Selasa, 25 Disember 2012

07 di seri manjung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di seri manjung - Google Blog Search


aeon <b>seri manjung</b> tawar 1000 peluang pekerjaan - bicara perjuangan

Posted: 08 Dec 2012 12:30 AM PST

AEON Co (M) Berhad terus mengembangkan lagi empayarnya apabila membuka sebuah lagi cawangan pusat membeli belah AEON di Seri Manjung yang beroperasi sejak 4 Disember lalu.
Selepas pembukaan cawangan di Ipoh Station April lalu, Seri Manjung merupakan outlet ketiga di negeri Perak selain AEON Kinta City.
Pengerusinya, Datuk Abdullah Yusof berkata, pembukaan AEON cawangan Seri Manjung itu menandakan satu lagi pencapaian syarikat itu dalam menambah bilangan cawangan di seluruh negara.
"Ia sejajar dengan hasrat kami sejak ditubuhkan 28 tahun lalu bagi membantu memajukan perkhidmatan peruncitan serba moden untuk memenuhi keperluan pengguna di negara ini," katanya.

Abdullah berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Pembukaan Pusat Beli-Belah AEON cawangan Seri Manjung, sebentar tadi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir diberi penghormatan merasmikan pusat beli belah terbaru AEON itu yang dibina di kawasan seluas 31.26 ekar dengan kos perbelanjaan bernilai RM44 juta.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah berkata, Manjung merupakan kawasan strategik kerana berpotensi mempunyai kemajuan pesat berdasarkan pelbagai perancangan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Nur Qamarina Chew Abdullah berkata, pembinaan AEON Seri Manjung ini berbeza dengan yang cawangan lain apabila mengadaptasikan konsep Pusat Beli – Belah Komuniti Anda.
"Kini penduduk sekitar pusat beli-belah boleh menganggap ia sebagai sebahagian daripada mereka kerana berkedudukan strategik dan bersesuaian bagi memenuhi segala keperluan mereka," katanya.
Pembukaan cawangan di kawasan itu juga telah berjaya menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitarnya.

07 di teluk intan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di teluk intan - Google Blog Search


Selamanya...Cinta: Pemeriksaan mata <b>di</b> Hosp.<b>Teluk Intan</b>

Posted: 09 Dec 2012 08:49 PM PST

Assalamualaikum,

Sejak lahir, Muhammad mengalami masalah saluran air mata tersekat..klik SINI untuk info lanjut..masalah ni menyebabkan mata Muhammad sentiasa berair..masa mula2 check dengan doc, aku diberitahu kemungkinan masalah ni berlarutan sampai umuq 6 bulan hingga setahun..kuasa Allah, bila umuq Muhammad genap setahun, masalah tu hilang terus..Alhamdulillah sepanjang tempoh mata berair tu, Muhammad tak mengalami masalah lain kat mata..setiap kali aku bawak Muhammad check up di Klinik Tg Malim, doc akan check sekali mata Muhammad untuk pastikan keadaan mata dia baik..maksudnya tiada jangkitan kuman dsb..

Lepas masalah mata berair tu hilang, mata Muhammad ada spot2 hitam di kawasan mata putih pulak..aku terus refer masalah tu kat doc yang selalu check Muhammad..doc tu cakap dengan aku dia kena refer kes Muhammad dekat doc pakar mata di Hosp.Teluk Intan..doc pakar mata yang akan periksa sepenuhnya masalah spot2 hitam tu..pada 21/11/12 hari tu, temujanji Muhammad dengan doc pakar mata kat Hosp.Teluk Intan untuk periksa tahap penglihatan kedua-dua mata dia..Alhamdulillah Muhammad takda gangguan masalah penglihatan dan keadaan baik2 saja..walaubagaimanapun, doc nasihatkan aku sentiasa monitor dirumah cara Muhammad melihat melalui:-

1) Jarak jauh atau dekat masa Muhammad tengok TV
2) Boleh nampak dan kutip benda2 kecik depan mata
3) Kedua-dua mata Muhammad pandang kita atau tak bila panggil dia?
4) Masa melihat, Muhammad merenung atau pandang biasa saja?
5) Perhatikan pergerakan mata Muhammad statik atau ikut bergerak bila kita tunjukkan flash card atas, bawah, kiri, kanan


Setakat pemantauan aku sampai la ni, penglihatan Muhammad elok saja..Alhamdulillah..aku mohon padaMu Allah bagi lah mata anakku sentiasa elok, jauhkan lah perkara2 tidak baik menimpa anakku..Amin..

Terima kasih.

07 di kampar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kampar - Google Blog Search


Kinta Menjerit: Kasino-kasino <b>di Kampar</b> Punah Diserbu PDRM

Posted: 06 Oct 2012 05:35 AM PDT

Polis Daerah Kampar melumpuhkan sindiket perjudian haram dan merampas 461 komputer bernilai lebih RM400,000 dalam beberapa serbuan di sekitar pekan Kampar dan Gopeng, sepanjang Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata sebanyak 31 serbuan dilakukan sepanjang sembilan bulan itu dan seramai 33 individu berusia lingkungan 17 hingga 55 tahun ditahan.

Beliau berkata sebanyak 31 kes dicatat dengan 18 dibawa ke mahkamah manakala 13 lagi masih dalam siasatan.

Mereka yang disabitkan kesalahan mengikut Seskyen 4B(a) Akta Rumah Judi dan Terbuka 1953, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun, katanya pada satu sidang akhbar di sini Jumaat.

Ng turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengunjungi premis perjudian haram di sekitar pekan ini dan Gopeng bagi mengelak tindakan terhadap mereka.

07 di ipoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di ipoh - Google Blog Search


Betulkah Awie Buka Kelab Malam <b>Di Ipoh</b>? ~ SIAKAP KELI

Posted: 19 Dec 2012 04:24 AM PST

Betulkah Awie Buka Kelab Malam Di Ipoh?
Ketika ini, di beberapa laman portal sedang sibuk memperkatakan mengenai penyanyi rock negara, Awie telah membuka kelab malam di Ipoh.
Menurut laman berkenaan, kelab malam milik Awie itu dikenali dengan nama Malai Rock Station Bistro.
Apa yang menjadi tanya, jika benarlah ia milik penyanyi itu, maka tidakkah ia akan menjejaskan reputasi Awie sebagai seorang penyanyi yang beragama Islam?
Mana tidaknya, bila kita sebut saja kelab malam, ia pasti dikaitan dengan banyak isu tidak bermoral seperti minuman keras dan gadis-gadis seksi.
Malah, menerusi beberapa keping gambar di bawah ini, ia sudah menjelaskan segalanya.
Namun, sejauh mana kebenaran mengenai isu ini hanya Awie saja yang tahu.
Diharapkan kelab ini bukan milik Awie. Atau bukan milik sesiapa pun yang beragama Islam.
Sebenarnya tidak ada salahnya jika ingin membuka perniagaan, tetapi biarlah di jalan yang betul.
Gunakanlah rezeki itu di jalan yang betul dan bukan ke arah kebinasaan.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 195)
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(Surah Al-Jumuah, Ayat 10)
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan cari apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatkan akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.
(Surah Al-Imran, Ayat 104)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
Betulkah Awie Buka Kelab Malam Di Ipoh?
Ketika ini, di beberapa laman portal sedang sibuk memperkatakan mengenai penyanyi rock negara, Awie telah membuka kelab malam di Ipoh.
Menurut laman berkenaan, kelab malam milik Awie itu dikenali dengan nama Malai Rock Station Bistro.
Apa yang menjadi tanya, jika benarlah ia milik penyanyi itu, maka tidakkah ia akan menjejaskan reputasi Awie sebagai seorang penyanyi yang beragama Islam?
Mana tidaknya, bila kita sebut saja kelab malam, ia pasti dikaitan dengan banyak isu tidak bermoral seperti minuman keras dan gadis-gadis seksi.
Malah, menerusi beberapa keping gambar di bawah ini, ia sudah menjelaskan segalanya.
Namun, sejauh mana kebenaran mengenai isu ini hanya Awie saja yang tahu.
Diharapkan kelab ini bukan milik Awie. Atau bukan milik sesiapa pun yang beragama Islam.
Sebenarnya tidak ada salahnya jika ingin membuka perniagaan, tetapi biarlah di jalan yang betul.
Gunakanlah rezeki itu di jalan yang betul dan bukan ke arah kebinasaan.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 195)
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(Surah Al-Jumuah, Ayat 10)
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan cari apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatkan akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.
(Surah Al-Imran, Ayat 104)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Hanya RM8, nikmati durian <b>di</b> Hentian Sebelah <b>Bukit Gantang</b>

Posted: 05 Dec 2012 09:14 PM PST

Hanya RM8, nikmati durian di Hentian Sebelah Bukit Gantang

KUALA LUMPUR – Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai mampu menikmati seberapa banyak durian pada 'Pesta Jom Makan Durian' di Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad Mohd Nizam Ismail berkata, pesta tersebut akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang.

Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata sebanyak 20 tan buah durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta tersebut bagi tujuan mempromosikan buah durian kepada pengguna lebuh raya.-Info Riadah@forblogger.net

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Melantak Mee Udang <b>Kuala Sepetang</b> | Proride Shock Absorber <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2012 10:03 PM PST

Kebiasaanya hari ahad memang dah jadi program tetap aku dan family mencari tempat makan yang sedap dan menarik tak kiralah tempat tu dekat atau jauh. Korang mesti pernah dengar kefamousan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang kan…

Jalan-Jalan Cari makan kali ni aku, isteri dan anak-anak berkesempatan menikmati Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Seawal jam 10 pagi, kami pun bergerak dari Bangi menuju arah Utara demi mencari Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang aku terbaca "keenakannya" di akhbar Kosmo 2 minggu yang lalu. Sedap sangat ke sampai mendapat liputan akhbar dan TV ni?

Bukti... Mee Udang Mak Jah memang Ngetop!!

Serius!! Aku memang tak pernah sampai Kuala Sepetang. Oleh itu bantuan GPS diperlukan untuk mencari lokasi Mee Udang Mak Jah. Sepanjang laluan Taiping – Kuala Sepetang terdapat banyak Singboard gerai yang menjual Mee Udang antaranya Salleh Mee Udang, Mak Teh Mee Udang, Mee Udang Banjir… tapi aku tetap nak carik Mee Udang Mak Jah gak sebab nak tau sesedap mana rasanya sampai menjadi bualan di akhbar dan TV.

Pemandangan Pekan Kuala Sepetang

Lebih kurang jam 2 petang kami pun tiba di warung Mee Udang Mak Jah yang terletak di Kg. Menteri, Matang, Kuala Sepetang. Pehhh!!! Memang ramai giler orang yang datang menikmati mee udang kat sini. Bukan takat orang kita je… pelancong dari luar negara pun ramai. Hebat betul penangan Mee Udang Mak Jah ni… Apa pun, aku kena try dulu rasanya hehehe…

Pehh!! Champion la... Full House der..

Untuk rasa sedap atau tak Mee Udang ni… aku dan isteri order 2 mangkuk Mee Udang Special yang harganya RM11 semangkuk. Hampir setengah jam menunggu, mee udang yang aku pesan pun sampai. Nampak memang menarik. Memang terliur aku dibuatnya… dengan hiasan udang segar yang bersaiz XL dalam mangkuk mee tersebut. Dalam bab makan udang ni… aku perlukan bantuan isteri aku untuk mengupas kulitnya hehehe… Ternyata udang yang digunakan untuk Mee Udang ni memang segar… Terbaek dari Ladang!!

Mee Udang Special... RM11 semangkuk

Kami pun jamahlah apa yang kami order. Memang banyak sangat jumlah udang dalam mangkuk Mee Udang Special kami tu. Kalau tak silap ada 6~7 ekor!! Bagaimanapun, rasa keseluruhan Mee Udang Mak Jah ni biasa-biasa jer. Kuahnya rasa manis sikit untuk tekak cam aku ni… Wife aku komen pun cam aku gak. Kalau pedas sikit mungkin lebih mengancam. Cuma… Udang yang disediakan agak fresh membuatkan Mee Udang Mak Jah jadi popular… mungkin huhuhu. Kalau nak compare dengan Mee Udang yang wife aku buat… rasanya sedap lagi yang wife aku buat… Statement ni aku buat berdasarkan tekak aku le. Tak tau la plak kalau tekak korang hehehe…

Wife aku tukang kupas Udang... aku tau melantak je hehehe

Tapi apa pun, kalau korang nak ke sini memang aku galakkan. Ye la… Jalan-jalan cari makan kan… Gerai Mee Udang Mak Jah kat Kuala Sepetang di buka dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Untuk pengetahuan korang, Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ini ada cawangannya di Wangsa Walk, Kuala Lumpur.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

07 di bidor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bidor - Google Blog Search


Permataku Inspirasiku: Kampung Kenangan, <b>Bidor</b>, Perak-Seribu <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 08:28 PM PST

Assalamualaikum...

10/11/2012-Sabtu

Aku, Mak dan Aaliyah bertolak dari Paya Jaras menghala ke Bidor.

Tujuan?

Musim deroyan sekarang weih!!!

Sampai je, Pak Long dan Mak Long dah ada di sana. Tolong bukak pintu. Maklumlah...sejak arwah uci dan nenek meninggal, rumah tu sunyi tanpa penghuni.  Pak Long yg duduk di Ipoh dan Pak Cu yang duduk di Teluk Intan bergilir2 jengok rumah tu...

Aku perhati....dan apa yg aku rasa hanyalah kesunyian...dan kerinduan pada kedua2 arwah...al-fatihah...

Ok lah...tak mo layan sedey...jom tgk hasil dari pokok2 buah di Kampung Kenangan ni...


 Rupa buruk dari luar, tapi isinye cantek weihh!! sedap!!  

 Pak Long in action..hehe..bila tgk Pak Long berus2 durian tu utk buang tanah2 dan daun2 yg lekat kat kulit durian tu, teringat masa aku kecik2 dulu, sekolah rendah..asal cuti sekolah panjang jek abah n mak akan eksport aku dan abang ke Bidor ni..  Selalunya cuti hujung tahun.  Memang lebih kurang time musim deroyan.  Tugas rasmi aku adalah berus kulit durian ni lah...Abang aku ikut Pak Cu gi tggu durian malam2, ada jatuh cepat2 gi kutip.  Esoknye, dah berus cantik2, ada cina peraih durian dtg beli.  Petang2 pulak, arwah nenek akan bwk kitorang pergi ke Kem (Kpg Coldstream) yg x jauh dari situ, belikan macam2, air Kickapoo (yg kaler ijau tu), biskut, keropok dan mcm2 jajan lagi.. best..apa yg kitorang mintak mesti dapat..senyum sorang2 bila ingat balik...
Durian ni dapat banyak, jadi kami bawak balik utk dibahagi2kan pada sesiapa yg berkenaan...tapi durian kampung kan...nasib la..ada yg sedap ada yg rosak dan ada dah layak dibuat 'poyak' a.k.a tempoyak..hehe
Dokong? Duku Langsat? Langsat? Tah le...aku mmg konpius nama buah ni sebenonye..hahaha...apa pon yg penting rasanye sodappp dan manisss...ni pon dapat banyak..
Pisang ni berbalut uu...kelasss
Meh tgk2 skit rumah peninggalan arwah uci dan nenek ku ini..
Bahagian luar rumah.  Belakang tu ada sawit skit.  Pokok2 buah ada di bahagian belakang dan tepi rumah
Dapur luar.  Kalau time raya, kat sini lah port memasak paling glamer..hehe..senang nak buat keje kat luar, ada dapur gak kat sini.  Dan memasak utk kenduri tahlil kedua2 arwah juga dijalankan di dapur ini...
Ruang tamu. Besar kan? Memang takde masalah seramai mana pon orang datang.  Masa hari pengkebumian kedua2 arwah juga berjalan dgn lancar dan selesa...baru aku faham kenapa arwah buat rumah besar2 walaupon duduk berdua jek...
Motor peninggalan arwah nenek. Pak Cu letak dalam rumah dan kunci
Bilik arwah nenek. Nenek memang suka tido atas simen, walaupon ada katil dan tilam
Ruang makan. Tempat berkumpul, makan dan gosip..hehe
Ruang dapur. Pon besar...memang nak soh anak menantu cucu dia masak...arwah uci relakss je..
Kami lepak di kampung, makan buah, cerita ceriti dan solat sementara menanti hujan berhenti.  
Kami pulang dulu, Pak Long masih ada yg nak dibuat lagi.
Sebelom pulang, singgah ziarah kubur arwah uci dan nenek...sambil tahan air mata...
Sejak arwah dah takde, aku tak pernah lagi balik ke Bidor sampailah hari tu.  Ternyata segalanya masih sama, namun tak serupa.  Takde lagi suara nenek dan uci menyambut kepulangan kami ke kampung, takde lagi gurau senda nenek dan uci, takde lagi nenek dan uci untuk bermanja....
Namun, aku pasrah dan redha..doa dan al-fatihah tanda ingatan tak bertepian...
P/S : nenek = datuk
        uci = nenek

07 di batu gajah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di batu gajah - Google Blog Search


Batu Gajah Mari: Ceramah <b>di Batu Gajah</b> esok mungkin kecoh!

Posted: 24 Dec 2012 11:08 PM PST

Ceramah bersama Bekas Naib Presiden Felcra, Dato Ramli Buyong di Kg Sri Indah, Sungai Terap Batu Gajah esok mungkin kecoh apabila anak kepada tuan rumah tempat ceramah yang juga bekas AJK Umno Gopeng, Cikgu Nazri telah dihubungi oleh seorang individu.

Menurutnya,  beliau dikatakan telah diugut jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah di kawasan itu. individu itu kata tanggung sendiri jika berlaku kekecohan esok.

ianya menggambarkan seolah olah ada perkara yang akan berlaku esok.

cikgu Nazri yang baru menyertai PAS kemungkinan akan membuat laporan polis tentang ugutan itu.

Pihak PAS sudah pun memohon permit dan memaklumkan tentang program tersebut. sebentar tadi Naib YDP Sudah pun menghubungi OCPD utk memaklumkan berita ini.

Esok jom kita turun beramai ramai tunjukkan kekuatan kita. ternyata kak midah gentarrrr!


07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Majlis Perkahwinan Syuhadah Kamaruddin <b>di Tanjung</b> <b>...</b> - hitam putih

Posted: 18 Dec 2012 03:56 PM PST

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved