Isnin, 18 Jun 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


tongkat dari kinta: Pengarah JPN PAS perak <b>di</b>&#39;kambing&#39; hitamkan

Posted: 26 May 2012 03:45 PM PDT


dalam pilihan raya beberapa perkara boleh berlaku, saperti meletakkan calon untuk menang. tetapi ada juga calon diletakkan sabagai 'kambing hitam' hanya untuk bertanding melepaskan masaalah dalaman.
PAS Tambun pada ketika ini letak mencadangkan beberapa calon untuk bertanding di DUN Manjoi, tetapi calon tersebut bukan nya ahli dikawasan Tambun, tetapi di import. kebiasaan nya calon bagi sesuatu kerusi itu mesti dari kalangan kepimpinan Kawasan tersebut.
penulis lihat terdapat kepincang atau muslihat dalam memilih calon di DUN Manjoi, persoalan nya kenapa YDP Tambun (dr khairudin) tidak bertanding di kawasan nya sendiri sama ada di peringkat parlimen atau dun. beliau didapati telah mencalonkan diri nya sendiri untuk bertanding di Pengkalan Baru dalam parlimen Bruas. persoalan nya lagi apa kah beliau tidak yakin dengan kekuatan dalam dun manjoi.
penulis lihat ada beberapa konspirasi untuk mengkambing hitamkan Pengarah JPN PAS perak apabila beliau mencadang kan Pengarah bertanding di dun manjoi dan sebalik nya ia sendiri 'lari' keluar.
1. ahli dan pimpinan PAS kawasan Tambun sudah menolak YDP dalam mesyuarat agong kawasan pada pemilihan 2011. tetapi kerana terdapat nya beberapa 'parasit', pertandingan tersebut tidak dilaksanakan kerana konon nya ada arahan dari pusat supaya pertanding jawatan YDP di tiadakan.
2. masaalah dalaman tidak dapat diselesaikan oleh YDP kerana beliau adalah YDP yg 'tertinggi' kelayakan akedemik nya. beliau lebih utamakan hubongan nya dengan pihak luar terutama men jadi'ketua cabang 2' PKR tambun.
3. beliau mengejar 'kemenangan' dengan akan bertanding di Pengkalan Baru yang hanya tewas nipis undi majoriti nya 14 undi, di dun manjoi juga tewas nipis sebanyak 364 undi, tetapi di manjoi, masaalah yg tidak dapat beliau selesaikan amat membimbangkan nya.
4. jika kedua dua calon 'menang' dlm p/raya kelak, peluang YDP tambun untuk jadi 'menteri besar' sangat nipis kerana jawatan yg disandang oleh Pengarah JPN 'lebih kanan'. dengan meletakkan Pengarah bertanding di manjoi, (peluang PAS tewas lebih cerah), maka beliau menjadi calon yg 'senior' untuk jawatan tersebut. jika pakatan menang, YB Nizar kemungkinan tidak dicalonkan sebagai MB.
penulis mencadangkan pada Pengarah agar perkara ini dipandang 'serius' untuk survival politik Pengarah itu sendiri. beliau harus turun padang dan lihat sendiri 'masaalah' yg ditinggalkan oleh YDP tambun. adakan perbincangan di semua peringkat terutama cawangan cawangan. dapatkan maklumat yg jelas dari ketua cawangan daripada mendapat maklumat dari 'parasit' PAS tambun saperti Ketua Pemuda nya sendiri yg selalu memberi info yg salah.
penulis lebih sayangkan PAS dari individu yg akan merosakkan perjuangan PAS . penulis dan ahli PAS dari ulu kinta akan turun membantu jika pengarah tidak dikambing hitamkan. pengarah adalah saorang individu yg telah berjuang dalam PAS, jangan mudah pulak di'mainkan' oleh orang lain dalam politik kepartian.
akan menyusul, insyaallah

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Road to UiTM <b>Seri Iskandar</b> | gatal tangan... :D

Posted: 05 Jun 2012 08:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Lama sgt dah tak sampai ke Seri Iskandar ni, dah lebih 17 tahun rasanya...umur Alif, time tu UiTM pun blom ada lagi, yg ada cuma UTP di tengah2 hutan bakau, tapi skrg ni Seri Iskandar dah ada Tesco, KFC bagai, dah maju ...

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


GALERI FOTO HMS: Ceramah <b>Di</b> Markas PAS Kg Kuchai, <b>Bota</b>, Perak

Posted: 16 Jun 2012 11:06 PM PDT

16 Jun 2012, Sabtu

Penceramah terdiri daripada Dato Adnan Ibrahim, Dato Tarmizi Mohd Jam, Ustaz Mohd Ismi Md Taib dan HMS Abu Bakar.










07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Perompak Tersangkut Disiling <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 17 Jun 2012 04:29 PM PDT


Seorang daripada empat perompak yang menyebabkan kematian ahli perniagaan, Zulkifli Shamsuddin, 62, diberkas polis selepas didapati tersangkut pada bahagian siling rumah mangsa.

Suspek yang berusia 47 tahun gagal melarikan diri bersama tiga rakannya sebelum diberkas anggota polis yang tiba di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad berkata, siasatan mendapati empat lelaki memecah masuk rumah mangsa jam 4 pagi semalam sebelum mengikat pasangan berkenaan.

Menurutnya, mangsa memanjat bumbung dan memecah masuk melalui siling sebelum mengikat pasangan suami isteri itu. "Isteri Zulkifli, Radiah Kamarudin, 62, bagaimanapun berjaya membuka ikatan dan meminta bantuan penduduk berhampiran.

"Apabila polis sampai ke rumah itu, tiga penjenayah sudah melarikan diri manakala seorang lagi suspek diberkas di atas siling rumah mangsa," katanya.

Ghaffar berkata, Zulkifli ditemui terbaring di lantai dan didapati sudah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya terikat selain ada kesan cedera di bawah dagu.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat sebelum disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

"Kumpulan penjenayah melarikan barang kemas bernilai RM20,000 milik pasangan itu," katanya.

Warga emas meninggal dunia dalam samun <b>di Kuala Kangsar</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2012 11:19 AM PDT

KUALA KANGSAR: Seorang warga emas ditemui mati dengan kedua-dua tangannya diikat selepas disamun empat lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman Seri Melati di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad berkata, mangsa Mohamad Ali Samsuddin, 61, ditemui mati di rumahnya dalam kejadian samun pada jam 3.30 pagi tadi.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Ghaffar berkata, kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu baru sampai di rumah selepas selesai menguruskan perniagaan pasar mini mereka yang terletak 3 km dari rumah mereka.

Tiba-tiba, empat lelaki menyerbu masuk lalu mengikat mangsa, tetapi isterinya Rajiah Kamaruddin, 62, sempat menyelamatkan diri dengan meminta bantuan penduduk berhampiran menghubungi polis, katanya.

Katanya polis yang mendapat laporan berhubung kejadian itu dapat menangkap seorang lelaki berumur 47 tahun di rumah tersebut.

Mangsa ditemui rebah di lantai dan didapati sudah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya terikat dengan kesan cedera di bawah dagunya.
Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian samun itu.

Beliau berkata, lima jam kemudian polis memberkas dua lagi lelaki berumur 30-an di pekan Kuala Kangsar, manakala seorang lagi lelaki menghilangkan diri.

Pasangan suami isteri itu turut kehilangan barang kemas bernilai RM20,000 yang dilarikan oleh seorang lelaki yang masih menghilangkan diri.

- BERNAMA

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


JOM JALAN MAKAN: Menikmati cendol popular <b>di Sitiawan</b>

Posted: 15 May 2012 05:53 AM PDT

Di sitiawan ada satu gerai cendol yg sangat popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong. Kalau tak silap nama tuan kedai ni ialah James dan skrg diusahakan oleh isterinya. Gerai ni dulunya terletak di depan pasaraya Fajar (sekarang The Store) dan skrg berpindah di depan kuil hindu tak jauh dengan pasaraya The Store. Cendol kat gerai ni memang sedap dan sangatlah poplar, rasanya tak pernah lagi jumpa cendal kat tempat lain yg sesedap sini.


07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


(On Air) LIVE ceramah TG Nik Aziz <b>di Bagan Serai</b> - Himpunan Hijau <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2012 06:15 AM PDT


HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI PERAK

Penceramah 
1. TG Nik Aziz Nik Mat
 - Mursyidul Am PAS
2. Ust Abu Bakar Husin
 - Pesuruhjaya PAS Perak
3. Ir Hj Nizar Jamaluddin
 - AJK PAS Pusat

16 Jun 2012 9.30 malam
Markaz PAS Masjid Tinggi Bagan Serai

Rakaman Ceramah


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kerian</b> Terkini 2012

Posted: 13 Jun 2012 09:10 PM PDT

Tarikh Tutup Permohonan : 04 Julai 2012

MDK was established and gazetted on 1 September 1979. The declaration of MDK was made by His Royal Highness Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah on 5 September 1979. Before the establishment of Kerian District Council (MDK), an administration at local government level was established to function at administering and managing the administration at district level known as the Kerian Municipal Board on 1 July 1975.

Applications are invited from Malaysian citizens aged not less than 18 years to fill job vacancies and priority will be given to the people of the State of Perak.

1. PEGAWAI PENILAIAN (W41)

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (U29)

3. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA (N27)

CLICK HERE FOR JOB APPLICATION AND HOW TO APPLY

CLICK HERE FOR APPLICATION FORM

Advertisment

JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS DAERAH <b>KERIAN</b> (MDK <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2012 06:34 PM PDT


3 Kekosongan Jawatan:   Kerajaan / Government

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

1. PEGAWAI PENILAIAN (W41)
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (U29)
3. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA (N27)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN DAN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 4 Julai 2012

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Sah!! Bangunan Umno <b>Bukit Gantang</b> Akan <b>Di</b> Sita Hari Ini | Addin |

Posted: 14 Jun 2012 10:56 AM PDT


Menurut sumber yang masih tidak rasmi hari ini menyatakan proses penyitaan sebuah bangunan yang didakwa Bangunan yang didiami UMNO Bukit Gantang sudah boleh dan bakal diambil tindakan mahkamah iaitu penyitaan.
Kes ini telah 2 kali dibuat dakwaan dimahkamah terhadap pihak yang mendiami bangunan ini yang dipercayai kakitangan UMNO Bukit Gantang. Bacaan pertama tidak dimaklumkan apa keputusanya dan keputusan kedua (Hari ini) mahkamah telah mengeluarkan arahan menyita bangunan yang dimaksudkan.

Melalui pendakwa kes ini juga dimaklumkan pihak mahkamah Taiping telah membenarkan bangunan tersebut disita dari beroperasi bermula hari ini 14 June 2012 sehingga 05 July 2012. Ini bermaksud Bangunan yang dijadikan pejabat UMNO Bukit Gantang tidak boleh digunakan atau beroperasi sehingga tarikh tersebut, ini kerana dimaklumkan juga pihak UMNO Bukit Gantang secara diam-diam membuat bantahan dimahkamah tanpa pengetahuan pihak pendakwa. Sebarang harta benda yang berada didalam bangunan tersebut adalah dilarang dikeluarkan sehingga tempoh yang dinyatakan tadi.

Hari ini pihak pendakwa tidak dapat melakukan penyitaan bangunan yang dimaksudkan atas sebab dokumen perlantikan pihak keselamatan yang dilantik masih belum dapat disiapkan, dengan itu proses penyitaan ini akan dilaksanakan esok pagi 15 June 2012. ~orangni

Sempena Lawatan Muhyiddin, Bangunan Umno <b>Bukit Gantang Di</b> Sita

Posted: 15 Jun 2012 12:08 AM PDT

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Taiping Mali: Piket Lori <b>di</b> RR <b>Tapah</b> 1

Posted: 18 Jun 2012 08:34 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Orang Gaji Disuruh Berdiri Ketika Tuannya Makan Di Restoran... Gambar di bawah ini dirakam oleh seorang indiv... Demo oleh pengusaha lori pasir di RR Tapah. Pagi tadi, lebih 300 buah lor... Bekas AJK Umno Gopeng ...

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Gold Heart Swan: Beauty Fair <b>di Kinta</b> Riverfront Hotel, Ipoh

Posted: 17 Jun 2012 11:21 AM PDT

Kami akan berada di Ipoh pada hari Sabtu, 23 Jun 2012, dari jam 11 pagi hingga petang sempena Beauty Fair yang menayangkan semua produk Mary Kay.

Kalau selama ini anda hanya pernah dengar dan tengok orang bawa jalan-jalan beg Mary Kay, inilah saatnya untuk anda datang dan cuba produk secara percuma.

Saya dan beberapa orang dari Mary Kay akan berada di sana dan akan memberi anda sedikit lesson bagaimana menjaga wajah dan kemudian tunjukkan cara cuci wajah sendiri.

Ini adalah sesi berkongsi ilmu. Ilmu jaga wajah yang jarang-jarang diajar oleh orang tua kita. Mengapa mereka tidak ajar kita sewaktu kita kecil dulu? Kerana bukan semua bertuah memiliki ibu bapa yang pakar dalam bidang kecantikan! Kita belajar bagaimana cuci diri dan ambil wuduk, tapi tak pernah diajar mahu gosok wajah itu bagaimana? Kita main sental saja selama ini, tapi rupa-rupanya bukan itu caranya!

Jadi bagi anda yang datang dan booking tempat dengan saya in advance, kemudian datang bawa kawan, saya akan beri anda hadiah produk Mary Kay, bukan sampel. Sampel tak main! Barang yang harganya puluh-puluh tu...Saya nak anda bawakan saya 2 kawan saja, jadi dapatlah saya layan anda bertiga.

Cepat call saya dan book tempat anda, 0173016169!

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Lelaki lemas dihanyut air ketika memancing <b>di Gerik</b> – Perak Today

Posted: 17 Jun 2012 11:33 PM PDT

IPOH: Seorang lelaki yang dilapor hilang selepas dihanyut air ketika memancing bersama rakannya di sungai berhampiran Empangan Bersia, Gerik 170 km dari sini semalam, ditemui mati lemas.

Mayat Kamarulzaman Faizol Mohd Nor, 28, ditemui terapung di tempat kejadian oleh orang awam pada pukul 5.45 petang semalam dan dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, DSP Wan Jamil Wan Chik berkata lelaki itu bersama rakannya Afendi Abdul Wahab, 32, kedua-duanya berasal dari Sungai Petani, Kedah dikatakan pergi memancing di sungai berkenaan pada pukul 2 petang.

Beliau berkata air sungai itu dikatakan naik secara mendadak ketika mereka memancing di atas batu di tengah sungai itu, menyebabkan kedua-dua mereka berenang ke tepi untuk menyelamatkan diri.

"Afendi berjaya menyelamatkan diri tetapi mangsa hilang dibawa arus air yang deras," katanya ketika dihubungi hari ini.

- BERNAMA -

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


PROJEK MENANAM ANAK BAKAU <b>DI KUALA SEPETANG</b>

Posted: 06 May 2012 07:21 PM PDT

Oleh Aziehakim

Sk Sungai Setar - Pada 5 April 2012 yang lalu sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pejabat Hutan Taiping. Rombongan ini terdiri daripada 35 orang murid dari tahun 5 dan di iringi oleh 5 orang guru termasuk Guru Besar dan Pk Koko sekolah ini. Tujuan lawatan ini ialah untuk menyertai projek menanam anak bakau sempena Projek Kesedaran Alam Sekitar anjuran Pejabat Hutan Bakau.

Selain itu ia juga diharapkan dapat menyemai perasaan sayang kepada ekosistem semulajadi apabila murid mengalami sendiri pengalaman di habitat sebenar bakau. Sebelum menjalankan aktiviti menanam anak bakau semua ahli telah ditaklimatkan oleh Pegawai Pejabat Perhutanan Taiping terlebih dahulu. Selesai menjalankan aktiviti menanam anak bakau semua murid diberi peluang menikmati pemandangan di Kuala Sepetang. Rombongan bertolak pulang ke sekolah selepas selesai menikmati makan tengahari. 

 

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


4 penjenayah ditembak mati <b>di Batu Gajah</b> | Inimajalah

Posted: 19 Sep 2011 05:38 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]IPOH: Polis tembak mati empat penjenayah selepas berbalas tembakan di Jalan Changkat Larang, Batu Gajah, dekat sini, tengah malam tadi.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Rumah Untuk Disewa-Kampung Parit Abas <b>Kuala Kurau</b> Perak <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 07:24 PM PDT

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

Rumah Untuk Disewa-Kampung Parit Abas Kuala Kurau Perak-kawasan kampung rumah batu di Kampung Parit Abas Kuala Kurau Perak
Tuan Rumah: Melayu, Ada 2 bilik dan 1 bilik air. Mempunyai ruang tamu yang luas.
Dari luar jalan utama/besar hanya 500meter. Dekat pekan, dekat bank BSN dan RHB, dekat sekolah rendah kuala kurau, dekat masjid kuala kurau, Kedai-kedai pakaian, barang runcit dan pasar pagi/malam
Disekitar rumah- dekat surau 15m, dekat kedai runcit 10m, kedai jeruk 15m, kedai ikan masin 15m dan rumah jiran-jiran berdekatan.
Kuala Kurau merupakan kawasan berdekatan laut dan berdekatan dengan pusat pelancongan iaitu kuala gula.

Berminat-hubungi segera Pn Hajah Siti Sehah 60122853237 / Tn Hj Bakri 0175755230

By rumahsewa.com

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Penyeksaan ala Guantanamo <b>di Kamunting</b>?

Posted: 17 Jun 2012 10:19 PM PDT


"Nota penyeksaan" yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:

•Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman"

•"Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)"

•"Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk"

•Minyak panas dilumurkan ke kemaluan

•Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan

•Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari

•Mencucuh kemaluan dengan api rokok

•Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari

Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.

Malaysiakini

Program Jelajah Janji Ditepati Lautan Rakyat <b>di Kamunting</b>,Taiping

Posted: 17 Jun 2012 06:04 AM PDT


Inilah yang perlu kita bersatu untuk kembalikan semangat BN dan UMNO untuk mengekalkan BN di Perak.Tahniah Rakyat Perak bersama sama dengan pemimpin BN untuk kekal bersama kerajaan.