Khamis, 27 Disember 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


FOG: konvoi Majlis Perkahwinan Fahimi <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 13 Oct 2012 07:43 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 20 hb - 21 hb september 2012, salah seorang ahli fog, Fahimi telah melansungkan perkahwinan nya di parit buntar. Beliau menjemput ahli-ahli FOG untuk turut serta meramaikan Majlis Perkahwinannya itu. Berikut adalah gambar-gambai konvoi pada hari itu.






















07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Catatan perjalanan <b>di Kampar</b> « Lampu dan mentol&#39;s Blog

Posted: 19 Dec 2012 06:49 AM PST

Oleh Rizal Yob Ipoh

image

Kampar, 19hb Disember 2012 – Kisah "Sharing password" menjadi topik utama disini selain "Piket" yang baru berlaku di CIMB Ibu pejabat. Ahli – ahli yang bertanya di Maybank ini ingin tahu lanjut mengenai perkembangan serius ini yang telah menjadi bualan di bank terbabit.

image

Mereka yang hadir mendengar dengan tekun penerangan yang disampaikan oleh Sdra Damanhuri Ajk Nube Ipoh mengenai kes beliau kendalikan yang masih dalam sisatan. Selain itu, sesi penerangan juga berbicara mengenai "Piket-piket" yang telah diadakan sebelum ini dimana ianya adalah "legal" mengikut undang – undang.

image

Sebelumnya, kami juga menemui ahli – ahli Nube di kawasan sekitar seperti CIMB dan Public Bank. Maklumat tepat telah kami di CIMB dimana rata – rata ahli – ahli dihalang dari buat kerja lebih masa "Ot". Isu ini diperjelaskan lebih lanjut dan kami ambil perhatian atas peneranganya, maka kami berhajat untuk bertemu dengan pengurusan CIMB ini tidak lama lagi. Namun, kami terpaksa menunda isu untuk ditanyakan kerana pengurus berkaitan bercuti.

image

Dalam hal lain pula di Public Bank, kami dimaklumkan pengurus bahawa ada antara ahli – ahli "datang lewat" ke tempat kerja.
Ia mengejutkan kami yang datang ke cawangan ini dan terus sahaja kami bertanya dakwaan kepada Irc.

image

Jawapan yang didengar Irc dibidas dan dinafikan oleh Irc kerana cerita itu hanya direka-reka oleh pengurusnya supaya kenyataan itu diperbesar – besarkan dan diputar belitkan untuk mengalih pandangan kami yang hadir ke banknya.

Laporan GGIT untuk Nube

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Belog Miss Kinuko: BERCUTI <b>DI TELUK INTAN</b>, PERAK

Posted: 03 Oct 2012 07:32 PM PDT

Al-kisah, Teluk Intan  tempat aku dibesarkan dari baby sampailah umur aku mencecah 10 tahun...walaupun aku dilahirkan di Batu Pahat, Johor, tapi parents aku menetap di Teluk Intan ketika itu...lepas umur aku 10 tahun, parents aku ambil keputusan untuk pindah balik ke tanah air sendiri....sadis jugak aku masa tu apa taknye, di Teluk Intan tu banyak kenangan manis yang susah untuk aku lupakan selain orangnye baik2, makanan sedap2, bandar tak berapa sibuk macam kat Johor...dan yang paling penting aku ada keluarga angkat di sana...mereka lah yang mengasuh aku dari baby sampailah dewasa...air tangan mak angkat aku memang power (sama power dengan mak aku sendiri) abah angkat aku pun baik & penyayang orangnye..sebab tu la hingga ke hari ni family aku masih mengenang budi diaorang..dah macam family sendiri!
4 hari berada di Perak, rasa sekejap je...rasa tak puas....seronok sangat bila mak angkat aku melayan selera aku & adik aku yang mengade2 lebih tu..hehe...paling best bila kitaorang pekena sambal tempoyak, gulai tempoyak ikan keli, nasi goreng (paling sedap di dunia), bihun goreng & macam2 lagi...stay 4 hari je berat badan aku pun meningkat...tu belum campur tolak kali bahagi makan kat luar...sambil jalan2, sambil makan masakan orang Perak....sedap2 belaka beb!!!
Nasi goreng paling sedap yang pernah aku rasa..!!
Breakfast yang sungguh menyelerakan!!
Dinner di tepi Sungai Teluk Intan
Lepas makan, lepak di Dataran Menara Condong Kiri : mak angkat, mak kandung..cyg kamu berdua!!hehe Aku pun enterprem jugak.. Bergambar kenangan di rumah family angkat ku...

Insyaallah tahun depan, aku akan ke Teluk Intan lagi...kali ni
kitaorang rancang nak bercuti ke Pulau Pangkor..
tak sabar nak tunggu!!


Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Pemplet “Bertaburan” <b>di Seri Manjung</b> « Lampu dan mentol&#39;s Blog

Posted: 23 Dec 2012 09:47 PM PST

Oleh Muhammad Syukri Mustapha

image

Seri Manjung, 20hb Disember 2012 – Gerakan Gempur Ipoh Team (GGIT) telah sekali lagi ke kawasan ini dalam misi penerangan dan penyebaran risalah dari NUBE untuk ahli – ahli NUBE dan masyarakat di Manjung, Perak.

image

Mengambil masa sejam setengah pihak kami berjaya mengedarkan risalah (Pemplet) mengenai kezaliman dan penindasan sebuah bank terkenal di Malaysia seperti pusat – pusat perniagaan, gedung – gedung membeli belah serta tempat letak kereta disekitar bandar ini.

image

Bertujuan untuk memberitahu masyarakat di Seri Majung akan perbuatan bank berkenaan kami juga sempat melawat ke beberapa bank – bank dikawasan ini iaitu Maybank dan Muaamalat untuk menyerahkan risalah dan seterusnya memberi maklumat kesedaran kepada ahli – ahli yang kami ditemui.

Laporan GGIT untuk NUBE

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Edisi Jalan-Jalan : Water Rafting <b>di Slim River</b> - hitam putih kehidupan

Posted: 24 Dec 2012 05:45 PM PST

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

22 Dec 2012, Sat.

Sepatutnya, hari ni aku pi survey rumah kat Kajang, tapi sebab Jijah (adik Sue) call aku masa
on the way balik dari office tu Jumaat dalam time Maghrib camtu, dia tanya.. "Kak Zie nak join tak
office kitorang ada aktiviti water rafting esok, director kitorang tak boleh join last minit.. Akak nak pi tak? percuma jer. opis kitorang dah bayar RM200 sorang, akak cuma kena bayar RM10 jer untuk tol dan minyak.." "Macam menarik.." aku pulak balas.. memang dah lama teringin nak join aktiviti macam ni, tapi kekangan masa, kekangan geng dan of course kekangan kewangan kan.. RM200 nak buat menda2 camni? Banyak lagi kot duit tu boleh aku agih dan peruntukan yang lebih penting.. hehehe... *alasan orang kedekut dan berkira* kuikuikuiii.. So aku cakap nanti aku confirmkan dulu dengan kawan, ubah tarikh tengok rumah.. so bersetuju la aku join aktiviti lasak water rafting ittew... See, last minit pun jadik...

So keesokan paginya, aku pi la amek Jijah kat umah Sue, soh dia tunggu depan guard. Kami kuar dalam pukul 730 pagi, sebab katanya pukul 8 pagi dah nak bertolak sebab janji nak start aktiviti tu dalam pukul 1030 pagi. Dipendekkan cerita, pukul 845 pagi kami start gerak dari Ampang. Dari 22 orang yang patut join, sorang tak join last minit.. tak sempat nak cari replacement dah taim tu... Kami pergi menaiki van office dorang *aku jer orang luar, hehehe* Kami pergi 3 van milik PLM Engineering yang bertempat di Dataran Palma, Ampang ni. Jijah kenalkan aku sebagai kakak dia kat kawan2 opismate dia.. hehehe.. tapi lama2 tau jugak, kawan kakak dia daaaa... hahaha... Si Roshidi tu la beriya-iya tanya sebab cakap of course muka tak sama kan... suara lain, suara aku lembut katanya.. yer ke? auuumm... lembut bukan sebarang lembut, suara lembut tapi orang tetap ganas.. hahaha.... kasar ni, tak nampak? hahahahaha

Sampai sana, kami lapor diri dan tukar pakaian kepada track suit.. Semua barang perlu ditinggalkan di dalam kenderaan masing2, bawak badan sahaja. Kemudian kami diberi jacket dan helmet keselamatan. Kemudian kami menaiki another truck/pick-up/ pajero untuk ke sungai bagi aktiviti itu. Depa budak2 laki naik satu pick-up truck berdiri 18 orang, kami pompuan naik pajero dalam 6 orang.. Untuk ke sungai, kami dibawa melalui jalan tanah merah yang sangat mencabar. Jalan tidak rata, tanah merah, dan berlopak2 bagai... Menarik dan agak mencabar. Huh, lega bila dalam setengah jam perjalanan kami sampai di sungai. Sewaktu sampai, satu group sedang menjalani sessi briefing. Lebih kurang 45 minit seterusnya barulah sesi briefing kumpulan kami dan satu group lagi yang aku agak masih sudent, memandangkan rupa2 yang masih muda. Ramai jugak, dalam 30 orang rasanya geng dorang. Gerun pulak mendengar briefing pasal cara-cara dan kaedah keselamatan kalau lemas, terjatuh dan lain-lain lagi.. tak terfikir pulak sebelum ni... Selepas sesi briefing, Ng, salah sorang budak pompuan group kami yang tidak sihat menarik diri... so tinggallah 20 orang sahaja dari group kami.

Kemudian kami dikehendaki berjalan mengharungi sungai ke sungai yang lagi satu di bawah untuk mengambil tempat di boat/pelampung masing2. Aku, Jijah, Rashidi, Faisal Kecik dan Faizal Habib satu boat, bersama seorang pembantu yang merupakan orang asli yang menjadi guardian kepada boat2 kami. Mereka yang akan memberi arahan mengikut briefing mengendalikan boat yang telah kami dengar tadi. Right/Left/ Back/ Front/Stop/Forward/Backward.. antara term2 yang digunapakai dalam aktiviti water rafting ini. Paling kelakar aku rasa, sewaktu sesi latihan, si Faisal Kecik (memang kecik dan comeyy sangat orangnya) dah terjatuh dalam air dah, adoi... Air baru paras betis tu.. Satu boat kami tu tergelak sakan.. sesi latihan pun dah jatuh dah... Cepat2 si kecik comey ni melompat masuk dalam boat, malu jugak barangkali.. tapi seb baik dia pun ok dan sporting.. hadoiii la... kelakar sungguh hang ni, Kecik..

Kemudian, sesi kami pun bermula.... Memang mencabar dan memerah tenaga, namun pengalaman yang sangat-sangat-sangatttt bessttt! Yang aku tahu, stage kami tu tak la teruk sangat, stage 3, belum tahap yang lebih mencabar lagi.. Tapi, pada aku ok kot for beginning/ beginner. Kami berkemudi di sepanjang sungai tu selama sejam setengah dengan 2 kali berhenti. Menurut chief brieffing tadi, kalau air kurang, biasa akan mengambil masa dalam 2 jam untuk sampai di penghujung.

Sekali lagi, si Faisal Kecik ni terjatuh sewaktu melalui jurang yang boleh tahan curam dan dalam dalam ekspidisi kami... Aku yang berada di belakang dia terpegun dan terkaku dalam 2 second melihat dia terjunam dari boat, namun pantas bertindak meletakkan dayung dan bangun memegang tali jacket keselamatan dibahagian bahu, untuk rescue mengikut tunjuk ajar sewaktu briefing tadi. Nasib baik juga Kecik berjaya memegang tali yang berada di sisi boat. Sewaktu tu hanya aku dan guardian kami yang perasan, Jijah, Shidi dan Faizal awalnya tak menyedari lagi sebab kalut kendalikan boat  supaya kembali stable. Kemudian masing2 tersedar selepas mendengar teriakan rescue dari guardian kami di bahagian belakang boat. Aku tak mampu mengangkat Kecik berseorangan atas sebab keadaan badannya yang separuh badan di sebelahku, dan separuh badan dia lagi di sebelah Faizal, jadi Faizal yang baru menyedari turut membantu. Namun Shidi yang berada di sebelah kiri boat turut datang membantu, maka aku lepaskan kepada 2 guy itu menjalankan kerja2 rescue, dan kembali ke bahagian tempatku. Kang tak balance pulak boat tu, huhu.. lagi haru.. Dengan 3 kali kiraan, Kecik berjaya di bawa kembali ke boat. Hah, lega... 2 kali hang jatuh Kecik oiii..tu la ringan sangat agaknya.. adoiii...

Akhirnya ekspidisi kami selamat sampai di kawasan penamat. Kemudian kami mendaki tangga yang kecil dan curam, melalui kawasan semak-samun menghala ke arah kenderaan yang sudah sedia menanti untuk membawa kami kembali ke kem. Kali ini, di perjalanan pulang kami dibawa melalui jalan lain yang biasa2 sahaja. Kami melalui kawasan perumahan orang asli yang sudah dibina kembali. Kemudian, sesampai di kem, kami mandi dan kemas diri, makan tengahari di pukul 330 petang, kemudian pukul 430 kami bergerak balik ke KL. sampai di kawasan opis dalam pukul 6.

Sesudah itu masing2 membalikkan diri ke rumah masing2.. dengan sengal2 dan lenguh di seluruh badan, namun experience yang bestt.... Dan aku pulak dapat kawan2 baru lagi.. hihihiiiii

NotakakiHD : memang fun..! kalau boleh nak pi lagi... gambau so far belum ada, kalo ada ku tepek barang seketul dua, okeh.. :)

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Sebuah Lagi PASTI Ditubuhkan <b>di</b> Kawasan <b>Padang Rengas</b>

Posted: 26 Dec 2012 05:47 PM PST


Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas terus mengorak langkah dalam melebarkan pendidikan pra sekolah berteraskan Al Quran kepada masyarakat apabila berjaya menubuhkan sebuah lagi PASTI baru di Cawangan Kota Lama Kiri.

Dengan sokongan pihak pemuda cawangan yang diterajui oleh saudara Farid ditambah dengan bimbingan Al Fadhil Ustaz Jamaluddin b. Ahmad (YDP Pas Kawasan), mudah- mudahan urusan penubuhan dan pentadbiran PASTI ini akan dipermudahkan oleh Allah dalam melahirkan generasi yang memahami dan mengamalkan Al Quran dan Sunnah.

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Latihan <b>di</b> Gerik : <b>Pengkalan Hulu</b> | | YA |

Posted: 10 Nov 2012 08:52 PM PST

Tinggal di rumah yang cukup hebat ini. Seronok tidak terhingga. Seperti gayanya "Night At The Museum". Setiap yang ada didalamnya banyak seperti selayaknya yang ada dalam sebuah muzium. Terletak di Segamat, Johor milik Sime Darby. Kami menjadi tetamu kepada kekandanya HH, pengurus ladang ini.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Aktiviti mesra keluarga <b>di kuala kurau</b> - perjalanan yang non-stop <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2012 07:46 AM PST

Tujuan utama hari ni nak menziarah dan menunaikan jemputan kenduri kawen mak su suamiku (belah arwah ayah). Ni kali ke dua aku ke kuala kurau. Suami ku kata kat sini mudah nak dpt mkanan laut yang segar... tp tak berkesempatan nak makan kat gerai atau beli tuk masak sendiri.. huhuh
ni la mak su suamiku... muda dr kami lagi.... kelakar rasanya bila yang muda2 dh pangkat tok la nek la.. tp pangkat punya hal ikut aje la :-)
maksu dan paksu di atas pelamin

adik beradik belah arwah ayah (FIL)

semua ajk kenduri berbaju unggu :-)

sesi potong kek setelah orang ramai balik.. yang tinggal sanak sedara aje :-)

ni di rumah pak long depan rumah kenduri td.. biasa la anak beranak .. adik beradik kumpul bina rumah sebelah menyebelah, tak pun depan2... huhuh


MIL aku dh lama tak mai sini.. katanya lebih kurang last tahun 2005

sesi bergambar ahli keluarga dengan pengantin .. serba unggu :-)

Setelah berakhirnya kenduri, kami ke rumah berdekatan juga tp ke rumah sedara mara MIL aku pula... rupanya nenek MIL aku masih ada lagi. Umurnya mencecah 90++ tahun. Masih cantik kulitnya, sihat cuma tak nampak aje..MIL aku harini asyik berlinang air mata.. agaknya melepaskan kerinduan yang lama tertahan... Nenek MIL aku tu maknanya moyang suamiku dan secara langsung nyet kepada anakku luth wafiy.. tp sayang lupa nk ambil gmbr. agaknya bila dtg semula masih ada lagi ke tak nyet wafiy tu??... mudah2an perjumpaan seterusnya masih ketemu lagi :-)

setelah berpeluk cium mendengar cerita dulu2 akhirnya kami ke rmah toksu pula... yang ni belah ayah MIL aku... rupanya semua duk sekitar situ aje.. huhuhu.. tp kat sini bestnya betul2 dekat ngan pokok padi.... sape tak kenal padi leh mai sini :-)

wafiy bergambar dengan sebidang padi milik toksu 

dpt sentuh pokok padi kecil2.. aku jumpa padi pun masa tahun 1 masa di ukm ada program ke kedah... jadi monyet terkinja2 suka tgk padi yang menguning ketika itu... huhuhu

pemandangan petang di kuala kurau



parit ni di depan rumah toksu... belakang rumah berpemandangan padi2... best tul...


aktiviti wafiy di rumah toksu.. bermain dengan kucing.. kucing ni mananya oucang.. huhuhu


akhirnya dpt juga pegang bulu kucing tp kejap jek... geli kot :-)

Akhirnya jam 8.15 baru bergerak dr rumah toksu untuk hala ke penang plak.. katanya hanya 45 minit dr kuala kurau :-).. perjalanan yang non stop sungguh dr semalam :-)