Khamis, 27 Disember 2012

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Edisi Jalan-Jalan : Water Rafting <b>di Slim River</b> - hitam putih kehidupan

Posted: 24 Dec 2012 05:45 PM PST

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

22 Dec 2012, Sat.

Sepatutnya, hari ni aku pi survey rumah kat Kajang, tapi sebab Jijah (adik Sue) call aku masa
on the way balik dari office tu Jumaat dalam time Maghrib camtu, dia tanya.. "Kak Zie nak join tak
office kitorang ada aktiviti water rafting esok, director kitorang tak boleh join last minit.. Akak nak pi tak? percuma jer. opis kitorang dah bayar RM200 sorang, akak cuma kena bayar RM10 jer untuk tol dan minyak.." "Macam menarik.." aku pulak balas.. memang dah lama teringin nak join aktiviti macam ni, tapi kekangan masa, kekangan geng dan of course kekangan kewangan kan.. RM200 nak buat menda2 camni? Banyak lagi kot duit tu boleh aku agih dan peruntukan yang lebih penting.. hehehe... *alasan orang kedekut dan berkira* kuikuikuiii.. So aku cakap nanti aku confirmkan dulu dengan kawan, ubah tarikh tengok rumah.. so bersetuju la aku join aktiviti lasak water rafting ittew... See, last minit pun jadik...

So keesokan paginya, aku pi la amek Jijah kat umah Sue, soh dia tunggu depan guard. Kami kuar dalam pukul 730 pagi, sebab katanya pukul 8 pagi dah nak bertolak sebab janji nak start aktiviti tu dalam pukul 1030 pagi. Dipendekkan cerita, pukul 845 pagi kami start gerak dari Ampang. Dari 22 orang yang patut join, sorang tak join last minit.. tak sempat nak cari replacement dah taim tu... Kami pergi menaiki van office dorang *aku jer orang luar, hehehe* Kami pergi 3 van milik PLM Engineering yang bertempat di Dataran Palma, Ampang ni. Jijah kenalkan aku sebagai kakak dia kat kawan2 opismate dia.. hehehe.. tapi lama2 tau jugak, kawan kakak dia daaaa... hahaha... Si Roshidi tu la beriya-iya tanya sebab cakap of course muka tak sama kan... suara lain, suara aku lembut katanya.. yer ke? auuumm... lembut bukan sebarang lembut, suara lembut tapi orang tetap ganas.. hahaha.... kasar ni, tak nampak? hahahahaha

Sampai sana, kami lapor diri dan tukar pakaian kepada track suit.. Semua barang perlu ditinggalkan di dalam kenderaan masing2, bawak badan sahaja. Kemudian kami diberi jacket dan helmet keselamatan. Kemudian kami menaiki another truck/pick-up/ pajero untuk ke sungai bagi aktiviti itu. Depa budak2 laki naik satu pick-up truck berdiri 18 orang, kami pompuan naik pajero dalam 6 orang.. Untuk ke sungai, kami dibawa melalui jalan tanah merah yang sangat mencabar. Jalan tidak rata, tanah merah, dan berlopak2 bagai... Menarik dan agak mencabar. Huh, lega bila dalam setengah jam perjalanan kami sampai di sungai. Sewaktu sampai, satu group sedang menjalani sessi briefing. Lebih kurang 45 minit seterusnya barulah sesi briefing kumpulan kami dan satu group lagi yang aku agak masih sudent, memandangkan rupa2 yang masih muda. Ramai jugak, dalam 30 orang rasanya geng dorang. Gerun pulak mendengar briefing pasal cara-cara dan kaedah keselamatan kalau lemas, terjatuh dan lain-lain lagi.. tak terfikir pulak sebelum ni... Selepas sesi briefing, Ng, salah sorang budak pompuan group kami yang tidak sihat menarik diri... so tinggallah 20 orang sahaja dari group kami.

Kemudian kami dikehendaki berjalan mengharungi sungai ke sungai yang lagi satu di bawah untuk mengambil tempat di boat/pelampung masing2. Aku, Jijah, Rashidi, Faisal Kecik dan Faizal Habib satu boat, bersama seorang pembantu yang merupakan orang asli yang menjadi guardian kepada boat2 kami. Mereka yang akan memberi arahan mengikut briefing mengendalikan boat yang telah kami dengar tadi. Right/Left/ Back/ Front/Stop/Forward/Backward.. antara term2 yang digunapakai dalam aktiviti water rafting ini. Paling kelakar aku rasa, sewaktu sesi latihan, si Faisal Kecik (memang kecik dan comeyy sangat orangnya) dah terjatuh dalam air dah, adoi... Air baru paras betis tu.. Satu boat kami tu tergelak sakan.. sesi latihan pun dah jatuh dah... Cepat2 si kecik comey ni melompat masuk dalam boat, malu jugak barangkali.. tapi seb baik dia pun ok dan sporting.. hadoiii la... kelakar sungguh hang ni, Kecik..

Kemudian, sesi kami pun bermula.... Memang mencabar dan memerah tenaga, namun pengalaman yang sangat-sangat-sangatttt bessttt! Yang aku tahu, stage kami tu tak la teruk sangat, stage 3, belum tahap yang lebih mencabar lagi.. Tapi, pada aku ok kot for beginning/ beginner. Kami berkemudi di sepanjang sungai tu selama sejam setengah dengan 2 kali berhenti. Menurut chief brieffing tadi, kalau air kurang, biasa akan mengambil masa dalam 2 jam untuk sampai di penghujung.

Sekali lagi, si Faisal Kecik ni terjatuh sewaktu melalui jurang yang boleh tahan curam dan dalam dalam ekspidisi kami... Aku yang berada di belakang dia terpegun dan terkaku dalam 2 second melihat dia terjunam dari boat, namun pantas bertindak meletakkan dayung dan bangun memegang tali jacket keselamatan dibahagian bahu, untuk rescue mengikut tunjuk ajar sewaktu briefing tadi. Nasib baik juga Kecik berjaya memegang tali yang berada di sisi boat. Sewaktu tu hanya aku dan guardian kami yang perasan, Jijah, Shidi dan Faizal awalnya tak menyedari lagi sebab kalut kendalikan boat  supaya kembali stable. Kemudian masing2 tersedar selepas mendengar teriakan rescue dari guardian kami di bahagian belakang boat. Aku tak mampu mengangkat Kecik berseorangan atas sebab keadaan badannya yang separuh badan di sebelahku, dan separuh badan dia lagi di sebelah Faizal, jadi Faizal yang baru menyedari turut membantu. Namun Shidi yang berada di sebelah kiri boat turut datang membantu, maka aku lepaskan kepada 2 guy itu menjalankan kerja2 rescue, dan kembali ke bahagian tempatku. Kang tak balance pulak boat tu, huhu.. lagi haru.. Dengan 3 kali kiraan, Kecik berjaya di bawa kembali ke boat. Hah, lega... 2 kali hang jatuh Kecik oiii..tu la ringan sangat agaknya.. adoiii...

Akhirnya ekspidisi kami selamat sampai di kawasan penamat. Kemudian kami mendaki tangga yang kecil dan curam, melalui kawasan semak-samun menghala ke arah kenderaan yang sudah sedia menanti untuk membawa kami kembali ke kem. Kali ini, di perjalanan pulang kami dibawa melalui jalan lain yang biasa2 sahaja. Kami melalui kawasan perumahan orang asli yang sudah dibina kembali. Kemudian, sesampai di kem, kami mandi dan kemas diri, makan tengahari di pukul 330 petang, kemudian pukul 430 kami bergerak balik ke KL. sampai di kawasan opis dalam pukul 6.

Sesudah itu masing2 membalikkan diri ke rumah masing2.. dengan sengal2 dan lenguh di seluruh badan, namun experience yang bestt.... Dan aku pulak dapat kawan2 baru lagi.. hihihiiiii

NotakakiHD : memang fun..! kalau boleh nak pi lagi... gambau so far belum ada, kalo ada ku tepek barang seketul dua, okeh.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan