Ahad, 11 September 2011

07 di manjoi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di manjoi - Google Blog Search


<b>manjoi</b>.my: Pasar Ramadhan <b>di</b> sekitar Gugusan <b>Manjoi</b> (sepanjang <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2011 09:08 AM PDT

Klik pada gambar untuk saiz sebenar.

Bermula hari ini, 1 Ogos 2011, Pasar atau Bazar Ramadhan dibuka setiap hari, sepanjang bulan Ramadhan ini (1 hingga 29 Ogos).

Di dalam Gugusan Manjoi, Pasar Ramadhan diadakan di tempat yang biasa seperti tahun-tahun yang lalu, iaitu di tempat letak kereta Pasar Manjoi. Pasar Ramadhan ini bermula sekitar pukul 3 petang dan berakhir sekitar pukul 7 malam.

Pasar Ramadhan di tempat letak kereta Pasar Manjoi

Di luar Gugusan Manjoi, Pasar Ramadhan yang paling dekat ialah di sepanjang Jalan Jelapang Selatan 1, berhampiran Taman Kledang Raya dan Kampung Tengku Hussein Hujong. Kerana kedudukannya berhampiran Silibin, Pasar Ramadhan ini juga popular di kalangan orang bukan Islam.
Di Jalan Jelapang Selatan 1

Pasar Ramadhan juga diadakan di tapak pasar malam Taman Jati, Jelapang (pasar malam setiap hari Jumaat), berhampiran Taman Meru. Pasar Ramadhan ini pun popular di kalangan orang bukan Islam.
Selain daripada itu, terdapat banyak gerai-gerai kecil, sama ada secara bersendirian ataupun secara kluster,  yang didirikan di seluruh Gugusan Manjoi, terutamanya di bulan Ramadhan ini. Antara lokasi yang popular ialah di Jalan Baginda, Jalan Padang, Lebuh Rajawali dan Jalan Baru.
Jalan Baginda, Kg. Manjoi

Seperti biasa, keadaan lalulintas di kawasan sekitar Pasar Ramadhan ini sesak dengan kereta, motorsikal dan pejalan kaki. Keadaan lebih sesak selepas pukul 4.30 petang, apabila waktu pejabat tamat bagi sesetengah pekerja. Ketiadaan pihak berkuasa juga menyulitkan keadaan.

Oleh itu, kami minta kerjasama semua pihak untuk berhati-hati semasa memandu, kurang kelajuan anda dan tumpukan perhatian terhadap pemanduan anda. Kanak-kanak dan warga emas adalah kelompok yang biasa juga mengunjungi Pasar Ramadhan ini. Disebabkan ketiadaan laluan khas untuk pejalan kaki dan laluan melintas jalan, kami pohon semua pihak supaya bertimbang rasa dan utamakan keselamatan.

Jika anda boleh berjalan ke Pasar Ramadhan ini, silalah berjalan kaki. Jika anda berkenderaan, dan mampu berjalan, tolong letakkan kenderaan anda agak jauh dari kawasan yang sudah sedia sesak. Kerjasama semua pihak akan memudahkan semua pengunjung dan peniaga, dan dapatlah kita membeli-belah dengan selesa.

Jadilah sebahagian dari penyelesaiannya.
.

07 di langkap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di langkap - Google Blog Search


Nurul Aqila, Gadis bertudung licik mencuri solo jadi buruan polis |

Posted: 23 Aug 2011 06:24 PM PDT

No of View :1595

Seorang gadis bertudung menjadi buruan polis selepas dikesan licik menjalankan kegiatan mencuri secara solo dengan taktik berpura-pura mencari pekerjaan.

Gadis itu didakwa menggunakan kelebihan rupa paras dan tutur kata manis untuk memukau mangsa. Gadis dikenali sebagai Nurul Aqila, berkulit cerah dan memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter itu didakwa amat licik memperdaya mangsa dengan berpura-pura memohon kerja di premis menjual telefon bimbit sebelum melarikan barangan seperti telefon bimbit, kad tambah nilai dan beberapa aksesori telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kes itu dikesan pada jam 10 pagi, 12 Julai lalu apabila suspek yang berbaju kurung hitam mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar, Langkap, di sini.

Menurutnya, suspek menemui pemilik kedai sebelum bertanyakan kerja kosong.

"Mangsa terus mengambilnya bekerja selepas gadis itu mereka cerita kononnya baru enam bulan berkahwin dan mahu bekerja untuk menyara hidup.

"Selepas kira-kira 20 minit bekerja di kedai itu, suspek kemudian meminta izin dari majikannya untuk ke kedai fotostat berdekatan dengan alasan membuat salinan kad pengenalan.

 "Pemilik kedai telefon bimbit itu bagaimanapun mula pelik apabila suspek yang keluar seketika tidak muncul semula," katanya.

Mangsa menyedari dua telefon bimbit berjenama terkenal berharga RM3,000 hilang dari rak pameran di dalam premis.

Beliau berkata, mangsa yang menyedari diperdaya gadis itu membuat laporan di Balai Polis Langkap.

"Gadis itu sekali lagi menggunakan taktik sama dua hari lalu dengan memperdaya seorang pemilik premis menjual telefon bimbit.

"Suspek yang berpura-pura mencari pekerjaan melarikan satu telefon bimbit dan 100 keping kad tambah nilai dianggarkan RM4,000 keseluruhannya tetapi suspek tidak sedar wajahnya dirakam kamera litar tersembunyi (CCTV) mangsa di kedai di Langkap," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

07 di padang rengas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di padang rengas - Google Blog Search


Ketua PKR <b>Padang Rengas</b>, Alias Zenon ditemui 12 jam selepas <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 03:59 PM PDT

No of View :312

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Rengas, Alias Zenon (gambar) yang dilarikan empat penyamun semalam, ditemui selamat di Plaza Tol Changkat Jering, dekat sini, awal pagi ini.

Beliau dipercayai ditinggalkan kumpulan berkenaan di kawasan tersebut pukul 1.30 pagi selepas dilarikan dari rumahnya di Padang Rengas, kira-kira 12 jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Muhamad berkata, mangsa yang hanya mengalami luka ringan menghubungi salah seorang rakannya untuk meminta bantuan.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan dan diambil keterangan di IPD Kuala Kangsar.

"Pihak polis masih berusaha mengesan penjenayah dan kereta Mercedes-Benz milik mangsa yang dilarikan kumpulan tersebut.

"Motif sebenar kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Alias, 73, ketika ditemui selepas memberikan keterangan di IPD Kuala Kangsar hari ini berkata, kejadian berlaku sejurus selepas beliau tiba di rumahnya dengan kereta pukul 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, pada masa ini, beliau yakin kejadian itu bermotifkan samun dan menolak kemungkinan berunsurkan politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

07 di kinta - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kinta - Google Blog Search


: Super <b>Kinta</b> - Kompleks Yik Foong - Bazar Bulat

Posted: 04 Sep 2011 10:56 PM PDT

SUPER KINTA



Super Kinta dah wujud lama sebelum pasaraya Jusco, Ipoh Parade dan Tesco. Tempat membeli-belah paling grand pada zamannya. Melebihi Emporium di pekan Batu Gajah ketika itu. Hehe. Tapi sayang hayatnya berakhir setelah wujud pasaraya yang lebih moden dan lengkap infrastukturnya. Sempat jugak aku berdating pada tahun 2002. Masa tu baju-baju di atas rak dah tak banyak, rata-rata dah tinggal suku sahaja.
Pasaraya ni terletak di tingkat atas Pasar Besar Ipoh.
Di bahagian bawahnya terdapat pasar ikan, daging, sayur, babi, buah-buahan dan bahan-bahan memasak. Di tingkat satu terdapat gerai buah-buahan, ubat-ubatan tradisional, Juga terdapat kedai buku, permainan dan perhiasan rumah. Surau dan tandas juga disediakan. .Di tingkat bawah pulak ada menjual barang antik seperti di pasar Loken.
Oh ye, di tingkat satu ada kedai menjual kaset, aku lupa nama kedainya. Kalau nak dapatkan kaset (masa tu takde CD ) sinilah tempatnya. Dan juga tempat men'Dubbing Lagu" pilihan..
Zaman kecik-kecik dulu, aku mesti melompat bila bapak aku kata nak pergi Super Kinta. Aku pernah terlost dari pandangan family aku beberapa ketika asyik membelek permainan. Department permainan di Super Kinta antara yang terbesar di Malaysia. Manyakk syiokk... Aku tak dapat beli barang permainan yang mahal-mahal macam Maskman, Transformers atau kereta kontrol..cuma yang murah-murah aje, Hotwheels. Tu pun dah gumbira gila.
Studio jamming Pak SYJ masih wujud hingga kini. Pada tahun 2005 aku pernah bawak dua budak untuk audition vokal bagi mencari pelapis baru vokalis kumpulan SYJ.
**********************************************************************************

KOMPLEKS YIK FOONG



Kompleks Yik Foong terletak di Jalan Laksamana berhampiran Super Kinta. Tidak ada pasaraya di Malaysia sepertinya kerana kedai-kedai di dalamnya seperti rumah teres (kedai sebuah-sebuah). Seperti di Kinta City (tidak termasuk Jusco). Dulu ada pusat permainan video di tingkat atas sekali kononnya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Tapi aku redah aje, zaman tu umur 14 tahun.
Dulu tak ada pun peniaga Melayu berniaga, susah kot nak bersaing dengan peniaga Cina. Kalau ada pun hanya pembantu jualan atau pencuci tandas sahaja. Sedih.. Tapi awal tahun 2000 dah ada peniaga Melayu, nama kedai dia PC Blossom. Aku baik jugak dengan owner kedai tu, Kak Teh namanya. (kak Teh tu bini Pian Shizuka). Berjaya jugak aku beli RAM512 dengan harga yang sangat murah. Sekarang dah banyak peniaga Melayu antaranya Bozok dan ape tah lagi aku lupa namanya.
Kedai Melody Music satu-satunya yang menjual kaset sampai sekarang. Stabil sungguh ekonominya. Carilah apa jenis genre muzik, semua ada dari pop indon, dangdut, rock, punk, oi!, blues hingga ke black metal.
Dulu Kompleks Yik Foong ni selalu jadi port bergaduh. Macam-macam puak ada. Tak lupa jugak tempat memperagakan fesyen pakaian dikalangan peminat muzik antaranya punk dan metal. (Doktor Bentara, sila beri penjelasan, haha)
Kompleks Yik Foong ketika ini terkenal dengan penjualan barangan komputer. Banyak lot kedai bersaing sesama sendiri menawarkan harga yang menarik. Lebih kurang macam di Kompleks Low Yatt, Kuala Lumpur.
Di saat ini pun aku masih teringat lagi keenakan masakan Meggi di kedai bahagian bawah tanah. Apa nama kedai Cina tu aku dah lupa. Sekali sekala aku singgah pekena, melepaskan gian bersama dengan air longsoi. Pergghh...
Band SYJ sempat merakamkan kenangan di Yik Foong dalam album Khudrat (tahun 1990).
**********************************************************************************

BAZAR BULAT



Bangunan di atas antara mercu tanda yang menjadi nostalgia kepada sesiapa yang membesar di bandaraya Ipoh sekitar tahun 70'an dan 80'an. Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin dan berhampiran dengan Jubilee Park di pusat bandar Ipoh. Sayangnya bangunan ini telah dirobohkan pada penghujung 90'an dan kini ia dijadikan kawasan parkir kereta. Adoi...!

Dulu, aku selalu singgah ke Bazar Bulat lepas membeli belah di Super Kinta. Ape lagi kalau bukan makan nasi ayam. Sambil mata menjeling ke arah pusat permainan video.
Bangunannya unik macam donut kerana ia berbentuk bulat. Bangunan ini menempatkan pelbagai jenis kedai antaranya kedai pakaian, pusat permainan video dan snooker. Bazar Bulat juga dikenali kerana restoran nasi ayamnya yang terkenal iaitu restoran Nasi Ayam Bazar Bulat serta sebuah studio rakaman yang dikenali sebagai Studio SYJ di mana sebuah kumpulan rock tempatan yang terkenal sekitar tahun 80'an iaitu SYJ telah ditubuhkan di sini.

07 di gerik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di gerik - Google Blog Search


Razif lawat tentera <b>di Gerik</b> | Darul Iman

Posted: 03 Sep 2011 01:53 PM PDT

KUALA TERENGGANU 2 Sept. (Utusan) – Seramai 370 anggota tentera serta 10 pegawai dari 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Pantai, Seberang Takir yang ditugaskan di Kem Sri Banding Gerik, Perak dikunjungi Exco kerajaan negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman di kem itu baru-baru ini.

Dalam kunjungan itu, Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Takir berkesempatan berbuka puasa bersama anggota tentera yang diketuai Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel Nasharuddin Mohamad.

Kesemua 380 anggota tersebut adalah dalam tugasan mengawal sempadan Malaysia-Thailand mulai 15 Julai lalu dan dijadual tamat pada 10 September ini.

Dalam kunjungan itu juga, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan barangan kepada anggota-anggota tentera terlibat sempena Hari Raya Aidilfitri

Advertisement

di negeri perak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri perak - Google Blog Search


Coretan Hati, Luahan Rasa » Masakan Rendang <b>Negeri Perak</b>

Posted: 28 Aug 2011 09:10 PM PDT

Korang pernah dengar rendang tok tak? Siapa yang pernah dengar, angkat tangan macam saya….Bagi yang tak tahu, rendang tok ni adalah sejenis makanan yang terkenal di negeri Perak. Tiap-tiap tahun bila datangnya Aidilfitri kebanyakan orang Perak memang tak miss la dengan rendang tok ni.

Menurut kata Nafisah Yeop Abdullah @ Mak Nin yang mengasaskan produk rendang tok (Rujuk Kosmo http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm), "Mengikut sejarah, rendang tok dianggap paling istimewa kerana dahulu ia hanya dihidangkan di istana untuk santapan diraja. Sebab itu ia digelar rendang tok kerana 'tok' adalah gelaran untuk orang-orang kenamaan,"

Rendang tok Perak tak sama dengan rendang negeri lain. Mestilah kan, setiap negeri ada keistimewaan rendangnya yang tersendiri. Rendang ni sedap kalau dimakan dengan lemang, ketupat atau nasi impit. Pergh, sedap sehingga menjilat kaki jari. Bahan-bahannya AI tak ingat sangat tapi antara bahan yang digunakan ialah bahan-bahan untuk tumis (macam-macam la ada dalam tuh), santan yang sangat banyak, kerisik, gula kabung atau gula merah dan semestinya daging (kampung AI guna daging kerbau).

Keluarga AI memang akan masak rendang tok setiap kali menjelang hari raya. Sejak AI kecik sampai la sekarang. Yang bestnya mak AI suka masak rendang tok ni pakai cara lama……guna kayu api. Jadi, sempena hari raya yang akan disambut esok (insyaAllah), AI nak kongsikan gambar-gambar macam mana rendang tok dibuat. Memang mencabar bila pakai kayu api ni sebab kita kena kawal api tu. Jangan besar sangat, jangan kecil sangat (api kecik bila nak masak bro). Pastu kena tahan asap yang berkepul-kepul. Confirm masak sambil mengalir air mata, hehe. Khas untuk tatapan sesiapa yang tak pernah tengok. Gambar ni AI ambik tahun 2009 dulu.

Sebelum masak, nyalakan api dulu

Ni la kawah untuk masak rendang

Masuk bahan-bahan untuk tumis.

Masukkan rempah ratus.

Kena selalu kacau.

Dah masuk daging

Dah masuk santan

Hampir siap dimasak. Daun tu untuk lembutkan daging.

Rendang yang dah siap dimasak

Itulah dianya Rendang Tok negeri Perak. Sesiapa yang rasa macam teringin tu, cari-cari la orang Perak. Tahun ni agak sedih sikit sebab AI tak dapat bersama keluarga di hari raya pertama. Tak dapat la nak sama-sama memasak rendang tok ni. Takpe, insyaAllah kalau panjang umur…tahun depan ada lagi.

Kepada semua pembaca/bloggers…SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved