Ahad, 5 Februari 2012

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Perak dan Koridor Utara bakal wujudkan &#39;Greater <b>Kamunting</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2012 04:00 PM PST

Kerajaan Perak sedang merangka semula beberapa perancangan pembangunan masa depan negeri itu yang memerlukan kerjasama Koridor Utara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu kawasan perindustrian Kamunting merupakan kawasan menjadi fokus utama memandangkan ia berada di dalam lingkungan Koridor Utara.

Tambahnya, dengan pembangunan kawasan industri yang bakal dikenali sebagai 'Greater Kamunting' itu ia dijangka dapat bergerak terus sehingga ke kawasan Batu Kurau dan Larut dan sekaligus menggalakkan pelaburan di kawasan itu.

"Kita jangkakan ia dapat membantu untuk menambahkan lagi kawasan tapak industri di Kamunting dan terus berkembang sehingga ke kawasan Batu Kurau… dan ia dengan sendirinya kita dapat lihat pembangunan akan wujud terus sehingga ke kawasan Larut.

"Ini kerana kita lihat Larut agak sedikit tertinggal dari segi pembangunan dan juga dari segi pelaburan.

"Pihak Koridor Utara telah pun pada dasarnya bersetuju untuk sama-sama wujudkan kawasan pembangunan dan industri yang saya panggil Greater Kamunting dan kita harap ia dapat disegerakan.

Tambah Zambry lagi, apa yang dilihat sekarang adalah keperluan industri di kawasan Kamunting semakin meningkat dimana ia perlu diperbaiki atau ditambah nilai kerana orientasi insdustri yang telah berubah.

Justeru katanya, dengan perancangan yang dilaksanakan oleh Koridor Utara maka ia dapat menambahkan lagi kawasan industri sedia ada di Kamunting.

Malah katanya, permintaan untuk kemasukan pelabur yang melaksanakan industri baru juga dilihat semakin meningkat di kawasan itu dan menjadika keputusan untuk melaksanakan 'Greater Kamunting' dianggap sebagai sesuatu yang tepat.

"Kamunting merupakan satu kawasan industri yang telah wujud sekian lama dimana ia diwujudkan beberapa tahun lalu berasaskan industri yang diperlukan ketika itu, ini termasuklah industri berasaskan tekstil dan beberapa industri bersifat sederhana.

"Namun apa yang kita lihat sekarang, keperluan industri di kawasan ini perlu diperbaiki dan ditambah nilai memandangkan ada permintaan dikalangan pelabur di Kamunting telah berubah.

Kamunting yang merupakan antara kawasan industri utama di Perak itu diharap dapat lebih berkembang pesat di masa hadapan dengan kedatangan pelabur dari pelbagai industri baru.

Jelas beliau lagi, perancangan itu setakat ini telah pun dipersetujui oleh kerajaan pusat untuk membantu kerajaan negeri melaksanakan pelan pembangunan tersebut.

Zambry ditemui pada sidang media selepas melancarkan Asrama Amanjaya Harmoni yang dikelolakan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) di Taiping, Perak.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Exco Pendidikan yang juga Adun Kamunting, Datuk Mohd Zahir Abdul Khalid.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan