Khamis, 7 Jun 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


sikurakurapurapura: Kepoyoan Kekura & Pepenyu <b>di Pangkor</b> 4.0

Posted: 16 Apr 2012 11:09 PM PDT

Fessofol// Assalamualaikum. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Ahaks! *maria elena gerek heleng.
Wah. Wahh… Bestnya cuti midsem gua.
Nak tahu bestnya macam mana? Bestnya macam "jantan gatal dapat kawen empat". Boleh bayangkan tak? *mesti perempuan-perempuan sekalian sukar sekali membayanginya. Ha Ha Ha Ha
Okey, sebenarnya gua tensen ni. Biasalah, bila dah habis cuti otak ni secara auto memikirkan assignment/test yang melambak-lambak tak setel-setel macam sampah tu. Eheh!
Tapi, apadahall. Gua nak tunjuk juga gambar-gambar gua bercuti di Pulau Pangkor tempoh hari. Ouch! Ouch….
Bajet snorkeling lettewww. Haha… Location; teluk nipah (Pantai kecil tapi ohsemm berhadapan Pulau Giam)



Bila dah gedik sangat, inilah yg berlaku.
*buang tabiat ni, nasib tsunami tak sampai kat pangkor petang  rabu tu. klu tak, aruah periang orgnya. haha
Okey. Itu je gambar yg nk ditunjukkan. bak kata blogger; Sila JELLY. 
Dan sekarang, buka minda buka hati buka segala-galanya – BERRR CEPAT SIAPKAN ASSIGMENT dan STUDY utk TEST!


07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


ALaHai Si LunCAi: OMBAK BESAR <b>DI PARIT BUNTAR</b> !

Posted: 02 May 2012 06:54 AM PDT

LIMA HARI AKU DI PARIT BUNTAR. MENZIARAHI PAK PENAKAN BINI AKU YANG UZUR DI TANJUNG PIANDANG. DAH MENINGGAL DAH SEMALAM. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA.


SESUATU YANG SANGAT LUAR BIASA SEDANG MELANDA PARIT BUNTAR RUPANYA. BERSIH 3.0 BENAR BENAR MENIMBULKAN KEMARAHAN KEPADA ORANG PARIT BUNTAR TERHADAP PAS.


MEREKA HILANG KEPERAYAAN TERHADAP PAS YANG MEREKA JANGKA MENGEPALAI PAKATAN TETAPI SEBENARNYA JADI ' KULI BATAK' YANG MENYABUNG NYAWA UNTUK NUAR BRAHIM.


LEBIH PARAH LAGI BILA KERAJAAN SAUDI MULA BERSIKAP NEGATIF TERHADAP RAKYAT MALAYSIA APABILA ORANG UPAHAN NUAR BRAHIM MENCEROBOH MASJID NABAWI DAN MASJIDIL HARAM.


DAH SAH LAH MEREKA INI DIDOKONG OLEH YAHUDI LAKNATULLAH.


AKU DENGAR MEREKA DAH TAK SABAR NAK MENUNGGU PRU 13. MEREKA NAK BERJIHAD. MEREKA AKAN HANCURKAN PAS YANG SELAMA INI MENIPU MEREKA !


AKU TAK MAU KOMENLAH. DAH LAMA SANGAT AKU TAU PAS NI MEMANG TAIK PENIPU !


HE! HE!HE!

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Tanah <b>Di Pantai Remis</b> Perak - Ipoh, Land - Sheryna.com.my - 102304

Posted: 08 Oct 2010 10:56 PM PDT

Malaysia » Perak » Ipoh » Property > Land

PRIVATE AD

Property type: Land For Sale

Price: RM 125,000

Size: 3 acres

Pegangan selamanya
Malay Reserve
Tanah landai
Sesuai untuk sebarang projek pertanian,burung walit,penternakan
Berkereta boleh sampai ketanah ini
Tuan tanah jual sendiri
Satu geran satu nama
Harga : rm 125000 keseluruhan
Berminat hubungi segera : 019-5125568

 
Zharul
Ipoh, Perak, Malaysia
Saturday, 9 October 2010, 13:56
102304
010-5375568 (Mention Sheryna when calling! Thanks.)

Reply to this Ad

REMEMBER:
- Deal locally and meet in-person with buyer/seller (in a public place and take a friend with you).
- Never pay with Western Union or Moneygram.
- Don't accept cashier checks or money orders.
- Sheryna.com.my is NOT involved in any transaction (payment services, shipping, guarantee transactions, etc), does NOT offer "buyer protection" and does NOT offer "seller certification".

Sheryna.com.my does not accept any responsibility for the above classified. The advertiser bear all the responsibility. For any problems, please use Report abuse button!

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Sunset <b>di Teluk Batik</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 27 Mar 2012 07:43 PM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Hampir 200 Rumah <b>Di Seri Manjung</b> Dilanda Ribut, Kejadian Terburuk

Posted: 03 Feb 2012 07:45 AM PST


"Habis semua perabot dan barangan elektrik dalam rumah rosak di basahi air. Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana keluarga dan penduduk kampung tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Harta boleh dicari.. tapi kalau ianya melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan hanya Allah sahaja yang mengetahui," kata Asri Mohd Chor, 52, salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut di Taman Perumahan Fasa 3A Seri Manjung, dekat Lumut, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, sebanyak 119 buah rumah mengalami kerosakan bumbung selain peralatan perabot serta elektrik selepas di basahi air hujan dalam kejadian kira-kira 6.15 petang semalam.

Kejadian itu merupakan paling buruk berlaku sejak setahun lalu, di mana sebanyak lima kejadian ribut dilaporkan berlaku di situ termasuk pada Julai tahun lalu yang melibatkan sebanyak 52 buah rumah penduduk di kawasan perumahan yang sama.

Seorang lagi mangsa, Shaari Zaini, 42, berkata selain mengalami kerosakan di bahagian bumbung rumah, cermin belakang kereta jenis Kancil yang diletak di depan rumah turut pecah akibat terkena serpihan atap yang berterbangan dalam kejadian tersebut.

"Selain cermin kereta, beberapa keping cermin tingkap rumah turut pecah selepas dilanggar serpihan sampah sarap yang berterbangan itu.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada seorang pun ahli keluarga cedera akibat kaca tingkap yang pecah itu," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rashidi Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira 6.15 petang itu, hampir 200 buah rumah penduduk di Taman Perumahan Fasa 3A, Seri Manjung dan Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK) terlibat dalam kejadian tersebut.


"Sehingga jam 12 tengahari ini seramai 185 penduduk dari Taman Perumahan Fasa 3A, Seri Manjung dan KDSK (2) dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

"Kebanyakan penduduk mengalami kerosakan bumbung rumah serta peralatan elektrik dan perabot selepas rumah mereka dibasahi air hujan.

"Kita juga telah mengarahkan beberapa kontraktor untuk memperbaiki segera bumbung rumah penduduk bagi mengelakan kerugian lebih besar lagi," katanya kepada pemberita ketika meninjau tempat kejadian, semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Manjung, Anuwar Ismail berkata, pihak JKM sedang bersiap sedia memindahkan penduduk ke pusat perpindahan sementara di Dewan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sekiranya keadaan memerlukan.

"Kita bimbang, hujan atau kejadian sama akan berlaku berikutan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi melaporkan hujan dan angin kencang akan berlaku dalam tempoh sehari dua ni," katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor turut berada di tempat kejadian dan melawat mangsa kira-kira jam 8 malam semalam dan mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan mengambil tindakan serta merta membantu semua mangsa.

Sumber : Perak Today

Warna-warni politik
Torashah

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Cerita koboi dan Indian <b>di Jelapang</b> « Helen Ang

Posted: 07 Jun 2012 02:26 AM PDT

Jun 7, 2012 at 5:26 pm

Sejarah Kristian dan gereja di Timur, Asia Barat dan Dunia Baru (benua Amerika) menceritakan kisah berdarah zaman-menzaman (sila baca 'Superior' Christians wiping out 'inferior' cultures).

Orang putih menindas dan membunuh tetapi oleh kerana mereka yang menang maka merekalah yang berpeluang menulis sejarah.

Contohnya, liputan media antarabangsa tentang mangsa serangan pengganas Arab ke atas Menara Berkembar di New York pada 11 Sept 2001 cukup berbeza dangan liputan terhadap mangsa mengeboman di Afghanistan dan Iraq oleh bala tentera Barat.

Perbezaan ini juga diperlihatkan dalam budaya popular yang menggambarkan koboi sebagai wira manakala 'Red Indian' digambarkan sebagai orang jahat.

Ctrl-Alt-Del dan Esc

'Red Indian' adalah pribumi. Orang putih adalah pendatang dan penceroboh.

Bukan sahaja orang putih dengan sebegitu angkuh menjejak kaki di bumi 'Indian', malah mereka pergi dengan membawa budaya penjajah mereka yang bergalaskan senapang dan meriam.

Malang tak berbau kerana Red Indian – yang tidak pernah terdedah kepada sifat lidah bercabang "White Man speak with forked tongue" – ditelan ancaman 'tamadun' agresif Barat.

Cuba bayangkan adegan popular dalam filem-filem koboi yang menunjukkan Red Indian mengepung gerobak. Imajan 'circling the wagons' menggambarkan 'Red Skin' sebagai penyerang yang buas dan keluarga peneroka Barat sebagai mangsa.

Orang putih boleh berjaya menerapkan dakyah mereka kerana bukan Red Indian yang memiliki studio-studio di Hollywood atau menjadi tuanpunya suratkhabar dan media.

Hakikatnya tanah siapa yang dirampas? Suku kaum mana yang dibunuh beramai-ramai? Budaya dan cara hidup siapa yang dihapuskan kerana dianggap "low class" dari kacamata orang putih?

Bukankan babak-babak 'circling the wagons' itu menjungkarbalikkan kebenaran?

DAP dan PSM di Jelapang

Sebuah rencana FMT semalam melaporkan PSM dan DAP kedua-duanya mahu bertanding kerusi Jelapang yang dipegang oleh Hee Yit Foong, Adun 'bebas' timbalan speaker DUN Perak.

PSM bercadang meletakkan seorang calon India.

Sementara itu, pengerusi DAP Ngeh Koo Ham pernah dilaporkan berkata, "Jelapang state seat with 90% Chinese voters will have its interest best served by the DAP".

Seperti diketahui umum, warlord DAP James Ngeh dan sepupunya David Nga Kor Ming (yang mengata MB Perak "hitam metalik") adalah evangelis Kristian.

Biar kita kaji timbal balik para penyokong DAP pada rencana FMT yang disebut tadi.

Kata orang Convent ini (screenshot #1 bawah): "we should do … what will take PR to Putrajaya".

PSM yang kebanyakan ahlinya golongan kelas pekerja dituduh orang Convent ini bernama 'Rk Sandhu' (screenshot #2) sebagai parti yang bersikap ala Hindraf, yakni merujuk kepada tekad Uthaya untuk bertanding di Seri Andalas.

Rk Sandhu juga menegur PSM kononnya cuba mensabotaj usaha Pakatan untuk menawan Putrajaya.

#1

#2

#3

Berbalik kepada cerita koboi dan Indian.

Rk Sandhu yang beriya-iya supaya Jelapang mesti diserahkan kepada DAP telah mendakwa (screenshot #3) bahawa PSM mementingkan diri sahaja serta mengorbankan kebaikan rakyat melalui hasrat parti sosialis tersebut yang mahukan calon mereka diberi laluan.

DAP 2.0 adalah waris kepada peninggalan orang putih (Anglophile). Kan David dan James – warlords DAP Perak itu – putih melepak. Dear Leader lagi putih gebu tofu.

DAPster memandang rendah kepada sesiapa yang tidak fasih bahasa Inggeris (lihat screenshot Inderjit bawah).

Inderjit adalah lepasan Penang Free School — sekolah Inggeris yang ditubuhkan orang putih yang mengKristiankan Pulau Pinang (baca SINI).

Soalnya calon PSM atau calon DAP yang lebih berwibawa?

Ada DAPster yang menghina calon PSM dengan mempersoalkan maruahnya.

Mengikut profil Facebooknya, Mun-Keong Foong seorang ahli jaringan universiti orang putih. DAPster-DAPster memang bangga berkiblatkan Barat.

Mun-Keong Foong ini nampaknya juga amat bertuah kerana memiliki alat perkasas yang mampu mengukur integriti.

Mun-Keong Foong telah mempertikaikan integriti Saras.

Mun-Keong Foong seorang tipikal DAPster. Bagi DAPster, hanya orang mereka yang berada di pihak benar.

PSM mempunyai dasar di mana seseorang yang dicalonkan oleh parti untuk bertanding pilihanraya mesti berkhidmat di kawasan untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.

Cuba kita banding.

Perlembagaan DAP menetapkan bahawa seseorang hanya layak dicalonkan untuk bertanding PRU selepas menjadi ahli parti selama dua tahun.

Hannah Yeoh – yang dicop "excellent candidate material" oleh puak Anak Bangsar Malaysia – hanya menyertai DAP dalam bulan Januari 2007. Ini bermakna Hannah sempat menjadi ahli DAP selama 14 bulan sebelum belangsungnya PRU12.

Perkara perlembagaan DAP

DAP mempunyai dua set peraturan, satu untuk ahli "low class" dan satu untuk kroni evangelis Kristian mereka. Walaupun Hannah tidak menepati syarat, dia masih diberi pengecualian.

Seorang lagi kroni evengelis Kristian, iaitu Teo Nie Ching yang lebih kurang perangainya macam Hannah suka 'Occupy Masjid' pun diberikan pengecualian syarat keahlian minima dua tahun ini.

Mun-Keong Foong bertanya, "Can you guarantee Sara would not jump ship?'

Hullo brader! Namanya "Saras', bukan "Sara" (nama orang putih).

Saras ditahan di bawah EO.

Saras adalah naib pengerusi PSM. Partinya ada track record yang baik. Saras mempunyai latar sebagai seorang aktivis.

Apa track record yang lu punya calon bidan terjun DAP ada? Teo Nie Ching orang Johor menyertai DAP dalam Januari 2008. Maksudnya Teo Nie Ching menyertai DAP hanya dua bulan sebelum PRU pada Mac 2008!

Bukan itu sahaja, Teo Nie Ching yang orang Batu Pahat (satu pekan dengan Kim Guan Eng), yang baru menjadi ahli DAP dua bulan telah dipayung-terjunkan untuk bertanding Parlimen Serdang.

Mun-Keong Foong itu tahu tak Serdang letaknya di Selangor? Apa service record Teo Nie Ching ada di Serdang tatkala dicalonkan oleh DAP untuk bertanding?

Adakah Lim Kit Siang mempunyai track record di kawasannya? Beliau melompat dari Kota Melaka (1974) ke Petaling Jaya (1978) balik ke Kota Melaka (1982) kemudian ke Tanjong (1986-1995), kalah di Bukit Bendera (1999) dan selepas itu berpindah ke Ipoh Timur (2004/8).

Saras orang Jelapang.

DAPsters nyata koboi-koboi yang begitu trigger-happy.

Simply shooting from the hip. Pernah dengar tak perpatah Melayu 'senjata makan tuan'?

Senjata DAPster ialah mulut berbisa mereka. Hayatilah satu lagi peribahasa — Kerana mulut badan binasa.

(Semasa saya ditahan di markas FRU pada hari kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan di Perak, tak nampak pun kelibat orang DAP. Yang menunggu kami keluar selepas disoalsiat polis – waktu itu sudah dekat senja – hanyalah ahli-ahli PSM.)

Berkaitan:

Hari saya ditangkap polis / Pakatan tak kenang budi kaum India

YB Jelapang mengkhianat atau dikhianati DAP?

Tamak betul mereka ini

Entry filed under: DAPster. Tags: , , , , .

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


GALERI - Sunrise <b>di Bukit Merah</b> oleh Nikon D3100

Posted: 27 May 2012 04:39 PM PDT

faizal abd fathi:
tenkiu bang :)

mashi:
normal means biasa2 la, bukan slow mcm nak shoot gambar malam, atau laju mcm nak shoot sport. senang cerita gambar mcm ni x perlu shutter speed y specific mcm bila nak shoot benda2 yg memerlukan penggunaan certain speed mcm panning, gambar mlm dsb

Delete

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


KERETA TERBABAS DAN TERCAMPAK DALAM SUNGAI, KANAK <b>...</b>

Posted: 02 May 2012 03:00 AM PDT

No of View :213
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang, manakala kedua ibu bapanya selamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam Sungai Kayan di Kilometer 29 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, awal hari ini.

Ting Ching Chik, 2, dikatakan tercampak keluar dari kereta itu dan hilang di bawa arus, dan sehingga kini usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak itu masih diteruskan.

Bapa kanak-kanak itu, Ting Hock Seng, 45, dan ibunya Kia Chew Shie, 34, berjaya keluar dari kenderaan mereka yang hampir dipenuhi air.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata ketika kejadian 2 pagi itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Sitiawan ke Bidor.

"Proton Waja yang pandu Ting hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM7 Jalan Ayer Tawar-Pantai Remis, dekat Sitiwan pada 6.30 petang semalam.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Chew Kok Lee, 29, dan anak lelakinya Chew Jun Xiang, 3, berasal dari Changkat Keruing, Sitiawan, mati di tempat kejadian.

Kereta yang dipandu Chew yang dalam perjalanan dari Ayer Tawar ke Pantai Remis itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapan tetapi gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat manakala pemandu lori terbabit hanya cedera ringan. – BERNAMA

Incoming search terms:

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Mee <b>Kuala Sepetang</b> | Hidup Suatu Pendakian

Posted: 04 Jun 2012 10:43 AM PDT

Ramai orang menulis tentang mee udang Kuala Sepetang, tapi aku ingin menulis tentang mee,  bukan udang dan bukan mee udang. Mee itu diproses di sebuah rumah di Kuala Sepetang oleh En. Md Yusuf setelah beliau menimba ilmu dari pengusaha yang lain. Sebenarnya, beliau telah mempelajari teknik memproses mee ini dari 5 orang "guru", dan setelah diubah-suai beberapa kali, kini dia mempunyai formula tersendiri, dan mampu menghasilkan mee yang konsisten rasanya dan mutunya. Kegigihan anak muda ini amat aku kagumi, kerana kini dia telah mengusahakan produk itu secara sepenuh masa dari rumah.

Md Yusof memindahkan mee dari periuk untuk disejukkan

Mee basah ini dihasilkan dengan menggunakan tepung gandum sebagai bahan asas. Ianya diuli dengan menggunakan mesin pengadun sehingga sebati sebelum diproses dengan menggunakan mesin "extruder" bagi menghasilkan mee. Saiz mee itu bergantung kepada saiz pemotong pada mesin tersebut. Selepas itu, mee itu direbus di dalam air panas, disejukkan sebelum dipek untuk dihantar kepada pelanggan yang telah membuat pesanan. semua operasi dilakukan dengan cermat dan aspek kebersihan sentiasa dijaga. Jika anda berminat, sila hubungi Yusuf (017-5150952) untuk membuat tempahan.

Mee yang telah sedia untuk dihantar kepada pelanggan

Pekan Matang

Apabila sampai di Kota Ngah Ibrahim, aku bertanya kepada anak remaja, "Siapa dia Ngah Ibrahim?" Dia pun terkial-kial untuk menjawab kerana kehilangan fakta, atau mungkin belum lagi mempelajari tentang sejarah Taiping di sekolah. Kota Ngah Ibrahim kini dijadikan muzium dan terletak berhampiran dengan Pekan Matang. Haha, bagaimana pula anda? Kenal siapa Ngah Ibrahim?

Ketika itu aku teringat kepada sahabat lama, Man Bass atau Abd. Rahman Harun, pemain gitar bass semasa di STAR. Dia berasal dari Matang.

Ziarah Asam Kumbang

Pagi itu, sebelum ke Kuala Sepetang, kami menziarahi perkuburan Asam Kumbang, tempat bersemadinya ibu dan bapa mertuaku – sepasang suami isteri yang sangat intim di sepanjang perkongsian hidup mereka. Ke sana ke mari mereka bersama. Setelah berkongsi hidup lebih dari 60 tahun, Al marhumah Rafiah Abd Rahman menghembuskan nafas terakhir pada 20 November 2008. Hari-hari selepas itu merupakan hari suram bagi bapa mertuaku Mohamed Noor Ibrahim. Dia kelihatan tidak bersemangat lagi dan menghabiskan sisa hidup dengan banyak termenung dan sentiasa menanti waktu solat tiba. Lebih kurang  3 bulan kemudian, diapun dipanggil Allah swt. Semoga Allah swt merahmati mereka berdua dan menempatkan mereka di dalam syurga yang kekal abadi. Semasa hidup, mereka telah melayan kami dengan begitu baik sekali.

Tanah Perkuburan Assam Kumbang

Bandar Taiping

Kali pertama aku sampai di Taiping ialah pada tahun 1977, iaitu ketika perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah yang diadakan di sebuah kem berhampiran Air Terjun Bukit Larut. Bandar yang sejarahnya berkaitan dengan perlombongan bijih timah itu tidak banyak berubah. Ianya sebuah bandar kecil yang lengkap dengan pelbagai aspek dan amat sukar dijadikan tempat untuk pesara. Ia mempunyai sebuah taman tasik yang cantik di samping taman-taman lain. Ia juga mempunyai sebuah zoo yang telah beroperasi lama. Ada bukit peranginan dan tempat berkelah di sepanjang sungainya. Jika anda ingin memancing, anda boleh menyewa bot di Kuala Sepetang (untuk memancing di laut) atau ke Bukit Merah (untuk memancing tasik). Namun yang paling menarik ialah ianya kerap hujan, jadi jika bercuti, anda akan nyenyak tidur.

Pekan Taiping – Amat sesuai untuk berehat

Bukit Larut

Kali kedua aku menjejakkan kaki ke Taiping ialah ketika kami pergi mendaki  Maxwell Hill yang kini dikenali sebagai Bukit Larut. Semasa mendaki, kami menaiki land rover, dan ketika turun, kami berjalan kaki. Malangnya, ketika itu hujan lebat membasahi pakaian kami. Haha Taping dalam kenangan. Kini ianya hanya menjadi bandar singgah bagi kami dari semasa ke semasa, tidak lagi seperti dahulu di mana ianya destinasi tetap beberapa kali setahun.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Pelajar Maut Dalam Nahas <b>Di Gerik</b>

Posted: 29 Mar 2012 08:20 PM PDT

IPOH – Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6 Kampung Bandariang, Gerik, malam tadi.

Ketua Polis Trafik Perak, Deputi Superintendan Mohamad Roy Suhaimi, berkata Mohamad Asnawi Ahmad, 16, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gerik.

"Nahas berlaku pada jam 9.15 malam ketika Mohamad Asnawi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bandariang dikatakan bergesel dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika di hubungi, hari ini.

Mohamad Roy berkata, akibat kemalangan itu, Mohamad Asnawi tercampak di atas jalan dan mengalami cedera di kepala.

Pemandu kereta terbabit yang tidak mengalami kecederaan kemudian membuat laporan polis. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Tanjung Malim</b> (MDTM) | Jawatan <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 11:00 PM PDT

Posted by  in Thursday, May 10th 2012   
Dapat Maklumat Terkini Jawatan Kosong Kerajaan Terus Ke Email...

Sila periksa EMAIL sekarang untuk pengesahan subscribe ini

TIPS BANTUAN UNTUK ANDA YANG MASIH MENCARI KERJA DAN GAGAL TEMUDUGA468x60 Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)

ban1 Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)

4ca9c4a008fce468x60 Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)

jawatankosongkerajaan2020.1 Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjung Malim MDTM Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) – Majlis Daerah Tanjong Malim telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan Majlis adalah seluas 10,410 hektar dan jumlah penduduk dianggarkan 33,393 orang.

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-

trans Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)

1. Penolong Pegawai Tadbir
2. Penolong Juruaudit
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
4. Pembantu Penguatkuasa
5. Pegawai Khidmat Pelanggan
6. Juruteknik Perancang Bandar & Desa
7. Pekerja Awam

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Mei 2012
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
Download Borang Permohonan Disini

Untuk Teruskan, Sila Klik "LIKE"@"TWEET"@" +1" Di Atas

kerja kerajaan 300x251 Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)

Anda suka jawatan ini? Jangan lupa klik "LIKE"

Dapat Maklumat Terkini Jawatan Kosong Kerajaan Terus Ke Email...

Sila periksa EMAIL sekarang untuk pengesahan subscribe ini