Selasa, 3 Julai 2012

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Pemandu maut, empat cedera dalam nahas <b>di Slim River</b> - Inimajalah

Posted: 17 Jun 2012 12:10 AM PDT

Who's Online

1 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Tanah k&#39;jaan <b>di Tg Tualang</b> bertukar tangan

Posted: 25 Jan 2012 01:23 AM PST

Kawasan itu pada suatu ketika dahulu menempatkan blok quarters kediaman, bangunan pejabat dan sebuah surau untuk pusat transit Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).
PETALING JAYA: PKR Cabang Pasir Salak menggesa Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah, Perak menyiasat dan membuat pengesahan terhadap status sekeping tanah di Tanjung Tualang.
Penyelaras parlimen Pasir Salak, Abdul Razak Alias berkata, lokasi tanah tersebut terletak agak bertentangan dengan Ladang Agro Koperasi Atlet Malaysia Berhad (KAMB) di Tanjung Tualang, Perak, kira-kira 11 km ke arah bandar Kampung Gajah.
Menurutnya, kawasan itu pada suatu ketika dahulu menempatkan blok quarters kediaman, bangunan pejabat dan sebuah surau untuk pusat transit Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).

"Kemudiannya kawasan itu dijadikan tempat Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) di jalan utama Tanjung Tualang – Kampung Gajah.
"Tetapi sejak 10-12 tahun kemudiannya, dikhabarkan tanah tersebut telah bertukar milik kepada salah seorang ahli politik (bekas Adun tempatan) dan tanah tersebut bertukar menjadi ladang tanaman kelapa sawit," kata beliau dalam email kepada FMT hari ini.
Razak mendakwa ramai penduduk tempatan meragui bagaimana tanah milik kerajaan negeri yang lengkap dengan infrastrukturnya  tiba- tiba boleh bertukar tangan menjadi milik persendirian.
"PKR merasa sedih dan kesal kerana infrastruktur yang dibina telah reput dan terbiar begitu sahaja dan ini merupakan pembaziran wang rakyat dan menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan kadar segera," katanya.

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


BNPC GROUP FBloggers: DULU FREE ... SEKARANG PERLU <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2012 11:13 AM PDT



KURSUS SIMULASI PENGGUNAAN
Dengan menghantar maklumat berikut :-
1.   Nama Penuh :
2.   Jantina :
3.   No. Telefon Peribadi :
4.   Nama Jabatan :

5.   No. Telefon Jabatan :
6.   Nama AKAUN FB Peribadi :
7.   DUN YANG DIWAKILI :
8.   BAYARAN (RM250.00) :          

      (No. Akaun Akan Diberikan)


SETELAH PESERTA MENCUKUPI.


Kerana ..... Program ini .... bukannya ... BAHAN MAINAN ... boleh diberi dengan SEWENANG-WENANGnya.


Oleh itu, PIHAK PEMBANGKANG .... TIDAK DIALU-ALUKAN LANGSUNG UNTUK TURUT SERTA... SOORYLAH.


HASIL PENGGUNAAN PROGRAM PPSP

PPSP MULA DIMURNIKAN
PADA PRU 1995 
DI DUN BOTA, PERAK
PRU 1995 saya diamanahkan sebagai Setiausaha Bilik Gerakan DUN Bota. Kesempatan ini saya gunakan untuk mempraktikkan apa yang saya fikirkan selama ini iatu MEMPRAKTIKKAN SATU PROGRAM PENCERAPAN YANG CEPAT, TEPAT, BERKUANTITI dan BERKUALITI SERTA SENANG, RINGKAS SERTA CEPAT UNTUK DITERJEMAHKAN. Program yang saya gunakan pakai semasa itu adalah "FORMTOOL". Setelah selesai saya memberi taklimat dengan menggunakan PPSP ASAS, Mantan MB Perak mengamanahkan kepada saya "MENANGKAH WAN AINON KAMU". Dalam arahan Mantan MB ini sejumlah RM50,000.00 diarahkan "BERI KEPADA CIKGULIN" ..... "TAPI YANG SAMPAI .... HANYA RM200.00 SAHAJA" .... "LAPORAN KEPADA MANTAN MB ... CIKGULIN DAH AMBIL RM30,000.00". (TRAJEDI PALING SEDIH DALAM HIDUP SAYA .....selepas itu saya DIHINA, TERHINA, TERPINGGIR ... hingga saya MEMBAWA DIRI KE MANJUNG ..... TURUN PANGKAT kemungkinan disebabkan KES MAHKAMAH ... gunapakai duit untuk PRU 1995 berkenaan).

PRU 1999, saya sebagai PENYELARAS PARLIMEN LUMUT (Lantikan Secara Peribadi oleh Ketua Bahagian). PPSP telah menggunakan Program EXCELL. Taklimat untuk Wakil BN Pusat menggunakan Program ini. Pencerapan untuk Calon BN (Parlimen Lumut, DUN Pasir Panjang dan DUN Pangkor) saya lakukan setiap AKHIR MALAM dengan MEMINDA DAERAH MENGUNDI TERTENTU SAHAJA (jika ada POSITIF or NEGATIF).
Parlimen Lumut, DUN Pasir Panjang dan DUN Pangkor dapat diselamatkan dengan MENGKAJI PROGRAM PPSP INI SECARA TERPERINCI.
Malangnya, Parlimen Parit, DUN Bota dan DUN Bota yang saya tinggalkan ... KALAH SEMUA. Apabila digunakan Program PPSP ini, Daerah Mengundi Telok Bakong merupakan DAERAH MENGUNDI "DEFISIT TERUK" ... ( &gt; - 70% berbanding PRU 1995). 


Pada masa yang sama, saya diarahkan oleh Mantan Ketua UMNO Bahagian Lumut, Dato' Mohd Wajdi untuk membuat PECAHAN PARLIMEN (LUMUT dan LEKIR) ... Dengan menggunakan PROGRAM PPSP saya telah pecahkan bersama-sama dengan AJK Bahagian (TERTENTU) .... malangnya telah diSEBOTAJ oleh ORANG TERTENTU ATAS KEPENTINGAN PERIBADI ...(masa itu Mantan Ketua Bahagian menunaikan UMRAH) ... saya masih ingat lagi kata-kata salah seorang dari mereka "Biorkan deme bergaduh". TERKEJUT SAYA.
PERISTIWA PENGGUNAAN PROGRAM PPSP DI PRU 2008


1. Saya bertugas di DUN Pantai Remis (Pembantu Peribadi kepada Calon - Dato' Ooi Jing Ting). 


1.1   Pada 26 Feb 2008 iaitu sebelum saya ke Pantai Remis, saya memberi taklimat ringkas kepada YB Dato' Kong Cho Ha (MP Lumut) berkenaan dengan MAJOROTINYA TINGGAL LEBIH KURANG 4000 SAHAJA LAGI (Majoriti PRU 2004 adalah > 10,000). ... akhirnya beliau hanya menang dengan MAJORITI 298 sahaja.


1.2   Beberapa hari sebelum Hari Mengundi, saya telah menemui Dr Vasan, Calon BN/MIC  N51 Pasir Panjang dan kami bersama-sama  berbincang mengenai Sikap Pemilih dan terus dimuatkan ke dalam Program PPSP dan hasilnya beliau telah kalah > 3000 dan beliau sempat berkata "Kalau pengundi di sini tak mahu saya ..... saya buka klinik saya kembali".
1.3 DUN N37 Pantai Remis mengalami PENURUNAN YANG MENDADAK apabila PENGISYHTIHARAN " 6 HARIBULAN, PUKUL 6, 6 KETUL BATU" MAIKHAL SHAKTI" diisytiharkan di seluruh Malaysia.
Data PPSP digunakan ... Pengundi India MENGUNDI PEMBANGKANG. 


1.4  N36 PENGKALAN BAHARU.. 
SAYA SEBAGAI PA (MELAYU) CALON BN/MCA PANTAI REMIS. Seperti biasa saya akan gunakan Program PPSP untuk mencerap DUN atau Parlimen tertentu. Saya kenal pasti, DUN Pengkalan Baharu adalah KRITIKAL .... jika berlaku sesuatu ... KALAH.
Seperti biasa,  pada malam hari, kami Jentera PRU akan bermesyuarat di kampung halaman calon iaitu Kg Jering (Daerah Mengundinya di  N37 Pengkalan Baharu)
Malam akhir (esok mengundi) semasa mesyuarat, TELAH BERLAKU  SATU PERTENGKARAN HINGGA HAMPIR KEPADA PERGADUHAN DI ANTARA SAYA DENGAN MR PHANG, AJK MCA BERUAS DI KG JERING. 
Malam itu kami berkumpul setelah membuat Jamuan Makan Malam di Changkat Keruing.
Masa mesyuarat, mereka semua tak lagi menggunakan Bahasa Melayu seperti yang dijanjikan (jika saya ada .... mesti cakap Melayu). Saya bertanya beberapa kali "Apa ceritanya ni" dan akhirnya saya tumbuk meja kuat-kuat menyebabkan ada yang marah sebabnya ... saya HANYA SEORANG ... tapi "Kenapa YOU berani TUMBUK MEJA, ini kita punya kampung" kata Mr Phang.
"Janji mana ... kalau saya ada janji cakap Melayu ... saya dah tanya berapa kali ... satu orang pun tak mahu jawab ... ingat saya tunggul ker" jawab saya ... aku apa peduli.
"Penduduk Kg Jering .... TAK MAHU MENGUNDI CALON DUN PENGKALAN BARU ...sebabnya .. Calon Tak Hadir ke Jamuan Satu Kampung" kato' Ooi Jing Ting.
Saya termenung sebentar dan teringatkan PROGRAM PPSP N36 Pengkalan Baharu ... KRITIKAL dan akhirnya saya berkata " KALAU ORANG SINI TAK MAHU  BN ESOK, SAYA AKAN SURUH SEMUA MELAYU JANGAN UNDI YOU" (kepada Calon Pantai Remis ... menyebabkan dia naik risau lalu beliau ajak berbincang) 
Akhirnya  PERSEFAHAMAN DILAKUKAN
"Besok suruh semua orang UNDI BALIK DATO' HAMDI" arahan dari Dato' Ooi Jing Ting, Calon N37 Pantai Remis.
Kesannya, Peti Undi Kg Jering menunjukkan ... Majoriti DUN lebih tinggi dari Majoriti Parlimen dan paling MENGGERUNKAN kami, N36 Pengkalan Baharu menang dengan hanyalah 14  .... dalam ertikata lain ... KALAU 8 ORANG UNDI PAS .... BN KALAH ... hilanglah SATU KERUSI DUN BN.


1.5    Program PPSP ini juga telah digunakan untuk DUN N39 Bota. Dikemaskini pada setiap malam oleh Sukarelawan Pilihan Calon DUN Bota.
PENGGUNAAN DI PRK/PRN

Pada masa yang sama ... saya juga telah menggunakan Program PPSP ini di beberapa PRK (PERGI KE LOKASI DENGAN PERBELANJAN SENDIRI) seperti di PENDANG, Permatang Pauh, Bukit Gantang Kuala Terengganu kecuali Hulu Selangor (ada diberi BANTUAN ... bilik dan RM oleh dua ADUN dan seorang kawan).
1.     PENDANG  (UNDI Awal = Kalah &lt; 1000, Andaian Terakhir = 280 dan KEPUTUSANNYA = 283 ... miss 3 undi saja).


PENGIRAAN PPSP DILAKUKAN
DI  RUMAH SAHAJA

Disebabkan TIADA DUIT dan BANTUAN, saya telah cuba membuat PENCERAPAN dengan menggunakan PROGRAM PPSP ini.
 
 4.     BATU SAPI
         - sebelum PKR dan SUPP (isytihar bertanding).

 PENCERAPAN PROGRAM PPSP TERHADAP PRN SARAWAK
Dari 79 DUN, ANDAIAN PROGRAM PPSP HANYA "MISS" TIGA KERUSI SAJA iaitu .... Timbalan Presiden SUPP, Ketua PKR Sarawak dan 1 Calon BEBAS.
Akan tetapi, ANDAIAN INI (dilakukan dari rumah) HANYA ANDAIAN "KALAH or MENANG SAJA" kerana saya TIDAK PERNAH NAIK KAPAL TERBANG .... dalam ertikata lain TAK PERNAH KE SARAWAK .... jadi, ANDAIAN JUMLAH UNDI MAJORITI ... TENTULAH TIDAK BOLEH DITERIMA PAKAI.


Kursus Penggunaan ini hanya akan diadakan jika sekiranya MENDAPAT PESERTA LEBIH DARI 50 ORANG.


SYARAT PENYERTAAN.
1.   Membayar Wang Pendaftaran : RM250.00/peserta.
2.   Membawa DATA PEMILIH TERKINI DUN anda.
3.   Membawa Komputer Riba (Installkan Program EXCELL)
4.   Membawa Pendrive minima 4G
5.   Membawa MESIN KIRA 
6.   Tempoh Kursus : 3 hari 2 malam


Di bawah ini dipaparkan SIMULASI PENGGUNAAN PPSP N52 PANGKOR sebagai Contoh.

PAPARAN DAN DATA TERKINI 
DI BAWAH INI ADALAH SEKADAR CONTOH SAHAJA

SILALAH MENDAFTARKAN DIRI
SEKIAN, TERIMA KASIH


IKHLAS DARI SAYA : CIKGULIN 




07 di tronoh - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


HIMPUNAN HIJAU SETIAP <b>NEGERI PERAK</b> 16 JUN 2012

Posted: 13 Jun 2012 07:51 PM PDT

Himpunan Hijau Setiap Negeri – Perak 16 Jun 2012 :  Himpunan Hijau bakal di adakan di setiap negeri dan negeri Perak terpilih sebagai negeri berikutnya.

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di peringkat pusat telah diadakan pada 1 Jun lalu, setelah Himpunan ini di anggap berjaya ianya bakal diteruskan ke setiap negeri-negeri pula.

Himpunan Hijau Negeri Perak 16 Jun 2012

Negeri yang terpilih selepas ini adalah negeri Perak, yang akan berlangsung pada 16 Jun 2012 bertempat di Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai jam 9.00 malam. Demikian menurut kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Menurut beliau, program itu bakal dihadiri oleh Mursyidul AM PAS,  Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari.

"Semua pimpinan PAS Perak akan turun bersama-sama dalam himpunan ini bagi meneruskan momentum gelombang Hijau ke Putrajaya yangdiadakan di Stadium Darul Aman baru-baru ini," katanya

Tambahnya, beberapa kejutan akan berlaku termasuklah pengiytiharan bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Tuan Guru Nik Aziz.

"Justeru saya mewakili PAS Perak menyeru seluruh rakyat negeri ini turun beramai-ramai bagi meneruskan gelombang yang digeruni Umno ini," ujarnya.

Sementara itu, Xpresi Hijau Anak Muda pula akan berlangsung di sebelah petangnya.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ketika ditemui berkata, program ini sebagai menyahut seruan Ketua Pemuda PAS Malaysia untuk meneruskan gelombang perubahan anak muda dinegeri-negeri.

"Program bermula dengan Konvoi bersama Tuan Guru Nik Aziz di Tol Bukit Merah jam 10 pagi seterusnya menuju ke Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai.

"Pemuda akan berkumpul bersama kepimpinan Pemuda PAS Negeri di Markas tersebut dan beberapa aktiviti telah disusun seterusnya bersama-samadalam Himpunan Hijau di sebelah malamnya," jelasnya.

"Saya menyeru anak muda di seluruh pelusuk negeri hadir ke program ini dan dicadangkan memakai baju hijau," jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

Raja Ahmad menjelaskan, beberapa penampilan istimewa dijemput untuk memeriahkan suasana termasuklah penyanyi yang terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Pak Long.

Himpunan Hijau pernah dianggap oleh mantan PM, Dr Mahadhir Mohammad sebagai himpunan yang diupah.

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
Rating: +3 (from 3 votes)
Himpunan Hijau Setiap Negeri - Perak 16 Jun 2012, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Pilihan Anda: Kedai kopi &#39;berahi&#39; sedia wanita untuk seks <b>di Manjung</b>

Posted: 02 Jul 2012 11:34 PM PDT

|

MANJUNG - Lebih 10 restoran dan kedai kopi yang beroperasi di ladang kelapa sawit di sekitar daerah ini layak digelar 'premis berahi' apabila bukan sahaja menyediakan wanita warga asing sebagai pelayan, malah pelanggan boleh membawa pulang wanita itu sebagai teman seks.

Lebih membimbangkan, kegiatan itu sukar dikesan pihak berkuasa berikutan premis itu beroperasi jauh terpencil di dalam ladang kelapa sawit iaitu kira-kira satu kilometer dari jalan utama.

Difahamkan, pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan turut berpeluang membawa pulang pelayan warga asing berkenaan dengan bayaran berpatutan sejurus menjamu selera di premis berkenaan.

Sejak beberapa bulan lalu, restoran yang menyediakan makanan laut itu kerap menerima kunjungan terutama dari penduduk tempatan yang ingin mencari pelayan pelanggan warga asing untuk memuaskan nafsu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintenden Ahmad Isaa ketika dihubungi semalam turut mengesahkan beberapa premis makanan di sekitar Segari, Pantai Remis dan Sitiawan, di sini, menjalankan kegiatan tidak bermoral itu disamping beroperasi sebagai restoran dan kedai kopi.

Ahmad berkata, kebanyakan wanita yang bekerja di premis berkenaan terdiri daripada warga Vietnam dan China berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjalankan beberapa siri serbuan di beberapa premis berkenaan dan tidak menolak kemungkinan wujud kegiatan pelacuran di kawasan itu.

"Berdasarkan statistik, wanita warga Vietnam paling ramai ditahan di premis berkenaan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit kerja yang sah.

"Bagaimanapun, serbuan gagal mengesan pemilik premis, malah siasatan turut mendapati premis beroperasi tanpa lesen," katanya.

Katanya dalam Ops Noda sepanjang Januari hingga Mei lalu, pihaknya berjaya menahan kira-kira 370 wanita warga Vietnam selain 37 warga Cina dan 30 orang warga Thailand.

Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung aktiviti tidak bermoral berpusat di premis berkenaan terutama daripada golongan isteri di daerah ini.

Related Posts : JENAYAH, RAGAM, TERKINI


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 2:34 PM. Filed under , , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.