Sabtu, 18 Jun 2011

07 di bota - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di bota - Google Blog Search


Tuntung oh Tuntung | Lepak <b>di</b> BANGKU KOSONG™

Posted: 28 Nov 2010 07:57 AM PST

Salam,

Adeh... selepas dua hari berada di luar kawasan (still sempat sediakan posting dalam ketiaadaan), saya kembali dengan idea yang dah lama perap. Saya nak cerita pasal Tuntung, tahu apa itu tuntung? .... dah tengok gambar sure semua dah tahu pun. Ia sejenis haiwan yang ada kaki 4, ada hidung mancung (mancung ke?), ada cangkerang yang keras dan ia haiwan menyerupai kura-kura/penyu.

Saya berkesempatan balik kampung semasa raya haji yang lalu, dan memandangkan tiada acara korban ..jadi kami anak beranak bersama dengan adik ipar pun mengorbankan masa pergi berjalan2 . yeahhh .. hehehe.. dan destinasi kami yang pertama adalah - Pusat Pemuliharaan Tuntung yang berada di Bota Kanan.

Difahamkan asal usul binatang ini adalah dari Acheh, menurut ceritanya, Sultan Kedah telah dihidangkan dengan telur Tuntung semasa baginda melawat Acheh. Baginda amat berbesar hati dengan hidangan tersebut lalu berkenan menerima beberapa pasang Tuntung hidup untuk dibawa pulang ke Kedah.

Tapi bagaimana Tuntung ini boleh membiak di Sungai Perak dan menjadi terkenal di Bota? Alkisahnya; kewujudan Tuntung di Perak bermula apabila Sultan Perak telah melawat Kedah dan dihadiahkan oleh Sultan Kedah dua pasang Tuntung sebagai hadiah. Dan Sultan Perak telah memelihara Tuntung tersebut di Sungai Perak, atau lebih spesifik di kawasan selat Bota Kanan, berdekatan dengan tempat atau Pusat Konservasi Tuntung yang kami lawat ini.

Kawasan ni tak lah besar tapi boleh menempatkan sehingga 4 kolam besar, satu untuk induk, satu kawasan penetasan, satu untuk baby, dan satu lagi kolam biasa .. dewasa.

Pada sekitar tahun 1930-an, ada satu fenomena menakjubkan berlaku apabila tebing Sungai Perak .... yang putih kelihatan hitam akibat ribuan ibu Tuntung menetaskan telurnya!


Itulah serba sedikit info saya nak kongsi dengan korang, dan kepada mereka yang berkesempatan melalui jalan Ipoh-Lumut Expressway, bolehlah singgah sebentar di tempat ini. Ia bagus untuk pengetahuan dan perkembangan anak-anak anda - belajar untuk hargai benda-benda yang sukar untuk dilihat dalam suasana hari-hari.


Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved