Jumaat, 15 Julai 2011

07 di lumut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di lumut - Google Blog Search


Permata Hati: Edisi Gambar <b>di Lumut</b>....

Posted: 31 May 2011 07:03 AM PDT

azlina berkata...

pasai apa x singgah ke rmh akk dah sampai lumut tu...blh gak mandi2

deeja berkata...

Kak Ina...
deeja segan la nk singgh umah akak...hehehe.maybe next time.lgpun g bkn dok rancang betoi2 pun...dah start kete baru ckp nk ke Lumut...hihi.insyaAllah,satu hari pasti kita ketemu

Faheem berkata...

beautiful and nice pics, thanks for sharing. read Quran

online quran teaching
quran for kids

Kakzakie berkata...

Gambar dapat menceritakan ada hati-hati yg berbunga gembira kerana jenjalan makan angin....

fRaMe+LenSeS berkata...

comeinya si kecik ni.. leh pjm sat tak.. hehehe. :)

Nadh nak kongsi cerita 100 Letters of LOVE
. baru ciap ja ni. rajin kalau komen ya. Nadh baru belajar buat cerita ni.. :) Mungkin dengan teguran sahabat semua dapat improve skill menulis Nadh. Maceh ya. :)

deeja berkata...

Faheem...
Thnks.. :)

Kak Zakie...
Betoi tu,bila tgk gambar je dh dpt menceritakan segala2nyer...mood seronok,penat semo ada..hehe

frame+lenses...
terimakasih...hihi,tgk boleh pinjam xleh...huhu,jgn marah,gurau2
InsyaAllah,kalo akak senang akak g jenguk blog adik ye

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di pantai remis - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di pantai remis - Google Blog Search


-Attractiveness Of Life-: ::Berjimba <b>Di Pantai Remis</b>::

Posted: 15 Jul 2011 02:13 AM PDT

Memandangkan hujung minggu ni tuan rumah akan berada diluar kawasan, so terimalah entry khas buat tatapan rakan2 sekalian..hehe..macam bagus jek kan..

actually hari tu saya ke Pantai Remis, kuala selangor..takde tujuan ape pun..just jalan2 dengan bebudak ofis..air laut masa tu tgh surut..so, ramailah yg mengambil kesempatan main layang2..

nilah signboard nya..berdekatan dengan petronas..

nampak tak..air surutkan..ada juga yang jalan2 kat kawasan air surut tu..

sampai terbenam kaki..segar je udara kat sini..

then, jalan2 kat sini pulak..uihhh..mcm2 ada..harga pun murah je..

sempatlah rembat ikan masin ngan kerang sekilo..hehe

kenal tak..saya just cuit2 jek..tak berani nak pegang..

sekali pandang mcm ada rupa raksasa dalam cerita arnold schwarzenegger tu..hehe

yang ni sesi soal jawab antara saya dgn penjual..hehe

keliling kulit kat ibu jari kanan penjual tu sebenarnya penuh dengan telur belangkas..

ish..camne nak makan ni, siang pun tak tau..

yang ni lokan..selalu tgk dlm tv je..so, kat sini dpt tgk real punye..

uihh..ni kalau beli sekilo pun dah penuh periuk..:)

bila dah puas jalan baru pegi makan kat kedai pakcik salleh ni..

kerang bakar mmg famous kat sini..satu pinggan 6 hinggit..berbaloi2..

errr..ada pakcik tu cakap kerang ni besar sbb bulan tgh mengambang..betul ke..?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di malim nawar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di malim nawar - Google Blog Search


Kembara Melihat Pekan - Pekan Lama 2 : Pekan <b>Malim Nawar</b>

Posted: 15 Jul 2011 05:00 AM PDT

Catatan berkenaan pekan-pekan lama di negeri Perak saya teruskan menerusi satu perjalanan menghala ke utara daerah Batang Padang menuju ke Daerah Kampar dan Kinta. Senarai utama yang ada di dalam kepala saya ialah pekan Banir, pekan Malim Nawar, pekan Kota Baharu, pekan Kampung Kepayang, pekan Sungai Siput Selatan dan pekan Chenderiang. Agak berat juga hati saya memandangkan saya hanya bermotosikal sahaja meneroka pekan-pekan ini. Dugaan cuaca dan keselamatan sudah pastilah sentiasa bermain di benak hati saya. Namun syukur Alhamdulillah, perjalanan saya selamat dan berjaya.

Saya tidak dapat mengulas berkenaan dengan pekan Banir. Walaupun terdapat beberapa tinggalan lama di sini, pekan Banir sebenarnya lebih sesuai dikatakan sebagai sebuah penempatan Kampung Baru sahaja. Secara tidak langsung ia terkeluar dari senarai awal pekan-pekan lama untuk saya ulas. Namun demikian hasil tinjauan rambang saya di internet mendapati di pekan Banir satu ketika dahulu terdapat sebuah stesen keretapi. Namun kini stesen keretapi berkenaan telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan projek landasan keretapi berkembar dari Rawang ke Ipoh.

Papan tanda stesen keretapi menunjukkan pernah wujud sebuah 

stesen keretapi di pekan Banir. 

Saya meninggalkan pekan Banir dan meneruskan perjalanan ke bandar Kampar. Saya melintasi Sungai Lesong. Sempat juga saya merakamkan gambar-gambar kenangan di sini. Sungai Lesong bolehlah ditakrifkan sebagai sebuah kampung Melayu. Namun kewujudan barisan rumah kedai kayu di tepi jalannya menarik perhatian saya. Ia kelihatan seperti sebuah pekan koboi Melayu yang unik. Sebuah dewan ( dijadikan TABIKA ) dan sebuah masjid menjadi lambang sebuah penempatan Melayu yang tidak berkembang menjadi sebuah pekan kecil. Sebaliknya ia terus kekal dengan sifat tradisinya sebagai sebuah kampung persisiran jalan raya yang klasik.

Deretan bangunan kedai kayu di Kampung Sungai Lesong

Bolehkah Sungai Lesong ditakrifkan sebagai pekan koboi Melayu ?

Selepas selesai mengambil beberapa gambar di Sungai Lesong saya meneruskan perjalanan saya ke Kampar. Sempat juga saya menyusup masuk ke pekan Mambang Di Awan. Pekan ini nampaknya sudah pesat membangun. Saya memasuki bandar Kampar ketika jam sudah menunjukkan angka tiga. Penerokaan pekan-pekan lama dalam daerah Kampar sudah bermula. Inilah buat kali pertamanya saya meneroka pekan-pekan lama di luar dari daerah Batang Padang. Sasaran utama saya ialah pekan Malim Nawar. Rasanya sudah hampir 6 tahun saya tidak ke pekan ini. Ermmm... mesti banyak yang sudah berubah agaknya.

Selamat datang ke Malim Nawar

Kedudukan Malim Nawar agak unik. Ini adalah kerana kedudukannnya yang terpisah dari jalan utama persekutuan dari Kampar menghala ke Gopeng. Namun demikian, Malim Nawar bukan lah pekan yang sembarangan. Ia adalah sebuah pekan lama yang penuh nilai-nilai kenangannya kepada diri saya. Di pekan inilah, cinta monyet pertama saya tercipta. Saya sendiri tidak tahu bagaimana ia terjadi dan bagaimana saya boleh jatuh hati dengan seorang gadis manis dari Malim Nawar. Tapi itu dululah ... cerita tentang zaman-zaman remaja yang nakal. Dengar ceritanya gadis itu sudah berumah tangga. Nama gadis itu bairlah menjadi rahsia kenangan saya. Saya sendiri sudah terputus khabar dengannya. Namun saya akan kenang  beliau sebagai sebuah pengalaman kedewasaan yang terbaik.

Sewaktu dalam usia remaja, agak rajin saya ke Malim Nawar. Jika tidak berjumpa si gadis pujaan, saya mengikuti sepupu saya berniaga kain di pasar lambaknya. Dahulu pekan Malim Nawar agak klasik. Jika memasuki ke pekannya, kita akan melintasi jalan yang merintangi landasan keretapi . Jalan ini akan ditutup  sebentar jika keretapi lalu. Malahan ketika itu stesen keretapi Malim Nawar juga masih wujud memberikan perkhidmatan kepada penduduknya. Tapi sayang... seperti stesen keretapi Banir, stesen keretapi Malim Nawar juga telah ditutup bagi memberi laluan kepada pembangunan projek landasan berkembar. Satu lagi saksi sejarah dibunuh bagi memberi laluan kepada nilai kemodenan baru.

Stesen Keretapi lama pekan Malim Nawar

Saya juga amat berharap agar laluan keretapi yang merintangi jalan utama ke pekan Malim Nawar masih wujud. Begitu juga dengan bangunan kedai-kedai kayu lama yang pernah saya lihat dahulu. Namun ia bertukar menjadi suatu kesan yang amat kecewa bila melihat perubahan-perubahan baru di pekan ini. Pekan Malim Nawar terputus dua akibat dari pembangunan landasan keretapi berkembar. Kewujudan sebuah jejambat baru yang merintangi landasan keretapi berkenaan mengiyakan perkara ini. Rumah-rumah kedai lama banyak yang sudah tiada. Ini membuatkan saya hanya mampu memandang jauh dan mengenang semula masa lalu. Jarak masa dan usia membuatkan saya menjadi terlalu rindu dengan suasana lama yang pernah bermain di mata.

 Antara bangunan kedai kayu lama yang 

masih tersisa di pekan Malim Nawar

Sunyi petang di Malim Nawar

Sebenarnya jika dilihat sepintas lalu, Malim Nawar sebenarnya sudah berkembang menjadi pekan moden. Kemudahan-kemudahan asas seperti pasar basah moden, stesen minyak dan sebagainya menjadikannya sebuah pekan yang lengkap. Kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Kampar pula menyebabkan hampir tiada pejabat-pejabat kerajaan di pekan ini. Namun, kewujudan sebuah pejabat pos membantu penduduk-penduduk tempatan menyelesaikan pelbagai urusan bil dan sebagainya. Pejabat Pos Malim Nawar terletak berhampiran dengan jejambat yang merintangi landasan keretapi. Ia sebuah bangunan yang unik dan klasik. Mujur juga bangunan pejabat pos ini tidak dimakan oleh kemodenan.

Pejabat Pos Malim Nawar .... klasik !!!!
Hasil tinjauan di internet pula, saya mendapati pekan Malim Nawar masih menyimpan beberapa tinggalan sejak dari zaman penjajahan lagi.  Namun demikian, akibat dari masa yang semakin suntuk sukar untuk saya menjejaki tainggalan-tinggalan tersebut. Antaranya ialahsebuah serombong  kilang ''Carbide'' yang dibina oleh pihak Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang lalu. Tidak saya tahu dimana lokasinya. Namun demikian rujukan gambar-gambar berkenaan dengan tinggalan perang ini boleh dirujuk di  http://www.panoramio.com.

 Serombong kilang peluru yang dibina oleh pihak Jepun

pada zaman perang dunia kedua di Malim Nawar

Saya bergerak meninggalkan pekan Malim Nawar ketika waktu sudah hampir menjejaki jam empat. Sempat juga saya singgah sebentar di stesen minyak untuk mengisi minyak. Ia sebuah stesen minya yang baru. Ketika  saya melalui Kampung Pulai Bergading secara tiba-tiba ingatan lama terhadap gadis manis yang pernah mengisi ruang-ruang hati zaman remaja saya berenang-renang di fikiran. Agaknya apa khabar beliau sekarang .... hehehehe... entahlah ... ada rasa rindu yang halus menyelinap di hati. Biarkan lah ia berlalu .... kini masing-masing punya cerita hidup yang berlainan.

Saya terus menunggang motosikal saya ke bandar Gopeng. Sasaran saya seterusnya ialah pekan Kota Baharu. Apa agaknya yang ada di pekan kelahiran kartunis terkenal Malaysia iaitu Dato Lat itu .... erm... jumpa lagi di catatan perjalanan yang akan datang. Malim Nawar saya tinggalkan sambil mengenang sebuah cerita cinta monyet yang abadi di jiwa !!!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Harmony in my Head: Banjir Besar <b>di KuaLa KangsaR</b>

Posted: 08 Jul 2011 04:27 AM PDT

Nanti kalau korang datang Kuala Kangsar, time korang jalan2 dan ronda2... korang boleh la tengok tempat2 yg kena banjir suatu ketika dahulu. Boleh la imbas kembali peristiwa banjir besar ini iaitu sekitar tahun 1960'an...ketika itu ramai yang terkorban akibat banjir tersebut..ada yang memukul talam untuk meminta pertolongan..lama kelamaan suara itu sayup-sayup kedengaran menandakan ia tenggelam dibawa arus yang deras...Kononnya banjir dikuala kangsar nie berlaku akibat empangan yang pecah,..ntahlah..ku sendiri pon xtawu...mari kita mengimbau kembali nostalgia tragedi tersebut....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di jelapang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di jelapang - Google Blog Search


namasayasangatcomel: VW kuning <b>di Jelapang</b>~

Posted: 06 Jul 2011 09:18 AM PDT

assalamualaikum semuanye..haa,,malam ni nak share sikit ngan korang pasal citer volkswagon kuning ni..dari zaman aku tadika dah ade dah crita ni..tak..ni bukan topgear..ni cerita yg seram-meram sikit laa..tapi tak taw la kesahihannnye sebab takde pon dalam buku sejarah tingkatan 4,apatah lagi tingkatan 5..menurut ceritanye Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning. Kisah ini pernah didramakan di TV.ntah laa..tak taw nak cakap ape..tapi best benda2 ni..aku suka..hahahaha..babai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di menglembu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di menglembu - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Sisa radioaktif masih bertaburan <b>di</b> Bukit Merah

Posted: 05 May 2011 11:24 PM PDT

Sisa yang berwarna putih ini basah dan lembut, tiada bezanya dengan lumpur, namun berbau masam jika dihidu.  Pihak kilang memberitahu Ng bahawa sisa ini boleh dijadikan baja.  Jadi Ng bersama pekerjanya mengangkut sisa tersebut dari kilang untuk dibuang ke ladang kebun yang berdekatan, termasuk kebun sayur pakciknya untuk dijadikan "baja", atau membuang begitu sahaja di tepi kawasan perumahan dan jalan raya.

Cecair sisa itu mengalir sepanjang proses pengangkutan, namun tidak dipeduli oleh sesiapapun.

Sehinggalah pada tahun 1984, apabila penduduk Bukit Merah, Papan, Menglembu dan lain-lain tempat bangkit menentang Asian Rare Earth kerana menghasilkan sisa yang toksik ketika pemprosesan rare earth, barulah Ng sedar.  "Baja" yang dimaksudkan rupa-rupanya thorium yang mempunyai radioaktif!

Apa yang mengejutkan, pihak yang berkenaan tidak memanggil Ng untuk menunjukkan lokasi di mana sisa itu dibuang, selepas pendedahan ini pada tahun 1985.  Justeru itu, sebahagian sisa tersebut masih berselerak di sekitar kawasan kilang Asian Rare Earth.  Menurut laporan akhbar ketika itu, Ng berkata sisa thorium itu bertaburan di kawasan bekas lombong, kebun, tepi kawasan perumahan dan jalan raya di sekitar Menglembu, Lahat, Jelapang, Pengkalan, Buntong, Simpang Pulai dan lain-lain lagi.

Lokasi buangan sisa

MerdekaReview telah berjaya menemui Ng Toong Foo di Menglembu, untuk mengimbas pengalamannya 20 tahun yang lalu.  Bagaimanapun, beliau enggan diambil gambar oleh wartawan.  Ng membawa wartawan ke lokasi di mana beliau membuang sisa tersebut.  Sepanjang perjalanan, beliau berkata, "situ ada", "sana pun ada"... nampaknya taburan sisa kimia tersebut agak meluas.

Sisa thorium dibuang di kawasan yang mana orang berulang-alik.  Kawasan ini adalah paya ketika sisa dibuang, dan kini sudah ditumbuh rumput.  Sukar untuk dikesan melalui mata kasar apakah yang pelik dengan rumpun tersebut.  Seandainya Ng tidak menunjukkan kami kawasan di mana lokasi pembuangan sisa itu berdasarkan ingatannya, tiada orang yang tahu bahawa sisa buangan itu berada di situ.

Paling mengejutkan, walaupun Ng telah mendedahkan di mahkamah bahawa pihak kilang tidak menetapkan tempat buangan sisa tersebut, dan beliau hanya membuang di merata-rata, namun tiada pihak yang berkenaan menghubungi Ng untuk meminta agar beliau menunjukkan lokasi buangan tersebut - sepanjang 25 tahun ini.  Lantaran daripada itu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan pihak berkenaan yang lain nampaknya tidak memandang berat masalah sisa yang mempunyai radioaktif ini.

Menurut laporan Sin Chew Jit Poh pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun, Sadao Ichikawa ketika membuat kajian di kawasan pembuangan sisa muatan dua lori itu, mendapati paras radioaktif adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat.  Selain itu, beliau berkata sisa thorium itu tidak akan hilang walaupun dibasahi air hujan, sukar dikesan apabila sebati dengan tanah, malah akan mengeluarkan bau.  Jadi ia belum terjamin bahawa kesihatan manusia tidak akan terancam jikapun disimpan dalam "gedung" tertentu.

Jadi, penduduk kawasan tersebut masih terdedah kepada ancaman radioaktif.  Tan Ka Kheng berkata, mangsa pertamanya adalah petani yang berkebun di situ jikalau sisa thorium tidak dikendalikan dengan baik.  Keduanya, radioaktif tersebut akan masuk ke dalam rantaian makanan melalui sayuran, dan seterusnya mengancam kesihatan penduduk.

Tiga daripada empat mati

Ketika mengimbas peristiwa 28 tahun yang lalu, "sisa ketakutan" masih terpendam dalam hati.  Menurut Ng Toong Foo, tiga daripada empat orang pekerjanya telah meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu beberapa tahun selepas bekerja dengannya.  Ng pernah mengadu di mahkamah bahawa terdapat bintik merah pada tubuhnya.  Kini, terdapat pula bintik putih pada tangan, kaki, tepi bibir, dan tepi matanya.

Beliau enggan diambil gambar.  Ketika ditanya apakah puncanya, beliau berkata, "Tiada pun seorang dalam pertalian keluarga saya mempunyai benda (bintik putih) ini."

Beliau pernah memegang sisa toksik itu dengan tangan sendiri, dan beliau mengesyaki bahawa itulah puncanya bintik putih pada badannya.  Malah, beliau kini menghadapi masalah bernafas.

Beliau telah bekerja sebagai kontraktor untuk lebih 40 tahun.  Beliau berkata dirinya tertarik dengan harga tawaran kilang tersebut, maka terus menerima projek itu.  Pihak yang berunding dengannya hanya memberitahu bahawa sisa itu adalah "kek thorium" (thorium cake), tanpa menjelaskan apakah itu sebenarnya, malah juga tidak memberitahu di mana sisa itu harus dibuang.

Ng yang tinggal di Menglembu memberitahu MerdekaReview, pihak kilang memaklumkannya bahawa sisa ini boleh dijadikan "baja".  Jadi, beliau mengangkut sisa ini ke kebun pakciknya yang berhampiran dengan kilang.  "Banyak tempat yang saya tuang (sisa itu)... Masih boleh dikorek pada hari ini".

Beliau berkata, sisa thorium itu kelihatan bagai gum, kapur, berair dan ada mendakan, baunya masam.  Tikus dan lipas di kawasan buangan sampah hilang begitu sahaja apabila Ng membuang sisa itu ke kawasan itu, malah sayuran yang "dibajai" sisa thorium ini sangat "cantik" (kerana tiada serangga).  Namun, manusia akan berasa tidak selesa ketika mendekati bahan sisa tersebut.

Tidak akan terima projek ini kalau sedar ia beracun

Wartawan mengungkit semula peristiwa silam ini.  Selepas Ng Toong Foo mengisahkan ceritanya pada ketika itu, Pengurus Asian Rare Earth pernah menjawab bahawa Ng yang mengingkari arahan kilang dan membuang sisa thorium di merata-rata.  Menurut laporan New Straits Times pada 25 November 1986, pihak kilang mendakwa Ng menerima tawaran itu pada kemuncak perjuangan penduduk menentang kilang ini, lantas Ng seharusnya sedar akan bahayanya sisa thorium.

"Dia (pengurus) tidak berani untuk berkata sedemikian pada ketika itu.  Benda yang beracun adalah merbahaya.  Adakah dia akan berkata sesuatu yang benar?  Dia tidak mahu menulisnya dalam hitam putih.  Dia tahu bahawa kita tidak tahu," Kata Ng.

"Ia memerlukan lesen untuk menghasilkan sesuatu.  Kalau produknya beracun, maka kerajaan tidak akan meluluskan lesen kepadanya.  Benda yang diluluskan semestinya tidak akan mengancam kesihatan manusia.  Jadi, kerajaan yang menipu kami," tuduhnya.

Wartawan memetik kenyataan pihak kilang bahawa lokasi pembuangan sisa toksik ini telah ditetapkan.  Ng mempersoalkannya, "Buang di mana?  Tunjukkan saya!  Manakah lokasi pembuangannya itu?  Tunjukkan saya.  Kamu tidak tunjukkan saya, di mana lokasi yang diluluskan untuk pembungan sisa?  Hanya muncul selepas itu!"

Kilang Asian Rare Earth dibina pada tahun 1979 di kawasan perindustrian Bukit Merah, untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit, menghasilkan sisa buangan radioaktif sebanyak 2,250 ton setahun.  Namun demikian, AELB belum ditubuhkan pada ketika itu, maka pihak kilang tidak perlu memohon lesen khas.

AELB ditubuhkan pada 1 Februari 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memantau keselamatan tenaga atom di seluruh negara.  Asian Rare Earth mendapat lesennya pada Disember 1986, untuk teruskan pemprosesan kilangnya, sebelum dihentikan pada Januari 1994.

Oleh itu, dalam jangka antara binanya kilang pada tahun 1979, hinggalah penggunaan tapak pembuangan sisa radiokatif pada tahun 1991, sisa buangan kilang Asian Rare Earth tidak dikendalikan dengan baik.  Kalau bukan pendedahan Ng Toong Foo, kita tidak tahu bahawa sisa buangan radioaktif ini dikendalikan dengan cara yang sambil lewa.

Kerajaan menganggap isu rare earth telah melabuh tirai selepas tutupnya kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah.  Padahalnya, sisa buangan ini belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya, mendedahkan penduduk tempatan kepada ancaman radioaktif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kamunting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kamunting - Google Blog Search


pembangkang batu kurau: tiket habis <b>di kamunting</b> ..9julaiBERSIH <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2011 11:11 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]tiket habis di kamunting ..9julaiBERSIH 2.0 : Polis diminta beri kerjasama. Posted by PBK at 2:11 PM. 0 comments: Post a Comment. Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). livestream. selangortv · kelantantv ...

07 di manjung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di manjung - Google Blog Search


Karat E-jau: Pekerja Majlis Daerah <b>Manjung</b> Maut <b>Di</b> Hempap Lori...

Posted: 11 Jul 2011 03:48 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Seorang pekerja Majlis Daerah Manjung maut akibat dihempap lori selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan lori berkenaan di Kilometer 5, Jalan Ipoh-Sitiawan hari ini. (Gambar Sekadar Hiasan) ...

TEKONG <b>MANJUNG</b>: GAMBAR PARA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT <b>DI</b> RUMAH SYUHADA&#39;

Posted: 10 Jul 2011 04:50 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]GAMBAR PARA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT DI RUMAH SYUHADA'. Ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada para pejuang Agama Mu ini.. Ameen Ya Rabbal A'lamin. Dicatat oleh tekong manjung di 7:50 PM. Label: syuhada bersih ...

di negeri perak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri perak - Google Blog Search


ZAKRI ALI RANGKUTI: Ribuan Hadir Membanjiri Ceramah Pasca BERSIH <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2011 05:19 PM PDT

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..
Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 isteriku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....Amin3 Ya Rabbal A'laminFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved