Ahad, 25 November 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


lagi .... felda lahirkan generasi dihormati dan disegani - <b>trolak</b> selatan

Posted: 21 Nov 2012 05:27 AM PST

Tidak dapat dinafikan bahawa Felda yang ditubuhkan pada 6 Julai 1956 bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk luar bandar khasnya orang-orang Melayu telah berjaya mencapai matlamat penubuhannya. Perjalanan Felda yang terus bergerak ke hadapan mengharungi pelbagai halangan dan rintangan serta tohmahan dan fitnah sederap melangkah bersama-sama dengan para peneroka yang setia bersama Felda kini sekali lagi bersama-sama meniti sinar kejayaan yang menjanjikan kesejahteraan untuk hari-hari yang mendatang. Kejayaan generasi ke-2 dalam pelbagai bidang merupakan refleksi kejayaan Felda mengubah taraf hidup keluarga peneroka yang pada asalnya berada dalam tahap kemiskinan yang sudah pastinya menjadi punca utama penghalang kepada kejayaan generasi seterusnya.

Justeru, apakah segala usaha murni yang telah dimainkan oleh Felda masih dipandang remeh serta sikap "tidak tahu berterima kasih" yang masih ada dalam kalangan masyarakat Felda sendiri dengan melemparkan pelbagai tuduhan, tohmahan dan fitnah bagi menimbulkan persepsi negatif kepada agensi yang telah banyak berbudi kepada orang Melayu khasnya.

Salah seorang daripada ribuan generasi Felda yang berjaya merupakan ahli Blok saya sendiri iaitu Blok 5 Peringkat 1 di Felda Trolak Selatan. Saya yakin, atas kehendak Allah yang mendorongkan dan melorongkan keluarga beliau berada bersama-sama Felda, serta berkat usaha yang telah dilakukan maka akhirnya beliau berada pada kedudukan seperti mana yang beliau kecapai sekarang ini. Sesungguhnya Allah jualah yang memilih sesiapa yang akan berjaya bersama-sama Felda dan Allah jualah yang menghendaki adanya golongan pemfitnah dan pengadu domba serta penghasut agar masyarakat Felda tidak perlu berterima kasih kepada Felda dengan mengatakan bahawa Felda ZALIM dan mereka telah dizalimi tetapi ternyata merekalah yang telah menzalimi diri mereka sendiri.

Wallahuaklam.


Petikan : UTUSAN MALAYSIA : RABU 21 NOV. 2012, MUKA 21

Tiada ulasan:

Catat Ulasan