Ahad, 5 Februari 2012

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Syafiq Hafeez: Happy Time: Shopping <b>di</b> Tesco, <b>Seri Iskandar</b>

Posted: 07 Dec 2011 02:02 PM PST

Minggu ni sangat-sangat lah kepenatan. Assignment bertimbun-tinbun. Dah la due date pun minggu ni jugak. Mati la aq macam ni. Kepenatan je memanjang. Ni aq tulis entri pagi-pagi buta. Insomnia la katanya. Aq agak-agak je. Dah orang cakap kalau tak boleh tidur insomnia la kan? Aq berinsomnia plak hari ni. Dah la esok ada test Thinking Skill pukul 8 PAGI! Aishh.. awal sangat tu. Ngantuk tau.

Sebelum ni budak-budak UTP mesti pergi Ipoh yang nun jauh di sana untuk bergembira dan berseronak. Tengok wayang lah main boling la karoake bagai. Tup tup... Bandar Sri Iskandar yang sememangnya dekat sangat dengan UTP tapi lagi dekat dengan UITm Perak sebenarnya dah ada sebiji Tesco debukkk terbina. Sekejap betul siap. Jadi disebabkan malas sangat nak pergi Ipoh. Tesco pun jadilah. Beli biskut-biskut bagai. Actually aq dengan group member assignment aq keluar nak pergi tempah poster presentation. Dah alang-alang keluar singgah la Tesco sekejap.

Ini lah Tesco, Seri Iskandar, Perak

Tengah tolak troli tu Mira pastu yang tengah pegang Downy tu Yana. Actually Yana tu action je tu semata-mata nak bergambar =.=' Ini semua barang-barang yang kitorang beli. Ada 5 orang semuanya. Yang lagi dua orang aq tak tangkap pulak gambar. Bantal maroon tu aq punya. Nak letak kat kerusi study. Sangat selesa!
Lepas dah siap bayar barang masing-masing. Aq pergi buat kad Tesco. Free saja. Alang-alang free tu buat je la kan. Hahaha. Lepas ni memang aq beli kat tesco je la. Nak harapkan beli barang-barang macamni kat Mart dalam UTP jangan haraplah. Mahal!! 

Full content generated by Get Full RSS.

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Otai Manjung: DATO&#39; MAHFUZ OMAR <b>DI LEKIR</b>

Posted: 08 Oct 2011 09:16 PM PDT

03.10.2011, Kg Batu 12, Lekir, Perak.


Kupasan isu semasa oleh YB Dato' Mahfuz Omar Naib Presiden PAS Pusat anjuran PAS KAwasan Lumut.
Full content generated by Get Full RSS.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


CiK BuLaN~: Berjimba <b>di Bukit merah</b>..weeeeeeeeee

Posted: 27 Jan 2012 02:13 AM PST

salam..

25/1/2012

sejarah dalam hidup aku oioi..ada mende tacink jadi yang mematangkan hidup aku..eceeh..tp yg tacink ni entry lain nah..skrg mood hepiiiiiiiiiiii..hahaha...

so..nak dijadikan cerita..saja la kami semua ni dok buat jejak kasih ..tempat yang dituju adalah..taraaaaaaaaaaaa..bukit merah waterpark..konvoi 3 bijik reta woh..and paling bes aku naik mini cooper milik kakak tecik..muahaha..i luv u guys gurls.haha..

mmg semalam punya cerita ni masing2 pon kata panjangnya tu boleh tulih dalam diari..mcm2 benda jadi..and as part of our growing up stage..i think benda2 ni semua ada hikmah kan..^^''

lama gila xdatang sini..last aku rasa masa aku kecik2 dulu..tu pon tahun bpa tah..>.<''

entry ni entry bgamba..sapa yg ada fb sbnar aku dah tgk la kot gmba2 ni en..haha..aku xkisah a..nk jugak boh..weeeeeeeeee~

malas nk boh watermark..sapa nk hamek habaq..*eceh..*..kalo dak...jaga hmpa..nnt nek bulu idong pnjg 1 meter.


aku ngan si sarah ni mmg kuat gado2 manje..aww..aww..haha..lma gila xjumpak..masa nk tinggalkan dia time nak balik tu..berat rasanya aku nk melepaskan dia dari ekor mataku ketika dia berjalan menuju ke rumahnya..eceeeh..rugi a..aku tadak dah org nk bekelai..kah3x..kami dua org ni mmg xmenyempat..masuk2 ja mini cooper si kakak tecik..ah...mula dah..sapa yg start tah kalo bukan aku en..hahahaha..

seriously..aku punya mulut ni ...ehem2..soft skill bnyak sgt kot..pnjg jalan tu aku a dok cerita pling bnyak..bak kata hamnah..pot pet pot pet mulut aku ni..nk mandi pon xberenti ckp lagi..(tapi dia tipu..mana ada aku ckp pot pet pot pet..aku ckp bahasa manusia la en..hahaaha..:P )

 depan tu tmpat org mandi la xkan masak kot..haha..



   
Caption xleh blah..haahahaha..:P
>
>
p/s:gmbaq aku ada juta2..tapi..haha..bak kata anip..beraklah biar jgn merata2..

Full content generated by Get Full RSS.

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Kembalikan Kegemilangan Kompleks Sejarah <b>Pasir Salak</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 03:15 PM PST

BARU-baru ini saya membawa graduan saya melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak untuk membuat kajian tentang sejarah dan corak kehidupan masyarakat Melayu tepi sungai Perak sejak dahulu. Rata-rata mereka berasal dari luar Perak terutama Sabah.
Kami sebenarnya dalam proses menyiapkan sebuah perkampungan Melayu Perak di Kampung Pulau Tiga berkonsepkan Agro Pelancongan dan Pendidikan Sejarah.
Memandangkan mereka yang sedang menguruskan projek berkenaan, harapan lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah untuk melihat warisan Melayu tepi sungai Perak yang suatu ketika dahulu turut menjadi lokasi pemerintahan raja-raja di Perak.
Namun keterujaan kami tiba-tiba menjadi sedih, hambar, kecewa, malah kadang-kadang rasa geram apabila melihat keadaan fizikal kemudahan dan nilai sejarah di kompleks berkenaan yang sudah usang, lantai reput, malah dapur ditutup kerana struktur rumah kutai sudah reput.
Lebih menyentuh perasaan apabila melihat rumah Dato' Seri Maharaja Lela yang dikelilingi kubu pertahanan yang menggambarkan perang orang Melayu menentang British pada tahun 1874 juga terbiar semak. Rumah kutai Dato' Maharaja Lela juga rosak dan menjadi sarang penagih dadah.
Setelah melihat keadaan rumah Dato' Maharaja Lela itu, terkeluar dari mulut graduan saya, ''apakah ini cara masyarakat kita menghargai jasa pahlawan Melayu yang mengorbankan nyawa kerana menentang penjajah?"
Jika graduan saya berusia sekitar 20-an boleh melahirkan rasa sedih, bayangkan dalam hati saya yang merupakan anak jati tepi sungai di Kampung Gajah, Perak.
Dalam bilik kuliah atau syarahan saya kepada semua pelajar, saya sering berbangga mengatakan tentang catatan sejarah Pasir Salak yang merakamkan keberanian orang Melayu membunuh penjajah British yang akhirnya menjadi pencetus kepada penentangan di seluruh tanah air.
Bagi saya, peninggalan sejarah tersebut adalah signifikasi perjuangan hidup suatu bangsa. Jika dahulu patriotisme tersebut adalah untuk mempertahankan tanah air daripada penjajahan asing, kini moral perjuangannya adalah jati diri untuk memartabatkan maruah bangsa dalam mengekalkan kuasa politik, ekonomi dan kesejahteraan sosial.
Kerajaan dan pemimpin negara perlu melihat kepentingan Kompleks Sejarah Pasir Salak sebagai platform penting sejarah kedaulatan bangsa. Ia juga adalah pusat peninggalan warisan yang perlu disemat ke dalam jiwa generasi baru. Kewujudannya bukanlah sebagai nostalgia silam tetapi sebagai sumber inspirasi menuju masa depan.
Oleh itu, saya menyeru kepada pengurusan Jabatan Muzium, pemimpin di Perak dan seluruh umat Melayu supaya bersama-sama mengembalikan kegemilangan sejarah Pasir Salak dengan meningkatkan kemudahan sedia ada. Kepentingannya bukanlah untuk individu atau orang Pasir Salak semata-mata tetapi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini.
Dipetik dari Forum utusan.com.my
Full content generated by Get Full RSS.

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Yuk Ikut Workshop PTK <b>di Tambun</b> Bekasi | Labschool Jakarta

Posted: 28 Jan 2012 09:59 PM PST

Full content generated by Get Full RSS.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Pembantu gerai <b>di bidor</b> | Malaysia Job & Career

Posted: 04 Nov 2011 07:43 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Bidor, Perak – kami di papa sate membekal sate mentah sekitar slim river, trolak, besaot, sungkai, bidor, tapah, kampar , gopeng, harga seperti berikut : ayam : 0.45 – jual RM0.60 daging : 0.55 – jual RM0.70 rusa : coming ...

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


9W2YZU @ Pangkor Island: Semalam <b>di Lenggong</b>

Posted: 01 Sep 2011 09:19 PM PDT

Sebelum bergerak ke Lenggong semalam, empunya diri singgah di rumah 9W2DKL & 9W2KLA di Sayong. Lama sudah tidak bertemu dan mendengar khabar berita dari mereka. Kebetulan 9W2SBD juga bergerak ke sana, maka panjanglah kisahnya....dari jamuan kuih muih Hari Raya berterusan hingga ke jamuan tengah hari :) Banyak perkara-perkara baru dan pengalaman-pengalaman berharga yang dikongsikan bersama.

Empunya diri kemudiannya bergerak ke "base station" yang kini sudah disewakan. Ada beberapa perkara yang perlu empunya diri ambil dari sana. Hajatnya nak bertemu dengan "Tok Ketua" warga RA Lenggong - 9W2KBD, yang khabarnya sudah mendapat jawatan baru :) Kebetulan beliau tiada di rumah pada ketika itu. Perjalanan diteruskan dengan menziarahi rumah bekas rakan sejawatan dan bekas pelajar empunya diri dahulu. Yalah, sesekali bertemu pastinya ada cerita baru.

Rakan-rakan QSO semalam:
9W2AUK (melalui pengulang PARTS) - Sewaktu dalam perjalanan ke Lenggong.
9W2CYH, 9W2VCO & 9W2OGS (melalui pengulang ASTRA)- Sewaktu perjalanan pulang dari Lenggong ke Bukit Chandan , Kuala Kangsar.

p.s Jika tersilap callsign, mohon diperbetulkan. Semalam ingat lagi... tapi apabila lewat dicatat... inilah jadinya ;)

Full content generated by Get Full RSS.

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Menteri Besar Perak Turun Ke <b>Pengkalan Hulu</b> Meninjau Penduduk

Posted: 05 Feb 2012 02:12 AM PST

Pada hari Rabu lalu bertarikh 1 Februari 2012, Satu Program Makan Malam Menteri Besar bersam rakyat di Pengkalan hulu telah diadakan. Pelbagai kelompok kaum dari seluruh usia telah hadir untuk memeiahkan majlis ini. Sambutan hangat dari penduduk tempatan membuktikan bahawa Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Bin Abd. Kadir mempunyai tempat dihati rakyat. Walaupun kedudukan Pengkalan Hulu terletak di sempadan Negara Thailand serta Negeri kedah, tetapi kehadiran Menteri besar ke kawasan terbabit membuktikan bahawa penduduk di sekitar Pengkalan Hulu tidak terpinggir. Kawasan tersebut yang terkenal dengan Hutan Belum sebagai pusat eko perlancongan menjadi tumpuan ramai pecinta alam sekitar. Disamping itu juga kawasan Pengkalan Hulu turut menjadi laluan Antarabangsa menghubungkan Thailand dan Malaysia membuatkan ia antara kawasan yang paling penting.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Zambry Abd Kadir sangat prihatin terhadap keadaan penduduk di Pengkalan Hulu. Tambahan pula ada terdapat aduan mengenai pembalakan haram di Pengkalan Hulu membuatkan Dato' Seri Zambry Abd Kadir tidak sabar untuk turun padang mendengar rintihan penduduk sekali gus meninjau kawasan pembalakan dan seterusnya mengambil tindakan.

Bersama ini disertakan gambar suasana di Majlis Makan Malam bersama Menteri Besar Perak yang diambil ketika majlis berlangsung.










Full content generated by Get Full RSS.

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Batu Gajah</b> (MDBG) Terkini 2012

Posted: 14 Jan 2012 09:26 PM PST

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2012

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN-JAWATAN BERIKUT, KEUTAMAAN AKAN DIBERI KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KHUSUSNYA PENDUDUK DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH.

1. PENYELIA

2. FASILITATOR

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Incoming search terms:

  • kerja kosong batu gajah 2012
  • kerja kosong di batu gajah 2012
  • majlis perbandaran batu gajah
  • jawatan kosong majlis daerah batu gajah
  • kerja kosong mdbg
  • majlis daerah batu gajah
  • kerja kosong kat batu gajah
  • jawatan kosong majlis perbandaran batu gajah
  • majlis daerah batu gajah jawatan kosong
  • mbi batu gajah jawatan kosong
Full content generated by Get Full RSS.

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Perak dan Koridor Utara bakal wujudkan &#39;Greater <b>Kamunting</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2012 04:00 PM PST

Kerajaan Perak sedang merangka semula beberapa perancangan pembangunan masa depan negeri itu yang memerlukan kerjasama Koridor Utara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu kawasan perindustrian Kamunting merupakan kawasan menjadi fokus utama memandangkan ia berada di dalam lingkungan Koridor Utara.

Tambahnya, dengan pembangunan kawasan industri yang bakal dikenali sebagai 'Greater Kamunting' itu ia dijangka dapat bergerak terus sehingga ke kawasan Batu Kurau dan Larut dan sekaligus menggalakkan pelaburan di kawasan itu.

"Kita jangkakan ia dapat membantu untuk menambahkan lagi kawasan tapak industri di Kamunting dan terus berkembang sehingga ke kawasan Batu Kurau… dan ia dengan sendirinya kita dapat lihat pembangunan akan wujud terus sehingga ke kawasan Larut.

"Ini kerana kita lihat Larut agak sedikit tertinggal dari segi pembangunan dan juga dari segi pelaburan.

"Pihak Koridor Utara telah pun pada dasarnya bersetuju untuk sama-sama wujudkan kawasan pembangunan dan industri yang saya panggil Greater Kamunting dan kita harap ia dapat disegerakan.

Tambah Zambry lagi, apa yang dilihat sekarang adalah keperluan industri di kawasan Kamunting semakin meningkat dimana ia perlu diperbaiki atau ditambah nilai kerana orientasi insdustri yang telah berubah.

Justeru katanya, dengan perancangan yang dilaksanakan oleh Koridor Utara maka ia dapat menambahkan lagi kawasan industri sedia ada di Kamunting.

Malah katanya, permintaan untuk kemasukan pelabur yang melaksanakan industri baru juga dilihat semakin meningkat di kawasan itu dan menjadika keputusan untuk melaksanakan 'Greater Kamunting' dianggap sebagai sesuatu yang tepat.

"Kamunting merupakan satu kawasan industri yang telah wujud sekian lama dimana ia diwujudkan beberapa tahun lalu berasaskan industri yang diperlukan ketika itu, ini termasuklah industri berasaskan tekstil dan beberapa industri bersifat sederhana.

"Namun apa yang kita lihat sekarang, keperluan industri di kawasan ini perlu diperbaiki dan ditambah nilai memandangkan ada permintaan dikalangan pelabur di Kamunting telah berubah.

Kamunting yang merupakan antara kawasan industri utama di Perak itu diharap dapat lebih berkembang pesat di masa hadapan dengan kedatangan pelabur dari pelbagai industri baru.

Jelas beliau lagi, perancangan itu setakat ini telah pun dipersetujui oleh kerajaan pusat untuk membantu kerajaan negeri melaksanakan pelan pembangunan tersebut.

Zambry ditemui pada sidang media selepas melancarkan Asrama Amanjaya Harmoni yang dikelolakan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) di Taiping, Perak.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Exco Pendidikan yang juga Adun Kamunting, Datuk Mohd Zahir Abdul Khalid.

Full content generated by Get Full RSS.

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


MB bantu mangsa ribut <b>di Manjung</b> – Perak Today

Posted: 04 Feb 2012 07:59 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Nasib mangsa kejadian ribut di Manjung yang telah merosakkan lebih 190 buah rumah akhirnya mendapat perhatian daripada kerajaan negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sempat melawat ...

Kerajaan bantu 194 mangsa ribut <b>di Manjung</b> – Perak Today

Posted: 04 Feb 2012 07:07 PM PST

Nasib mangsa kejadian ribut yang membabitkan 194 rumah di Taman Perumahan Fasa 3A, dekat Seri Manjung mendapat perhatian segera daripada kerajaan negeri.

Petang semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turun padang sekali lagi untuk meninjau kerja membaiki bumbung yang rosak teruk akibat dipukul angin puting beliung.

Katanya, kawasan perumahan itu berada di laluan kepala angin yang menyebabkan sering berlaku ribut secara tiba-tiba dan kejadian terbaru petang kelmarin merupakan yang keempat setakat ini.

"Saya sendiri telah melawat dan melihat sendiri kesan kerosakan pada malam kejadian itu dan mengarahkan supaya kerja membaiki bumbung dilakukan dengan segera dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Dalam tempoh dua hari ini, kita lihat 40 peratus bumbung yang rosak telah diperbaiki dan ketika ini sedang menunggu bekalan yang dilaporkan habis secara tiba-tiba," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, setiap keluarga katanya, menerima RM200 sebagai bantuan segera dengan kos keseluruhan RM40,000 di bawah Tabung Bencana Alam negeri Perak.

"Bantuan RM300 juga disalurkan melalui Pejabat Menteri Besar dan ini bermakna setiap keluarga masing-masing menerima RM500 daripada kerajaan negeri bagi membeli keperluan rumah yang rosak akibat kejadian itu.

"Dua syarikat besar yang beroperasi di sini iaitu Boustead dan Vale masing-masing menyumbang RM10,000 bagi meringankan beban mangsa dan ia akan diuruskan oleh Pejabat Daerah," katanya lagi.

Zambry berkata, kejadian itu juga menyebabkan surau dan sekolah agama rakyat rosak teruk dan perlu dibaiki segera.

Sehubungan itu, kerajaan negeri tegasnya, akan membiayai kos membaiki surau itu terutamanya di bahagian balai lintangdengan segera.

Petang Khamis lalu, sebanyak 119 buah rumah di Taman Perumahan Fasa 3A, dekat Seri Manjung mengalami kerosakan bumbung selain peralatan perabot serta elektrik selepas di basahi air hujan dalam kejadian kira-kira 6.15 petang.

Kejadian itu merupakan paling buruk berlaku sejak setahun lalu, di mana sebanyak lima kejadian ribut dilaporkan berlaku di situ termasuk pada Julai tahun lalu yang melibatkan sebanyak 52 buah rumah penduduk di kawasan perumahan yang sama.

Seorang lagi mangsa, Shaari Zaini, 42, berkata selain mengalami kerosakan di bahagian bumbung rumah, cermin belakang kereta jenis Kancil yang diletak di depan rumah turut pecah akibat terkena serpihan atap yang berterbangan dalam kejadian tersebut.

"Selain cermin kereta, beberapa keping cermin tingkap rumah turut pecah selepas dilanggar serpihan sampah sarap yang berterbangan itu.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada seorang pun ahli keluarga cedera akibat kaca tingkap yang pecah itu," katanya.

Sementara itu,  Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rashidi Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira 6.15 petang semalam, hampir 200 buah rumah penduduk di Taman Perumahan Fasa 3A, Seri Manjung dan Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK) terlibat dalam kejadian tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

<b>Manjung</b> Mari: Zulkifli Noordin menjadi mangsa vandalisime <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2012 06:47 AM PST

Petang semalam semasa aku nak pi Tesco Manjung, tertera gambar Zul Kulim di Billboard Taman Berpadu nak masuk Tesco,,, oleh kerana mukanya jenis muka penipu teringin aku nak snap gambarnya..... sekadar buat simpanan...
Malam tadi kat surau sambil dol dengar ceramah maulidurasul dari Uztaz Zulkarnain Ipoh, dok sembang dengan beberapa sahabat,, terbuka cerita muka Zul kena conteng,,, aku tanya bila,,, si sahabat bagitau dari semalam... aku kata biar betul, sebab semalam aku pi Tesco elok gambarnya,, aku tunjuk bukti,, sisahabat mengeras lagi,, ia kata betui,, tk percaya jom pi tengok,, ajak sorang lagi member guna kereta kancil, tinggal ceramah, kami pi tengok,,,
Betui... memang gambarnya kena conteng..... Nasib kolah Zul,,,, nasib conteng aja,,, kalau jumpa muka bertemu muka silap-silap kena ludah....


Full content generated by Get Full RSS.