Sabtu, 10 September 2011

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


:::KAFE ISU SEMASA:::: Gadis bertudung gemar mencuri diburu polis

Posted: 24 Aug 2011 01:45 AM PDT

 Gambar hiasan

Saya petik:


[HM] TELUK INTAN: Seorang gadis bertudung menjadi buruan polis selepas dikesan licik menjalankan kegiatan mencuri secara solo dengan taktik berpura-pura mencari pekerjaan.

Gadis itu didakwa menggunakan kelebihan rupa paras dan tutur kata manis untuk memukau mangsa. Gadis dikenali sebagai Nurul Aqila, berkulit cerah dan memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter itu didakwa amat licik memperdaya mangsa dengan berpura-pura memohon kerja di premis menjual telefon bimbit sebelum melarikan barangan seperti telefon bimbit, kad tambah nilai dan beberapa aksesori telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kes itu dikesan pada jam 10 pagi, 12 Julai lalu apabila suspek yang berbaju kurung hitam mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar, Langkap, di sini.

Menurutnya, suspek menemui pemilik kedai sebelum bertanyakan kerja kosong.

"Mangsa terus mengambilnya bekerja selepas gadis itu mereka cerita kononnya baru enam bulan berkahwin dan mahu bekerja untuk menyara hidup.

"Selepas kira-kira 20 minit bekerja di kedai itu, suspek kemudian meminta izin dari majikannya untuk ke kedai fotostat berdekatan dengan alasan membuat salinan kad pengenalan.

"Pemilik kedai telefon bimbit itu bagaimanapun mula pelik apabila suspek yang keluar seketika tidak muncul semula," katanya.

Mangsa menyedari dua telefon bimbit berjenama terkenal berharga RM3,000 hilang dari rak pameran di dalam premis.

Beliau berkata, mangsa yang menyedari diperdaya gadis itu membuat laporan di Balai Polis Langkap.

"Gadis itu sekali lagi menggunakan taktik sama dua hari lalu dengan memperdaya seorang pemilik premis menjual telefon bimbit.

"Suspek yang berpura-pura mencari pekerjaan melarikan satu telefon bimbit dan 100 keping kad tambah nilai dianggarkan RM4,000 keseluruhannya tetapi suspek tidak sedar wajahnya dirakam kamera litar tersembunyi (CCTV) mangsa di kedai di Langkap," katanya.

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Konsep Nilai 3 <b>di Seri Iskandar</b> | Asraf Zamani

Posted: 08 Aug 2011 09:05 AM PDT

Satu lagi pembangunan yang rancak di jalankan di Bandar Seri Iskandar dengan mewujudkan sebuah lagi pusat borong di Sri Iskandar Business Centre (SIBC) di daerah Perak Tengah. Konsep jualan borong Nilai 3, di Bandar Seri Iskandar ini membabitkan pelaburan bernilai kira-kira RM200 juta di samping itu, lebih 1,000 peluang pekerjaan akan disediakan apabila pasar borong ini beroperasi pada tahun depan. Macam ni barulah best sebabnya tak perlu pergi jauh-jauh hanya nak membeli pakaian dan kain langsir.. tak sampai 5 minit dah tentu sampai. 

Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga Nilai 3, Dr. Tee Boon Thiam berkata, pusat borong itu bakal menjadi yang terbesar di wilayah utara apabila ia memulakan operasinya selepas projek SIBC siap pada pertengahan tahun depan.

"Selepas bertapak sejak 10 tahun lalu di Nilai 3, Negeri Sembilan, sekarang, adalah masa terbaik untuk kami menerokai pasaran negeri-negeri utara termasuk Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

"Ahli-ahli persatuan telah membeli sebanyak 222 unit rumah kedai dua tingkat dan tiga tingkat bernilai lebih RM200 juta di SIBC untuk mewujudkan sebuah pasar borong bagi wilayah utara," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Setia Awan Holdings yang merupakan pemaju SIBC dengan Persatuan Peniaga Nilai 3 yang disaksikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh, berkata dengan memperkenalkan konsep Nilai 3 di Sri Iskandar, pihaknya menjangka 3 juta pelancong tempatan akan berkunjung ke bandar itu terutamanya dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah.

Katanya, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di Sri Iskandar seperti barangan perhiasan rumah dan pakaian dengan harga yang murah.

"Sri Iskandar Business Centre ialah projek yang dibangunkan di kawasan seluas 32 hektar dengan kos pelaburan RM300 juta yang bakal mewujudkan sebuah bandar baru yang serba moden di Daerah Perak Tengah.

"Setakat ini, projek SIBC sudah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM300 juta. Antara yang melabur adalah McDonald's, Kenny Rogers, pasar raya Billion, Pacific Bowling dan panggung wayang Lotus Five Star

Sementara itu, Menteri Besar berkata, kewujudan pasar borong itu akan membantu Sri Iskandar membangun dengan konsep perniagaan yang baru dan muncul sebagai antara pusat perniagaan terbesar di Perak.

Beliau turut mencadangkan supaya reka bentuk bangunan pusat jualan borong di SIBC dibuat berbeza dengan Pusat Borong Nilai 3 yang menyerupai kilang.

Sumber : Utusan | Perak Today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Number of View :148

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Pelajar Terbunuh Dalam Kemalangan <b>Di Trolak</b>

Posted: 25 Apr 2011 09:23 PM PDT

IPOH – Seorang pelajar terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Besar, Felda Trolak Selatan, Slim River pada Isnin.

Muhammad Bazli Zuhaili Sharuddin, 15, pelajar Sekolah Menengah Trolak Selatan yang cedera parah di kepala meninggal di Hospital Slim River.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 5 petang.

"Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila motosikalnya terlanggar tayar kiri lori di hadapannya ketika hujan lebat," katanya.

Dalam kejadian di Tapah pula pada 2.15 petang semalam, seorang warga emas Orang Asli Pang Ensif a/l Yusof, 64, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Ayer Kuning-Tapah.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ayer Kuning apabila dirempuh dari belakang oleh kenderan terbabit yang hilang kawalan selepas kedua-dua tayarnya dikatakan meletup.

Mangsa yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Wan Abdullah berkata seorang lagi penunggang motosikal turut terbunuh semalam selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 4 Jalan Beruas-Ayer Tawar, Manjung.

Mangsa ialah Shaiful Azlan Zakaria, 30, dari Kampung Tualang, Beruas yang terbabit dalam kemalangan pada pukul 1.05 petang.

"Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari satu simpang empat lalu terlanggar tayar belakang sebuah lori menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kafe latih OKU mula beroperasi

Posted: 10 Sep 2011 04:00 PM PDT

IPOH 10 Sept. – Pusat pendidikan orang kurang upaya (OKU), Ray of Hope mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pusat pendidikan OKU pertama menyediakan tempat latihan berupa kafe untuk pelajarnya.

Pengerusinya, Mary Lim berkata, kafe yang mula beroperasi sejak dua bulan lalu itu dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar OKU sambil dibantu beberapa sukarelawan.

Katanya, objektif kafe itu ditubuhkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari di pusat pendidikan itu.

"Ray of Hope telah ditubuhkan sejak 11 tahun lalu dan sejak itu kita mempunyai seramai 73 pelajar dan 18 orang daripadanya diambil bekerja di kafe ini.

"Kesemua mereka dibayar gaji sama seperti pekerja lain dan kita mahu mereka merasai kehidupan normal dan tidak ketinggalan dalam menjalani rutin seharian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima lawatan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM3,000 di Taman Sri Kurau, Bercham di sini, semalam.

Diminta mengulas mengenai kafe yang dikendalikan oleh golongan OKU itu, Hang Soon berkata, ia merupakan usaha yang baik dan perlu dicontohi oleh pertubuhan lain.

Katanya, dengan adanya kafe seperti itu, ia membolehkan pelajar-pelajar di pusat OKU tersebut mempraktikkan latihan yang dipelajari dalam pekerjaan sebenar.

"Ini kafe pertama di Perak yang dikendalikan sepenuhnya golongan OKU sambil dipantau oleh beberapa sukarelawan. Ia satu usaha yang bagus dan wajar dicontohi pertubuhan OKU yang lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, lebih banyak pusat pendidikan untuk OKU perlu ditubuhkan dalam usaha membantu golongan itu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

"Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan penuh dan galakan berterusan kepada mana-mana individu atau pertubuhan yang mahu mengusahakan pusat latihan untuk golongan OKU.

"Kesediaan mereka untuk membimbing golongan ini sememangnya suatu usaha yang murni dan sewajarnya mendapat sokongan banyak pihak kerana ia membantu mereka merasai diterima sama seperti individu normal yang lain," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Kirapu.blogspot: Buffet Ramadhan <b>di</b> Hill city hotel, <b>Ipoh</b>

Posted: 24 Aug 2011 09:00 AM PDT

Baru-baru ni kami rakan-rakan sekerja berbuka puasa di hotel Hill city Ipoh. Setiap tahun hotel ni memang terkenal dengan buffet Ramadhan mereka yg menarik berpatutan.

Harga buffet bagi dewasa ialah RM32.00 seorang sementara kanak-kanak RM23.00. Harga ni boleh dikatakan standard di kebanyakan hotel dan restoran di Ipoh. Kelebihannya di sini ialah makanan sentiasa banyak, sedap, menarik dan pelagai jenis. Kitorang pun kena reserve beberapa hari sebelum ni baru dapat makan kat sini. Kalau tak sentiasa penuh je tempat ni

Untuk maklumat harga dan lokasi:
Price:
RM 32.00 (Adult)
RM 23.00 (Children 5-12 Years)

HILL CITY HOTEL AND CONDO
Address :
No. 227, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah (Jalan Gopeng)
Telephone :
05-3135555 or 05-3133155

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Ceramah Mohamad Sabu <b>di Taiping</b> terima sambutan hangat <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2011 08:00 AM PDT

Do you like this story?


Sambutan hangat telah diberikan oleh penduduk setempat terhadap ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam. Ceramah yang bertempat di Balai Islam Bukit Jana, Kamunting Taiping itu dianggarkan dihadiri oleh lebih 10 ribu penyokong Pakatan Rakyat.

Turut sama berceramah bersama-sama Mohamad Sabu ialah Ahli Parlimen Taiping dan juga Adun pantai Remis, Nga Kor Ming.

Mohamad tak melepaskan peluang ini untuk menjelaskan isu kenyataan mengenai peristiwa Bukit Kepong yang didakwanya telah diputarbelitkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Beliau juga turut menceritakan sejarah sebenar Mat Indera yang dianggap pejuang sebenar kemerdekaan negara.

Timbalan Presiden PAS itu juga mengecam sikap pejam mata yang diamalkan oleh UMNO dan kerajaan didalam mengiktiraf sejarah kemerdekaan negara yang sebenar. Kata beliau, inilah akibatnya jika sejarah ditulis oleh pihak-pihak yang pilih kasih dan tidak bertanggung jawab.

Beliau juga mendakwa, kehadiran ribuan pendengar di program ceramah ini sudah cukup membuktikan bahawa rakyat sudah tidak lagi mempercayai dan hilang keyakinan terhadap media-media arus perdana yang pro kerajaan.

*Gambar ehsan dari PAS Taman Kunigsari

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


19106 <b>...</b> - Malayan Railways (Keretapi Tanah Melayu) In Photographs

Posted: 25 Aug 2011 04:51 AM PDT


19106 di Padang Rengas.


19106 di Padang Rengas.
Description: Diimbas daripada Laporan Tahunan KTM 1988. Kelihatan sebuah troli dan Jajaran BBC Perak-Hanjoong Simen {BBC 310xx} yang dibina pada tahun 1986 di kawasan stesen. Memang syiok melihat keadaan BBC Perak-Hanjoong Simen kelabu yang berkilau dan berkilat.
Keywords: BBC_31323, Anak_KTMB, Anak_Keretapi, Iskandariah.
Date: 25.08.2011 19:51
Hits: 91
Downloads: 0
Rating: 0.00 (0 Vote(s))
File size: 78.5 KB
Added by: ZaimWM


Author: Comment:
There are no comments for this image

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


LURIAZ SILVERIAN: Penggambaran filem Rock Ooo <b>di</b> Super <b>Kinta</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 01:07 AM PDT




Bangga sungguh aku apabila mercu tanda terkenal bandaraya Ipoh iaitu Super Kinta dan Kompleks Yik Foong menjadi lokasi penggambaran filem. Aku rasakan pemilihan Super Kinta dan Kompleks Yik Foong sebagai lokasi adalah tepat sekali kerana mengikut sejarah (yang tidak ditulis di dalam mana-mana buku teks Sejarah) kedua-dua tempat itulah menjadi pusat atau sebagai 'base' bagi rockers-rockers era 80'an berkumpul. Tak percaya tanyalah kepada Mus MAY, kumpulan SYJ, Ustaz Akhil Hayy ataupun mana-mana kumpulan rock era 80'an yang berasal daripada Perak. Malangnya kini pasaraya Super Kinta telah pun ditutup manakala Kompleks Yik Foong masih dibuka tetapi telah menjadi pusat penjualan komputer ala-ala Low Yat Plaza. Terima kasih keapada Abang Mamat Khalid yang menghidupkan kembali nostalgia Rock di bandaraya Ipoh sekaligus memperkenalkan bandaraya Ipoh ke seluruh Malaysia.

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Yob Yong Jom Tengok Umi Bogelkan Anwar <b>Di Batu Gajah</b> Hari Ini <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2011 04:40 AM PDT

Yob Yong Jom Tengok Umi Bogelkan Anwar Di Batu Gajah Hari Ini!

September 6, 2011


Ceramah Ummi Hafilda dan Rahimi serta demontrasi secara aman mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak pendakwa untuk dibandingkan dengan DNA lelaki 'Y' di Arena Square Batu Gajah pada hari ini jam 10.00 pagi.

Semua blogger dan pembaca blog dijemput hadir.

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Yen Samad Pengawas Hutan | Akarkayu

Posted: 30 Jul 2011 10:03 AM PDT

Yen Samad

Dengan gaji 50 sen sehari Yen Samad yang lahir di Tanjung Malim, Perak memulakan kerjaya beliau di Jabatan Perhutanan pada tahun 1935 sebagai Buruh Hutan di Sungkai. Beliau berpeluang bekerja di beberapa tempat sehingga dinaikkan pangkat menjadi Mandur pada tahun 1940.

Pada tahun 1941 Yen berpindah dari Sungkai ke Kampar dan pada masa itu juga Jepun mendarat di Malaya dan beliau terpaksa berhenti malah gaji untuk bulan itu pun tidak sempat diambil. Zaman Jepun Yen bekerja di Syarikat Namura di Sungkai sebelum memulakan kerja sendiri di Tanjung Malim.

Apabila perang tamat beliau bekerja di Pejabat Hutan Trolak dan kemudiannya berpindah pula ke Bidor mengawal selia kilang papan. Ketika zaman darurat, beliau berjawatan Forest Guard. Kakitangan Jabatan Hutan hanya dibenarkan bekerja di hutan yang berdekatan sahaja dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan pihak polis.

Kerajaan mengeluarkan perintah untuk mengumpul semua pekerja di hutan. Bagi tujuan ini satu pos dibina di dalam Hutan Simpan Chikus. Pihak polis diarahkan mengawal orang yang keluar masuk hutan. "Saya diarah untuk melihat kerja membina pondok polis di pos berkenaan. Bagaimanapun pada sebelah malamnya pondok berkenaan diruntuhkan oleh pihak komunis dan kayu-kayu pondok habis bertaburan.

Ketika meninjau keesokannya bersama-sama Forest Guard Mohd Diah Alwi, dan Buruh Hutan Mohd Sufian Alang Sahi, kelihatan surat propaganda komunis ditabur di sekitar kawasan itu. Beberapa keping papan diletak bertaburan di atas tanah. Di bawah papan berkenaan diletakkan beberapa butir bom. Tujuannya supaya bom itu meletup apabila papan diangkat. Nasib kami sungguh baik kerana Sufian telah mengangkat papan berkenaan tetapi bom tidak meletup, cuma kelihatan pin bom berkenaan sahaja jatuh bertaburan.

Jika bom berkenaan ditakdirkan meletup, saya pun akan turut 'habis' di situ juga. Kami membuat laporan polis yang datang memusnahkan bom itu. Menurut polis, masih terdapat banyak lagi bom ditanam di kawasan itu. Jika terdapat sebutir bom lain turut meletup, ada kemungkinan bom lain turt meletup dan boleh meragut nyawa orang lain. Selepas kejadian itu pondok polis berkenaan dijaga oleh 'Special Constable' (SC) sehingga terus diduduki oleh SC untuk mengawal pekerja hutan keluar masuk ke kawasan itu," katanya.

Satu lagi pengalaman yang masih segar di ingatan Yen ialah peristiwa yang berlaku pada tahun 1948 di Bidor, "Pada masa itu, Pegawai Hutan Daerah (PHD) Batang Padang, D.P.E Speldewinde, Forester 1, Jaafar, Forest Guard, Mohd Diah dan Settlement Officer Tapah pergi ke Bidor untuk menjalankan kerja pemeriksaan di lapangan kerana ada maklumat yang mengatakan bahawa kawasan hutan itu diteroka untuk ditubuhkan ladang. Tujuan kedatangan kami adalah untuk menangkap penceroboh haram di kawasan Hutan Simpan Bukit Tapah di Ulu Sungai Gedung, Bidor.

Apabila tiba di kawasan htan berkenaan terlihat beberapa orang lelaki sedang menebang pokok. Mereka yang terlibat berjaya ditahan dan dibawa keluar dengan diiringi SC. Di bawah bukit, lelaki Cina yang ditahan dikawal oleh seorang SC dan kami naik semula ke atas bukit untuk mengambil lelaki lain yang turut ditahan. Selepas 15 minit di atas bukit, tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan dari bawah bukit. Kami pun turun semula ke bawah, tetapi tidak pula kelihatan SC tadi atau lelaki yang ditahan. Rupa-rupanya lelaki tadi telah dapat melarikan diri ke dalam hutan.

Selepas setengah jam kemudian, SC yang ditugaskan untuk mengawal lelaki tadi keluar dari parit perlindungan. Menurut Yen tahanan tadi telah lari dan tembakan yang kedengaran datangnya daripada komunis yang melepaskan tahanan tersebut. Saya bersyukur kerana peluru senapang tadi tidak tersasar ke arah kami. Walau bagaimanapun kami dapat juga menahan dua orang lelaki Cina yang menebang pokok di hutan berkenaan," katanya.

Pada pandangan beliau kakitangan kerajaan sekarang menikmati kemudahan yang begitu banyak. Keadaan ini baik kerana dapat meningkatkan moral dan semangat pekerja. Diharapkan perkhidmatan mereka juga semakin baik. Dalam usia yang telah lanjut Yen masih lagi menaruh keinginan untuk masuk ke hutan kerana beliau masih mampu berjalan dan tidak menderita dengan penyakit yang serius. Namun begitu keinginan tersebut tidak terlaksana kerana di tempat beliau tidak lagi terdapat hutan. Beliau masih berharap untuk masuk ke hutan di tempat lain untuk tujuan beriadah kerana hutan sudah lama menjadi dunia yang paling hampir dengannya.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.