Isnin, 4 Jun 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di gopeng - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Sekitar Majlis Perasmian RTC <b>Di Gopeng</b> Perak

Posted: 18 Feb 2012 05:23 AM PST


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng merupakan pembuka tirai kepada fasa terakhir program pembangunan luar bandar.

Perdana Menteri berkata, fasa terakhir RTC Gopeng dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2020, seiring dengan beberapa program pembangunan kerajaan termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

"Perasmian RTC ini tanda kemasukan pusingan terakhir dalam kita nak bangunkan kawasan luar bandar," katanya ketika berucap pada Perasmian RTC Gopeng di sini, hari ini.

RTC Gopeng akan menjadi perintis kepada RTC lain di seluruh negara — RTC Kota Bharu (Kelantan) yang sudah mula beroperasi, RTC Kuala Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis (Sarawak) dan Pekan Nenas (Johor) yang bakal dibuka kemudian.

Inisiatif RTC ditubuhkan di bawah Teras Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 atau National Blue Ocean Strategy yang bermatlamat menjadi penghubung masyarakat luar bandar dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi mewujudkan impak ekonomi dan pendapatan berganda







Perasmian RTC di Gopeng telah dilaksanakan oleh Dato Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menyaksikan hampir 100,000 orang hadir ke kompleks RTC itu. Walaupun hujan turun dengan begitu lebatnya tetapi orang ramai tetap tidak berganjak dari kompleks RTC itu.

07 di langkap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di langkap - Google Blog Search


Dua Beradik Punyai Kesan Gigitan <b>Di</b> Badan Dipercayai Mangsa Dera

Posted: 25 May 2012 07:08 PM PDT

Dua beradik berusia tiga dan dua tahun menempuh pengalaman ngeri apabila disyaki didera ibu di Langkap, Teluk Intan, minggu lalu.

Ibu berusia 25 tahun itu menggigit perut seorang anaknya hingga lebam di badan.

Untuk melindungi kesan lebam itu, dia pakaikan baju berlengan dan seluar panjang.

Penderitaan kedua-dua kanak-kanak malang itu terbongkar apabila bapa mangsa yang berusia 49 tahun, membawa anak bongsu ke klinik meskipun dihalang isterinya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kei, yang melawat kanak-kanak itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam berkata, kecederaan yang dialami kanak-kanak itu lebih serius daripada abangnya.

"Badan mangsa ada kesan lebam lama dan baru," katanya.

Kanak-kanak itu mengalami fobia, seolah-olah takut didekati.

Katanya, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan beri kaunseling kepada kedua-dua beradik itu bagi mengurangkan perasaan takut.

"Kita juga bercadang beri penempatan selamat," katanya.

Seai Kei berkata, dalam tempoh tujuh tahun, terdapat 1,624 kes dera di negara ini.

Dari jumlah itu, 357 membabitkan bapa kandung dan 300 kes ibu kandung manakala kes libatkan bapa dan ibu tiri adalah 167.

"Di Perak, ini merupakan kes pertama tahun ini, Selangor masih teratas dengan statistik dengan 19 kes setakat Mei 2012," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, polis menahan ibu bapa mangsa sebaik laporan diterima, 20 Mei lalu untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan siasatan yang dibuat, polis menyifatkan kes itu sebagai dera dan motifnya masih dalam siasatan.

"Ibu dan bapa mangsa masih dalam tahanan reman sehingga hari ini," katanya.

Difahamkan, laporan dibuat ahli keluarga mangsa selepas melihat kesan lebam.

No related posts.

07 di bagan datoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Dewan Pemuda PAS <b>Bagan Datoh</b>: ADA APA DENGAN BAGAN <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 07:47 PM PDT

BUKAN TIDAK MAHU BERSYUKUR TAPI HANYA MAHU RASAI JANJI YANG DITABURI...:)
Demikian perasaan sebahagian penduduk di kawasan yang bernama Bagan Datoh ( dalam daerah Hilir Perak ).Namun bagi mereka ( yang sokong Umno/ BN ) pastinya sangat bangga pencapaian pemimpin yang mewakili mereka ( mungkin kroni ).
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, anak jati Jawa Sg. Nipah Darat hampir 4 penggal menjadi ahli Parlimen Bagan Datoh. Kini menjawat sebagai seorang menteri di Malaysia. Iaitu Menteri Pertahanan ( askar - askar ) dan juga memegang jawatan tertinggi Umno selaku Naib Presiden partinya itu.
Kali pertamanya, tahun 1994 janji telah ditabur olehnya ketika menjadi calon Umno/ BN dalam Pilihan Raya Umum dalam sejarah hidupnya kali pertama. Pelbagai janji dam manifestonya untuk menarik sokongan rakyat di Bagan Datoh.
Kini, hampir 20 tahun menjadi wakil rakyat ( ahli Parlimen Bagan Datoh ) hanya sedikit daripada janjinya TERTUNAI..MUNGKIN KITA PERLU TUNGGU DAN BERINYA LAGI PELUANG ? ATAU BERI CALON UMNO / BN YANG LAIN ?
Rakyat Bagan Datoh amat- amat bersyukur dengan RAHMAT DAN ANUGERAH ALLAH SWT..
 Keadaan jalan di Bagan Datoh di tahap kurang baik.
 Sistem peparitan yang kurang baik menyebabkan keadaan buruk berlaku bila tibanya musim hujan.
 Bangunan Jabatan Wilayah Utara terletak di pesisir sungai Perak. Apa fungsi sebenarnya ?
 Bilangan penduduk miskin masih tinggi di sekitar Bagan Datoh.
Antara kebanggaan Datuk Zahid membangunkan Homestay ketika menjadi Timbalan Menteri Pelancongan.

Janji yang perlu di tunggu rakyat BAGAN DATOH.

Adakah juga ianya satu lagi projek yang perlu di pecah tanahkan kemudiaan tunggu hingga berjanggut dan bercucu ?

07 di kampar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kampar - Google Blog Search


Mangsa Banjir <b>Di Kampar</b> Berkurangan

Posted: 14 Apr 2012 10:22 PM PDT

KAMPAR – Jumlah mangsa banjir di Kampar berkurangan kepada 313 orang setakat pukul 10 pagi ini selepas 22 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Mereka yang terdiri daripada 95 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata ini berikutan paras air Sungai Kampar mula surut dan keadaan banjir di beberapa buah kampung pulih seperti biasa.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terlibat menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di padang rengas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di padang rengas - Google Blog Search


<b>Padang Rengas</b>, 2 Jun 2012 | olehtembakau™

Posted: 03 Jun 2012 09:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Padang Rengas, 2 Jun 2012. Sekitar jalan di Paya Ranggam, Padang Rengas. Ada nilai therapeutic yang tersendiri. Posted 2 hours ago by azhar ahmad. Location: 160 Paya Panjang Hilir, 33700 Padang Rengas, Perak, ...

07 di tanjung malim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tanjung Malim</b> (MDTM)

Posted: 10 May 2012 05:14 AM PDT

Majlis Daerah Tanjong Malim telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan Majlis adalah seluas 10,410 hektar dan jumlah penduduk dianggarkan 33,393 orang.
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-
1. Penolong Pegawai Tadbir
2. Penolong Juruaudit
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
4. Pembantu Penguatkuasa
5. Pegawai Khidmat Pelanggan
6. Juruteknik Perancang Bandar & Desa
7. Pekerja Awam

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 21 Mei 2012

di negeri perak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri perak - Google Blog Search


Ex-smgrian 1991: Keganasan Komunis <b>di negeri Perak</b>

Posted: 03 Jun 2012 05:51 PM PDT

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Tanah Melayu pada bulan April 1930. Pada mulanya PKM bekerjasama dengan pihak British menentang pendudukan Jepun dengan menubuhkan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army).

Setelah Jepun menyerah kalah dan sewaktu menunggu ketibaan tentera British yang mengundurkan diri dari Tanah Melayu sewaktu penjajahan Jepun, PKM telah mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Bintang Tiga.

Sewaktu 'pemerintahan' Bintang Tiga, mereka telah memburu sesiapa yang disyaki menjadi talibarut Jepun dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka. Lazimnya hukuman yang dijatuhkan adalah hukuman bunuh. Mereka juga turut menyeksa sesiapa yang ditahan dan disyaki membantu tentera Jepun sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Bermula daripada pemerintahan sementara Bintang Tiga, PKM membuat rancangan untuk terus menguasai Tanah Melayu. Bagaimanapun rancangan tersebut berjaya digagalkan oleh pihak British apabila mereka kembali ke Tanah Melayu.

British membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan kembali mentadbir Tanah Melayu. PKM yang masih aktif ketika itu telah membuat kerosakan dan sabotaj kepada jentera-jentera seperti keretapi yang digunakan untuk mengankut bijih timah, membakar kilang-kilang dan estet-estet sehingga menimbulkan masalah kepada pihak British. Keganasan PKM sampai ke kemuncaknya apabila PKM membunuh tiga orang pengurus ladang di Sungai Siput, Perak.

Kejadian pembunuhan tersebut berlaku pada 16 Jun 1948. Pembunuhan tiga orang pengurus ladang iaitu T.G. Christian, A.E. Walker dan J.M. Allison itu sangat menggemparkan pihak British dan ia menjadi pencetus kepada pengisytiharan Undang-Undang Darurat di Perak.

Perak merupakan negeri pertama yang mengisytiharkan darurat sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. PKM juga bertanggungjawab terhadap serangan di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak pada 4 Februari 1950 yang telah menyebabkan penduduk kampung tersebut hilang tempat tinggal apabila rumah mereka dibakar dan dimusnahkan oleh Komunis.

Antara keganasan lain yang dilakukan oleh PKM di negeri Perak ialah kejadian serang hendap (ambush) di Kelian Intan pada 10 September 1947. Serangan tersebut dilakukan pada pukul 7.30 pagi apabila dua buah bas dan sebuah lori yang membawa pihak polis telah diserang oleh lebih kurang 50 orang pengganas komunis.

Tiga anggota polis serta enam orang awam telah terkorban manakala dua anggota polis dan 12 orang awam cedera parah.

sumber: Arkib Negara

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved