Selasa, 22 Mei 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri <b>Di Lekir</b> Menjelang Tahun Baru 2012..

Posted: 31 Dec 2011 10:09 PM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menjelang sambutan Tahun baru 2012, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan 1 lori, 2 kereta dan 2 motor di Kilometer 6 Jalan Lekir Manjong malam tadi.. Berdasarkan maklumat yang saya terima melalui akhbar Kosmo dan blog taotauajer, Kemalangan tersebut telah menyebabkan 12 kematian...

Innalillahiwainnalillahirajiun... Marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam kemalangan ini..

Saya berasa sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T disebabkan tiada ahli keluarga kami yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut.Sebenarnya kami turut sama melalui jalan tersebut kira-kira 10 minit sebelum tragedi tersebut berlaku. .


Menurut sahabat ayah saya, terdapat 6 buah motor dan dua buah 'kereta' terlibat dalam kemalangan tersebut. . Beliau yang ketakutan menyaksikan secara 'live' keadaan mangsa-mangsa kemalangan tersebut berasa takut untuk memandu pulang ke rumah. .mujur ada anak beliau yang dapat menggantikan tempat beliau untuk memandu pulang. . .






Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh mangsa kejadian ini ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman . . Amin Ya Rabbal Alamin. .



suka entry Lynna? Like jea :)

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Gambar Menarik Khat Klasik <b>Di</b> Bumbung Masjid <b>Bagan Datoh</b> Perak

Posted: 20 May 2012 01:03 AM PDT

Antara gambar menarik perhatian penulis yang diterima dari kenalan di Perak ialah gambar di atas.

Khat yang dihasilkan ini jarang ada di masjid baru yang mana ia tidak sana dengan tulisan dalam gambar di atas.

Jika anda ingin lihat khat ini terletak di Masjid Al Istiqamah Sg Darat Bagan Datoh Perak. Kawasan YB DS Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia dan juga Naib Presiden UMNO...

Kreativiti penulis khat ini sangat menarik dirakam sebagai bahan tarikan untuk pelancong datang ke sana.

Perkongsian ini mungkin diminati pihak pelancongan Malaysia untuk dijadikan cadangan tempat lawatan pelancong asing atau tempatan.

Menziarahi masjid di samping beribadat bertabarruk dan juga meneliti sejarah tokoh ulama yang membinanya dengab bantuan pemandu pelancong, mungkin boleh dijadikan salah satu produk pelancongan tempatan.

Menziarahi rumah Allah dan orang dekat dengan Allah seperti Ulama sangat dianjurkan oleh agama kita. Dan wajar dijadikan amalan hidup kita semua.

The End.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Ceramah Lim Guan Eng <b>di Parit Buntar</b>. - MENUJU KEREDHAAN <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 08:47 AM PDT

Parit Buntar: 5 Mei ;  Ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng pada malam ini mendapat sambutan yang hangat dengan kehadiran orang ramai memenuhi padang Dataran Purnama, Kampung Kedah. Mereka terdiri dari berbagai bangsa Melayu, Cina dan India yang hadir memberi tumpuan mendengar ceramah tersebut terutamanya berkaitan dengan himpunan Bersih 3.0 yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur. Disamping itu juga Lim Guan Eng menerangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Pulau Pinang kepada rakyat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Antaranya ialah pemberian kepada setiap warga emas sebanyak RM100 setiap tahun, pemberian kepada setiap anak yang dilahirkan sebanyak RM200 setiap tahun dan pemberian kepada waris yang meninggal dunia sebanyak RM1000. Begitu juga dengan peruntukkan yang diberi kepada sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil semakin bertambah. Semua dasar-dasar ini adalah untuk rakyat semata-mata kerana kerajaan PR Pulau Pinang berjaya menguruskan kewangan dengan baik berbanding di zaman BN yang menguruskan kewangan penuh dengan penyelewengan, rasuah, kronisme dan sebagainya.





07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Mangsa Banjir <b>Di Kampar</b> Berkurangan

Posted: 14 Apr 2012 10:22 PM PDT

KAMPAR – Jumlah mangsa banjir di Kampar berkurangan kepada 313 orang setakat pukul 10 pagi ini selepas 22 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Mereka yang terdiri daripada 95 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata ini berikutan paras air Sungai Kampar mula surut dan keadaan banjir di beberapa buah kampung pulih seperti biasa.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terlibat menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat <b>di</b> Kg Tanjung Aur, <b>Bota</b>

Posted: 20 Apr 2012 08:59 AM PDT

0

Bota Kanan, 20 April 2012 – Saari telah diundang oleh PAS Kawasan Parit untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat yang telah diadakan di Kg Tanjung Aur, Bota Kanan, Perak.

Cikgu Rafaie Kasimi menyampaikan ceramah beliau mengenai isu PTPTN dan perbelanjaan boros kerajaan Umno-BN

Saari menyampaikan ceramah menegnai penyelewengan yang berlaku di Selangor oleh pentadbiran Umno-BN semasa mereka memerintah negeri dengan memfaraidkan kekayaan negeri kepada kroni

Sebahagian dari ratusan penduduk mendengar ceramah yang disampaikan

Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Shafie Nor: Pekerja TNB maut kejadian tanah runtuh <b>di Slim River</b>

Posted: 22 May 2012 03:43 AM PDT

IPOH, SELASA, 22 Mei, 2012: Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) meninggal dunia dan dua rakannya tercedera dalam kejadian tanah runtuh di FELDA Besout 2, Slim River pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Kejadian berlaku ketika mereka sedang memasang kabel bagi projek membaikpulih jalan terputus di FELDA Besout 2.
Difahamkan jenazah mangsa masih berada dalam siasatan polis di Klinik FELDA Besout 3. - BH ONLINE

ArtieQah Collections: Poisse <b>di</b> Hospital <b>Slim River</b>

Posted: 22 May 2012 01:23 AM PDT

"Kita tak dapat menghalang proces penuaan, tetapi kita boleh melambatkannya " Aidi Bahar
Tuan Hj Aidi Bahar - Founder Poisse...telah hampir 30 tahun dalam farmasi
 Khusyuk mendengar penerangan daripada Tuan Hj Aidi Bahar
belum sempat ceramah bermula..para jururawat serbu untuk tester
 Madamepoisse bersama kakak misi..... :)

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


C.E.R.I.T.E.R.A SARA: HUSM Kubang <b>Kerian</b> : Day 1

Posted: 04 May 2012 05:11 PM PDT

Salam Sabtu.. Saturday we meet again. Alhamdulillah. Sabtu yang lepas (28hb April 2012), saya menikmati pagi di bumi Kelantan. Lebih tepat lagi di Kubang Kerian, Kelantan. Pemergian ke negeri Pantai Timur ini adalah atas desakan kerja.. Hehehe.. Macam ada yang mendesak pula.. Silap. Atas tuntutan mencari ilmu di sana. Saya pergi ke sana berdua. Tidak berseorangan. Lagipun, berdua kan lebih baik? Ngeee...
Bas dari Hentian Putra bergerak pada jam 10.10malam, which is 40min late from scheduled. Never mind. Hentian Putra yang sesak bukan sahaja dengan manusia, malah sesak dengan bas yang berpusu-pusu hendak ke Kelantan dan Terengganu. Jadi kami faham kenapa bas kami kerterlawatan.. Setelah hampir 7-8 jam perjalanan ke Pantai Timur, which is tak selurus lebuh raya utara selatan, pada jam 6.20pagi kami tiba di Wakaf Che Yeh. Eh, belum sampai lokasi lagi. Pak cik bas berhenti ajak solat subuh dulu. Ok. 1st point yang sangat awesome! Selama ni saya travel jauh dari JB -> Alor Setar, mana ada pak cik bas berhenti solat subuh sebab pak cik bas yang selalu saya naik tu india. Jadi, bila sampai je Kedah, matahari dah menjenguk. Solat subuh sekadar menghormati waktu yang telah berlalu pergi.. Sobs..sobs.. So, pak cik bas ke kelantan bagus! Solat subuh pada waktunya. Haa! Saya naik bas Konsortium Mutiara Double Deck.
Sebenarnya, sampai je Kota Bharu tak tahu pun bas tu berhenti dekat mana. Yang pasti bukan terminal bas. Ada kawan kata, bas ke kota bharu berhenti dekat Tesco. Jadi saya buat andaian, kami juga diturunkan di Tesco. Hehehe.. Dari Kota Bharu, ambil teksi ke Kubang Kerian. Kata kawan juga, itu lebih mudah. Baik.. Dari KB ke Kubang Kerian tak lah jauh sangat.. Hehehe.. Bolehlah.. Sampai dekat hotel, pagi sangat. Check in pukul 10.00am. Oho! What to do? Badan dah penat.. Tapiiii.... Sudahnya kami menapak ke gerai depan JAKEL, bersebelah Mydin Kubang Kerian untuk menikmati sarapan pagi di Kelantan. Breakfast biasa-biasa je. Tak adalah luar biasa ke apakan? hehehe.. Breakfast roti telur dengan teh tarik. Yeay!..
Selesai makan, dan tak tahu dah nak buat apa. Kebetulan yang disengajakan (Hehehe.. pilih hotel betul depan HUSM), HUSM dah depan mata. Walaupun temujanji kami adalah keesokan harinya, why not dah alang-alang tak boleh check in lagi, kita round HUSM dulu. Right?.. Inilah momen HUSM yang sempat dirakan lensa kamera saya. Banyak lagi, tapi selebihnya macam menunjukkan betapa tembamnya saya sekarang.. Hahaha..
Warna tema bagi HUSM adalah ungu! One of my favorite color. Purple!. Bila cakap ada kerja dekat hospital je, first assumption orang-orang yang mendengar "Doktor ke? Medic?".. Err.. sebenarnya tidak. Tapi doakan urusan saya dipermudahkan dan dapat Dr. dalam tempoh kurang dari tiga tahun ini ye. Terima kasih. Doa saya buat kalian juga..=D. Tujuan ke HUSM adalah untuk mendalami ilmu berkenaan fMRI dengan lebih lanjut. Kata orang, nak melihat dari sudut praktikal dan hands-on bukan lagi teori dan fakta dari buku.
Jadi, pagi itu kami berjalan-jalan di Hospital. Mencari arah untuk ke Jabatan Radiologi. Mencari dan terus mencari. Tersosat di pertengahan jalan pun ado. Biasolah, tempat baru! Hehhe.. Puas berjalan-jalan, Jabatan Radiologi pun telah ditemui dan masa pun masih berbaki, kami lepak-lepak di Taman Apex. Taman utama depan HUSM tu. Tak adalah besar sangat, tapi oklah.. Untuk berehat seketika.

Akhirnya, kami berjaya juga check in pukul 10pagi tu. Masuk ke bilik, dan terus rebah di katil. Hehehe.. Niat dah merehatkan badan untuk seketika. Tanpa sedar, dua-dua pun terlelap.. Hehehe.. terbaik.. Terjaga bila azan zohor berkumandang. Baiklah, masa untuk mandi, keluar mencari makanan tengah hari dan juga tiket bas ke Kuala Lumpur. Usai makan tengah hari, sekitar jam 3petang kami menaiki teksi untuk ke Terminal Bas Kota Bharu. Nak beli tiket. Tanyalah pak cik teksi tu, apa je yang best dekat kelantan. Err.. i mean dekat-dekat dengan terminal bas tu. Pok cik teksi royak, dekat dah dengan Pasar Siti Khadijah. Yang famous amos tu.. Baiklah, boleh serbu lepas beli tiket nanti. hehehe..
Selesai membeli tiket bas ke Kuala Lumpur, kami menapak ke Pasar Siti Khadijah yang dimaksudkan Pak cik teksi tadi. Mencuci-cuci mata. Pasar Siti Khadijah, menurut pandangan mata saya tidak ubah seperti Pekan Rabu yang famous amos di Kedah, tapi Pasar Siti Khadijah lebih besar. Dan tidak ubah juga seperti kompleks Padang Besar, cumanya di Pasar Siti Khadijah ada pasar basah juga. Selesai di Pasar Siti Khadijah, kami hanya menurut kaki yang melangkah! Hahaha.. dan tanpa sedor, kami tembus ke Dataran Quran. Dataran yang ada 5 tiang di atasnya al-Quran. Dan di sudut pandang lain ada 2 gerbang utama yang ditengahnya ada sebuah tiang tinggi berserta al-quran besar di atasnya. Haaa.... gambar? tunggu next entrie. Oklah, mahu buat kerja pula. Cerita seterusnya, nanti kita cerita ye..=D
Selamat Pagi Sabtu Minnasan~..

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Seorang maut, 2 cedera tertimbus <b>di Sungkai</b>

Posted: 22 May 2012 03:03 AM PDT

SINAR HARIAN IPOH - Seorang pekerja sebuah syarikat pembinaan maut, manakala dua lagi cedera apabila tertimbus dalam timbunan tanah sedalam empat meter ketika melakukan kerja-kerja mengorek lubang di Jalan Masjid, Felda Besaut 2, Sungkai, hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Osman Nayan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika mangsa yang meninggal dunia, Mohd Nor Fitri Musa, 25, serta dua lagi rakannya Nuzul Mohamad Shaari, 25, dan Mohd Shahril Zaidi Mohd Ismail, 24, sedang melakukan kerja-kerja mengorek lubang untuk menanam kabel di kawasan berkenaan.
  
Beliau berkata Mohd Nor Fitri meninggal dunia di Klinik Kesihatan Felda Besaut akibat cedera parah di bahagian kepala manakala dua lagi rakannya yang cedera turut dirawat di klinik yang sama.
  
Katanya ketiga-tiga mangsa tertimbus apabila tanah di bahagian tepi tebing lubang yang dikorek runtuh.
  
Dua pekerja Telekom Telekom Malaysia Bhd yang berada di tempat kejadian bagi memantau pekerja terbabit yang melakukan kerja-kerja mengorek lubang untuk syarikat berkenaan cuba membantu mangsa tetapi gagal. Mereka kemudiannya menghubungi pihak polis.
  
Ketiga-tiga mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan mengunakan jentera pengorek dan kesemua mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan.
  
Mayat Mohd Nor Fitri kemudiannya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat. Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut. - Bernama