Selasa, 13 Mac 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


55 mangsa banjir <b>di Manjoi</b> masih di pusat pemindahan – Perak <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 11:31 PM PST

Seramai 55 orang daripada 14 keluarga mangsa banjir di Manjoi masih berada di pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manjoi, Datuk Nazri Ismail, berkata mereka ditempatkan di dewan orang ramai di sini sehingga keadaan banjir di rumah mereka pulih.

"Walaupun banjir sudah surut tetapi air masih bertakung di rumah mereka dan perlukan masa untuk dibersihkan," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, mereka dapat pulang ke rumah masing-masing esok.

Semalam, 500 orang daripada 140 keluarga di Gugusan Manjoi dan Buntung dipindahkan ke dua pusat pemindahan selepas air naik akibat limpahan dari Sungai Tapah dan Sungai Pari berikutan hujan lebat lebih lima jam.

- BERNAMA

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


QGIS MALAYSIA: Training: Petronas Technology University get <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 09:00 AM PDT



Latihan: Universiti Teknoloji Petronas dapat latihan QGIS
Laman ini nampaknya merupakan alat kuat untuk mempromosi QGIS di Malaysia. Hari ini, atas permintaan Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, pensyarah-pensyarah UTP juga diberi latihan QGIS. Minat mereka adalah projek bernama Greening the Biomass Supply Chain through the High-Performance Optimization dan telah meminta kami memperkenalkan GIS melalui QGIS dimana mereka berhasrat untuk merangkaikannya bersama PostGIS. Hari itu amat penting bagi kami kerana pada hari tu, pemegang Saujana Muda dan Ijazah telah melatih Doktor dari bidang Sains Komputer dan Maklumat serta lain personel dari UTP dalam GIS :-D

Training: Petronas Technology University get trained in QGIS
This site has been a powerful tool in promoting QGIS in Malaysia. Today, Petronas Technology University (UTP), Tronoh has joined the bandwagon and upon their request, got trained in QGIS. Their interest is a project called Greening the Biomass Supply Chain through the High-Performance Optimization so they upon us to learn the (GIS) rope with QGIS in mind because they are keen to link it with PostGIS. It was an important day for us because that was a day when a Masters of Science and a Degree holder train a Doctor in Computer and Information Science and other personnel from the UTP in GIS :-D

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Pelatih PLKN <b>Sungai Siput</b> Meninggal Dunia <b>Di</b> Hospital Selepas <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 11:44 PM PDT

Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini meninggal dunia malam Isnin selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sungai Siput kerana demam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, R.Vinoth, 18, yang berasal dari Padang Jawa, Klang, Selangor meninggal dunia pada 10 malam.

Laporan kematian dibuat oleh bapanya pada Selasa dan punca kematian belum diketahui.

Vinoth dilaporkan demam di kem berkenaan beberapa hari dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan.

Dia mengikuti program berkenaan awal Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Jumaat ini.

– BERNAMA

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Pemuda <b>Padang Rengas</b>: TERKINI.. Jawatan kosong Timbalan <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2012 04:52 PM PST

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

1. Timbalan Pengarah Gred 5 (Gred setara E52)
2. Pengurus Kanan Gred 6 (Gred setara E48)
3. Pengurus (Undang-Undang) Gred 7 (Gred setara L44)
4. Penolong Pengurus Gred 8 (Gred setara E41)
5. Pegawai Eksekutif Gred 11 (Gred setara F29)
6. Pegawai Eksekutif Gred 11 (Gred setara W27

Untuk maklumat lanjut :


http://www.smecorp.gov.my/v4/sites/default/files/Iklan.pdf

Pemuda <b>Padang Rengas</b>: Peluang Kerjaya <b>di</b> CIMB

Posted: 12 Mar 2012 10:57 PM PDT


Peluang Kerjaya Di CIMB

Group is a regional universal bank operating in high growth economies in ASEAN. CIMB Group has the widest retail branch network across the region and is an indigenous ASEAN investment bank. We operate across ASEAN under several corporate entities, which include CIMB Investment Bank, CIMB Bank, CIMB Islamic, CIMB Niaga, CIMB Securities International and CIMB Thai.

1. Asst Manager
2. Executive
3. Clerk
4. Manager
5. Web Application Developer / Programmer
6. MIS Analyst
7. And Many More (Total 18 Vacancies)

Maklumat lanjut di sini

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Lenggong</b> (MDL), Perak - Mac 2012

Posted: 05 Mar 2012 10:52 AM PST

JAWATAN:
1. Penolong Perancang Bandar dan Wilayah Gred J2-1
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U2-1
3. Pembantu Akauntan Gred W4-1
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N4-1

IKLAN JAWATAN
http://www.mdlg.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=13540&folderId=113723&name=DLFE-5803.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.mdlg.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=13540&folderId=113723&name=DLFE-5801.pdf

Tarikh Tutup : 26 Mac 2012

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


PROGRAM ZIARAH KOA BUKIT ASU <b>PENGKALAN HULU</b> PERAK <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 02:39 AM PDT

10 Mac- Buat pertama kali, pihak Yayasan Al-Khalifah telah mengunjungi sebuah perkampungan orang asli suku kaum Kintak yang terletak di Bukit Asu, Pengkalan Hulu Perak. Suku Kintak yang tergolong dalam kumpulan Negrito dianggarkan mempunyai jumlah penduduk dalam lingkungan 170 orang.
Seperti rumpun bangsa Negrito yang lain, secara fizikalnya kaum lelaki dan wanita Kintak juga bertubuh rendah (anggaran lelaki 150 cm dan wanita 140 cm) kecil, berkulit gelap dan berambut kerinting.
Walaupun mereka diberitakan pernah tinggal bertaburan di utara Semenanjung, khususnya dalam wilayah dari Sungai Kerumi di Utara Grik memanjang di Simpang Empat di Baling dan melebar ke bahagian sisi garisan ini sehingga ke Air Panas di Keroh. Tetapi kini terdapat hanya sebuah penempatan tetap masyarakat ini di Semenanjung Malaysia.
Penempatan yang dimaksudkan ialah Kampung Bukit Asu di Grik dalam daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan. Kampung ini kini boleh dihubungi dengan semua jenis kenderaan darat, kecuali kenderaan pacuan empat roda diperlukan dalam keadaan-keadaan tertentu. 
Ianya terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Grik menghala ke bandar Keroh (Pengkalan Hulu), 20 kilometer melalui jalan utama hingga ke persimpangan lombong lama di Kelian Intan dan 5 kilometer melalui jalan tanah merah dari simpang berkenaan. Kampung ini berjiran dengan penempatan masyarakat Melayu di utara dan penempatan masyarakat Siam di selatan.
Kunjungan tidak sempat bertemu Tok Batin kerana beliau ada urusan di luar. Tetapi kami sempat beramah mesra dengan isteri Tok Batin dan Penduduk di situ.Walaupun kunjungan di kampung ini singkat, namun Insya Allah, akan diadakan program besar di sini bersama sukarelawan Yayasan Al-Khalifah pada masa mendatang.