Sabtu, 18 Jun 2011

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Ceramah umum & dialog pembebasan peserta Felcra <b>di Lenggong</b>, Perak <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2011 05:50 AM PDT

Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) menganjurkan ceramah dan dialog pembebasan peserta dari cengkaman Felcra di Dewan Rest House Lenggong pada hari Sabtu, 18 Jun 2011 bermula jam 2 petang.

Ahli panel yang diundang untuk menyampaikan penerangan antaranya adalah Pengerusi Bapa Kebangsaan Razman Zakaria dan Pengerusi
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (Juham) Aminuddin Zulkifli.

Turut hadir ialah seorang peserta tanah rancangan yang menang kes saman Felcra di Lubok Sireh, Razi Mustafa.

Manakala program ceramah umum dengan tema 'Bersatu Mengangkat Ekonomi dan Hak Peserta akan diadakan pada sebelah malam di Markaz Pas Kampung Chepor, Lenggong bermula jam 9 malam.

Para peneroka dan orang ramai yang ingin mengetahui maklumat terbaru mengenai perkembangan dan perjuangan peserta Felcra dijemput untuk hadir beramai-ramai.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15314

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Explorasi Berbasikal Trail Arkeologi <b>Lenggong</b>, Bandar Warisan Dunia

Posted: 28 May 2011 02:00 AM PDT

Event : "Explorasi Berbasikal Trail Arkeologi Lenggong" sempena program "Karnival Lembah Lenggong ke Arah Warisan Dunia"
Tarikh : 28 Mei 2011
Anjuran Bersama : Pejabat Belia Daerah Lenggong & Kelab 4x4 CHOR
Lokasi : Dataran Lenggong, Perak Darul Ridzuan
Disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah VLenggong merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di utara negeri Perak, Malaysia. Sejajar dengan motonya "Kota Warisan Prasejarah" Lenggong kaya dengan peninggalan sejarah zaman purba kala beratus ribu tahun lampau. Penemuan artifaks purba, fosil dan bahan sejarah lain di sekitar beberapa gua di pekan ini membuatkan Lenggong semakin popular di kalangan pengkaji purba @archeologist dari serata pelusuk dunia.

Menyedari potensi besar pekan Lenggong untuk dinobatkan sebagai "Warisan Dunia", Pejabat Belia Daerah Lenggong telah menganjurkan program "Karnival Lembah Lenggong ke Arah Warisan Dunia". Salah satu agenda program ini adalah "Explorasi Berbasikal Trail Arkeologi Lenggong" di mana ia telah disertai oleh kira-kira 100 penunggang basikal. Peserta terdiri daripada pelbagai kelab berbasikal di sekitar negeri perak seperti Seri Iskandar (SIT), Gerik, Ipoh, Salak, Kuala Kangsar dan lain-lain lagi.

Lebih kurang 10 orang peserta dari SIT tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti kayuhan pada kali ini. Pengorbanan kami untuk bangun seawal jam 4 pagi dan memandu lebih 100km tidak sia-sia. Tidak seperti MTB jamboree atau fun ride yang lain, kayuhan kali ini ternyata unik. Ini adalah kerana para peserta telah di bawa untuk berkayuh di kawasan kampung yang dikelilingi oleh bukit bukau sambil menghirup udara pagi yang segar dan menikmati pemandangan yang sangat indah. Para peserta lebih teruja apabila tiba di kawasan gua kerana mereka dapat melihat sendiri keunikan bentuk gua di sekitar Lenggong.












Secara keseluruhan program kayuhan yang julung kali diadakan di Lenggong ini telah berjaya mencapai objektifnya. SIT mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan semua badan serta individu yang terlibat. Adalah diharapkan program yang amat bermanfaat ini dapat dicontohi oleh pihak lain supaya lebih banyak program yang seumpamanya dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan