main! Barang yang harganya puluh-puluh tu...Saya nak anda bawakan saya 2 kawan saja, jadi dapatlah saya layan anda bertiga.

Cepat call saya dan book tempat anda, 0173016169!

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Rumah Untuk Disewa-Kampung Parit Abas <b>Kuala Kurau</b> Perak <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 07:24 PM PDT

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

Rumah Untuk Disewa-Kampung Parit Abas Kuala Kurau Perak-kawasan kampung rumah batu di Kampung Parit Abas Kuala Kurau Perak
Tuan Rumah: Melayu, Ada 2 bilik dan 1 bilik air. Mempunyai ruang tamu yang luas.
Dari luar jalan utama/besar hanya 500meter. Dekat pekan, dekat bank BSN dan RHB, dekat sekolah rendah kuala kurau, dekat masjid kuala kurau, Kedai-kedai pakaian, barang runcit dan pasar pagi/malam
Disekitar rumah- dekat surau 15m, dekat kedai runcit 10m, kedai jeruk 15m, kedai ikan masin 15m dan rumah jiran-jiran berdekatan.
Kuala Kurau merupakan kawasan berdekatan laut dan berdekatan dengan pusat pelancongan iaitu kuala gula.

Berminat-hubungi segera Pn Hajah Siti Sehah 60122853237 / Tn Hj Bakri 0175755230

By rumahsewa.com

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri Perak</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 02:50 AM PDT

spaperak

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak ditubuhkan mengikut enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak No. 10 1959 Bertarikh 27 Oktober 1959 oleh Raja yang memerintah.

Suruhanjaya menjalankan fungsi seperti berikut:
1- Melantik dan Memberi Taraf Berpencen,
2- Pertukaran Perkhidmatan,
3- Penyelarasan Gaji
4- Lanjutan Tempoh Percubaan, dan
5- Menjalankan Kuasa dan Menjalankan Kuasa Tatatertib bagi Kakitangan Awam Negeri.

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak

Pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia, rakyat DYMM. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, layak memohon kekosongan jawatan dalamPerkhidmatanAwam Negeri Perak seperti berikut:-

JAWATAN /KEKOSONGAN /TARAF

1. Peg. Perkhidmatan Pendidikan Siswazah – Gred. DG41 ( 9 kekosongan ) Tetap

2. Pustakawan – Gred.S41 ( 1 kekosongan ) Tetap

3. Peg. Perkhidmatan Pend. Lepasan Diploma – Gred.DGA29 ( 3 kekosongan ) Tetap

4. Penolong Pegawai Syariah – Gred.LS27 ( 2 kekosongan ) Tetap

5. Penghulu – Gred. NP27 ( 12 kekosongan ) Tetap

6. Penolong Pegawai Veterinar – Gred.G27 ( 1 kekosongan ) Tetap

7. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam – Gred.S27 ( 7 kekosongan ) Tetap

8. Penolong Pegawai Tanah – Gred.NT27 ( 10 kekosongan ) Tetap

9. Juruteknik Awam – Gred.J17 ( 30 kekosongan ) Tetap

10. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa – Gred.J17 ( 4 kekosongan ) Tetap

11. Pelukis Pelan – Gred.J17 ( 5 kekosongan ) Tetap

12. Pereka – Gred.B17 ( 1 kekosongan ) Tetap

13. Juruaudio Visual – Gred.N17 ( 1 kekosongan ) Tetap

14. Pembantu Pembangunan Masyarakat – Gred.S17 ( 3 kekosongan ) Tetap

15. Pengawal Keselamatan – Gred.KP11 ( 3 kekosongan ) Tetap

Untuk makluman SPA Perak hanya menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan, temuduga dan urusan pengambilan diuruskan oleh Perbandanan Perpustakaan Awam Negeri Perak sendiri.

Oleh yang demikian sebarang pertanyaan berkenaan perjawatan, temuduga dan urusan pengambilan hendaklah dirujuk kepada pihak PPANPk di talian 05-2491888

Sumber iklan jawatan kosong, sila klik sini.

from your own site.