Isnin, 4 Jun 2012

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Mangsa Banjir <b>Di Kampar</b> Berkurangan

Posted: 14 Apr 2012 10:22 PM PDT

KAMPAR – Jumlah mangsa banjir di Kampar berkurangan kepada 313 orang setakat pukul 10 pagi ini selepas 22 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Mereka yang terdiri daripada 95 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata ini berikutan paras air Sungai Kampar mula surut dan keadaan banjir di beberapa buah kampung pulih seperti biasa.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terlibat menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan