Selasa, 23 Oktober 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


SK <b>Hutan Melintang</b>, 36400 <b>Hutan Melintang</b>, Perak: STAF BARU

Posted: 15 Oct 2012 10:37 PM PDT

Selamat bertugas di SK Hutan Melintang kepada Cikgu Abdul Wahab b. Hamzah dan Ustazah Aishah bt Abdul Basar yang melapor diri pada 16.10.2012.


07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Raja Dr Nazrin rasmi SMK Bandar <b>Behrang</b> 2020 – Perak Today

Posted: 11 Jul 2011 11:20 PM PDT

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan SMK Bandar Behrang 2020, dekat Tanjung Malim yang dibina dengan kos RM22 juta dan beroperasi sepenuhnya sejak September tahun lalu.

Dibina atas tapak seluas enam hektar, sekolah kategori luar bandar itu merupakan salah satu mercu tanda di Bandar Behrang 2020 dan kini mempunyai lebih 600 pelajar termasuk dari etnik Orang Asli.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Adun Behrang; Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Slim; Datuk Khusairi Talib serta Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Rauhi Mohd Isa.

Ia juga bersempena sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-83, tahun ini.

Terdahulu, Zambry dalam ucapannya berkata, pendidikan adalah pemangkin utama bagi meningkatkan kehidupan rakyat dan jika masyarakat terpinggir daripada arus pendidikan, mereka akan menjadi masyarakat yang mundur dalam serba-serbi.

"Sejarah perabadan hebat juga membuktikan kejayaan sesebuah negara tidak dibina atas kekuatan tentera tetapi disebabkan oleh penguasaan ilmu.

"Perak juga pernah menikmati dan mengecapi zaman gemilang dengan kewujudan Sultan Idris Training College (SITC) yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana berjaya melahirkan golongan cendiakawan dan pemimpin berkaliber," katanya.

Tegasnya lagi, hasil liberalisasi turut membuka seluas-luasnya peluang kepada mana-mana pihak untuk melibatkan diri dalam bidang pendidikan secara komersial dengan penyertaan sektor swasta.

Sementara itu, pembukaan SMK Bandar Behrang 2020 kata Zambry, diharap dapat melahirkan modal insan yang cemerlang yang bakal menentukan masa depan negara.

Dengan kemudahan dan insfrastruktur terbaik, pihak ibu bapa, guru dan pelajar harus mempunyai iltizam dan tekad untuk menjadikan ilmu sebagai bekalan hidup di masa depan, katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, kawasan Tanjung Malim juga tambahnya, amat berpotensi untuk berkembang pesat kerana bersempadan dengan Selangor yang memberi kelebihan dan kebaikan tersendiri kepada Bandar Behrang 2020.

Katanya, kawasan itu menikmati perkembangan pesat kerana mendapat limpahan ekonomi dari Lembah Klang serta ciri dwifungsi iaitu sebagai bandar automatif dan bandar universiti.

"Dengan rangkaian jalan yang baik termasuk Lebuhraya Utara Selatan serta perkhidmatan keretapi, kawasan sekitar Tanjung Malim dan Proton City ini dijangka mengalami pembangunan pesat.

"Menjelang 2020, kita jangka kedua-dua kawasan ini akan menjadi bandar yang serba maju dan moden," katanya lagi.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Muna Rahimah: Nasi Arab Restoran Sammer <b>di Ipoh</b>

Posted: 20 Oct 2012 09:59 AM PDT

Photobucket

Hai semua . Sejuknya malam ni . Hujan pulak tu . Tido sedap ni . Hihi . Bythewayyy , Tahniah Kelantan sebab menang . 3-2 . Ape ape pun Abam Abam Tentera kalah bermaruah kan kan . Tahniah lagi sekali to both of you .

Hari ni kan hari minggu so parents pun tak kerja . waktu ni la nak pi merayap merayau meronggeng sampai tertonggeng and so on . Kali ni muna nak bawak ke satu tempat yang sedap makanannya and berpatutan la jugak harganya .

Haritu Muna ada buat entri pasal Nasi Arab di Malika Saba kan ? Harini Nasi Arab jugak tapi dekat tempat lain iaitu
.
.
.
.


 Ini kali pertama muna pergi . Act , Muna pergi dekat sini pun sebab ada kawan Mom muna yang syorkan . Lagipun dah lama tak makan nasi arab kan . Masuk masuk je restoran ni , First impression muna "oh lawanya dalam ni" sebijik macam dekat rumah kita . Selesa and sangat sesuai untuk family datang kan kan :D

Tempat duduk pun high class tau . mana ada pakai kerusi plastik ;p

Bagi family muna , environment kat sini memang selesa . okay malas nak cakap pasal restoran ni . kite cakap pasal makanan dia pulak . okay sat nahhh . nak bukak menu jap .

.
.
.
.

Menu dah pilih ..... Sooooo inilah yang kami makan .......




Total : RM94.60

Murah kan ? Murah la jugak . Haha . Depends daripada dekat malika saba haritu beratus ratus kot -.-

Selain daripada makanan kat atas ni ada banyak lagi . Western food pun ade tau . 

Alamat Restoran ni : No.58 , Medan Stesyen 18/11 Stesyen 18,
 Pasir Putih, 31650 Ipoh Perak .
Tel : 05-3227786 / 0165328808 / 0127865513

P/s : Rasa macam sekarang ni jadi promoter restoran pulak . Ni kene bayar ni ;pp

Photobucket


Doakan Muna dapat 9A ye . Mekasih :)

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Looking for 1 more at <b>bukit merah</b> CC

Posted: 21 Oct 2012 05:56 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hi, Our group have a lack of players for one of our upcoming games. Im looking for one more casual player (begainners are welcome) at bukit merah CC on wednesday night. Please contact me at sual0001@live.com if you ...

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Taiping Mali: ECE Technologies Buka Kilang Ketiga <b>Di Taiping</b> <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 06:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Burukkan Malaysia Di Luar Negara Pembangkang Pengkianat Bangsa - Nizar · Wajah blogger Haprak Pas dari Taiping. Kalau nak jadi blogger terutama blogger dari parti Islam maka hendaklah jangan buat fitnah atau cerita ...

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Mangsa banjir <b>di Kerian</b> meningkat – Perak Today

Posted: 25 Mar 2011 08:59 AM PDT

Jumlah mangsa banjir di Daerah Kerian meningkat kepada 406 pagi ini berbanding 359 orang petang semalam.

Mangsa banjir terbaru adalah dari Kampung Matang Pasir seramai 31 orang, Kampung Tanjung Bugis lima orang dan Kampung Parit Simpang Lima seorang.

ngsa banjir terbaru adalah dari Kampung Matang Pasir seramai 31 orang, Kampung Tanjung Bugis lima orang dan Kampung Parit Simpang Lima seorang.

Mereka yang masih berada di pusat-pusat pemindahan adalah penduduk dari kawasan Batu 37 dan 38 Jalan Keretapi, Kampung Parit Abu Hasan, Parit Haji Hasan Ban, Batu 40 Jalan Bukit Merah, Parit Mat Keling, Kampung Tebuk Pancur, Kampung Parit Ayer Hitam, Kampung Alor Setangguk dan Kampung Perlis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata semua mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, Sekolah Kebangsaan Haji Dahalan dan dewan orang ramai di Alor Pongsu.

Kampung terbabit dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1 meter akibat langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak lima hari lalu, katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata jalan raya di km 17 dan 18 Alor Pongsu-Selama, Jalan Bukit Merah, ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air.

Operasi memindahkan mangsar banjir telah dilakukan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman. – BERNAMA

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Coretan Siti: Bermalam <b>Di Gerik</b>, Perak

Posted: 24 Jun 2012 07:37 AM PDT

Salam semua...
Dah lama tak ke mana-mana untuk menghadiri mesyuarat atau kursus.  Tahun nie baru sekali ke Ipoh untuk mesyuarat di SMT Ipoh dan tahun nie untuk kali ke dua akan bermesyuarat esok di SMT Gerik untuk satu program yang akan dijalankan pada pertengahan Julai nie.  Disebabkan mesyuarat bermula esok pagi jadi hari nie bermalam di Gerik setelah dapat kebenaran untuk lojing.  Kalau tak esok pagi-pagi sebelum subuh dah kena bertolak.
Sebab tumpang kereta kawan dan jadi penumpang jadi sempat la ambil gambar-gambar yang ada tulis pekan Gerik nie.
 Keadaan agak tenang dan nampak dah semakin banyak bangunan baru dibina.  Ini kali pertama bermalam di pekan Gerik, sebelum nie hanya lalu untuk ke Pengkalan Hulu dan Kelantan.
Bila sampai di Gerik keadaan tenang je tak de terkejar-kejar macam tempat lain.  Ikut kata kawan yang pernah tinggal di Gerik, Gerik sekarang dah semakin maju dan sibuk jika dibandingkan dulu.
Bila dah check in kat hotel, keluar makan.  Sebab tak tau kat mana nak makan singgah di satu kedai makan iaitu Nasi Lemak Ayam Godam.  Kat kedai nie hanya jual nasi lemak dengan ayam goreng je tak de lauk lain. Nampak ramai jugak orang yang makan di situ jadi cuba la.  Boleh tahan jugak nasi lemak dan ayam goreng dia.  Dihidangkan jugak serbuk-serbuk dari ayam goreng tue bersama-sama dengan nasi lemak.
Gambar nie baru je letak bila update entry nie pada 30 Jun 2012. Gambar nie masa on the way balik, kawan nak bungkus nasi lemak nie untuk dibawa balik tapi tutup sebab dia buka belah petang ke malam je.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


sounds of heart beating: Alhamdulillah, Aku Dah Disini ~ <b>Lenggong</b> <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2012 09:17 PM PDT

Alhamdulillah.. Akhirnya aku dapat menaip keyboard ni untuk catatan perjalanan hidupku setelah menyepi mengambil angin di sini.. hanya mengambil masa untuk tenangkan diri sendiri.
Alhamdulillah, aku kini telah berada di Lenggong untuk memulakan kehidupan baru bergelar Town Planner di sini. Alhamdulillah, semuanya OK disini.
Jauh dari hiruk-pikuk kota, jauh dari kesibukan kota dan yang paling penting, aku bebas dari "kata2 dari lidah bertulangkan dusta" itu. Aku bahagia disini sebab aku tak dengar lagi "suara-suara yang kecoh" tu.. Dah tak ada kerja ataupun memang tabiat suka menjaga kain orang sampai sanggup buat fitnah.. Well, bila aku disini, semuanya sibuk menyiapkan kerja masing2 yang berlambak2. So, memang tak ada masa nak mencari kerja part-time untuk menjaga tepi kain orang..
Alhamdulillah, suasana kat sini sangat mendamaikan. Sangat mengasyikkan. Pagi2 aku drive ke tempat kerja, diselubungi oleh kabus-kabus yang memutih. Sejuknya.. Kiri kanan hanya nampak pokok-pokok yang menghijau. Di Lenggong ni, dikelilingi oleh gunung-ganang yang hijau.. Tenang nya, dan diri aku yang berjiwa outdoor ni memang sangat suka akan suasana seperti ni..  Alhamdulillah, aku bersyukur pada Tuhan :-)
Suasana kerja disini Sangat berbeza dengan cara kerja di JPBDHQ. Disini, aku betul2 didedahkan untuk menjadi TOWN PLANNER yang sebenar-benarnya. Aku betul2 berdepan dengan tugas perancangan di peringkat local. Banyak benda yang aku kena belajar dan semua itu aku jadikan sebagai pengalaman yang berharga..
Suasana di tempat kerja pun berbeza. Kat sini, tak de lagi kaki-kaki penyibuk. Semuanya busy siapkan kerja masing2. Even, staf kumpulan sokongan sangat efisien. Lebih efisien dari pekerja-pekerja kumpulan sokongan di HQ. Malah, bagi aku, dieorang ni semua lebih hebat dari pegawai. Well, of course aku kena hebatkan diri aku lagi. So, a lot of homework i have to do untuk mantapkan diri aku..  Takpe, pas ni bila aku keluar dari sini, aku akan ade banyak pengalaman & pengetahuan. hehe....
Buat masa ni, aku tinggal di Kuala Kangsar memandangkan rumah sewa kat Lenggong ni sangat lah susah nak dapat. Kat Kuala Kangsar tu OK lah, dah dekat nak pergi ke Ipoh, so senang nak balik KL :-)
Even, di Lenggong sendiri pun banyak aktiviti yang menyeronokkan. Pembangunan eco-tourism nya sangat bagus kat sini. Dah la dekat nak ke Royal Belum, Grik. Kat Lenggong, banyak tasik, banyak waterfall, banyak gua. So, aku dapat bayangkan, banyak lah aktiviti outdoor yang akan aku explore disini.
WEll, Welcome to Lenggong and i happy being here  :-)