Sabtu, 18 Jun 2011

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


House PK: ISU PANAS! SEJARAH PEKAN <b>SUNGKAI</b> YANG MENYAYAT HATI!

Posted: 18 Jun 2011 03:00 AM PDT

TERLETAK kira-kira 90 km dari Ipoh, Sungkai merupakan salah satu daripada pekan kecil di selatan Perak yang berada dalam Daerah Batang Padang. Berkedudukan antara pekan Bidor dan Slim yang lebih pesat membangun, pekan kecil Sungkai tidak jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan masa dahulu dan sekarang. Deretan kedai lama dan bangunan usang yang terbiar turut mencacatkan pemandangan pekan koboi ini seolah-olah ia menggambarkan nasib suram dan muram pekan Sungkai yang mungkin terkubur jika tidak dibangunkan semula dengan kadar segera.

Selain bangunan terbiar seperti balai polis lama yang ditumbuhi semak-samun, kegiatan ekonomi di pekan kecil ini juga tidak serancak jirannya, pekan Tapah, Bidor dan Slim yang menjadi tumpuan ramai kerana menawarkan banyak pilihan kedai dengan harga murah dan khidmat perbankan yang lebih meluas berbanding hanya dua bank di Sungkai, iaitu RHB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kegiatan harian di pekan Sungkai bermula seawal jam 6.30 pagi dan berakhir sekitar jam 7 malam. Kebanyakan deretan kedai yang majoritinya dimiliki tauke Cina akan ditutup selepas waktu itu kerana tiada sambutan pelanggan. Natijahnya, pekan Sungkai akan menjadi seperti pekan mati yang sunyi dan sepi kerana tiada aktiviti berlangsung di sebelah malam. Selain itu, khidmat pengangkutan bas awam yang disediakan juga tidak menentu serta bergantung kepada sambutan penumpang bagi mengelak pengusaha mengalami kerugian.

Read more...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Budak <b>Sungkai</b>: Gerhana Bulan <b>Di</b> Langit Malaysia

Posted: 13 Jun 2011 01:06 AM PDT

Pada 16 JUN 2011 ( KHAMIS) ini, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh yang akan bermula dari jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi.

Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama (bulan penuh) dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.

Jadi kepada kawan2 yang teringin dan mahu melihat kejadian ciptaan Allah SWT ini, sama2 lah kita menunggu saat kejadian itu dan masa bermula dan berakhirnya yang akan aku paparkan di sini. Insyaallah aku teringin nak melihat dan mengambil gambar ketika kejadian itu nanti.Sekiranya aku dapat menyaksikan kejadian itu Insyaallah aku akan letakkan gambar dalam entri aku yang seterusnya.Sebelum itu jangan lupa untuk menunaikan solat sunat gerhana pada hari tersebut.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, maksudnya

"Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah…"

Fasa Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun 2011

Bulan mula memasuki ' Penumbra'
Bulan mula memasuki 'Umbra'
Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
Bulan mula keluar dari 'Umbra'
Bulan keluar sepenuhnya dari 'Umbra'
Bulan keluar sepenuhnya dari 'Penumbra'

Umbra                      bahagian bayang yang sangat gelap

Penumbra               bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan