Isnin, 4 Jun 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Sekitar Majlis Perasmian RTC <b>Di Gopeng</b> Perak

Posted: 18 Feb 2012 05:23 AM PST


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng merupakan pembuka tirai kepada fasa terakhir program pembangunan luar bandar.

Perdana Menteri berkata, fasa terakhir RTC Gopeng dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2020, seiring dengan beberapa program pembangunan kerajaan termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

"Perasmian RTC ini tanda kemasukan pusingan terakhir dalam kita nak bangunkan kawasan luar bandar," katanya ketika berucap pada Perasmian RTC Gopeng di sini, hari ini.

RTC Gopeng akan menjadi perintis kepada RTC lain di seluruh negara — RTC Kota Bharu (Kelantan) yang sudah mula beroperasi, RTC Kuala Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis (Sarawak) dan Pekan Nenas (Johor) yang bakal dibuka kemudian.

Inisiatif RTC ditubuhkan di bawah Teras Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 atau National Blue Ocean Strategy yang bermatlamat menjadi penghubung masyarakat luar bandar dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi mewujudkan impak ekonomi dan pendapatan berganda







Perasmian RTC di Gopeng telah dilaksanakan oleh Dato Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menyaksikan hampir 100,000 orang hadir ke kompleks RTC itu. Walaupun hujan turun dengan begitu lebatnya tetapi orang ramai tetap tidak berganjak dari kompleks RTC itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan