Ahad, 25 November 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


lagi .... felda lahirkan generasi dihormati dan disegani - <b>trolak</b> selatan

Posted: 21 Nov 2012 05:27 AM PST

Tidak dapat dinafikan bahawa Felda yang ditubuhkan pada 6 Julai 1956 bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk luar bandar khasnya orang-orang Melayu telah berjaya mencapai matlamat penubuhannya. Perjalanan Felda yang terus bergerak ke hadapan mengharungi pelbagai halangan dan rintangan serta tohmahan dan fitnah sederap melangkah bersama-sama dengan para peneroka yang setia bersama Felda kini sekali lagi bersama-sama meniti sinar kejayaan yang menjanjikan kesejahteraan untuk hari-hari yang mendatang. Kejayaan generasi ke-2 dalam pelbagai bidang merupakan refleksi kejayaan Felda mengubah taraf hidup keluarga peneroka yang pada asalnya berada dalam tahap kemiskinan yang sudah pastinya menjadi punca utama penghalang kepada kejayaan generasi seterusnya.

Justeru, apakah segala usaha murni yang telah dimainkan oleh Felda masih dipandang remeh serta sikap "tidak tahu berterima kasih" yang masih ada dalam kalangan masyarakat Felda sendiri dengan melemparkan pelbagai tuduhan, tohmahan dan fitnah bagi menimbulkan persepsi negatif kepada agensi yang telah banyak berbudi kepada orang Melayu khasnya.

Salah seorang daripada ribuan generasi Felda yang berjaya merupakan ahli Blok saya sendiri iaitu Blok 5 Peringkat 1 di Felda Trolak Selatan. Saya yakin, atas kehendak Allah yang mendorongkan dan melorongkan keluarga beliau berada bersama-sama Felda, serta berkat usaha yang telah dilakukan maka akhirnya beliau berada pada kedudukan seperti mana yang beliau kecapai sekarang ini. Sesungguhnya Allah jualah yang memilih sesiapa yang akan berjaya bersama-sama Felda dan Allah jualah yang menghendaki adanya golongan pemfitnah dan pengadu domba serta penghasut agar masyarakat Felda tidak perlu berterima kasih kepada Felda dengan mengatakan bahawa Felda ZALIM dan mereka telah dizalimi tetapi ternyata merekalah yang telah menzalimi diri mereka sendiri.

Wallahuaklam.


Petikan : UTUSAN MALAYSIA : RABU 21 NOV. 2012, MUKA 21

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


KaKi JaLaN: MiSi IPoH PaRT 5 : THE LaST DReDGe (KaPaL <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 07:20 PM PST

Assalamualaikum, Salam jom pi jalan dan Salam Tahun Melawat Perak 2012 (promo akhir tahun)
Ok... sambung balik dalam minggu Mencari Hidden Gem di Ipoh...  ini entri terakhir untuk pakej percutian dua hari di Ipoh bersama Byya, Maszuber dan John kaedahnya...  Macam mana aku leh jadi agen pelancongan ni pun tak pasti.. #drama
Entri dahulu baca dari sini 
Selepas menikmati keindahan alam semulajadi gua batu kapur terpanjang di Malaysia iaitu Gua Tempurung, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Tualang melalui pekan Malim Nawar.  Berkobar-kobar rasanya nak melihat satu lagi tempat menarik di negeri Perak iaitu Warisan Kapal Korek Bijih Timah.  Almaklumlah, lembah Kinta ni dulunya kan terkenal dengan lombong bijih timah...  Haruslah tengok mana-mana tinggallan selain dari kawasan-kawasan lombong tu je kan????  Rupa kapal korek camne??? Pernah tengok? Pernah tengok? Tak pernah?? Ok, aku pun tak pernah!! Kita sama!
Jomssss....  Melawat Perak 2012 katanya kan??? Moh kita ke sane sana.


Sebenarnya aku berharap kat dalam kapal korek ini diletakkan maklumat-maklumat dengan peralatan dan sekian-sekian tempat di dalam bahagian kapal ini apa dia.  Masuk dalam kapal ni memang impress, menarik tertarik tapi sayang tak tahu alat ini untuk apa, alat itu untuk apa.
Memandangkan kapal korek ini masih lagi dalam proses naik taraf / baikpulih, maka memang aku haraplah  nota-nota ringkas ditampal atau diletakkan di kawasan tersebut.
Hurmmm tetiba baru perasan tak banyak ambil gambar dalam ni... Ekekeke... Maksudnya, memang korang kena pergi sini dan tengok sendiri letew... Moh ke Perak!! 

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: PRU13: Shahrizat Bertanding <b>Di Menglembu</b> <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 11:31 PM PDT

HHari minggu lepas, Husin pergi ziarah kawan di Bangi. Sambil makan tu, member Ana tanya, bila agaknya pilihanraya.

"Manalah ana tahu benda-benda ni ...," Husin jawab, "Ana hanya saudagar unta dari Cairo."

"Sudahlah Husin. Jangan kau bawak temberang blog Husin Lempoyang kau di sini. Kamu tahu tu!"

"Sumpah ana tak tahu. Ana rasa Dato Najib pun tidak tahu tarikh pilihanraya. Lagikan ana ni ...," ana cuba yakinkan.

"OK lah Husin. Aku kasi kamu info ini, Kamu kasi aku tahu tarikh pilhanraya. Aku nak buat gathering kawan-kawan tapi masing-masing tunggu ditentukan tarikh pilihanraya," Sahabat ana terangkan.

"Kamu tahu tak Dato Najib dah buat keputusan akan ambil Dato Syahrizat dan Dato Shafie bertanding?"

"Biat betul ... takkan Dato Najib flip flop?" Ana bertanya

"Dia sudah flip flop itu MAS-Air Asia, tangga gaji kerajaan dan macam-macam lagi," sahabat ana terangkan

"Kalau begitu, mana Syahrizat nak bertanding? Raja Nong Chik pasti tanding di Lebah Pantai. Shafie mesti di Semporna, Sabah."

"Takkk ... kawasan lain."

"Mana pulak?" Ana tanya

"Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal."

"Hahahaha ... siul la lu brader. Macam gitu aku tahu bila pilihanraya?"

"Bila? Bila? ..." tertanya kawan ana.

Nak tahu bila pilihanraya? Sabar dulu .... hehehe. -husin lempoyang

1 comments:

View Comments/Post a Comment

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


PANASS!! YB <b>Tronoh</b> Cuba Bakar Api Perkauman Kaum India <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2012 04:37 PM PST



Aku terasa pedih sangat dengan tweet tebaru budak tronoh ni, beliau persoalkan tentang sekolah menengah di Malaysia.


Sejak merdeka negara kita beri peluang dan pendidikan terbaik untuk semua rakyat, perlu di ingat Cina dan India ada sekolah rendah sendiri iaitu Jenis Kebangsaan Tamil atau Jenis Kebangsaan Cina dan Melayu hanya bersekolah di sekolah kebangsaan tiada perkataan MELAYU. Orang Melayu tidak pernah persoalkan perkara ini kerana menghormati semua kaum.

Kerajaan terapkan semangat kebangsaan untuk rakyat Malaysia selepas sahaja tamat pengajian di sekolah rendah semua rakyat harus bersekolah di sekolah KEBANGSAAN . Semua rakyat terima sejak sekian lama, kenapa harus YB TRONOH ini mahu mempertikaikan perkara ini, kenapa harus menjarakkan hubungan sesama kaum di Malaysia, kita 1 Malaysia duduk di Malaysia. Kalau tak mahu ikut perkara ini buat negara sendiri atau ada tempat di dunia ini yang hanya untuk kaum masing-masing.

Bila seorang pemimpin yang dipilih rakyat ini berkata perkara BODOH dan TAK ADA AKAL sebegini, aku rasa jijik dengan sikap PERKAUMAN yang sedang di semai YB TRONOH !!!

Sambung baca Aktivis Pendang Jr

Hanya di Malaysia sahaja yang ada Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Lain-lain negara di dunia, tidak ada sekolah india dan cina, walaupun mereka rakyat negara berkenaan. Jadi berterima kasih la pada kerajaan sekarang, kerana bersikap terbuka.

Kata orang bersyukurlah dengan apa yang ada.


McTheory:
Makin hari makin melampau puak ni.. apa nak mereka nak sebenarnya? Cari Pasal?

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Biaqpila™: Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 03 Nov 2012 01:32 AM PDT


Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

MK

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Muhasabah Cinta: HIDUP <b>DI BIDOR</b>

Posted: 02 Aug 2012 03:11 AM PDT

').attr('id','rainDiv') .css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)]) .css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});