Khamis, 25 Ogos 2011

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Konsep Nilai 3 <b>di Seri Iskandar</b> | Asraf Zamani

Posted: 08 Aug 2011 09:05 AM PDT

Satu lagi pembangunan yang rancak di jalankan di Bandar Seri Iskandar dengan mewujudkan sebuah lagi pusat borong di Sri Iskandar Business Centre (SIBC) di daerah Perak Tengah. Konsep jualan borong Nilai 3, di Bandar Seri Iskandar ini membabitkan pelaburan bernilai kira-kira RM200 juta di samping itu, lebih 1,000 peluang pekerjaan akan disediakan apabila pasar borong ini beroperasi pada tahun depan. Macam ni barulah best sebabnya tak perlu pergi jauh-jauh hanya nak membeli pakaian dan kain langsir.. tak sampai 5 minit dah tentu sampai. 

Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga Nilai 3, Dr. Tee Boon Thiam berkata, pusat borong itu bakal menjadi yang terbesar di wilayah utara apabila ia memulakan operasinya selepas projek SIBC siap pada pertengahan tahun depan.

"Selepas bertapak sejak 10 tahun lalu di Nilai 3, Negeri Sembilan, sekarang, adalah masa terbaik untuk kami menerokai pasaran negeri-negeri utara termasuk Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

"Ahli-ahli persatuan telah membeli sebanyak 222 unit rumah kedai dua tingkat dan tiga tingkat bernilai lebih RM200 juta di SIBC untuk mewujudkan sebuah pasar borong bagi wilayah utara," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Setia Awan Holdings yang merupakan pemaju SIBC dengan Persatuan Peniaga Nilai 3 yang disaksikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh, berkata dengan memperkenalkan konsep Nilai 3 di Sri Iskandar, pihaknya menjangka 3 juta pelancong tempatan akan berkunjung ke bandar itu terutamanya dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah.

Katanya, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di Sri Iskandar seperti barangan perhiasan rumah dan pakaian dengan harga yang murah.

"Sri Iskandar Business Centre ialah projek yang dibangunkan di kawasan seluas 32 hektar dengan kos pelaburan RM300 juta yang bakal mewujudkan sebuah bandar baru yang serba moden di Daerah Perak Tengah.

"Setakat ini, projek SIBC sudah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM300 juta. Antara yang melabur adalah McDonald's, Kenny Rogers, pasar raya Billion, Pacific Bowling dan panggung wayang Lotus Five Star

Sementara itu, Menteri Besar berkata, kewujudan pasar borong itu akan membantu Sri Iskandar membangun dengan konsep perniagaan yang baru dan muncul sebagai antara pusat perniagaan terbesar di Perak.

Beliau turut mencadangkan supaya reka bentuk bangunan pusat jualan borong di SIBC dibuat berbeza dengan Pusat Borong Nilai 3 yang menyerupai kilang.

Sumber : Utusan | Perak Today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Number of View :94

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


PASPB: PAS <b>Parit Buntar</b> tidak lupa pesakit <b>di</b> hospital

Posted: 22 Aug 2011 05:38 AM PDT

PARIT BUNTAR, 21 Ogos : Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Syawal, seharusnya golongan yang kurang bernasib baik tidak dipinggirkan. Sehubungan itu, PAS Parit Buntar tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Parit Buntar. Menurut Setiausaha Jawatankusa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak, sumbangan itu diagihkan kepada pesakit sempena Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi. "Program sumbangan ini diadakan setiap kali bulan Ramadhan. Sumbangan diagih-agihkan kepada 40 pesakit wad dewasa dan kanak-kanak " Katanya Rombongan PAS Kawasan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama isteri , Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah sedia menunggu. Kerjasama yang baik telah ditunjukkan oleh kakitangan hospital semasa membawa ahli rombongan melawat pesakit. Turut hadir pada majlis sumbangan ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Harun Hashim bersama rombongan AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar. Hairul Nizam mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada rombangan PAS Kawasan Parit Buntar. " 60 orang kakitangan hospital yang bertugas juga diberikan hamper sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka" katanya Sementara itu, Dr Mujahid dalam temubual bersama wartawan berkata program ini merupakan acara tahunan sempena menyambut Aidilfitri. " Saya harap lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan pemimpin bersama masyarakat khususnya pesakit-pesakit hospital yang amat memerlukan perhatian" katanya


Dr. Mujahid bersama isteri memberi sumbangan kepada seorang pesakit kanak-kanak


Dr. Mujahid bersama Pesurujaya melawat seorang pesakit


Dr. Mujahid bersama Abdul Yunus bertanya sesuatu kepada seorang pesakit

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Dato&#39; Hj Hassan Adli : Pejuang Islam | Travelog Imam Muda Hassan

Posted: 21 Oct 2008 12:00 AM PDT

Assalamualaikum..

Lama tak berblog..Sibuk dgn tugasan harian langsung terabai blog yg dicintai ni..InsyaAllah aku akan cuba utk mengaktifkannya kembali..

Mari kita renung sejenak seorang tokoh agama yg telah byk berjasa..dan nama tokoh ini sama dgn nama aku, dan memang nama akupun diambil bersempena dgn nama tokoh ini..Mudah2an aku juga akn terdorong utk mengikut jejak langkah beliau insyaAllah, amiin Ya Rabb..

Sama2 kita mengikutinya….

Bagan Datoh sememangnya tersohor dengan Beting Beras Basah di muara Sungai Perak bahkan melebar pula sebagai pusat pengajian Islam yang ulung dan unggul setanding dengan Gunung Semanggol tetapi dikenali juga sebagai sebuah pekan terpencil yang telah banyak berjasa melahirkan mualim dan ulama.

Di pekan terpencil inilah muncul seorang tokoh politik dan pejuang Islam yang berani menghadapi ranjau-ranjau cabaran serta tidak gentar mengharungi denai-denai dugaan demi menegakkan syiar Islam di bumi bertuah ini.

Tokoh berketurunan Banjar ini bernama Hassan Adli. Bapanya, Haji Muhammad Arshad Haji Muhammad Salleh seorang ulama besar yang berasal dari sebuah perkampungan kecil di Kei, Daerah Tual, Provinsi Maluku Tenggara di kepulauan Indonesia. Pada tahun 1918 Haji Muhammad berlayar dari Banjarmasin dan menetap di Tanah Melayu.

Ketika di Bagan Datoh, Allahyarham Haji Muhammad berkahwin dengan Saiyah Ujal. Hasil perkongsian hidup ini, mereka dikurniakan Allah seorang putera. Anak itu dilahirkan di Kota Makkah pada tanggal 17 April 1929 kemudian dibesarkan di Kampung Parit Dayang Bagan Datoh, kampung kelahiran bondanya.

Hassan Adli merupakan anak tunggal bagi keluarga tersebut. Ketika usianya sekitar lima dan enam tahun, dia sudah diasuh mengaji Al-Quran, fardu Ain dan adab sopan sebagai anak orang Islam. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Bagan Pasir sebelum menyambung pelajaran selama dua tahun di kelas Ibtidai di Madrasah Al Ulum Al Syariah yang diasaskan oleh bapanya.

Pada tahun 1941, dia meninggalkan Al Ulum dan belajar pula di Madrasah Al-Akhlak Al Islamiah, Masjid Tinggi, Bagan Serai. Di situ, dia berguru dengan seorang ulama terkenal bernama Haji Abdul Rahman Arshad yang juga mudir Madrasah tersebut.

Tujuh tahun kemudian dia pulang ke Al Ulum sebagai guru. Di sinilah dia menubuhkan Persatuan Guru-guru Sekolah Agama Rakyat Perak bersama-sama Haji Abdul Samad Noh pada tahun 1954. Kerjaya sebagai seorang guru di Al Ulum terhenti pada tahun 1955 apabila dia mula aktif dalam politik partisan.

IBADAH

Menyedari hakikat bahawa menuntut ilmu adalah suatu ibadah maka proses pendidikannya melebar dengan mempelajari bahasa Inggeris secara sambilan di samping menelaah pelbagai kandungan buku dalam bahasa Arab dan Inggeris. Dia banyak membaca buku karangan ulama dan cendikiawan Islam seperti Muhammad Abduh, Hassan Al-Bana dan Mustafa Al-Ghalayin.

Minatnya yang mendalam terhadap pemerintahan Islam telah mendorong beliau menelaah buku politik Islam karya ahli-ahli politik yang beragama Islam dari Pakistan dan Arab. Seterusnya kecenderungan ini melebar dengan mengkaji dan meneliti pemikiran-pemikiran baru alim ulama seperti Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Fadhlullah Shuhaimi, Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Ustaz Abu Bakar Baqir dari negara ini serta Prof. Hamka, Muhammad Natsir, Hassan Bandong dan Abdul Qahar Muzakkar dari negara jiran, Indonesia yang kemudian membentuk dirinya menjadi seorang pemimpin masyarakat.

Allahyarham Dato' Haji Hassan Adli bin Haji Muhmaad Arshad seorang tokoh politik dan pejuang Islam yang terkenal semasa hayatnya. Orangnya tegap sasa dan petah berpidato dengan suara garau dan bersemangat. Tidak hairanlah dia amat meminati gaya pengucapan Allahyarham Presiden Sukarno berpidato yang kerap didengarinya menerusi corong radio RRI.

Menurut Allahyarham Ustaz Haidir Jamal (bekas pelajar Al Ulum yang juga mantan guru dan Imam Masjid Daerah Hilir Perak di Teluk Intan) semasa membicarakan Majlis Mengenang Allahyarham Dato' Hassan Adli di Madrasah Al Ulum, Bagan Pasir, Bagan Datoh beberapa tahun lalu menyatakan bahawa Hassan Adli amat meminati puisi karya penyair Angkatan 45 Indonesia, Khairil Anwar yang berjodol Aku.

Kata Ustaz Haidir, Allahyarham sering membacakan sajak tersebut dalam ucapannya kerana bait-bait puisi itu memancarkan semangat perjuangan yang kental menentang penjajahan.

Sikap Allahyarham yang taat kepada ibu bapa dan menghormati sesiapa sahaja menyebabkan dia disenangi ramai. Justeru itu, Allahyarham lantas diterima sebagai ahli Parti Islam seMalaysia (PAS) ketika berusia 24 tahun pada tahun 1953. Namun demikian sebelum aktif dalam politik, dia adalah seorang petani di samping tenaga pengajar Al Ulum. Dalam pada itu, Allahyarham turut bergiat di arena penulisan dalam genre rencana, sajak dan cerpen yang kesemuanya bercorak keIslaman.

Penyertaan dalam parti tersebut telah membawanya menjelajah ke seluruh negara. Berkat kesungguhannya, Allahyarham diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Tetap Kongres PAS. Pada tahun 1954 beliau dipilih pula sebagai Ketua Pemuda. Dia mengosongkan jawatan tersebut apabila dipilih sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS pada tahun 1958 semasa Dr. Burhanuddin Al Helmi sebagai Yang Dipertua.

PANGLIMA JIHAD

Muktamar Pehimpunan PAS tahun tersebut telah memberikan penghormatan kepadanya dengan gelaran "Panglima Jihad" kerana mengenangkan jasanya terhadap parti dan juga perangsang kepada beliau untuk terus melanjutkan agenda perjuangan menegakkan pemerintahan Islam di negara ini.

Sebelum itu, pada tahun 1955 beliau pernah bertanding dalam pilihanraya merebut kerusi Parlimen kawasan Teluk Anson (ketika itu termasuk Bagan Datoh) menentang calon UMNO Encik Bahaman Shamsuddin tetapi beliau kecundang.

Namun begitu, dia mencuba pada thun 1959 dan kali ini merebut kerusi Parlimen kawasan Kuala Terengganu Utara dan dia berjaya di perantauan mengalahkan calon UMNO. Sebaliknya, apabila bertanding di tempat sendiri, dia tewas buat kali kedua di tangan calon UMNO bagi merebut kerusi Parlimen kawasan Hilir Perak pada Pilihanraya Umum 1964.

Walaupun tewas, Allahyarham tidak patah semangat bahkan melipat-gandakan usaha menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air berkempen membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya umum 1969 meskipun dia tidak terpilih menjadi calon.

Kerjayanya dalam PAS memuncak sehingga terpilih sebagai Timbalan Presiden pada tahun 1962. Allahyarham seorang yang lantang dan berani memikul risiko di atas kelantangannya. Dia sanggup menjadi pembangkang dalam parti semata-mata menegakkan prinsip kepartian. Dia mampu berhujah, petah berdebat dan bebas berkata-kata.

Semasa Allahyarham Tan Sri Asri Haji Muda menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1965, Dato' Hassan Adli kekal sebagai Timbalan Yang Dipertua sehingga tahun 1972 dan menjadi orang harapan walaupun dalam banyak hal Asri amat mencurigainya kerana dialah satu-satunya tokoh PAS yang mampu menggugat dan menandinggi ketokohan Asri.

Ketika PAS bergabung dengan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974, Allahyarham pernah menganjurkan Persidangan Pengerusi-pengerusi Sekolah Agama Rakyat di Al Ulum yang bertujuan mendapatkan resolusi mengenai sukatan pelajaran sekolah agama rakyat. Persidangan ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Dato' Abdul Rahman Talib.

Pada bulan Ogos tahun yang sama beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat setelah memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh atas tiket BN.

Setahun selepas itu, beliau pernah ditugaskan sebagai salah seorang salah seorang anggota perwakilan Malaysia ke Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu yang diadakan di New York selama tiga bulan.

Apabila berlaku rombakan kabinet Tun Hussein Onn pada tahun 1976, Allahyarham dilantik pula sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.

DIPECAT

Zaman gerhana dalam PAS bermula dalam tahun 1977 ketika tercetusnya krisis dalaman parti di Kelantan. Kaedah penyelesaian krisis yang dibuat oleh Yang Dipertua PAS, Tan Sri Asri Haji Muda tidak dipersetujuinya dan mengakibatkan Hassan Adli dipecat daripada parti berkenaan pada 8 November 1977. Setelah tiada berparti, Allahyarham menubuhkan Persatuan Amal Ma'aruf dan beliau menjadi presidennya.

Apabila pilihanraya umum tahun 1978 diadakan, Allahyarham bertanding sebagai calon BN merebut kerusi Parlimen Bagan Datoh walau pun tidak menganggotai mana-mana parti sama ada PAS mahupun UMNO. Namun begitu dia mencatat sejarah satu-satunya calon pilihanraya yang tidak berparti mampu meraih sebanyak 14,294 undi menewaskan calon PAS; parti yang pernah didokongnya.

Kemenangan ini telah membawa tuah kepadanya. Kerajaan telah melantik beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke negara-negara Mesir, London dan Sudan. Semasa bertugas di Kaherah, beliau bersama-sama pelajar anak Perak di Mesir telah berusaha mendapatkan sebuah bangunan asrama untuk pelajar Malaysia yang bernilai RM600 ribu.

Baktinya bukan setakat itu tetapi bekerja keras memperolehi pengiktirafan Universiti Al Azhar bagi pemegang sijil empat senawi Madrasah A Ulum supaya dapat diterima masuk ke mana-mana fakulti di univesiti berkenaan. Usaha beliau berjaya.

Semasa di Mesir juga Allahyarham berjaya mengesani kehidupan seorang ulama yang banyak mengarang kitab termasuk yang dikenali umum berjudul Kamus Marbawi iaitu Sheikh Idris Al Marbawi yang berasal dari Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak yang telah menetap di Mesir selama 55 tahun. Atas cadangan beliau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Sheikh Idris Al Marbawi.

Sekembalinya dari Mesir, Allahyarham tidak lagi bergiat dalam politik dan bersara dari jawatan kerajaan. Sesungguhnya kehidupan Allahyaram Dato' Haji Hassan Adli penuh dengan warna-warni. Barangkali kerana ketokohan dan sebagai mengenang jasa, pelbagai anugerah dikurniakan kepadanya. Antaranya anugerah Tokoh Sasterawan Islam oleh Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PESAKA) yang diterimanya pada 2 November 1985 di Ipoh dan gelaran Dato' oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tahun 1974.

Allahyarham yang telah banyak berjasa kepada nusa ini telah kembali ke sisi Allah swt pada bulan Oktober 1987 dengan meninggalkan seorang isteri, Datin Hajah Fatimah Sahara binti Haji Nasir serta Sembilan orang anak; lapan perempuan dan seorang lelaki – al-fatihah – Zabidin Hj Ismail.

Rujukan :-

- Jabatan Agama Islam Perak, 1983. Sejarah Perak dalam Kebangkitan Ulamak (Kertas Kerja)
- Mingguan Tempo, 28 Februari 1993
- Ramlah Adam, 1996. Burhanuddin Al Helmi suatu kemelut politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Sabri Haji Said, 1983. Madrasah Al Ulum: Satu Kajian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Utusan Kiblat, September 1980
- Allahu Rabbuna

Nota : Kandungan artikel ini disusun semula dan dikemaskini dari blogspot IM Hassan http://mhassanadly.blogspot.com/

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Fishing For Niches | <b>Chemor</b>, Perak Daily Updates

Posted: 24 Aug 2011 06:38 PM PDT

Click Here..Fishing For NichesI have SO MUCH stuff that not only could I NEVER shop for eBay again, but my 7 year old daughter is ALSO set with eBay inventory for the rest of HER life!

In fact, that was really my ONLY criteria… if I was clueless about something I would NEVER spend more than $1.00 (maybe $2.00) on any one item. If I had a pretty good idea about a particular item, then I would spend up to $5.00 on a single item (or SET). If I was POSITIVE about a single item or set and I knew for a fact that I could get AT LEAST 5 to 10 times my money, then I would spend $10.00 (possibly up to $20.00).

I started buying and selling on eBay in September 2002. I became pregnant with my one and only child in February of 2003 and realized that I just couldn't keep up with the dealers. Eventually, I was able to create a personal sourcing plan that helped me to compete with the professionals and STILL allowed me to find inexpensive items that could easily turn a profit on eBay.

As a stay at home mom I first developed my techniques based on necessity. Having a child in tow and a small amount of spending cash to seed my eBay business, I developed a buying method that allowed me to find items for sale at nearly ANY venue that I shopped. Whether it was 2 pm at a yard sale, a busy thrift store or a live auction, I was able to spend a pocketful of ONE dollar bills and multiply my final profits by 5, 10, 20 and even 100 times my initial investments.

Always having my daughter in tow (and thus one less hand and a LOT less mobility), I taught myself to recognize under-valued, overlooked items at thrift stores, live auctions and yard… Read more…

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Parlimen <b>Kuala Kangsar</b> hulur RM50,000 bantu golongan memerlukan <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2011 02:24 AM PDT

Sejumlah RM50,000 diperuntukkan oleh Parlimen Kuala Kangsar bagi membantu golongan yang memerlukan di kawasan itu termasuk fakir miskin dan ibu tunggal sempena Ramadan tahun ini.

Ahli Parlimennya, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata bantuan yang dihulurkan itu diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan dalam membuat persiapan menyambut 1 Syawal.

Katanya, sejumlah RM65,000 juga turut disumbangkan kepada masjid dan surau di kawasan parlimen itu untuk menganjurkan majlis moreh pada tahun ini.

"Setiap tahun, golongan yang memerlukan tidak dilupakan dan tahun ini, seramai 280 fakir miskin dan ibu tunggal dari Parlimen Kuala Kangsar yang membabitkan dua DUN, iaitu Manong dan Bukit Chandan menerima sumbangan duit raya dan kuih-muih.

"Sumbangan ini serba-sedikit diharap dapat menceriakan si penerima dalam membuat persiapan menyambut 1 Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan duit dan kuih raya kepada golongan memerlukan di Kuala Kangsar, hari ini.

Selain golongan memerlukan, sumbangan turut dihulurkan kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuala Kangsar, pesakit wad Pediatrik dan Wad Penyayang di Hospital Daerah Kuala Kangsar dan tidak ketinggalan anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah.

Terdahulu, dalam ucapannya di Pejabat Agama Daerah Kuala Kangsar, Rafidah berkata, umat Islam di negara ini wajar bersyukur kerana dapat beribadat di bulan Ramadan dalam suasana yang aman dan damai.

Berbeza dengan negara di Timur Tengah, umat Islam di sana katanya, tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadat puasa kerana pergolakan politik yang turut mencetuskan huru-hara dan insiden berbunuh-bunuhan sesama mereka.

"Selain dapat beribadat dengan aman dan tenteram, kita juga harus menginsafi diri kerana rakyat di negara ini tidak diancam kebuluran seperti yang berlaku di Somalia," tegasnya lagi.

Beliau berkata, berkat kewibawaan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negara, martabat Islam telah diangkat tinggi manakala rakyat bukan Islam pula bebas mengamalkan fahaman serta kepercayaan agama masing-masing tanpa halangan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak masing-masing daripada bermain mercun atau meriam yang boleh mengancam keselamatan si anak.

Katanya, perbuatan bermain mercun dan meriam bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi juga turut mengundang bahaya.

"Tolong kawal dan awasi anak-anak daripada bermain mercun atau meriam kerana perbuatan itu boleh mengundang kecederaan serius pada anggota badan seperti putus jari dan hilang penglihatan," katanya lagi.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Percepatkan projek <b>jelapang</b> padi | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 08:24 PM PDT

by Agnes Tugong. Posted on August 23, 2011, Tuesday

Rohani telah pohon kepada PM bagi membolehkan projek itu diteruskan

KUCHING: Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim mahu pelaksanaan projek jelapang padi di Lingga, Banting dipercepatkan.

Susulan itu, beliau telah membuat permohonan secara terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membolehkan projek itu diteruskan.

Bagaimanapun, perkembangan terkini berhubung status projek itu tidak dapat dinyatakan sehingga taklimat bersama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dalam tempoh terdekat ini.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah bersetuju untuk meneruskan projek ini dalam usaha kita mempertingkatkan ekonomi penduduk khususnya di kawasan Lingga.

"Projek Jelapang Padi ini adalah di bawah Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) menerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo mengenai perkembangan terkini pembukaan jelapang padi baru di Lingga Banting untuk mengeluarkan padi secara besar-besaran.

Mengulas mengenai projek itu, seluas 5,000 hektar tanah telah dikenal pasti akan terlibat dalam penanaman padi secara besar-besaran itu yang akan memberi manfaat kepada penduduk di Parlimen Batang Lupar secara keseluruhannya.

Rohani yang jugaTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meletakkan harapan yang besar untuk melihat projek jelapang padi di Lingga, Banting akan memacu pembangunan ekonomi penduduk setempat di kawasan parlimennya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing semalam memberitahu bahawa beliau telah mengenal pasti dua kawasan yang mempunyai potensi besar untuk dijadikan jelapang padi Sarawak iaitu Lembah Sungai Limbang dan kawasan Sri Aman.

Menurut Masing, kerajaan ingin membina empangan di Limbang dan bukan sahaja untuk tujuan menjana kuasa tetapi juga untuk sistem pengairan tanaman padi.

Setakat ini, Sarawak mengimport beras dari Vietnam dan Thailand dan mempunyai bekalan beras untuk tujuh bulan.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Sisa radioaktif masih bertaburan <b>di</b> Bukit Merah

Posted: 05 May 2011 07:00 PM PDT

Pada 28 tahun yang lalu, Ng Toong Foo, seorang peniaga berusia 38 tahun ketika itu, menerima tawaran projek pengendalian sisa kilang daripada Asian Rare Earth, kerana tertarik dengan harga tawaran yang tinggi.  Beliau mengupah empat orang pekerja, termasuk tiga orang pemandu lori dan seorang pemandu jentolak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang.

Cecair sisa itu mengalir sepanjang proses pengangkutan, namun tidak dipeduli oleh sesiapapun.

Sehinggalah pada tahun 1984, apabila penduduk Bukit Merah, Papan, Menglembu dan lain-lain tempat bangkit menentang Asian Rare Earth kerana menghasilkan sisa yang toksik ketika pemprosesan rare earth, barulah Ng sedar.  "Baja" yang dimaksudkan rupa-rupanya thorium yang mempunyai radioaktif!

Apa yang mengejutkan, pihak yang berkenaan tidak memanggil Ng untuk menunjukkan lokasi di mana sisa itu dibuang, selepas pendedahan ini pada tahun 1985.  Justeru itu, sebahagian sisa tersebut masih berselerak di sekitar kawasan kilang Asian Rare Earth.  Menurut laporan akhbar ketika itu, Ng berkata sisa thorium itu bertaburan di kawasan bekas lombong, kebun, tepi kawasan perumahan dan jalan raya di sekitar Menglembu, Lahat, Jelapang, Pengkalan, Buntong, Simpang Pulai dan lain-lain lagi.

Lokasi buangan sisa

MerdekaReview telah berjaya menemui Ng Toong Foo di Menglembu, untuk mengimbas pengalamannya 20 tahun yang lalu.  Bagaimanapun, beliau enggan diambil gambar oleh wartawan.  Ng membawa wartawan ke lokasi di mana beliau membuang sisa tersebut.  Sepanjang perjalanan, beliau berkata, "situ ada", "sana pun ada"... nampaknya taburan sisa kimia tersebut agak meluas.

Sisa thorium dibuang di kawasan yang mana orang berulang-alik.  Kawasan ini adalah paya ketika sisa dibuang, dan kini sudah ditumbuh rumput.  Sukar untuk dikesan melalui mata kasar apakah yang pelik dengan rumpun tersebut.  Seandainya Ng tidak menunjukkan kami kawasan di mana lokasi pembuangan sisa itu berdasarkan ingatannya, tiada orang yang tahu bahawa sisa buangan itu berada di situ.

Paling mengejutkan, walaupun Ng telah mendedahkan di mahkamah bahawa pihak kilang tidak menetapkan tempat buangan sisa tersebut, dan beliau hanya membuang di merata-rata, namun tiada pihak yang berkenaan menghubungi Ng untuk meminta agar beliau menunjukkan lokasi buangan tersebut - sepanjang 25 tahun ini.  Lantaran daripada itu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan pihak berkenaan yang lain nampaknya tidak memandang berat masalah sisa yang mempunyai radioaktif ini.

Menurut laporan Sin Chew Jit Poh pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun, Sadao Ichikawa ketika membuat kajian di kawasan pembuangan sisa muatan dua lori itu, mendapati paras radioaktif adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat.  Selain itu, beliau berkata sisa thorium itu tidak akan hilang walaupun dibasahi air hujan, sukar dikesan apabila sebati dengan tanah, malah akan mengeluarkan bau.  Jadi ia belum terjamin bahawa kesihatan manusia tidak akan terancam jikapun disimpan dalam "gedung" tertentu.

Jadi, penduduk kawasan tersebut masih terdedah kepada ancaman radioaktif.  Tan Ka Kheng berkata, mangsa pertamanya adalah petani yang berkebun di situ jikalau sisa thorium tidak dikendalikan dengan baik.  Keduanya, radioaktif tersebut akan masuk ke dalam rantaian makanan melalui sayuran, dan seterusnya mengancam kesihatan penduduk.

Tiga daripada empat mati

Ketika mengimbas peristiwa 28 tahun yang lalu, "sisa ketakutan" masih terpendam dalam hati.  Menurut Ng Toong Foo, tiga daripada empat orang pekerjanya telah meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu beberapa tahun selepas bekerja dengannya.  Ng pernah mengadu di mahkamah bahawa terdapat bintik merah pada tubuhnya.  Kini, terdapat pula bintik putih pada tangan, kaki, tepi bibir, dan tepi matanya.

Beliau enggan diambil gambar.  Ketika ditanya apakah puncanya, beliau berkata, "Tiada pun seorang dalam pertalian keluarga saya mempunyai benda (bintik putih) ini."

Beliau pernah memegang sisa toksik itu dengan tangan sendiri, dan beliau mengesyaki bahawa itulah puncanya bintik putih pada badannya.  Malah, beliau kini menghadapi masalah bernafas.

Beliau telah bekerja sebagai kontraktor untuk lebih 40 tahun.  Beliau berkata dirinya tertarik dengan harga tawaran kilang tersebut, maka terus menerima projek itu.  Pihak yang berunding dengannya hanya memberitahu bahawa sisa itu adalah "kek thorium" (thorium cake), tanpa menjelaskan apakah itu sebenarnya, malah juga tidak memberitahu di mana sisa itu harus dibuang.

Ng yang tinggal di Menglembu memberitahu MerdekaReview, pihak kilang memaklumkannya bahawa sisa ini boleh dijadikan "baja".  Jadi, beliau mengangkut sisa ini ke kebun pakciknya yang berhampiran dengan kilang.  "Banyak tempat yang saya tuang (sisa itu)... Masih boleh dikorek pada hari ini".

Beliau berkata, sisa thorium itu kelihatan bagai gum, kapur, berair dan ada mendakan, baunya masam.  Tikus dan lipas di kawasan buangan sampah hilang begitu sahaja apabila Ng membuang sisa itu ke kawasan itu, malah sayuran yang "dibajai" sisa thorium ini sangat "cantik" (kerana tiada serangga).  Namun, manusia akan berasa tidak selesa ketika mendekati bahan sisa tersebut.

Tidak akan terima projek ini kalau sedar ia beracun

Wartawan mengungkit semula peristiwa silam ini.  Selepas Ng Toong Foo mengisahkan ceritanya pada ketika itu, Pengurus Asian Rare Earth pernah menjawab bahawa Ng yang mengingkari arahan kilang dan membuang sisa thorium di merata-rata.  Menurut laporan New Straits Times pada 25 November 1986, pihak kilang mendakwa Ng menerima tawaran itu pada kemuncak perjuangan penduduk menentang kilang ini, lantas Ng seharusnya sedar akan bahayanya sisa thorium.

"Dia (pengurus) tidak berani untuk berkata sedemikian pada ketika itu.  Benda yang beracun adalah merbahaya.  Adakah dia akan berkata sesuatu yang benar?  Dia tidak mahu menulisnya dalam hitam putih.  Dia tahu bahawa kita tidak tahu," Kata Ng.

"Ia memerlukan lesen untuk menghasilkan sesuatu.  Kalau produknya beracun, maka kerajaan tidak akan meluluskan lesen kepadanya.  Benda yang diluluskan semestinya tidak akan mengancam kesihatan manusia.  Jadi, kerajaan yang menipu kami," tuduhnya.

Wartawan memetik kenyataan pihak kilang bahawa lokasi pembuangan sisa toksik ini telah ditetapkan.  Ng mempersoalkannya, "Buang di mana?  Tunjukkan saya!  Manakah lokasi pembuangannya itu?  Tunjukkan saya.  Kamu tidak tunjukkan saya, di mana lokasi yang diluluskan untuk pembungan sisa?  Hanya muncul selepas itu!"

Kilang Asian Rare Earth dibina pada tahun 1979 di kawasan perindustrian Bukit Merah, untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit, menghasilkan sisa buangan radioaktif sebanyak 2,250 ton setahun.  Namun demikian, AELB belum ditubuhkan pada ketika itu, maka pihak kilang tidak perlu memohon lesen khas.

AELB ditubuhkan pada 1 Februari 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memantau keselamatan tenaga atom di seluruh negara.  Asian Rare Earth mendapat lesennya pada Disember 1986, untuk teruskan pemprosesan kilangnya, sebelum dihentikan pada Januari 1994.

Oleh itu, dalam jangka antara binanya kilang pada tahun 1979, hinggalah penggunaan tapak pembuangan sisa radiokatif pada tahun 1991, sisa buangan kilang Asian Rare Earth tidak dikendalikan dengan baik.  Kalau bukan pendedahan Ng Toong Foo, kita tidak tahu bahawa sisa buangan radioaktif ini dikendalikan dengan cara yang sambil lewa.

Kerajaan menganggap isu rare earth telah melabuh tirai selepas tutupnya kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah.  Padahalnya, sisa buangan ini belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya, mendedahkan penduduk tempatan kepada ancaman radioaktif.

*Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal. Gambar-gambar lama di atas diambil daripada Hew Yoon Tat.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Bermodalkan RM40,000, Din Puduraya Berharap Akan Dicalonkan Semula <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2011 12:45 AM PDT

Lawak sungguh cara Din Puduraya melobi untuk dikekalkan bertanding dikerusi parlimen Kubang Kerian. 
Dia gunakan Mohd Sayuti Omar untuk menulis dan mewar-warkan tentang usahanya mencari RM40,000 bagi membina semula rumah 5 orang anak yatim yang sebelum ini telah musnah dalam satu kebakaran.
Maka diangkat dan dipuji-puji oleh Sayuti Omarlah si Din Puduraya tinggi melangit didalam haramkah. Seolah-olah tiada siapa lagi yang layak untuk menggantikannya di kerusi parlimen Kubang Kerian itu. 
Mari kita baca tulisan dan puji-pujian tidak terhingga serta melambung-lambung Sayuti Omar terhadap Din Puduraya yang Horas! petik dari haramkahdaily.

"Saya yakin kalau orang ramai tidak menghormati Sallahuddin sebagai wakil rakyat orang tidak akan menghulur derma secepat itu dan sebanyak itu. Kejayaan Sallahddin itu menunjukkan beliau mempunyai karisma dan diyakini oleh orang yang membaca rayuan beliau untuk membela nasib lima anak yatim itu.  
Jadi kepada mana-mana wakil rakyat jangan saja mengharap bantuan dari agensi kerajaan untuk membantu rakyat dalam kawasan masing-masing sebaliknya mereka boleh membuat rayuan - memohon bantuan massa seperti mana dilakukan Sallahuddin. 
Tetapi ingin saya ingatkan kalau mana-mana wakil rakyat tidak dekat dengan rakyat, sombong atau pun hanya berlagak pandai orang ramai tidak terpanggil untuk memenuhi rayuannya. 
Makanya sekali lagi ditegaskan belajarlah dengan Sallahuddin yang sedarhana dalam segala hal, yang cermat dalam mengeluar tutur bicara, pandai menghormati orang dan seorang pemimpin pelapis Pas yang saya nampak mempunyai ciri-ciri khas yang teristimewa. 
Jadi tidak ada masalah kalau Pas Kelantan untuk terus mengekalkan Sallahuddin di Kubang Kerian dalam pilihan raya akan datang kandati beliau sudah dua penggal berkhidmat di situ. 
Ternyata keberadaanya di Kubang Kerian memberi kesan dan menyenangkan sesiapa saja yang merasai atau tahu menilai pengorbanan beliau di bumi Kelantan Darulnaim sejak hampir 10 tahun lalu. 
Syabas kepada Sallahuddin semoga anda terus menabur bakti dengan keupayaan diri sendiri dan gunalah keistimewaan yang ada kepada diri anda untuk membantu rakyat dan merealisasikan erti seorang wakil rakyat".
Baik punya ayat Sayuti Omar buat. Tapi nampak melebih-lebih sangat caranya memuji dan mengangkat Din Puduraya. Seolah-olah Din Puduraya pembawa rahmat dan kesejahteraan pada penduduk Kubang Kerian.
Jika ditakdirkan Din Puduraya dicalonkan semula oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk bertanding disana kesan dari ayat masuk bakul angkat sendiri Sayuti Omar, biarlah para pengundi disana yang akan menentukan nasibnya...menang atau kalah.
Harap pemimpin-pemimpin PAS yang lain tidak berbulu mata melihat cara Din Puduraya melobi diri sendiri. Apa tunggu lagi? Anda semua pun boleh melakukan perkara yang sama.
Steady Din!... kah!...kah!...kah!...kah!...kah!...

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Biawak <b>Padang Rengas</b> Melebong Lagi... - JALAN PULANG - Blogspot

Posted: 15 Aug 2011 05:38 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menafikan yang beliau ada mempelawa DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan pengundi Cina kepada perikatan kerajaan pusat itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Nazri (gambar) berkata, beliau hanya memberi respons kepada satu soalan mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN.

"Tidak, itu tidak benar. Saya tidak mempelawa DAP," katanya sambil menambah, "MCA mesti bekerja keras" apabila ditanya bagaimana BN akan mendapatkan balik sokongan pengundi Cina.

DAP: Nazri boleh bermimpi, kami akan kekal di Pakatan

Pemimpin-pemimpin kanan DAP mengetepikan bulat-bulat pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz agar komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira formula Perikatan pada 1969.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Publisiti parti itu Tony Pua berkata, pelawaan Nazri yang dibuat menerusi satu temu bual dengan Sin Chew Daily semalam, pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat sebagai parti untuk semua rakyat negara ini.

"Nazri boleh bermimpi. Beliau perlu dapatkan perspektif dengan betul. Kami bukan (hanya) wakil komuniti Cina, kami mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya," kata Pua kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Nazri menawarkan pelawaan itu berdasarkan persekitaran ketika Perikatan, yang digantikan dengan BN, apabila membawa masuk Gerakan selepas ia memenangi majoriti kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969.

Sambil mengakui majoriti ahli DAP terdiri daripada kaum Cina, Pua (gambar) menegaskan komponen Pakatan Rakyat itu bukan parti berorientasikan kaum.

"Kami tidak boleh menerima ideologi BN yang pecah dan perintah," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Lim pula mengesahkan komitmen DAP untuk kekal berada dalam Pakatan Rakyat dengan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira agama dan kaum.

Ahli Parlimen veteran itu menambah, hanya politik bentuk baru dan "kompak nasional yang baru", yang bebas daripada politik perkauman dan pecah dan belah mampu menyelamatkan Malaysia.

Sehubungan itu, Lim mengenang balik nasib yang beliau dan rakan-rakannya lalui apabila pemerintah mengheret mereka ke mahkamah dan mengenakan hukuman termasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sepanjang 45 tahun perjuangan mereka dalam mempertahankan kepercayaan politik pihaknya.

"Kesemua pengorbanan ini bukan hanya untuk DAP menggantikan MCA dalam Barisan Nasional," kata wakil rakyat Ipoh Timur ini.

Pendirian dua pemimpin itu menolak seiring dengan jangkaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan oleh The Star hari ini.

Akhbar milik MCA itu memetik Dr Chua berkata tidak mungkin DAP akan menerima pelawaan Nazri.

Dr Chua memperlekehkan Nazri yang berkata MCA sudah hilang sokongan masyarakat Cina.

MCA berhadapan dengan prestasi buruk dengan hanya mempertahankan 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


YB membela Tonto dadah <b>di Kuala Sepetang</b> | peraktoday.com

Posted: 21 Jun 2011 06:19 AM PDT

Ini kisah yang tak ingin kita dengar tetapi terpaksa dikongsikan di sini untuk dijadikan penilaian kita

Ini kisah mantan YB Kuala Sepetang ( Port Weld) Perak yang bawa seorang anggota Rela duduk di sana. Anggota Rela tersebut adalah seorang tonto pengedaran dadah dan kini menetap di Kampung Seberang

Baru baru ini anggota keselamatan telah membuat satu operasi di kampung tesebut.

Si tonto ini pun mula masuk daun kononnya dia adalah pegawai Rela yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kampung dan mula sebuk menyebuk dan mengganggu tugas pasukan keselamatan

Akibahnya. tauke dadah berjaya melarikan diri dari kepungan pihak keselamatan. Semunya gara gara angkara pegawai Rela yang menjadi tonto.

Kerana geram dengan tonto tadi, seorang anggota keselamatan telah menolak tonto tersebut.

Akibat daripada kejadian itu, si tonto laknat itu membuat laporan kononnya dia ditumbuk dan dipukul teruk oleh anggota keselamatan.

Paling tak seronok ialah mantan YB tersebut telah membawa tonto ke balai polis. Kononnya untuk menjaga hati pengundi Kg Seberang tetapi apa pula yang jadi kepada adun Pkr yang menjadi YB sekarang? Nak duduk saja kah kalau dah tahu tempatnya menjadi sarang penagih dan lokasi penjualan dadah secara besar-besaran.

Apakah Mantan YB dan YB sekarang bersekongkol dengan taiko pengedaran dadah. Adakah mereka mendapat habuan masing-masing.

Kuala Sepetang dari zaman mantan jadi YB sehingga jatuh ke tangan PKR, Kuala Sepetang terkenal sebagai kawasan hitam pengedaran dadah. pembeli dan pengedar dadah akan ke sana untuk mendapatkan bekalan. Malah nelayan juga hanya digajikan dengan dadah.

Oleh kerana sikap kedua-dua pemimpin yang membela taico dadah, jumlah penagih dari Kuala Sepetang sampailah ke Kampung Dew, Selingsing semakin parah.

Dengar cerita dari orang kampung terdapat dan ada cawangan baru jual dadah ditempat bakar arang dan  ramai juga orang luar datang untuk mendapatkan bekalan dadah dari situ

Selain dari dadah , Kuala Sepetang juga terkenal dengan tempat pembelian minyak subsidi nelayan, masih ingat pendedahan Razak Baba?

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Petang ni balik kampung <b>Gerik</b>

Posted: 18 Aug 2011 10:29 PM PDT

Yieeeehaaaaa...

Petang ni nak balik Gerik.... ulalalalalalala...

Tahun ni tak beraya di Gerik...so kena la balik puasa lewat sikit..hihi..eh..silap la..bukan tak balik langsung..cuma balik di ketika raya ke berapa ntah... yang pasti bukan raya pertama la..

Tahun ni turn balik sebelah en suami...jadinya tahun ni beraya di Mersing..Kampung Ayah....seronok sebab dapat minum kopi Tok Wan yang sedap...kehkehkeh..pastu dapat makan laksa johor..juga sangat sedappp...dulu masa balik johor, jadi confius sebab orang sana makan laksa johor tak pakai sudu garfu...hihihi...rupanya memang macam tu.. tapi aku tetap kena makan bersudu...macam pelik je kalau pakai tangan...tak dapat nak sedut kuah..hahaha

Eh.eh..lari topik pulak.. balik kali ni penuh boot...tapi jangan tertipu..penuh boot sebab beg baju guna beg luggage petak tu..kan besar..pastu ada tong NGV lagi..hehehe...

Kena pikir ni nak request makan ape kat mak...nak air tangan mak..taknak air tangan Aida...hahahaha...Aida adalah adik bongsu saya...harap maklum...

lagi 3 jam je nak balik keje...yessssssssss...

Semoga selamat sampai kat umah mak dan abah..

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Rumah terbengkalai <b>di</b> Taman Bukit Riah <b>Pengkalan Hulu</b> perak <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2011 01:19 PM PDT

Saya ingin perhatian pihak tuan berkaitan rumah terbengkalai di taman bukit riah pengkalan hulu, telah 23 kami menunggu rumah tak juga diserahkan, dah baiki semula minata pihak tuan ketengahkan ada pembeli dah meninggal rumah tak juga dapat duduk.

Kami bekas pasukan gerak am btln 18 kebanyakan dah pencen rumah tak dapat duduk, potongan tetap di bayar pada kerajaan dan bank minta kerjasama sangat tuan untuk ketengahkan isu ini, rumah kos rendah taman bukit riah pengkalan hulu jalan betong.. tarikh beli 30/4/1991. puas mengadu tapi tak dapat perhatian.

Rumah dah di baiki tapi kunci pulah tidak mahu diserah pihak kami tidak membuat tuntutan apa-apa dari mana-mana pihak, kami hanya menunggu untuk rumah diserahkan, itu sahaja, kerjasama pihak tuan amat kami nantikan ibarat menanti buah yang tidak gugur

By: zati

Aduan yang berkaitan:

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


PAS LENGGONG: Dr Hata Ramli <b>di Lenggong</b> semalam

Posted: 12 Jul 2011 10:53 PM PDT

Perkara yang disentuh mengenai Bersih2.0. Pastinya dia tidak bohong kerana dia memulakan ucapan dengan kalimah Allah. Sedangkan KPN.TKPN tak bercakap dengan memulakan dengan kalimah Allah.
Kalau KPN dan TKPN benar bersumpahlah dengan menyebut WALLAHI
soal orang nak percaya itu soal lain.
Bagi yang mengerti dalam soal ini mereka tidak akan mempermainkan nama Allah.

Aina Emir... dari mata dan hatiku: Dari <b>Lenggong</b> Ke Lenggeng

Posted: 24 Jul 2011 06:33 PM PDT



Imej di Tasik Raban (cilok dari blog orang)

Salam semua,

Semoga semua berada dalam keadaan yang baik-baik hendaknya. Tiga hari saya tak update blog ini. Kebetulan pada hari Jumaat, saya telah menemani suami ke Perak, iaitu di kawasan Lenggong. Mungkin ramai yang tak tahu di mana terletaknya pekan Lenggong.

Lenggong ialah sebuah pekan kecil yang terletak di antara Kuala Kangsar dan Grik. Memang dah lama benar saya tak ke sana dan bila berkesempatan untuk berada di kawasan itu, saya pun meronda-rondalah. Teringat kepada nostalgia lama ketika bersama teman-teman sekolah berpuluh-puluh tahun yang lalu. Ramai juga kawan-kawan saya yang berasal dari Lenggong dan kawasan sekitarnya seperti Sauk, Raban, Chenderoh dan Lawin.

Saya pergi ke kawasan Tasik Raban dan memang best sangat kawasan tu. Tak macam dulu-dulu. Ada chalet dan resort dan 'full house' pulak tu! Kami sempat juga ke kawasan Lata Kekabu, mestilah ada air terjun kan?

Sebenarnya kami ke Kampung Beng, ada kenduri dan kami bersama-sama orang kampung makan kenduri kerbau masak rendang, kambing masak kurma dan ayam kampung goreng. Siap ada tempoyak dengan ikan kering lagi. Adoi mak, memang kena betul dengan selera saya!

Saya dan suami sempat melancong ke kawasan Grik dan terus ke Pulau Banding, cuma tak sempat ke Hutan Belum aje. Kami ronda-ronda dan relaks. Berhenti solat dan beli-beli buah-buahan tempatan. Ada timun betik (Mesti ramai yang tak tahu nama buah ni), ada tembikai comel, ada durian dan paling banyak ialah pisang. Semua jenis pisang ada.

Kami tidur di Lenggong, tetapi masa nak balik tu, kami singgah juga di Kuala Kangsar. Takkan tak singgah kot, itulah kampung saya walaupun dah tak ada siapa-siapa di sana. Pekan Kuala pun dah banyak berubah wajah. Saya ke sekolah saya dan juga ke sekolah suami saya. Yang wajib ialah pergi makan laksa dengan cendol kat tepi sungai. Lepas tu pergi beli roti Double Lion (Orang Kuala aje yang tahu). Dapat juga beli apam daun pisang dengan putu Perak. Memang puas hati, beb!

Adoi... akhirnya tinggal lah Perak dan kami terus balik ke Negeri Sembilan. Siapa sangka, kan... saya tak pernah bayangkan yang sekarang ini saya dah berkampung di Negeri Sembilan. Siap saya ada tanah di kawasan Lenggeng. Itulah yang saya katakan dari Lenggong ke Lenggeng, bunyi nak macam sama aje, tapi negerinya lain-lain. Dulu saya bermain di Lenggong, kini saya berubah tanah pula dan bermain di Lenggeng!

Apa pun, bagi saya, Lenggong dan Lenggeng merupakan latar yang indah. Ada gunung, ada sungai dan ada orang kampung yang baik-baik belaka. Alhamdulillah.