Khamis, 8 September 2011

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Aidilfitri 2011 <b>Di</b> Pulau <b>Pangkor</b>, Perak - Dunia Kami

Posted: 08 Sep 2011 07:54 PM PDT

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua… ;)

Alahamdulillah..bertemu kita lagi. Dan seperti yang di janjikan pada entri yang lalu dimana saya akan berkongsi cerita selama saya berhari  raya di Pangkor kan… Alhamdulillah kami semua selamat pergi dan balik dan semua pogram di sana berjalan dengan lancarnya.. ;) Sejak-sejak arwah opah & atok dah takdr nie,setiap kali hari raya aidilfitri jer dah jadi macam satu pogram untuk kami sanak saudara berkumpul & bercuti.

Saya sekeluarga bergerak ke Perak pada hari raya ke-2 kerana ada majlis tahlil buat arwah opah & atok di rumah pak sedara di Kampung Gajah sana. Malamnya seperti biasa kami berkumpul di teratak arwah opah & atok. Kami semua bertolak dari teratak arwah opah lebih kurang pukul 9..00am dan berkumpul di Jeti Lumut. Disebabkan sampai di Jeti Lumut dah tengahari,kami pun lunch lah dulu dan solat zuhur dahulu. Selesai semua kami masih menunggu 2 family dari Kedah dan juga Terengganu yang masih belum tiba, akibat kesesakan jalan raya. Jam menunjukkan angka 2pm.. Memandangkan ada pak sedara yang tak berapa sihat,so kami terpaksa bertolak dulu ke Pangkor. Emmm ingatkan kalau time raya2 nie tak ramailah kan yang pergi bercuti,tapi tu semua salah.. Sebabnya ramai sungguh yang sesama kami turut bercuti & berhari raya ke Pangkor nie.. Eehehheee


Dah sampai jeti Pangkor…

Along & adik posing dalam feri menuju ke Pangkor…

Tengok tu…penuh satu troli beg2 kami.. Eehehee

Tengok tu…kuih raya pun ada gak yer.. Eehehee

Sementara menunggu semua family sampai,apa kata posing dulu.. ;)

Jangan tak tahu,rombongan kami kali ini adalah seramai 24 orang termasuk kanak2.. Aahahaaa.. Kami ambil pakej sekali dengan resort,makan & mengelilingi pulau.. ;)  Dari Jeti Lumut ke Pangkor,feri mengambil masa dalam 30minit untuk sampai. Penuh feri dan Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke Jeti P.Pangkor.. ;) .. Dengan cuaca yang sangat2 baik.. Harga untuk tiket feri pergi dan balik adalah Rm10.oo. Sementara menunggu teksi untuk membawa kami ke Resort…apa lagi kami posing2 dulu lah.. Eeehhee


Sementara menunggu teksi sampai,apa kata posing dulu.. Eeheheee

Lagi…

Peace… ;)

Sesampai jer di Resort,kami telah diberikan 5 bilik. 1bilik memuatkan 6 orang & selebih memuatkan 4 orang dalam sebuah bilik.. Kami yang bujang2 nie ambil lah bilik yang memuatkan 6 orang tu.. Eehehehee.. Saya adik beradik,seorang sepupu & 2 orang mak sedara.. Apa lagi dah masuk bilik & dah pilih katil masing2..kami pun melepaskan lelah sementara menunggu waktu Asar.. :) .. Selesai solat Asar,aktiviti bebas buat kami dan masing2 apa lagi menuju ke Laut lah.. Eeehehee.. Ada juga yang mandi manda,menjamu selera dan macam2 lagilah.. Dekat2 nak magrib barulah kami balik ke resort.. Dapatlah tengok matahari terbenam.. Subhanallah maha suci ALLAH… Cantik betul ciptaan Yang Esa…


Matahari terbenam… Sungguh2 cantik kan

Sempat lagi tu khairul & bro azman mandi laut…

Lupa pula nak citer pasal 2 family yang lambat tu kan.. Eehehee.. Bila kami balik jer dari tengok matahari terbenam tu,2 family yang lambat tadi telah sampai di Resort dan anak2 buah saya tengah seronok mandi dalam kolam di Resort tu.. Aahahaa.. Di sebelah malamnya pula,selepas makan malam.. Aktivitinya adalah berkaraoke.. Eeheheee… Masing2 lah menunjuk kan bakat terpendam.. Tu pun sepupu2 dan anak2 buah lah.. Yang pak2 sedara & mak2 sedara duduk beborak serta bersantai jer.. ;) .. Around pukul 12mlm gak lah masing2 baru melelapkan mata dan tak sabar menunggu hari esok dengan aktiviti yang memang bestlah.. ;) So tunggu entri baru lak yer……. TUNGGUUUUUUUUUU


Amboi2 cu…siap dengan gaya lagi tu.. Eeheheee

DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)

Cik Akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. MERDEKA RAYA!!!
  2. Hari Raya Aidilfitri 2010
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
  5. Hari Raya Aidilfitri 2010 di Cameron Highlands