Selasa, 22 Mei 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri <b>Di Lekir</b> Menjelang Tahun Baru 2012..

Posted: 31 Dec 2011 10:09 PM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menjelang sambutan Tahun baru 2012, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan 1 lori, 2 kereta dan 2 motor di Kilometer 6 Jalan Lekir Manjong malam tadi.. Berdasarkan maklumat yang saya terima melalui akhbar Kosmo dan blog taotauajer, Kemalangan tersebut telah menyebabkan 12 kematian...

Innalillahiwainnalillahirajiun... Marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam kemalangan ini..

Saya berasa sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T disebabkan tiada ahli keluarga kami yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut.Sebenarnya kami turut sama melalui jalan tersebut kira-kira 10 minit sebelum tragedi tersebut berlaku. .


Menurut sahabat ayah saya, terdapat 6 buah motor dan dua buah 'kereta' terlibat dalam kemalangan tersebut. . Beliau yang ketakutan menyaksikan secara 'live' keadaan mangsa-mangsa kemalangan tersebut berasa takut untuk memandu pulang ke rumah. .mujur ada anak beliau yang dapat menggantikan tempat beliau untuk memandu pulang. . .






Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh mangsa kejadian ini ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman . . Amin Ya Rabbal Alamin. .



suka entry Lynna? Like jea :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan