Jumaat, 15 Februari 2013

07 di langkap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di langkap - Google Blog Search


Gambar2 Amukan Sahur Berdarah <b>di Langkap</b> <b>...</b> - Sedaka Sejahtera

Posted: 13 Aug 2010 11:33 PM PDT

Mangsa, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36 Meninggal dunia

Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, Sabtu. Bapanya, Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada 8.30 pagi tadi. Dia turut menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, dan mencederakan seorang lagi anaknya. Foto BERNAMA

IPOH: Polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman kira-kira tiga jam selepas menetak mati isterinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada kira-kira 8.30 pagi tadi.

Katanya, sebelum itu lelaki itu telah mengamuk dan menyerang isteri dan dua anak perempuan mereka pada kira-kira 5.15 pagi.

Isterinya Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, seorang pekerja kilang, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang anak mereka, Najihan, 13, cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan, kata Goh ketika dihubungi.

Seorang lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, terselamat daripada sebarang kecederaan, katanya.

Menurut Goh, selepas mendapat maklumat mengenai insiden itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan berusaha memujuk Mohd Natri menyerah diri tetapi beliau terus mengurung diri di dalam rumah.

Katanya, anggota polis telah menembak mangsa dengan menggunakan senjata taser tetapi tidak berkesan malah menyebabkan dia semakin agresif.

Polis terpaksa menggunakan pistol apabila lelaki itu bertindak ganas dan cuba menyerang dengan parang dan pisau, katanya.

Menurut Goh, mangsa yang terkena dua das tembakan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati lelaki itu memang mempunyai masalah mental dan pernah menjalani rawatan di hospital, katanya.

Mayat pasangan berkenaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Najihan pula dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan, katanya.

- BERNAMA

07 di hutan melintang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di hutan melintang - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU13 : Mempertahankan UMNO itu seperti <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 12:47 AM PST

Di Hutan Melintang semalam Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengingatkan Pakatan Rakyat tidak membuat huru hara jika kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau bercakap semada dengan apa yang diperkatan oleh Najib dan beberapa orang pimpinan UMNO sejak akhir-akhir ini seolah-olah Pakatan Rakyat akan melakukan keganasan seandainya kalah dalam PRU nanti.
Kata-kata ini seolah-olah hendak mempersediakan pemikiran rakyat yang huru hara akan berlaku jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya kali ini. Tetapi sebaliknya UMNO lah yang mempunyai kecenderungan untuk melakukannya jika kalah dalam pilihanraya nanti. UMNO dan BN sebelum ini tidak pernah merasakan kekalahan dalam mana-mana pilihanraya, maka kekalahan mereka kali ini terpaksa kita berhati-hati menghadapi sentimen buruk yang akan di tunjukkan oleh UMNO itu nanti.
Pakatan Rakyat dan pembangkang telah biasa dengan kekalahan setiap kali pilihanraya dan tidak pernah melakukan huru hara kepada negara. Hanya kali ini pembangkang akan menerima giliran untuk memenangi PRU ini. Sebaliknya dalam rekod sejarah negara huru-hara hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah seperti yang berlaku pada tahun 1969 dahulu. Kejadian 13 Mei adalah hasil dari keputusan pilihanraya yang mengejutkan Perikatan semasa itu apabila parti-parti dalam Perikatan telah banyak yang kalah.
Semasa Zahid menyeru supaya Pakatan Rakyat tidak melakukan huru hara, di Pekan, kawasan Najib sendiri, seorang mahasiswa Ali Ashraf telah di belasah oleh penyokong UMNO kerana mengedarkan risalah untuk persediaan mahasiswa bertanding di kawasan itu menentang Najib. Oleh itu kita mesti ingat jika BN kalah lah yang memungkinkan huru hara itu akan berlaku kerana yang kalah (BN) akan berada di dalam ketakutan.
Saya membuat komen ini kerana tidak ada sesiapa di pihak pembangkang berniat untuk melakukan keresahan tetapi yang mempunyai kebarangkalian untuk melakukan huru hara itu ialah UMNO dan BN. UMNO mahukan kesempatan untuk membawa dan memaksa semua pihak bersatu dan UMNO tidak di tinggalkan dalam perbincangan untuk memulakan politik baru dalam negara ini.
UMNO telah menunjukkan bukti berkali-berkali mereka lebih beruntung jika ada kekecuhan dalam negara. UMNO selama ini kekal diatas perpecahan rakyat. UMNO sekarang ini tidak seperti UMNO asal dahulu dalam mana parti yang asal itu di asaskan kerana penyatuan umat Melayu sedangkan UMNO baru ini terasas diatas perpecahan parti itu pada tahun 1987 dahulu.
Itu sebabnya saya dan ramai yang lain selalu menasihatkan orang ramai supaya jangan berbuat apa-apa selepas mengundi kerana UMNO hanya menunggu alasan untuk melakukan kerja yang tidak baik bagi membawa negara kearah pembentukan pentadbiran ala MAGERAN dahulu.
Bagi saya, jika ada kekecuhan ia akan datang dari pihak UMNO. UMNO adalah parti yang tidak 'gentleman' dan amat takut dengan kehilangan kuasa. Kita mesti ingat dan jangan mudah lupa yang Najib pernah berkata yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya, itu milik BN. DAN salah satu peristiwa awalan yang akan berlaku telah pun berlaku apabila Ali Ashraf telah di belasah oleh penyokong Najib di Pekan semalam..
Apakah itu bukan bayangan apa yang BN akan lakukan jika mereka kalah dalam pilihanraya nanti? Pandai-pandailah berfikir siapa yang akan melakukan jenayah jika kalah dalam pilihanraya ini nanti.
Tetapi kita wajar melaksanakan tugas kita dengan memberikan sokongan kali ini terhadap Pakatan Rakyat, kerana kecelaruan pimpinan BN tidak boleh kita biarkan berlarutan.
Kita lupakan UMNO buat kali ini kerana jika kita masih memberikan sokongan dan undi untuk UMNO, kita sesungguhnya sedang menzalimi serta memusuhi diri kita sendiri.

07 di behrang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di behrang - Google Blog Search


IdaMan: NGO Ugut BN !, Kekal MIC <b>Di Behrang</b>, Sungkai

Posted: 13 Feb 2013 09:02 AM PST

Sebanyak 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Tanjung Malim mendesak kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemimpin kaum India bertanding di kerusi Dun Behrang dan Sungkai pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Jurucakapnya, MP Subramaniam berkata, jika dua kerusi Dun itu ditukar, kesemua ahli daripada 27 NGO kawasan itu mengambil keputusan untuk tidak akan keluar undi pada PRU13.

"Dijangkakan hampir 2,000 ahli daripada 27 NGO ini tidak akan keluar mengundi jika dua kerusi ini ditukarkan kepada parti komponen lain dalam PRU akan datang.

"Saya pasti tindakan ini bukan sahaja bakal merugikan BN bahagian Tanjung Malim khususnya jika mahu menang pada PRU akan datang dan ini menunjukkan kami serius dalam tuntutan ini," katanya ketika ditemui di hadapan Pejabat Umno Bahagian Tanjung Malim, di sini, semalam.

Kira-kira 60 ahli daripada 27 NGO daripada kawasan Tanjung Malim turut mengadakan perhimpunan aman di hadapan Pejabat Umno Bahagian Tanjung Malim bagi mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Subramaniam berkata, 27 NGO yang hadir di sini merupakan wakil yang menyokong BN mahukan kerusi Dun Behrang dan Sungkai dikekalkan kepada MIC.

Katanya, jika dua kerusi itu diberikan kepada parti lain, jumlah kerusi untuk MIC hanya tinggal dua sahaja di Perak sedangkan Behrang dan Sungkai merupakan kawasan tradisi MIC sejak dahulu lagi.

Beliau turut mempersoalkan dengan konsep 1Malaysia dalam pengagihan di kawasan Tanjung Malim jika dua kerusi Dun itu tidak dikekalkan.

Menurutnya, BN tidak sepatutnya mengabaikan undi sokongan kaum India di kawasan Tanjung Malim dan Perak khususnya pada PRU13 nanti.

Menurutnya, jika kedua-dua kerusi diambilbalik pastinya ianya akan mengecewakan kaum India khususnya kerana dua Dun itu adalah kawasan boleh menang untuk MIC dalam PRU akan datang.

Katanya, ianya berdasarkan kepada sokongan kaum India di Dun Sungkai sudah kembali ke MIC-BN kerana parti komponen itu telah membuat pelbagai aktiviti yang menarik balik sokongan kepada BN itu sendiri.

Beliau menjelaskan, tindakan menarik balik kerusi Dun Sungkai untuk MCA pastinya akan menjejaskan imej parti MIC dan kehilangan kepercayaan rakyat.

"Jika kerusi di Dun Sungkai ditukarkan dengan Buntong, ianya lebih sukar untuk dimenangi oleh MIC disebabkan masih berlaku masalah pemilhan calon tempatan yang tidak mempunyai masalah.

"Namun, jika di Dun Sungkai, kami ada pemimpin tempatan yang berpengalaman yang disukai ramai dan mempunyai sokongan dalam kalangan semua bangsa,"katanya.~ Sinar

Berkaitan : Zambry Arah Presiden MIC Tutup Mulut !

07 di bagan datoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Menyampaikan Bantuan Sempena Gong Xi Fa Cai <b>di</b> Dewan Cina <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2013 05:06 AM PST

Tarikh 31.1.2013

20130202-210542.jpg

20130202-210547.jpg

20130202-210552.jpg

20130202-210605.jpg

07 di bercham - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bercham - Google Blog Search


Perasmian Pembukaan Laluan Alternatif Dari <b>Bercham</b> Ke <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 07:26 PM PST

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir Merasmikan Laluan Alternatif Dari Bercham Ke Lebuhraya Plus Di Bercham Turut Hadir Adun Bercham Dap Y.B.SUM CHEOK LENG

07 di kampar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kampar - Google Blog Search


RAPP Terapkan MRV <b>di</b> Semenanjung <b>Kampar</b> - KOMPAS.com

Posted: 31 Jan 2013 07:18 AM PST

Hutan Lestari

RAPP Terapkan MRV di Semenanjung Kampar

Kamis, 31 Januari 2013 | 21:47 WIB

JAKARTA, KOMPAS.com - Pemerintah menetapkan agar pengelolaan hutan gambut untuk fungsi produksi berjalan baik, maka perlu adanya kegiatan pengukuran (measurement), pelaporan (reporting), dan verifikasi (verification) atau dikenal dengan kebijakan MRV.

PT Riau Andalan Pulp and Paper (RAPP) selaku produsen kertas terkemuka di Tanah Air, mengapresiasi kebijakan tersebut untuk diterapkan di areal konsesinya di Semenanjung Kampar.

Direktur Utama RAPP Kusnan Rahmin, menyatakan pihaknya mengapresiasi kebijakan MRV yang diterapkan pemerintah terhadap perusahaan. Dia menyatakan, terbuka dengan hasil MRV untuk perbaikan tata kelola hutan tanaman industri (HTI) RAPP dan tanaman kehidupan bagi masyarakat sekitar daerah.

"Hasil dari MRV yang dilakukan tim pakar akan kami terima dan gunakan untuk perbaikan tata kelola lingkungan HTI serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat termasuk juga dalam menjaga nilai-nilai budaya dan sosial ," kata Kusnan dalam siaran persnya di Jakarta, Kamis (31/1).

Dia juga menegaskan , RAPP berkomitmen untuk membangun HTI secara lestari. Karena itu untuk membangun HTI berkelanjutan, perusahaan menanam sedikitnya 500.000 batang pohon setiap harinya dan memiliki kapasitas pembibitan 200 juta setiap tahunnya di Pangkalan Kerinci, Baserah, Pelalawan dan beberapa satellite nursery.

Tingkatkan serapan karbon
Sebelumnya sebuah tim pakar independen diterjunkan ke areal konsesi RAPP di Semenanjung Kampar Riau. Dari hasil pengukuran, pelaporan dan verifikasi (MRV) yang dilakukan tim pakar tersebut, ternyata pembangunan hutan tanaman industri bisa meningkatkan penyerapan karbon.

"Neracanya menunjukan masih ada surplus penyerapan karbon yang cukup besar dengan pembangunan HTI," kata Guru Besar Fisika Tanah dan Hidrologi Institut Pertanian Bogor ( IPB), Budi Indra Setiawan. Budi merupakan ketua tim pakar yang ditunjuk Kementerian Kehutanan sejak tahun 2010 untuk melakukan MRV pengelolaan HTI di lahan gambut di Semenanjung Kampar.

Staf Ahli Menteri Kehutanan bidang Lingkungan dan Perubahan Iklim Yetti Rusli menyatakan lahan konsesi yang dikelola RAPP seperti estate Meranti, layak dijadikan lokasi aktivitas demonstrasi penerapan skema pengurangan emisi dari deforestasi dan degradasi hutan (REDD+). Dia menyatakan pengelolaan hutan lestari seperti HTI adalah salah satu solusi untuk mengatasi perubahan iklim.

07 di teluk batik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di teluk batik - Google Blog Search


Cuti-cuti Malaysia <b>di Teluk Batik</b>, Perak sempena CNY2013 <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 06:01 PM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sempena Cuti Perayaan Tahun Baru Cina baru ni, saya sekeluarga sempat Bercuti-cuti Malaysia ke Teluk Batik, Perak . Mengikut perancangan awal, kami nak bercuti ke Air Terjun Lata Kinjang, Tapah... Tapi memandangkan adik tengah sarat mengandung... Menunggu waktu untuk bersalin... Jadi, last minit tukar lokasi ke Teluk Batik, Perak
Dalam perjalanan menuju ke Teluk Batik, jalan punyalah sesak... Pertama kali pengalaman mengambil masa yang lama untuk sampai ke Teluk Batik dari kampung Gajah, Perak... Biasanya kami ambil masa sejam setengah perjalanan sahaja.. Tapi pada kali ni lebih daripada 4 jam.. Pukul 2.30 bertolak, sampai di Teluk batik lebih kurang jam 6.30 petang... huhuhu... Penangan CNY2013...

Jem.. Jem.. Jem.. Ada roti dan kaya pon sodap..
Jalan Jem lagi... Bila nak sampai ni...
Kereta langsung tak boleh nak bergerak untuk memasuki tempat parking kereta..
Nasib baiklah adik saya yang tengah sarat mengandung tu bersalin keesokan harinya.. Kalau tiba-tiba sakit nak bersalin pada ketika ini.. Fuyooo... Bersalin dalam keretalah jawabnya.. Syukur Alhamdulillah...
Bila dah sampai teluk Batik, terus cari tempat baik punya untuk buat BBQ... Dan lepas tu terus terjun ke dalam Laut... Pada kali ni, saya paksa Aadam dan Haikal mandi laut... Dalam terpaksa mereka menuruti kehendak saya, walaupun kedua-duanya terpaksa di dukung..

Saya, Adam, haikal, Pakcik Topik..
Adam tidak mahu melepaskan tangannya daripada tengkok saya...

Bila dah puas merendamkan Adam dan Haikal, saya bawa mereka ke darat... Mereka nak bermain pasir katanya..

Adam.. Ayah ada berapa orang anak... Dua.. Peace..

Dekat Teluk Batik, punyalah ramai orang pada ketika ini..

Aktiviti Adam dan Haikal seterusnya bermain Istana Pasir..
Nampaknya Haikal sedang memikirkan Idea...

Didi (memakai Topi) bertindak sebagai Chef pada hari ini... ;)

Pak Long (Berbaju kuning) tidak turun sekali ke laut..

Pakcik Topik sedang mengajar Alisya berenang ker?

Didi gigih menyediakan tempat BBQ, walaupun hari hampir malam.. 
Walaupun hari dah hampir malam, kami tetap nak buat BBQ juga.. Nak buat macamana, takkan nak bawak balik udang, ikan dan Sosej yang telah diperam.. Jadi, alang-alang dah sampai, bakarjelah mana yang boleh.. 
Tunggu masa untuk membakar Sosej..

Kesian dekat Dayah (Adik) yang sedang menunggu masa untuk bersalin.. Nasib baiklah bersalin pada keesokan harinya..
Menjelang pukul 7 malam, kami bersiap sedia mandi, solat dan makan.. Sorry yer tak ada gambar mandi dekat bilik air... Sensored... hehehe.. Masa ni dah tak hirau dah HP berada dekat mana.. nak mandi pun punyalah jenuh.. Terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran...
Kami pun terus makan-makan sampilah lebih kurang pukul 9.00 malam.. Waktu ni, hanya diterangi limpahan lampu dekat sesetengah kawasan.. jadi, kawasan kami berkhelah tu takderlah terang sangat.. Sekadar cukup nampak muka orang lain, dan makanan di depan mata...
Haikal dan Danish dalam kegelapan malam di kawasan pantai...
Setelah kenyang dan mengemas barang, kami pun berangkat pulang... Nak balik pun satu hal lagi.. Jalan Jem... Kami sampai ke rumah di kampung Gajah hampir pukul 11.30 malam.. lain kali tobat taknak pergi tempat percutian macam ni, waktu cuti Tahun Baru Cina.. ;)
Walaubagaimanapun berpuas hati sebab dapat Support Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bercuti-cuti di lokasi menarik yang terdapat di Malaysia..

07 di malim nawar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di malim nawar - Google Blog Search


!!~ Cerita Ceriti Kami ~!!: Balik ke teratak atok onni

Posted: 15 Feb 2013 02:06 AM PST

Bismillah...
Alhamdulillah...dapat juga balik ke teratak atok onni di Kedah..rindunya pada kampung halaman...last balik masa November thn lepas...huhu

Kami gerak pulang meninggalkan Bangi pada hari sabtu yang lalu...lepas babah habis kerja. dalam pukul 3pm. Alhamdulillah, highway tak berapa jammed sangat...sebabkan dah petang, kami singgah ke rumah pak ngah di Malim Nawar dulu...plan nak balik terus tidur di Gerik tak menjadi..so kami tidur di rumah pak ngah dulu

esok pepagi kami gerak ke Gerik...sampai sana dalam pukul 11am...seronok dapat jumpa semua. makan kenduri aqiqah dulu kat rumah Nek teh...petang tu kami gerak ke Baling pula...akhirnya dapat juga tunjuk kat babah rumah lama kami yang kini disewakan...hehe..rasa lain sungguh suasana kat situ..juga tiba2 jadi malu2 segan2 dengan makcik2 jiran tetangga dulu...hihihi..ada yang dah tak kenal kami lagi...dan cik nor yang paling ingat..dia cakap, "erm dulu dok pakai baju skolah lagi kan...ni dah dukung anak dah.." hehehehe...

lepas tu kami ke rumah jiran lama yang sudah pindah dari kawasan perumahan tu..nak lihat cucunya yang baru 9hari...cantik banglo tu..seronok tgk..yela tanah sendiri buat rumah, puas hati...kan? dah gelap kami gerak pulang ke merbok...

sampai di merbok dalam pukul 9pm...penatnya terasa...borak2 dengan mak, tengok tv dah penat semua tidoq...hehehe

esoknya bangun pagi2, kemas rumah...panaskn lauk pauk..rajin plak kan..hahaha..mgkin dah biasa kot..lgpon mcm rugi plak kalo tidoq banyak2 kat kampung ni...hehehehe..kami tak pergi mana2 pon..cuma duduk di rumah..tengahari tu makan kenduri kat rumah jiran depan rumah...hehe

hari selasa kami dah nak pulang...tapi kami pulang petang sikit sebab nak elak jammed di awal hari...tapi jammed jugak..huhu...takpe yang penting esok tu cuti lagi...boleh kemas2 brg dr kampung, basuh baju dan berehat...lagi pula ummi & mawaddah selsema + penat..

seronok sangat bila dapat balik kampung!!!yihaaaa
----------------------
Salam Sayang,

07 di jelapang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di jelapang - Google Blog Search


<b>jelapang</b>: <b>di</b> mana kapalselam kita ketika negara diceroboh?

Posted: 15 Feb 2013 09:26 AM PST


Semalam kita digemparkan dengan pencerobohan lebih 100 warga asing BERSENJATA API yang menceroboh masuk ke pesisiran Pantai Tandao berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu, Sabah.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130215/dn_03/Identiti-kumpulan-dikenal-pasti

Tertanya-tanya kita bagaimana penceroboh ini boleh dengan mudah mendarat di pantai negara kita.

PALING MENGEJUTKAN IALAH DI MANAKAH KAPAL SELAM SCORPENE KITA YANG BERPENGKALAN DI SABAH APABILA 100 PENCEROBOH YANG DATANG DENGAN BERBOT-BOT MEMASUKI PERAIRAN NEGARA?

Mungkin juga kapal selam kita sedang sibuk membuat persiapan untuk menjadi bahan pameran untuk Pameran LIMA bulan depan! Wallahualam.

***NK: Jelapang kini kembali selepas puas beristirihat.

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


10,000 pengunjung hadir ke Karnival 1Malaysia <b>Tanjung Tualang</b> <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 08:58 PM PDT

Karnival Tanjung Tualang yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung yang terdiri pelbagai bangsa dan agama.

Sebelum program Walkabout di pekan Tanjung Tualang, Najib sempat beramah mesra dengan masyarakat Mambang Di Awan di SJKC Mambang Di Awan.

Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, jam 9.30 pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Perak.

Program pertama yang dihadiri pemimpin nombor satu negara itu berlangsung di Taman Soon Choon, iaitu Program Sepagi Bersama Perdana Menteri yang membabitkan majlis rumah terbuka dan ramah mesra Hari Raya Aidilfitri.

Pada sebelah petang, beliau dijadual mengunjungi perkampungan Orang Asli di Sungai Siput dan menyampaikan bantuan yang golongan yang memerlukan di sana.

07 di bukit merah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bukit merah - Google Blog Search


HOMESTAYNIAGA.COM: SENARAI PENGINAPAN <b>DI BUKIT MERAH</b>

Posted: 06 Feb 2013 09:32 PM PST

Assalamualaikum wth...
Apartment untuk disewa. Berada di dalam kawasan Peranginan Bukit Merah milik MKLand.Kolam renang kanak-kanak dan dewasa bersebelahan apartment dan percuma kepada semua tetamu. Merupakan studio pemilik bagi lukisan dinding ( mural painting ). Penginapan untuk muslim sahaja.

Kemudahan :
3 bilik tidur ( 1 queen bed n 4 single bed + 4 toto )
2 bilik air ( water heater )
Bilik Tidur utama berhawa dingin
Ruang tamu yang selesa dengan dekorasi lukisan dinding ( mural painting )
Ruang makan untuk 10 orang
Ruangan dapur untuk memasak yang lengkap

Kemudahan lain :
Penghawa dingin LG 1HP,alat senaman, televisyen, astro beyond ( kad disediakan ), DVD/VCD player, radio, mesin basuh, seterika ( iron ), vacum, heater, kettle, rice cooker, set memasak yang lengkap, set makan minum yang lengkap, tuala, selimut, bantal tambahan, 4 toto, gel mandian, syampoo, sabun basuh baju dll..

Harga biasa dari RM 180.00 – RM 250.00 semalam.

Harga promosi sepanjang 2012 bagi tempahan awal sebulan sebelum check in sahaja:

3H2M - percuma 1 tiket ke taman tema air @ RM 29.00

4H3M - percuma 3 tiket ke taman tema air @ RM 87.00

atau

RM 170.00 bagi 2H1M ( tempahan awal sebulan diperlukan )
RM 330.00 untuk 3H2M ( tempahan awal sebulan diperlukan )
RM 450.00 untuk 4H3M ( tempahan awal sebulan diperlukan )

Untuk tempahan sila hubungi :

Aimy Fazrul Bin Khairuddin
012-4297994
aimyfazrul@yahoo.com

Bayaran pengesahan tempahan sebanyak RM 100.00 diperlukan..

Aimy Fazrul Bin Khairuddin
Maybank ( acc. no. 157091130510 )

Jom bercuti... connecting to :

Lokasi lain untuk dilawati :

Taman tema air, Eco Park ( mini zoo ), Jeti ke Pulau Orang Utan ( 5 minit )
Bandar Baru, Selama ( 20 minit )
Parit Buntar ( 30 minit )
Penang ( 40 minit )
Bandar Taiping, Taman Tasek Taiping ( Lake Town ) Bukit Larut ( Maxwell) Ladang Tulip, Zoo ( Night Safari ), Tesco Giant ( 25 minit )
Ipoh ( 1 jam )
Seri Manjung, Setiawan, Lumut, Teluk Batik, TLDM ( 1 jam 45 minit )

---------------------------------------------------------------------------------

Bukit Merah Homestay
B6261, Studio Apartment, Bkt Merah Lake Town Service Apartment
Studio Apartment (1 bilik)
012-2705983@idrisyusup@gmail.com
RM80 (Isnin-Kamis) Jum-Ahd(RM100)
Lokasi sevice studio apartment terletak dalam kawasan Bkt Merah Laketown Resort, terdapat jln pintas ke bandar Taiping, kediaman satu bilik (satu katil besar+extra bed). Penginapan lebih 2 mlm harga boleh dirunding.

Homestay
Apartment Tropicana, Bukit Merah Laketown, Perak.
Apartment / 3 bilik-bilik tidur utama berhawa dingin
cahayakristal@yahoo.com
RM200 sehari
Dilengkapi dengan semua kemudahan asas spt. TV, Peti ais, dapur dan kelengkapan untuk memasak untuk percutian bersama keluarga anda dan hanya 3 minit ke Taman Tema Air.

Haji Abdul Rahman's Homestay
Bukit Merah Laketown Resort
Fully furnished, air-conditioned apartments with 3 bedrooms and 2 bathrooms.
0195752700 Ain
2 days 1 night. Peak RM250 (negotiable), Off-Peak RM180 (negotiable). Special discount for staying at longer duration.
Guarded entrance, lift, kitchenette. Free access to Tropicana Clubhouse, swimming pool, gym. Deposit is 50% of the overall price. Full Payment before check-in. Adios &amp; Happy Holiday.

07 di taiping - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di taiping - Google Blog Search


Taiping Mali: Majlis POJA Roh Komunis oleh PAS <b>di Taiping</b> Esok

Posted: 27 Jan 2013 07:53 PM PST

Parti Aslam Sa-Malaya (PAS) akan mengadakan majlis puja roh komunisme esok bermula di Kamunting dan akan berakhir di tanah perkuburan Kg Jambu Taiping. Sebelum itu konvoi tersebut akan berhenti di Penjara Taiping untuk satu demo memperingati tempat komunis dihukum gantung.

Mat Sabu dijangka akan mengetuai majlis memperingati kematian Mat Indera yang terlibat dalam serangan di balai polis Bukit Kepong Muar Johor yang membunuh anak-anak dan isteri-isteri polis zaman darurat dahulu.

Oleh itu beberapa NGO di daerah Taiping akan membuat satu laporan polis petang ini terhadap tindakan biadab parti Pas yang akan mengadakan majlis puja roh komunis esok.

Esok kita akan tengok lebai-lebai kera dan cicak mengkarung Pas akan menjadi pecacai Komunis alaf baru akan bertakbir mengangkat martabat Komunis Malaya

http://taipingmali.blogspot.com/2013/01/pas-taiping-akan-buat-majlis-puja-roh.html

07 di padang rengas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di padang rengas - Google Blog Search


Jelajah Merdeka Rakyat <b>Padang Rengas</b>, Perak | | Blog Komuniti <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2013 04:35 AM PST

by Wan Zulkarnain

jmrpadangrengas Jelajah Merdeka Rakyat Padang Rengas, PerakAssalamualaikum. Untuk makluman semua pembaca, pada malam ini (13 Februari 2013), program Jelajah Merdeka Rakyat akan diadakan di Padang Rengas, Perak. Program ini akan bermula pada jam 9.00 Malam. Jadi, bagi sesiapa yang tidak berpeluang untuk hadir secara langsung, anda bolehlah menonton secara live di pautan berikut. Jelajah Merdeka Rakyat. Untuk menonton, anda hendaklah daftar keahlian terlebih dahulu di laman livestream.

07 di batu gajah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di batu gajah - Google Blog Search


BERTUKAR KERJA KE <b>BATU GAJAH</b> DALAM MASA <b>...</b> - al-lamborri

Posted: 03 Feb 2013 03:46 PM PST


BERTUKAR KERJA KE BATU GAJAH
            Tahun 1932-1933 ialah masa meleset (slump) yang begitu terok atau buruk pernah terjadi di negeri ini oleh kerana kekurangan hasil negeri disebabkan kejatuhan harga pasaran getah, bijih dan lain-lain.  Kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan pentadbiran, pertamanya mengurangkan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan (retrenchment).
Saya di masa itu bekerja di Rumah Sakit Teluk Anson di bawah seorang doktor kulit putih bangsa Australia – Doktor A.B. yang sangat garang orangnya pernah saya jumpa.  Seorang orderly budak Melayu (Tak) sudah diberi notis kerja, seorang Penolong Kerani saya sudah dikurangkan.  Maka pejabat tinggallah saya seorang dengan seorang India Mister M.K. sebagai Steward.  Kakitangan yang lain pula dikurangkan jua.
Saya tidak ketahui iaitu masih jua lagi hendak mengurangkan kakitangan Kerajaan.  Sementara itu saya nampak Mister M.K. yang telah lama berkenal dengan Doktor A.B. semasa ia bekerja di tempat lain, selalu saje membawa hadiah-hadiah barang yang ganjil seperti binatang landak, pelanduk dan lain-lain selain daripada itu beberapa raga telur ayam yang baharu, tidak terkira.  Saya tidaklah tahu samada Doktor itu bayar harganya atau tidak.  Doktor itu mula bengis kepada saya dan suka mencari salah yang saya sudah bosan menerimanya.  Oleh itu saya sudah pakai ilmu "apa jadi".  Saya jawab apa juga yang fikir betul.  Di situ saya terkenal sebagai pembela pekerja-pekerja yang sebangsa dengan saya pertamanya.  Oleh itu, saya dipanggilnya "Malay Ghandi".
Pada mulanya saya dapat hukum ditukar ke Kroh (sekali lagi) dan di dalam sedikit masa pula berubah ditukar ke tempat-tempat lain ke Grik dan lain dan pada akhirnya saya ditukarkan ke Pejabat Ukur (Survey Department) Batu Gajah.  Tetapi malangnya pula pada masa saya sudah bersiap hendak melangkah tukar ke Batu Gajah maka Mister M.K. pun dapat notis dibersarakan dengan sebab itu doctor itu sudah berbalik hati bekerhendakkan saya pula tidak bertukar dan petukaran itu ditangguhkan sementara.  Bagaimanapun, pertukaran itu diteruskan juga dan sayapun bertukar ke Batu Gajah pada 30.10.1933.  Sebelum saya pergi maka Doktor itu panggil saya dan berkata kepada saya sekiranya saya bekerja di bawah Tuan Mr. F saya akan merasa kepahitan yang amat sangat.  Katanya didalam bahasa Inggeris, "If you happen to work under Mr. F, you will be in a hell of trouble!"
Sedia maklum ketua-ketua pejabat Ukur-Mengukur di masa itu semuanya daripada bangsanya orang Australia dan tuan yang saya sebutkan itu ialah Ketua Pejabat di situ.  Sebagaimana yang saya telah sebutkan ketua-ketua Pejabat itu di masa itu dan Pegawai Ukur-Mengukur kebanyakkannya daripada bangsa mereka.  Bagitupun saya jawab jualah lebih kurang.
"The worse he can do is to sack me, he cannot shoot me, I need not have to pay for my passage home."
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Pembantu kedai photostat <b>di tanjung rambutan</b> | Kerja

Posted: 04 Sep 2009 09:30 PM PDT

8959260345

Memerlukan pembantu kedai photostat dan rubber stamp di tanjung rambutan, perak dengan segera. Mula bekerja 1hb Oktober ini.
Gaji : RM450
Waktu Bekerja : 9:00pagi hingga 6:30 ptg
Hari Bekerja : 6 hari (Jumaat cuti.

Berminat sila hubungi Zaiton 016-5230121 selepas pukul 4 petang.

Pembantu kedai photostat  , Pembantu kedai photostat   kerja, Pembantu kedai photostat   Video, Pembantu kedai photostat video, Pembantu kedai photostat   malaysia, Pembantu kedai photostat   Melayu, Pembantu kedai photostat   gambar, Pembantu kedai photostat  bf1,  Pembantu kedai photostat bisnes,  Pembantu kedai photostat perniagaan, Pembantu kedai photostat  foto,  kerja malaysia, kerja Melayu, kerja gambar, kerja cerita, kerja pilihan, kerja kl, kerja bf1, kerja video, kerja foto, kerja malaysia, kerja Melayu, kerja Indon, kerja Indonesia, kerja gambar, kerja cerita, kerja pilihan, kerja Bisnis, kerja kilang,  kerja kl, kerja bf1, kerja foto, kerja Indon, kerja malaysia, kerja melayu, kerja web, kerja kosong, Peluang Bisnis, kerja video, kerja Asia, foto, Asia, pilihan, gambar, sambilan, komuniti, statistik, malaysia, terkini, web, data, jawatan, program, fizikal, kerja kerja, seminar, Pemasaran, perniagaan, pembankan, bisnes, produk, harian, baru, bf1, Pembantu, kedai, photostat

07 di lenggong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di lenggong - Google Blog Search


My Kerjaya Online: Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Lenggong</b>

Posted: 13 Feb 2013 04:28 PM PST

Kekosongan di Majlis Daerah Lenggong
1.  PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
Tarikh Tutup: 16 Februari 2013

Klik Untuk Maklumat Lanjut

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved