Sabtu, 18 Jun 2011

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Teganuku..segalanya di sini..: 551 murid terima e-Book <b>di Langkap</b>

Posted: 02 Feb 2011 07:19 PM PST

Seramai 551 murid Tahun Lima daripada 24 sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap menerima e-Book yang disumbangkan Kerajaan Negeri untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Asha'ari Idris berkata, pengagihan e-Book telah memasuki tahun ketiga kepada murid sekolah rendah yang layak menerima, walaupun sebelum ini pelbagai kata-kata tidak puas hati dilontarkan kepada Kerajaan Negeri.

"Namun, hasil kesungguhan Kerajaan Negeri untuk melihat kejayaan dalam bidang pendidikan terutama murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di negeri ini, usaha itu berjaya dilaksanakan secara menyeluruh.

"Apa yang penting, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan e-Book digunakan secara berhati-hati dan dijaga sebaik mungkin agar tidak mudah rosak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembahagian e-Book sekolah daerah Setiu DUN Langkap di Dewan Sivik Sungai Tong.

Menurutnya, penggunaan e-Book secara berperingkat kepada murid sekolah rendah diharap dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah di luar bandar apabila menerima kemudahan itu.

"Ini sebab, daerah Setiu antara yang terbaik di peringkat negeri sejak belakangan ini, terutama dalam keputusan peperiksaan awam.

"Kita berhasrat biarlah kecemerlangan ini sentiasa berterusan demi menyahut saranan Kerajaan Negeri melahirkan lebih ramai cendekiawan dalam kalangan anak jati Terengganu pada peringkat tertinggi," katanya.

Asha'ari berkata, demi memantapkan sistem pendidikan di Terengganu, Kerajaan Negeri sentiasa komited dengan memberi peruntukan besar terhadap pembangunan pelajar terutama di peringkat sekolah setiap tahun.

"Oleh itu, saya menyarankan setiap rakyat dapat menilai sendiri kecaknaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan tidak mudah mendengar cakap-cakap kosong pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan masing-masing," katanya.

Antara murid sekolah yang terlibat dalam pembahagian e-Book peringkat DUN Langkap termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Teras, Fikri (Sungai Tong), Batu 29, Sungai Tong, Bari, Kampung Rahmat, Chalok, LKTP Chalok Barat dan Bukit Putera.

Selain itu, SK Langkap, Seri Langkap, Sungai Lerek, Merbau Menyusut, Sungai Las, Kampung Tayor, Kampung Bukit, Jelapang, Alur Lek Kasar, Pak Ba, Pelong, Bukit Mundok, Payong Baru dan Kampung Jaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Laman Naim Qlate - Suatu Ketika: Part 1 : Gerakan Komunis <b>Di</b> Tanah <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2011 11:36 PM PDT

Part 1 : Gerakan Komunis Di Tanah Melayu

Rentetan Peristiwa ( 6 Jun-21 Julai 1948 )

TARIKH

PERISTIWA

6 Jun

Pesuruhjaya Tinggi mengumumkan tentang kejadian keganasan yang semakin berleluasa di ladang-ladang, lombong dan kilang yang dicetuskan oleh pihak komunis.

12 Jun

Tiga orang ketua Cina Kuomintang telah ditembak mati di rumah mereka di Johor oleh lima orang pengganas komunis.

14 Jun

Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dalam satu sidang akhbar mengumumkan tentang peningkatan kejadian rusuhan oleh komunis yang melibatkan 10 kejadian pembunuhan dan 3 serangan ke atas pengurus ladang Eropah.

15 Jun

Pesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.

16 Jun

Tiga orang peladang bangsa Eropah telah dibunuh di Perak oleh beberapa orang Cina yang bersenjata. Darurat telah diisytiharkan di beberapa daerah di Perak dan Johor.

17 Jun

Darurat diisytiharkan di seluruh negeri Perak dan Johor. Polis membuat beberapa serbuan di pejabat-pejabat Parti Komunis Malaya termasuk Ibu Pejabat Persatuan Bekas-bekas Anggota MPAJA. Peladang dan pekerja estet diberi perlindungan. 12 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Jeram Choh, Johor.

21 Jun

Polis membuat serbuan di seluruh negara dan 600 orang ditangkap.

28 Jun

Peraturan Darurat dikeluarkan yang membawa kepada penubuhan pasukan Konstabel Khas. 40 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Kuala Krau, Pahang.

29 Jun

Pengganas menyerbu pekan Jerantut, Pahang serta membakar Balai Polis dan merampas barangan di kedai-kedai.

1 Julai

Pegawai jajahan berbangsa Cina telah dibunuh di Langkap, Perak.

5 Julai

Polis dan tentera digabungkan bagi membenteras keganasan komunis.

7 Julai

Serangan udara dilancarkan ke atas khemah-khemah pengganas dalam hutan di Perak Utara.

8 Julai

Salah seorang ketua pengganas komunis, Tan Kan juga bekas ketua Kesatuan Buruh Johor ditembak mati dalam satu serangan balas di Johor.

9 Julai

Dua peladang berbangsa Eropah bersama seorang Melayu dan india telah terbunuh dalam satu serangan di Batu Sawah, Pahang. Pengganas turut menyerang Balai Polis di Langkap, Selatan Perak dan seorang konstabel terkorban.

10 Julai

Polis dan askar Gurka berjaya membunuh 4 pengganas komunis dan menawan 19 orang pengganas di Kuala Lumpur.

12 Julai

Pengganas beruniform merampas lombong arang batu di Batu Arang Selangor. 5 pekerja China dibunuh dan loji dimusnahkan.Mereka turut mengambilalih estet Senggang di Kuala Kangsar, Perak. Darurat diisytiharkan di seluruh negara.

14 Julai

4 orang awam berbangsa Cina termasuk seorang wanita dibunuh di Ulu Yam, Selangor.

15 Julai

3000 anggota polis tambahan dan ramai lagi konstabel khas telah direkrut.

15 Jun

Pesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.

16 Julai

Lau Yew, ahli jawatankuasa Pusat Tentera PKM bersama 10 orang lagi telah terbunuh dalam satu serangan di Kajang Selangor.

17 Julai

300 pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Gua Musang, Kelantan. Seorang polis terbunuh dan 14 orang cedera. Pekan Gua Musang telah diduduki oleh pengganas selama beberapa hari.

20 Julai

Seorang tentera British dan 6 askar Melayu terbunuh manakala 3 cedera dalam satu serangan hendap di Gua Musang. Di Selangor, seorang guru besar sekolah Cina telah di bunuh.

21 Julai

Pengumuman mengenai pengenalan sistem pendaftaran negara. 2 keluarga bangsa Eropah telah dihalau dari kediaman mereka dan sebuah konvoi polis turut diserang. Beberapa bangunan dibakar dalam serangan ke atas 3 buah estet di Perak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


<b>manjoi</b>.my: Pembangunan Gugusan <b>Manjoi</b>

Posted: 18 Jun 2011 09:13 AM PDT


Sejarah

Kampung ini telah diasaskan oleh Uda Kidal apda tahun 1900, yang berasal dari Bota, Perak. Dia dan beberapa sahabatnya telah membuka tanah di luar Ipoh ini untuk memulakan penghidupan baru.

Menurut cucu Uda Kidal, Abdul Mat Desa, 73, yang masih tinggal di sini, "Manjoi" mengambil nama datuk Uda Kidal, Tok Manjoi, seorang yang alim. Uda Kidal sangat rapat dengan datuknya itu. Tok Manjoi pernah berpesan kepada cucunya itu supaya menjaga tanah di sini dan memastikan pendudukan tidak bertelagah sesama sendiri.

Ada juga cerita yang menyatakan nama "Manjoi" diambil dari nama isterinya, The Manja. "Manja" bila disebut dengan dialek Parit, sounds like "manjé". Akhirnya perkataan tersebut menjadi "Manjoi"

Tidak lama kemudian, ramai penduduk, terutamanya dari Parit dan Bota berhijrah ke sini. Kampung Manjoi menjadi bertambah besar dan mulai dikenali sebagai penempatan Melayu di Ipoh. Apabila jumlah penduduknya bertambah, terutamanya selepas kerajaan bersetuju untuk memberi hakmilik sementara kepada penduduknya, lebih banyak kampung dibuka di sini. Sehingga kini, Gugusan Manjoi adalah penempatan Melayu di bandar yang terbesar di Perak, dan di Malaysia.

Cabaran

Kurangnya perancangan bila tanah di sini mulu-mula dibuka untuk penempatan telah menyebabkan ianya sukar dibangunkan. Kajian menunjukkan bahawa Gugusan Manjoi ketinggalan dari segi pembangunan, berbanding Silibin, Jelapang dan Meru. Kebanyakan rumah-rumah di sini tidak teratur dengan baik, dan 30% dari rumah-rumah di sini adalah dalam keadaan daif. Satu kajian pada tahun 2003 menunjukkan 50% dari penduduk di sini masih hidup dibawah paras kemiskinan. Yang selebihnya adalah dari kelas pertengahan – dari kelas kolar putih dan kolar biru.

Apabila Pelan Perancangan Bandaraya Ipoh (1985) dilancarkan, Kampung Manjoi telah dikeluarkan dari pelan tersebut kerana penduduknya membantah bayaran cukai tanah, cukai pintu, yuran kutipan sampah dan sebagainya. Oleh itu, Manjoi ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kawasan lain di Ipoh.

Pembangunan

Pada 29 Januari 2003, Jawatankuasa Perancangan negeri telah bersetuju untuk membangunkan Gugusan Manjoi, supaya standing kawasan lain di Ipoh, seperti Silibin, Jelapang, Pasir Puteh dan Pengkalan, yang mana masing-masing mempunyai kompleks komersial dan rumah moden tersendiri.


Pelan pembangunan tersebut adalah mengikut Pelan Pembangunan Semula Gugusan Manjoi yang merangkumi lima tahun, bernilai RM300 juta. Matlamat utamanya ialah menjadikan Manjoi pusat komersial dan perkhidmatan sosial. Tugas membangunkan Manjoi diserahkan kepada Mentri Besar Perak ketika itu, Tajol Rosli Ghazali, PKNPK dan Jabatan Perancangan Bandar.

Kuarters Institusi Pendidikan, Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2

Bandar Baru Manjoi

Pembangunan BB Manjoi merangkumi pusat horticulture,  kawasan rekreasi, kawasan rekreasi memancing, pusat jagaan kanak-kanak, medan selera, plaza membeli-belah, balai polis, klinik kesihatan, stesen bas, pasar basah dan balai raya.

Pekan Tengku Hussein merangkumi 14 unit rumah kedai dan kemudahan penstrukturan semula. Pekan Dato' Ahmad Said pula merangkumi ruang pejabat, kompleks kedai dan plaza membeli-belah.

Kerja pembinaan sepanjang Jalan Raja sedang dijalankan (pada Jun 2011)

Visi Pembangunan


  • Untuk membina sebuah kawasan kediaman bandar yang moden, maju dan berteknologi tinggi
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu
  • Mencapai kemajuan yang menyeluruh bagi bandar Ipoh
  • Untuk menggalakkan generasi kedua dan ketiga untuk kembali ke Manjoi bagi menyumbang tenaga dan kepakaran mereka
  • Untuk menggalakkan perkembangan ekonomi melalui aktiviti dan pelaburan ekonomi
  • Untuk memperbaiki sistem pengangkutan dan jalan raya
  • Untuk meningkat dan mengekalkan jumlah kemudahan
  • Untuk meningkat dan mengekalkan sistem pembentungan dan lanskap

Jalan Pintas ke arah Pembangunan


  • Mengenakan RM10 bagi menukar status tanah dari kediaman ke komersial
  • Hakmilik tanah selama 99 tahun
  • Diskaun premium dari 50% hingga 80% untuk membina semula rumah dlam tempoh tertentu
  • Memudahkan proses penukaran nama dari generasi pertama ke generasi kedua dan ketiga
  • Tiga tempat dikenalpasti sebagai bandar baru: Sg. Tapah, Tengku Huseein and Dato' Ahmad Said.

Pelan Pembangunan dan Permodenan Gugusan Manjoi

Fasa pertama pelan pembangunan telah dirasmikan oleh Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pasa waktu itu, pada 22/10/2007. Fasa pertama melibatkan bangunan Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi, termasuklah Pejabat Tanah dan Daerah, pusat perniagaan dan stadium mini.


Pembinaan sebuah kompleks membeli-belah di sana adalah bertujuan menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk. Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menstruktur semula dan membina beratus rumah kedai mampu-milik (hampir semuanya di bandar baru). Ini adalah bertujuan menggalakkan aktiviti ekonomi dan pelaburan di Manjoi.

Kerja pembinaan sedang dijalankan pada Jun 2011


Projek tersebut juga melibatkan infrasturktur seperti membina semula jalan raya, memperbaiki kemudahan komunikasi dan awam, dan mengatasi masalah pengangkutan awam, yang telah sekian lama menghantui penduduk setempat.

Fasa kedua pelan ini ialah membangunkan Bandar Manjoi, Pekan Tengku Hussein, and Pekan Dato' Ahmad Said, yang mana masih dalam pembinaan (2009).



Kompleks membeli-belah yang sudah disiapkan di Jalan Padang, Kg. Tengku Hussein



Telah diambil dan diadaptasi dari wikipedia.org/wiki/Manjoi

** Sila ambil perhatian bahawa maklumat yang dari Wikipedia mungkin telah luput. Sila rujuk dengan pihak yang berkenaan untuk maklumat yang terbaru.
.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


RESTORAN BASHA: <b>HUTAN MELINTANG</b>

Posted: 14 Jun 2011 02:34 AM PDT

Hutan Melintang terletak berdekatan laut Selat Melaka di pantai barat negeri Perak.Terdapat jeti dan perkampungan nelayan menganjur hingga ke Bagan Datoh(muara Sungai Perak.Terkenal kerana merupakan antara tempat pendaratan ikan terbesar di Semenanjung Malaysia.Hutan Melintang juga berhampiran dengan Sabak Bernam,Selangor di selatannya,Bagan Datoh diutaranya dan Teluk Intan di timurnya.
Terdapat banyak ladang kelapa sawit seperti Ladang Jenderata,Sime Darby dan juga terdapat kilang memperoses minyak dan sabun(kilang Unitata).

*DISINILAH KITA DAPAT MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG(SIANG)DAN MASAKAN PANAS DIWAKTU MALAMNYA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


<b>Tanjung Piandang</b> Food Stall @ <b>Tanjung Piandang</b>, Perak - Malaysian <b>...</b>

Posted: 18 May 2011 06:05 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Images. Kung Pow Har Fan Rice. Kung Pow Har ... Mantis Prawns Rice. Mantis Prawns... Tanjung Piandang Food Stall. Tanjung Piand... Prawn Rice. Submit Image. Links. Motormouth From Ipoh: Small Town Eats – A Fishing Village Story ...

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


simple girl story: minggu orentasi <b>di</b> matrikulasi <b>Gopeng</b>,Perak.

Posted: 30 May 2011 06:30 PM PDT

assalamualaikum reader..

alhamdulillah, dah lama tak update or buat entry baru utk blog. busy dgn mggu orentasi, dan sejak jadi student kmpk yang mmg penuh dgn bukit bukau dan amat memenat kan utk memanjat bukit setiap hari..ahahha,,alhamdulillah dapat tukar dari Gampang,pahang ke Gopeng,Perak. dan dua hari sebelom daftar di matrik pd 23 hari bulan hari isnin,dua hari sebelom 2 aku dpt handphone baru,,handphone yg di idam kan..C3 pemberian kakak tersayang mazahattini bt manap. dia bg hari sabtu sebelom aku pergi,mgkin sebab die ada bace status facebook aku n tgok album facebook aku yg penoh gmba C3 n E72..ahahah..niat hati nak E72 tp npon 2 skang still above 1000,so dpt C3 pn dh ok,..mmg die yg terbaik la..memahami adk dia yg teringin handphone 2..

ok skang nk cite pasal kehidupan ku di matrikulasi perak ni,,utk girl ade 3 blok kediaman,seri teja,seri intan dan seri kerian,,..dan aku dapat seri teja..blok paling hujung skali..tapi ok la jgk..dkt la jgk dgn dewan kuliah dan bilik tutor..kolej kediaman lelaki lagi jaoh..aku dapat bilik di tingkat 2 bilik no 10..ok la 2 tingkat 2..ade yg dpt tgkat atas skali..dan baru mggu pertama dkt cni,blok seri teja ade masalah air,,jd bayang kan kami kena amik air dkt tangki kt bawah dan isi air dlm bandi and then kena bawak naik atas..mmg penat..nasib baik sehari je,,tp yg pelik sri teja sahaja yg kena mcm 2..blok lain ok plk..

ok..dan pasal roomate aku plak..satu bilik ada 4 orang je..alhamdulillah dapat yg baik dan tak sosial,,seorang dari KL,kelantan n terengganu tap yg dr kelantan 2 dia memang dah menetap kt perak..mak n ayah dia aje yg asal kelantan. yg dr terengganu 2 plak ex pdt..student program 2 tahun..makna nya die tua stahun dri kte orang..ok la ade die,,mcm2 boleh tanye and die memang baik..sume roomate aku baik2..senang nk komunikasi dgn diorang....xde la pentingkan diri sendiri..

dekat cni ade 3 pilihan modul tapi masa pendaftran setiap peljar dh di bagi modul masing2 cuma nya,kite boleh tukar kalau tak minat dengan modul 2..aku dapat modul 3..senang citer sains hayat..aku akan amik sbjek biology,kimia,math n sains komputer..sbjek yg ak risau adalah math..sebab kimia n biology senang ckit dr math..sebab math matrik same dgn add math skolah menengah,,jd mmg kne betol2 stdy dkt cni..utk modul 2 pulak same dgn modul 3 tp biology diorg akn ganti dgn fizik..atau pn senang cte diorg ni amik sains fizikal..dan utk modul 1 pulak diorg akan amik kimia,fizik,biology and math..makna nya selepas matrik pilihan diorg akan lebih luas..ramai yg mintak tukar tap alumni dan lecturer kat cni ramai yg bg nasihat supaya stay in modul 1 sebab byk kelebihan..tapi rasa nya ramai jugak yg nak tukar..sebab kalau aku dapat modul 1 mmg tak nak sebab ade fizik,.,result spm pn fizik la yg paling terok...

aku akan berada di sini selama 1 tahun utk 2 semestar tap kalau ikot kan xsampai stahun pn,lebih kurg 10 bulan je,,klau dh cmpor cuti sem and pertenghan sem..dkt cni xboleh leka ckit pn..semua kena ingt dok cni kejap je..dlm 10 bulan..jd mmg xboleh nak main..kpd all follower yg bru spm kalau nk masuk matrik mmg aku galak kan dan cadang kan..masuk lah matrik sebab matrik ni pilihan dia luas,walau pn korg nampak kalau blaja kt matrik ni utk dak sains dan akaun je tapi sebenar nya pilihan dkt cni luas sangat2..kalau nk jd lawyer pn boleh dr cni..tapi bile dpt masuk matrik xboleh main2 sebab kalau sijil matrik bawak utk keje mmg xakan dtrime..matrik adalah landasan yg terbaik kalau korang nak ke U..dan smbung ijzah..kalau stop dkt matrik je mmg sia-sia..

ok la sume..gd luck n smoge aku berjaya d[t 4.0 dkt cni..AMIN...

bye n assalamualaikum..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


MB arah masalah teksi sapu <b>di Pangkor</b> ditanggani segera » Perak <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2011 03:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MB arah masalah teksi sapu di Pangkor ditanggani segera. June 18, 2011 — Leave a Comment. Posted in State News · Cancel Reply. Leave a Reply. Name. Email. Website. You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr ...

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


DesaTualang@Jenaris: Dr.Burhanuddin al-Helmy: Reformis muslim <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2011 11:36 PM PDT

Dr.Burhanuddin al-Helmey

Dr.Burhanuddin al-Helmy

Burhanuddin al-Helmy bin Hj.Mohammad Nor dilahirkan pada 29 November 1911 di kampung Changkat Tualang, mukim Kota Bharu, Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik kepada pasangan berketurunan darah campur Minangkabau-Arab. Bapanya, Haji Mohammad Nor adalah perantau dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera. Pada tahun 1908, Haji Mohammad Nor datang ke Tanah Melayu selepas pulang dari Mekah setelah berada di sana beberapa tahun untuk mempelajari selok belok pengajian agama disamping menunaikan fardhu haji. Selain ingin menunaikan fardhu haji dan mempelajari hal-ehwal agama di Mekah, sebenarnnya pemergian Haji Mohammad Nor ke Mekah bertujuan untuk mengelak daripada tekanan pihak penjajah Belanda yang mengenakan cukai kepala dan mewujudkan buruh paksa yang terdiri daripada para pemuda tempatan. Lantaran itu, sekembalinya dari Mekah dalam usia 18 tahun, beliau terus menuju dan menetap di Changkat Tualang, Perak. Ibu Burhanuddin pula berketurunan Arab yang berhijrah ke Perak dari Melaka kerana mencari rezeki lebih bersama keluarga. Akhirnya Sharifah Zahrah binti Habib Osman bertemu jodoh dengan Haji Mohammad Nor di Changkat Tualang dan perkahwinan mereka direstui oleh ibubapa kedua belah pihak.

Di peringkat awal, Burhanuddin mendapat pendidikan di beberapa buah sekolah Melayu yang terletak di Behrang Ulu, Bakap, Kota Bharu, di Perak. Beliau mendapat pendidikan agama daripada bapanya sendiri yang pernah menetap dan berguru di Mekah suatu ketika dulu. Burhanuddin meminati bahasa-bahasa lain dan pernah mempelajari bahasa Cina daripada anak seorang pekedai Cina di kampungnya dan juga bahasa Tamil daripada seorang penoreh getah di kebun getah bapanya pada masa lapang. Ketekunan beliau akhirnya membolehkan dia membaca dan bertutur dengan bahasa-bahasa tersebut untuk perbualan harian. Tokoh ini amat gemar membaca dan pernah membaca kitab-kitab ayahnya meskipun pada masa itu beliau masih belum dapat memahami dengan baik isikandungannya. Ketika membaca, tumpuannya begitu khusyuk sekali. Dia juga merupakan seorang anak yang memiliki sifat ingin tahu yang tinggi terutama sekali dalam soal ketuhanan dan ayahnya lah menjadi sasaran utama untuk beliau bertanya berkaitan dengan soal ketuhanan.

Semasa menduduki darjah lima, minatnya dalam bidang penulisan karangan mulai menyerlah. Dalam merealisasikan minatnya, beliau berusaha membuat sebuah majallah dengan menggunakan buku tulis sekolah. Tulisan jawi yang digunakan sebagai tulisan rasmi di sekolah-sekolah Melayu pada masa itu dapat dikuasainya dengan begitu amat baik sekali. Semasa dalam usia remaja, Burhanuddin pernah dihantar oleh bapanya untuk belajar pondok di kampung asal bapanya, Sungai Jambu selama 6 bulan. Kemudian dia berpindah ke Pondok Pulau Pisang di Jitra, Kedah untuk belajar dan hanya kekal disana selama 2 bulan sahaja. Sebenarnya pusat pengajian pondok yang mengamal system menadah dan menghafal kitab tidak digemari oleh Burhanuddin kerana baginya sistem ini tidak banyak membuka peluang untuk murid dan guru bersoal jawab. Lalu ayahnya mengizinkan beliau belajar di Madrasah al-Mahsyor Pulau Pinang (1927-1933). Madrasah ini dikendali oleh Kaum Muda. Lantaran kecemerlangan pelajarannya, Burhanuddin terpilih sebagai salah seorang yang layak menerima biasiswa kumpulan saudagar India Islam di Pulau Pinang untuk belayar ke India pada tahun 1934. Di India, beliau mendalami ilmu falsafah di University Alirgah, New Delhi dan mendapat ijazah pertama dalam bidang falsafah dan sastera di Universiti Aligarh. Selain itu, beliau juga terdedah kepada ajaran tasawwuf Naqsyabandiah dan ideologi politik Mahatma Gandhi. Pada tahun 1936 semasa kembali ke tanahair, beliau menuju ke Singapura dan bertemu Dr.Rajah untuk mendalami bidang homeopati. Semasa berada di luar negara khususnya di Timur tengah, Burhanuddin berusaha memahami perjuangan Kaum Muda yang mula menular di Tanah Melayu sekitar awal abad ke-20.

Sebagai seorang yang berfahaman Kaum Muda di peringkat antarabangsa yang berpelajaran tinggi tentulah agak sukar bagi beliau menyesuaikan diri dengan amalan-amalan agama Islam di kampung-kampung yang pada keseluruhannya bersifat lama secara turun temurun. Pemahaman tentang al-Quran dan hadis juga tidak dilakukan dengan betul. Beliau pernah menegur bilal masjid, Haji Haron (bapa saudaranya) yang masih bercakap menegur orang ramai supaya diam sedangkan imam telah naik ke atas mimbar. Sepatutnya bilal juga kena turut diam seperti orang lain juga. Teguran itu memalukan Haji Haron. Ekoran ini, satu perjumpaan diadakan bagi menjernihkan kekeruhan dan mencari penyelesaian. Keadaan menjadi bertambah tegang apabila Burhanuddin mencabar berkali-kali Haji Harun untuk mengemukakan kitab-kitab yang dikatakan mengandungi dalil-dalil yang menyokong tindakan Haji Harun. Mulai detik itu, beliau mula dipandang serong oleh sebahagian penduduk yang sudah biasa dengan pegangan Kaum Tua. Hal ini diketahui oleh Mufti Perak, Haji Mohd.Zain yang kemudiannya memanggil Burhanuddin ke Kuala Kangsar dan menasihatinya agar keluar dari kampungnya demi mengelak perbalahan terus berterusan. Hal ini juga sampai ke pengetahuan Sultan Perak, Sultan Iskandar yang juga tidak bersetuju dengan pegangan Kaum Muda. Akhirnya Burhanuddin membawa diri ke Singapura yang mengamalkan dasar terbuka. Lantaran dasar itu, Singapura merupakan syurga kepada golongan cerdik pandai Melayu yang berkumpul dan menerbitkan majallah serta akhbar-akhbar dalam pelbagai bahasa. Disebabkan mampu berbahasa Arab, Burhanuddin diterima mengajar bahasa tersebut di Madrasah al-Junid. Di Singapura juga beliau berusaha menerbitkan sebuah majallah bertajuk Taman Bahagia. Namun selepas satu jam diterbitkan, beliau ditangkap oleh pihak British kerana menganggap isikandungan majallah itu tentang masalah rakyat Palestin yang dicabut hak mereka oleh British dan Yahudi sebagai satu dakyah untuk memburukkan pihak British. Beliau didenda sebanyak $1,000. Burhanuddin diikat jamin oleh salah seorang ahli keluarga al-Sagof setelah didesak oleh seorang pemimpin pembebasan Palestin yang datang ke Singapura. Dengan ikat jamin tersebut, beliau hanya dilokap selama satu malam sahaja.

Selepas dibebaskan, kehidupan beliau sebagai guru bahasa Arab di Madrasah al-Junid diteruskan kembali disamping membuka klinik homeopati bersama Dr.Rajah. Semangat kental beliau untuk membela nasib orang-orang Melayu muslimin mendorong beliau terbabit dalam beberapa organisasi politik. Antaranya ialah Kesatuan Melayu Muda atau KMM (pada zaman penduduk Jepun), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1946 dan akhir sekali PAS pada tahun 1956- 1959 dan terpilih sebagai Yang DiPertua Agong PAS ke-3 selepas kepimpinan Dr.Hj.Abbas Aziz yang menggantikan Hj.Ahmad Fuad. Penyertaannya dalam PAS merupakan kemuncak perjuangan beliau dalam mendaulatkan agama, bangsa dan tanahair. Malah pada tahun 1959-1964 beliau terpilih sebagai Ahli Parlimen kawasan Besut. Burhanuddin amat petah berpidato dan berhujjah sama ada di dalam Dewan Rakyat mahupun semasa menyampai ceramah umum untuk rakyat. Kritikan beliau yang tajam terhadap kerajaan pusat mengakibatkan dirinya difitnah sebagai seorang pemimpin yang pecah amanah dan didapati bersalah lalu didenda sebanyak rm 25,000 kerana menjalankan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Malay-German Shipping Company. Tuduhan ini mengurangkan kredibiliti beliau di mata rakyat. Malah akibat fitnah ini, sejajar dengan perlembagaan Malaysia bab 4, artikel 48(e), Dr.Burhanuddin tidak lagi layak menjadi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. (sila lihat Burhanuddin al-Helmy:Suatu Kemelut Politik oleh Ramlah Adam, terbitan DBP, hlm 225).

Pada tahun 1965, Dr.Burhanuddin ditangkap dan dikenakan tahanan ISA selama hampir lima tahun kerana dituduh terlibat dalam usaha menubuhkan National Front bagi membantu Indonesia semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Semua tuduhan itu dimuatkan dalam Kertas Putih Kerajaan bertajuk "A Plot is Explosed". Sepanjang penahanan, jiwanya tertekan. Penyakit lelahnya juga semakin teruk dan ditambah pula dengan penyakit batu karang. Akhirnya kerajaan Pusat membebaskan beliau tanpa syarat kerana kesihatannya semakin kritikal. Namun beliau tidak menandatangani surat pembebasan dirinya kerana beliau yakin beliau tidak bersalah dan tidak terlibat dalam pakatan dengan kerajaan Indonesia sepertimana yang dituduh terhadapnya. Sebulan selepas pembebasannya iaitu pada 10hb.Oktober 1969, reformis muslim ini kembali ke rahmatullah lantaran penyakit yang dideritainya semenjak berada dalam tahanan ISA. Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh beliau…amin..

Dalam buku Simposium Tasauf dan Tarikat, beliau mencoretkan :

Dalam hal ini rasanya eloklah saya ceritakan sedikit hal-hal saya dengan tasawwuf ini. Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara'nya. Maka saya dari kecilnya dilatih secara wara'nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjamaah, membaca Quran dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.

Bila saya lepas belajar ke luar, di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula 'ulama'-'ulama' kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba'ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab [Syeikh al-Islam] Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, al-Shaukani, [Syeikh] 'Abdul Wahhab al-Wahhabi (yakni [Syeikh] Muhammad Abdul Wahhab), al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Rida dan akhirnya Tantawi.
Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuhi jumud kolot. Pada saya, tasawwuf dan tariqatnya itu suatu ajaran mematikan semangat dan campur-aduk dengan bid'ah. Pada saya kitab tasawwuf seperti karangan Imam Ghazali (w.505H/1111M) itu saya pandang seperti madu bercampur racun, kerana saya pandang dari segi bahas fiqh, tafsir dan hadith tidak kuat menurut kaedah rawi dan sebagainya. Ini berlaku di antara 1927 hingga tahun 1940. Pendeknya ilmu tasawwuf saya ketepikan. Nafsu saya tidak mahu langsung kepadanya, apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran rakyat, hinggalah sekarang 'Malaya jadi Palestin kedua' masih kedengaran diperkatakan orang.

Maka saya di India saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (Ph.D) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah. Saya pelajari sufi dari bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa'i, al-Rumi, al-Qushairi, Ibnu 'Ata'illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula.

Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif (yang lurus-peny.) ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada 'ulama'-'ulama' Syi'i dan 'ulama'-'ulama' tasawwuf, sama ada 'ulama'-'ulama' itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui 'ulama-'ulama' fiqh, Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha [se]bagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.

Hebatlah sungguh perlawanan di dalam diri saya sendiri pertentangan-pertentangan yang saya katakan dahulu itu tasawwuf kolot dan jumud dengan Islam progresif dan saintifik.

Bila kita halusi intisari alam metafizik dan pengertian alam mithal yang diterangkan 'ulama'-'ulama' tasawwuf dipandang dari bahas ilmiah hari ini nampaklah kita di mana ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya.
(Sila rujuk risalah 'Simposium Tasauf Dan Tariqat' oleh Pro Dr Burhanuddin terbitan Maktabah Haji Abdullah bin Mohd Nordin Ar-Rawi Pulau Pinang, cetakan pertama 1966)
Beliau juga pernah dijemput berucap di Persidangan Pembukaan Kongres Ahli-ahli Tariqat As-Sufiah Seluruh Malaya pada 20 Oktober 1960, di Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Begitu juga di Sidang Mesyuarat Agung Persatuan Tariqat As-Sufiah yang pertama pada 3 Jun 1962. Beliau menyeru:
"Janganlah lemah ahli-ahli Tariqat Sufiah meneruskan jihad di tengah-tengah masyarakat kebendaan yang perlu disiram dengan siraman jiwa tauhid dan sufiah, dan awas, dan jauhkan diri daripada tasauf yang maghrur, tasauf yang dirasuk oleh tipu daya musuh-musuh Islam."
Beliau turut menyarankan kepada para pencinta tasawuf tarikat dengan ucapannya :
"Dalam meneruskan jihad Tariqat Sufiah ini, susunlah lebih kemas lagi perpaduan dan siarkanlah pelajaran-pelajaran tasauf itu mengikut adap dan akhlak ahli-ahli tasauf. Jangan tiru-tiru ahli fiqah. Biarlah ahli fiqah dengan gelanggangnya! Tetapi ahli tasauf jangan tak bergelanggang, mestilah ada bergerak dalam gelanggangnya. Adakan yayasan dan perguruan tasauf secara zaman ini, jangan jadi pak turut sahaja. Islam membenci pak turut dan taklik buta. Semua ahli tasauf, mestilah betul-betul menjadi al-tabi'in al-'arifin al-shodiqin."
Demikianlah seorang tokoh pejuang Islam yang begitu komited dalam membangunkan bangsa dan negara dengan ruh agama bersendikan pengamalan tasawuf tarikat yang benar.

Wallahu 'alam.

iDAN: Darah yang mengalir ditubuh ini ada talian dengan Allahyarham; Atok sebelah emak saya adik beradik dengan ibu Allahyarham. (Pangkat Atok Saudara) Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Ande Ande <b>Lumut</b> Ditampilkan <b>di</b> Maroko - AntaraNews.com

Posted: 25 Apr 2011 10:40 AM PDT

(ANTARA News/Lukisatrio)

Berita Terkait

London (ANTARA News) - Legenda Jawa klasik "Ande-ande Lumut," mengunakan bahasa Arab berhasil mengangkat nama Indonesia dalam Festival Teater Internasional Pemuda ke-12 di kota Taza sekitar 330 km dari ibu kota Rabat.

Pagelaran Ande Ande Lumut, mengulangi kisah sukses mementaskan drama klasik Ramayana, tahun lalu bertempat di Gedung Teater Qa`atu al Maarad Kota Taza yang dipenuhi lebih dari 500 penonton menjadi program tahunan Kementerian Kebudayaan Maroko, ujar Sekretaris III / Pelaksana Fungsi Pensosbud, Rahmat Azhari dalam keterangan pers diterima ANTARA, Senin.

Dikatakannya pihak penyelenggara kali ini minta KBRI untuk tampil dua kali karena permintaan panitia dan antusias penonton yang sangat tinggi.

Penonton dengan antusias memperhatikan dan mengikuti alur cerita tersebut hingga ruangan penuh sesak dan rela berdiri menyaksikan drama tersebut .

Agar pesan drama dapat diterima baik oleh penonton, seluruh dialog dan narasi drama disampaikan dalam bahasa Arab yang mudah difahami kalangan anak-anak dan remaja.

Drama berdurasi 50 menit, diperankan dua belas pemain yang terdiri dari staf KBRI dan keluarga serta mahasiswa yang dilatih selama dua bulan dengan bantuan Dharma Wanita Persatuan KBRI Rabat.

Legenda Ande-ande Lumut menceritakan tentang kisah seorang pangeran dari Kerajaan Kediri, Jawa Timur bernama Kasumayuda sedang mencari gadis pujaan hati yang akan dipersuntingnya sebagai istri.

Pernikahannya dengan Kleting Kuning yang akhirnya diketahui sebagai salah seorang putri dari Kerajaan Benggala, menjadi sebab bersatunya kembali dua Kerajaan Jenggala dan Kediri yang sebelumnya terpecah.

Kegiatan Festival Teater Internasional Pemuda ke-12, merupakan program tahunan yang diadakan Kementerian Kebudayaan Maroko melalui instruksi langsung Raja Mohammed VI bekerjasama dengan Yayasan Friendly Kota Taza sebagai ajang pertukaran informasi dan pengalaman, budaya dan tradisi antar sesama negara sahabat.

Selain Indonesia, sejumlah negara asing ikut berpartisipasi antara lain; Arab Saudi, Amerika Serikat, Tunisia, Irak, Pantai Gading, Sudan, Burkina Faso, Azarbaijan, Austria, Senegal dan tentunya Maroko sebagai tuan rumah. (ZG/S006/K004)

Editor: B Kunto Wibisono
COPYRIGHT © 2011

Ikuti berita terkini di handphone anda di m.antaranews.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MieZa yAnG SuKa MaKan: Team Building <b>di Lumut</b> (Part 4)

Posted: 03 Jun 2011 12:00 AM PDT


Dah sampai Pulau Syawal, bukan boleh berehat ke apa…pembahagian tugas pulak..pecah 3 group

1- Cari kayu api
2- Masak
3- Pasang khemah

Tugas aku ialah cari kayu api…

"nak cari kayu api, nak cari kayu api" gituuu….


Maafkan gadis lensa, tugas cari kayu api, tapi nampak orang tangkap gambar kat pasang khemah, teeeerus menyelit….haha atas tanah, saya lah si gadis lensa…yee haaa~~

Kawasan perkhemahan kami….


Disini, kawasan pembuangan sisa besar atau kecil ialah dimana-mana….kalau boleh aku akan pastikan perut ku tidak meragam… I tak biasa lah berak kena korek tanah…. =P nak buang air kecik tak apa lagi..lepas jer,,hehe

Mandi pulak air perigi yang disaksikan oleh beruk-beruk dan pacat , nak tidur je lah aku mandi, bangun pagi memang tak mandi lah…mandi air laut jer…huhu

Makan pulak, kami makan je apa yang dimasak oleh team member kami, masa penat, semua boleh makan, semua jadik sedap…..kan??

Tidur pulak, tidur bawah canvas, bukan khemah cantik2 tue, canvas jer, 1 buat alas, 1 buat bumbung, cukup….aku tidur dekat-dekat dengan pintu, apa lagi nyamuk lumba-lumba lah nak gigit…dengan pasir melekat seluruh badan….tak selesa gila, nak tak nak kena tidur jugak sebab esok nya nak sambung journey...kena ada tenaga untuk tomorrow journey..

Nasib baik tidur semalam jer, (-_-!) macam mana lah orang yang kena tidur berminggu-minggu tue, mesti dah tak rope orang dah… =P

Perasaan masa nie, nak balik cepat sebab nak mandi puas-puas dan tidur puas-puas….tu jer, tak nak lain…!

Bersambung…….



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Memerlukan Pembantu Kiosk <b>Di Bercham</b>, Ipoh Perak • Jobs in Perak <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2011 02:26 PM PDT

Full Time Kiosk Assistant Needed @ Bercham, Ipoh Perak

lokasi : Bercham, Ipoh Perak
compny : KFC kiosk (halal food)

start pukul 10am - 7pm (shift pagi) , 2pm - 10pm (shift petang) (seminggu cuti sehari )
(transport kereta atau motorsikal diutamakan)

- min PMR
- Malay Female: 15-40 years old
- Qualification: PMR
- Polite, committed, well-disciplined
- Language spoken: Malay and English
- Basic: RM700 + % comm
- Experience is an advantage

tel : 012-5162688
email: etradein@yahoo.com

(wanita bertudung sahaja)
Start working on immediately (boleh start segera).

Apply Now


View all jobs,career,vacancies Jobs in Perak Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Tuntung oh Tuntung | Lepak <b>di</b> BANGKU KOSONG™

Posted: 28 Nov 2010 07:57 AM PST

Salam,

Adeh... selepas dua hari berada di luar kawasan (still sempat sediakan posting dalam ketiaadaan), saya kembali dengan idea yang dah lama perap. Saya nak cerita pasal Tuntung, tahu apa itu tuntung? .... dah tengok gambar sure semua dah tahu pun. Ia sejenis haiwan yang ada kaki 4, ada hidung mancung (mancung ke?), ada cangkerang yang keras dan ia haiwan menyerupai kura-kura/penyu.

Saya berkesempatan balik kampung semasa raya haji yang lalu, dan memandangkan tiada acara korban ..jadi kami anak beranak bersama dengan adik ipar pun mengorbankan masa pergi berjalan2 . yeahhh .. hehehe.. dan destinasi kami yang pertama adalah - Pusat Pemuliharaan Tuntung yang berada di Bota Kanan.

Difahamkan asal usul binatang ini adalah dari Acheh, menurut ceritanya, Sultan Kedah telah dihidangkan dengan telur Tuntung semasa baginda melawat Acheh. Baginda amat berbesar hati dengan hidangan tersebut lalu berkenan menerima beberapa pasang Tuntung hidup untuk dibawa pulang ke Kedah.

Tapi bagaimana Tuntung ini boleh membiak di Sungai Perak dan menjadi terkenal di Bota? Alkisahnya; kewujudan Tuntung di Perak bermula apabila Sultan Perak telah melawat Kedah dan dihadiahkan oleh Sultan Kedah dua pasang Tuntung sebagai hadiah. Dan Sultan Perak telah memelihara Tuntung tersebut di Sungai Perak, atau lebih spesifik di kawasan selat Bota Kanan, berdekatan dengan tempat atau Pusat Konservasi Tuntung yang kami lawat ini.

Kawasan ni tak lah besar tapi boleh menempatkan sehingga 4 kolam besar, satu untuk induk, satu kawasan penetasan, satu untuk baby, dan satu lagi kolam biasa .. dewasa.

Pada sekitar tahun 1930-an, ada satu fenomena menakjubkan berlaku apabila tebing Sungai Perak .... yang putih kelihatan hitam akibat ribuan ibu Tuntung menetaskan telurnya!


Itulah serba sedikit info saya nak kongsi dengan korang, dan kepada mereka yang berkesempatan melalui jalan Ipoh-Lumut Expressway, bolehlah singgah sebentar di tempat ini. Ia bagus untuk pengetahuan dan perkembangan anak-anak anda - belajar untuk hargai benda-benda yang sukar untuk dilihat dalam suasana hari-hari.


Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


BENGKEL KECANTIKAN TERMURAH <b>DI IPOH</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:32 AM PDT

Mary Kay Jaminan Produk.

Mary Kay adalah sebuah syarikat yg boleh korang percayai.
Juga satu produk yg boleh korang yakini.
(di ulangi yer)
Bole di percayai dan di yakini!=)

Jaminan Produk Mary Kay ialah satu bukti kpd kualiti tinggi semua produk Mary Kay.

1. Keselamatan produk adalah keutamaan kami.

Tahukah kamu?
Mary Kay Inc. memblanjakan jutaan dolar utk menjlnkan lebih dari 300, 000 ujian bg memastikan bahawa setiap produk Mary Kay memenuhi piawaian tertinggi dr segi keselamatan, kualiti dan prestasi!

2. Pakar2 sains menilai setiap satu ramuan dan setiap produk akhir.

Semua ujian yg ketat, pengujian semula, dijalankn@diseliakn oleh ahli2 Makmal Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay, termasuk ahli2 sains berkelulusan Ph.D. dan ijazah lanjutan yg lain dlm bidang toksilogi, farmakologi, mikrobiologi, kimia dan biokimia.

3. Setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta sainfik, bkn pandangan.

Mary Kay Inc. bersandarkan pd bukti penyeidikan saintifik yg menggunakan teknologi paling maju yg boleh didapati, dan Syarikat tidak akan menggunakan sebarang ramuan sehingga ujian kami telah membuktikan ia selamat dan berkesan digunakan.

4. Pakar2 dermatologi dan perubatan lain yg disahkan Lembaga Bebas
memainkan peranan yg amat penting dlm pengajian produk.

Ujian klinikal dijlnkan di makmal bebas di mana sukarelawan menggunakan produk Mary Kay di bwh penyeliaan dan penilaian ketat oleh satu lembaga pakar dermatologi (berkaitan kulit) dan oftalmologi (satu bidang yang sangat terkemuka dalam perubatan Islam jika dibandingkan dengan bidang lain selain dari farmakologi) yg sah.

Mary Kay Inc. juga menjlnkan ujian makmal secara ekstensif utk menentang kerengsaan dan alergi kulit serta menggunakan kaedah yg tercanggih utk menilai semua produk yg akan digunakan di bahagian mata.

5. Semua produk penjagaan kulit dan kosmetik dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan kerajaan.

Sebelum sebarang produk dibenarkan di pasaran, ia mesti lulus keperluan keselamatan kerajaan yg ketat. Sebagai soal prinsip, Mary Kay Inc sentiasa melangkaui apa yg diperlukan oleh undang-undang apabila ia berkaitan dengan keselamatan produk.

6. Mary Kay Inc. tidak menjalankan ujian haiwan.

Syarikat tidak pernah menjlnkan, atau meminta bg pihaknya utk menjlnkan sebarang ujian produk atau ramuannya pd binatang dan telah bersumpah tidak akan melakukannya pd masa akan dtg.

Huhh pnt tul menaip! Ok rest 2minit jap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


SUARA PERAK: Penubuhan Cawangan Baru DAP <b>di Padang Rengas</b>

Posted: 18 Apr 2011 10:01 PM PDT

SUARA PERAK: Penubuhan Cawangan Baru DAP di Padang Rengas

Penubuhan Cawangan Baru DAP di Padang Rengas



Pada 27/3/2011, jam 3.00pm, program pelancaran cawangan baru DAP di Padang Rengas telah disempurnakan di sebuah kedai di Pekan Padang Rengas.


Lebih 100 orang tempatan yang terdiri daripada ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India telah menghadiri program pelancaran ini. Juga turut hadir adalah wakil-wakil dari parti PAS dan PKR dan turut serta adalah YB Zainuddin ADUN Lubok Merbau.


Borang keahlian diserahkan kepada YB V. Sivakumar dalam program pelancaran tersebut.


Seramai 71 orang ahli telah membentuk cawangan DAP Padang Rengas.


Kedua-dua ADUN telah memberi ucapan.


YB Sivakumar menyentuh 2 perkara penting dalam ucapannya :


1) Ahli Parlimen Padang Rengas Dato Nazri kata MIC tidak patut bertanding di Negeri Perak

2) Beliau juga ada menyebut dengan sinis bahawa tidak salah menonton video lucah di sebuah hotel kerajaan


YB V. Sivakumar juga mahu ketiga-tiga parti bergabung tenaga dalam PRU-13 di kawasan Padang Rengas untuk memenangkan PR di DUN Perak.


Program diakhiri dengan pemilihan jawatan kuasa pro-tem, yang dipengerusikan oleh Lim Yew Seng dan setiausaha cawangan, Puan Hawatie.


Majlis diakhiri dengan jamuan teh untuk semua hadirin.
 
本人于27.3.2011下午3点到硝山(PADANG RENGAS )街上某店,出席筹备成立行动党新支部的典礼。


大约整百位当地居民出席了这项活动,而公正党及回教党方面也有派代表出席。
 LUBOK MERBAU 的州议员YB 再努丁(ZAINUDDIN)也出席了当天的典礼。



这个新支部共有71位党员在当中,其中有华巫印三大民族在内。所有的入党表格和资料都移交到本人手上。



本人被邀致词时,有关近日2项热门的事项,本人作出了分析给新党员听解:-


1. PADANG RENGAS 国会议员DATO NAZRI 指国大党不该竞选霹雳州议席。

2. DATO NAZRI表示邀记者在政府酒店观赏色情光碟事件是没有错的。


最后本人在致词时更表示期望硝山的民联成员们能够 同心合力,并肩作战, 迎向来届大选。



大会接着遴选出新支部筹委会,由LIM YEW SENG 担任主席,HAWATIE 担任秘书一职。散会后,大家边用茶点边交流,场面温馨融洽。
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.