Sabtu, 18 Jun 2011

07 di kuala kurau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Pertandingan Memancing - Ban Pecah, Sungai Baru, <b>Kuala Kurau</b> <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2010 11:09 PM PDT

Alkisahnya - Hari Ahad ini (26 September 2010) akan diadakan satu Pertandingan Memancing Kategori Pantai di Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak. Uhh semenjak dua menjak ni; Ban Pecah selalu saja menjadi destinasi atau lokasi pertandingan memancing. Kalau tak silap, tahun ini saja dah 4 - 5 kali dibuat pertandingan mancing di situ. Hadiah pun boleh tahan juga. Kali ini, pertandingan memancing ini menawarkan hadiah utama RM5000 .... dengan sekali modal RM40 untuk menyertainya.

Saya dah lama tak masuk tanding mancing. Dan Ban Pecah memang tempat favorite saya kalau nak memancing. Di Ban Pecah, saya pernah naikkan ikan tetuka (anak pari kot!), gelama (pelbagai jenis), ikan tetanda (anak jenahak), ikan duri, kerapu batu dan juga ikan kapas. Ikan semilang yang bersirip kuning belum pernah lagi walaupun Ban Pecah merupakan tempat spesies ikan ini yang memang sedap kalau dibuat gulai sampaikan kawasan sini memang terkenal dengan kari ikan semilang - sampai masuk TV3!

Andai anda di kawasan berhampiran, bolehlah jadi peserta. Kalau cepat boleh dapat T-shirt. Cantik gak T-shirt kali ini (lihat gambar). Mana tahu; nasib anda .. boleh naik ikan kategori A dan menang pertandingan ini. Oh Ya .. kat sini pun ada ikan siakap bersaiz bagak .... byk team yang pernah main siakap naikkan siakap yang besar-besar cumanya umpan nak kena ada - udang fresh yang sememangnya susah nak dapat kat sini. Berminat? boleh hubungi no kontek yang disediakan tu.

Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved