Jumaat, 15 Februari 2013

07 di behrang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di behrang - Google Blog Search


IdaMan: NGO Ugut BN !, Kekal MIC <b>Di Behrang</b>, Sungkai

Posted: 13 Feb 2013 09:02 AM PST

Sebanyak 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Tanjung Malim mendesak kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemimpin kaum India bertanding di kerusi Dun Behrang dan Sungkai pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Jurucakapnya, MP Subramaniam berkata, jika dua kerusi Dun itu ditukar, kesemua ahli daripada 27 NGO kawasan itu mengambil keputusan untuk tidak akan keluar undi pada PRU13.

"Dijangkakan hampir 2,000 ahli daripada 27 NGO ini tidak akan keluar mengundi jika dua kerusi ini ditukarkan kepada parti komponen lain dalam PRU akan datang.

"Saya pasti tindakan ini bukan sahaja bakal merugikan BN bahagian Tanjung Malim khususnya jika mahu menang pada PRU akan datang dan ini menunjukkan kami serius dalam tuntutan ini," katanya ketika ditemui di hadapan Pejabat Umno Bahagian Tanjung Malim, di sini, semalam.

Kira-kira 60 ahli daripada 27 NGO daripada kawasan Tanjung Malim turut mengadakan perhimpunan aman di hadapan Pejabat Umno Bahagian Tanjung Malim bagi mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Subramaniam berkata, 27 NGO yang hadir di sini merupakan wakil yang menyokong BN mahukan kerusi Dun Behrang dan Sungkai dikekalkan kepada MIC.

Katanya, jika dua kerusi itu diberikan kepada parti lain, jumlah kerusi untuk MIC hanya tinggal dua sahaja di Perak sedangkan Behrang dan Sungkai merupakan kawasan tradisi MIC sejak dahulu lagi.

Beliau turut mempersoalkan dengan konsep 1Malaysia dalam pengagihan di kawasan Tanjung Malim jika dua kerusi Dun itu tidak dikekalkan.

Menurutnya, BN tidak sepatutnya mengabaikan undi sokongan kaum India di kawasan Tanjung Malim dan Perak khususnya pada PRU13 nanti.

Menurutnya, jika kedua-dua kerusi diambilbalik pastinya ianya akan mengecewakan kaum India khususnya kerana dua Dun itu adalah kawasan boleh menang untuk MIC dalam PRU akan datang.

Katanya, ianya berdasarkan kepada sokongan kaum India di Dun Sungkai sudah kembali ke MIC-BN kerana parti komponen itu telah membuat pelbagai aktiviti yang menarik balik sokongan kepada BN itu sendiri.

Beliau menjelaskan, tindakan menarik balik kerusi Dun Sungkai untuk MCA pastinya akan menjejaskan imej parti MIC dan kehilangan kepercayaan rakyat.

"Jika kerusi di Dun Sungkai ditukarkan dengan Buntong, ianya lebih sukar untuk dimenangi oleh MIC disebabkan masih berlaku masalah pemilhan calon tempatan yang tidak mempunyai masalah.

"Namun, jika di Dun Sungkai, kami ada pemimpin tempatan yang berpengalaman yang disukai ramai dan mempunyai sokongan dalam kalangan semua bangsa,"katanya.~ Sinar

Berkaitan : Zambry Arah Presiden MIC Tutup Mulut !

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved