Selasa, 3 Julai 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


HIMPUNAN HIJAU SETIAP <b>NEGERI PERAK</b> 16 JUN 2012

Posted: 13 Jun 2012 07:51 PM PDT

Himpunan Hijau Setiap Negeri – Perak 16 Jun 2012 :  Himpunan Hijau bakal di adakan di setiap negeri dan negeri Perak terpilih sebagai negeri berikutnya.

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di peringkat pusat telah diadakan pada 1 Jun lalu, setelah Himpunan ini di anggap berjaya ianya bakal diteruskan ke setiap negeri-negeri pula.

Himpunan Hijau Negeri Perak 16 Jun 2012

Negeri yang terpilih selepas ini adalah negeri Perak, yang akan berlangsung pada 16 Jun 2012 bertempat di Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai jam 9.00 malam. Demikian menurut kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Menurut beliau, program itu bakal dihadiri oleh Mursyidul AM PAS,  Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari.

"Semua pimpinan PAS Perak akan turun bersama-sama dalam himpunan ini bagi meneruskan momentum gelombang Hijau ke Putrajaya yangdiadakan di Stadium Darul Aman baru-baru ini," katanya

Tambahnya, beberapa kejutan akan berlaku termasuklah pengiytiharan bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Tuan Guru Nik Aziz.

"Justeru saya mewakili PAS Perak menyeru seluruh rakyat negeri ini turun beramai-ramai bagi meneruskan gelombang yang digeruni Umno ini," ujarnya.

Sementara itu, Xpresi Hijau Anak Muda pula akan berlangsung di sebelah petangnya.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ketika ditemui berkata, program ini sebagai menyahut seruan Ketua Pemuda PAS Malaysia untuk meneruskan gelombang perubahan anak muda dinegeri-negeri.

"Program bermula dengan Konvoi bersama Tuan Guru Nik Aziz di Tol Bukit Merah jam 10 pagi seterusnya menuju ke Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai.

"Pemuda akan berkumpul bersama kepimpinan Pemuda PAS Negeri di Markas tersebut dan beberapa aktiviti telah disusun seterusnya bersama-samadalam Himpunan Hijau di sebelah malamnya," jelasnya.

"Saya menyeru anak muda di seluruh pelusuk negeri hadir ke program ini dan dicadangkan memakai baju hijau," jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

Raja Ahmad menjelaskan, beberapa penampilan istimewa dijemput untuk memeriahkan suasana termasuklah penyanyi yang terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Pak Long.

Himpunan Hijau pernah dianggap oleh mantan PM, Dr Mahadhir Mohammad sebagai himpunan yang diupah.

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
Rating: +3 (from 3 votes)
Himpunan Hijau Setiap Negeri - Perak 16 Jun 2012, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan