Ahad, 11 September 2011

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


: Super <b>Kinta</b> - Kompleks Yik Foong - Bazar Bulat

Posted: 04 Sep 2011 10:56 PM PDT

SUPER KINTA



Super Kinta dah wujud lama sebelum pasaraya Jusco, Ipoh Parade dan Tesco. Tempat membeli-belah paling grand pada zamannya. Melebihi Emporium di pekan Batu Gajah ketika itu. Hehe. Tapi sayang hayatnya berakhir setelah wujud pasaraya yang lebih moden dan lengkap infrastukturnya. Sempat jugak aku berdating pada tahun 2002. Masa tu baju-baju di atas rak dah tak banyak, rata-rata dah tinggal suku sahaja.
Pasaraya ni terletak di tingkat atas Pasar Besar Ipoh.
Di bahagian bawahnya terdapat pasar ikan, daging, sayur, babi, buah-buahan dan bahan-bahan memasak. Di tingkat satu terdapat gerai buah-buahan, ubat-ubatan tradisional, Juga terdapat kedai buku, permainan dan perhiasan rumah. Surau dan tandas juga disediakan. .Di tingkat bawah pulak ada menjual barang antik seperti di pasar Loken.
Oh ye, di tingkat satu ada kedai menjual kaset, aku lupa nama kedainya. Kalau nak dapatkan kaset (masa tu takde CD ) sinilah tempatnya. Dan juga tempat men'Dubbing Lagu" pilihan..
Zaman kecik-kecik dulu, aku mesti melompat bila bapak aku kata nak pergi Super Kinta. Aku pernah terlost dari pandangan family aku beberapa ketika asyik membelek permainan. Department permainan di Super Kinta antara yang terbesar di Malaysia. Manyakk syiokk... Aku tak dapat beli barang permainan yang mahal-mahal macam Maskman, Transformers atau kereta kontrol..cuma yang murah-murah aje, Hotwheels. Tu pun dah gumbira gila.
Studio jamming Pak SYJ masih wujud hingga kini. Pada tahun 2005 aku pernah bawak dua budak untuk audition vokal bagi mencari pelapis baru vokalis kumpulan SYJ.
**********************************************************************************

KOMPLEKS YIK FOONG



Kompleks Yik Foong terletak di Jalan Laksamana berhampiran Super Kinta. Tidak ada pasaraya di Malaysia sepertinya kerana kedai-kedai di dalamnya seperti rumah teres (kedai sebuah-sebuah). Seperti di Kinta City (tidak termasuk Jusco). Dulu ada pusat permainan video di tingkat atas sekali kononnya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Tapi aku redah aje, zaman tu umur 14 tahun.
Dulu tak ada pun peniaga Melayu berniaga, susah kot nak bersaing dengan peniaga Cina. Kalau ada pun hanya pembantu jualan atau pencuci tandas sahaja. Sedih.. Tapi awal tahun 2000 dah ada peniaga Melayu, nama kedai dia PC Blossom. Aku baik jugak dengan owner kedai tu, Kak Teh namanya. (kak Teh tu bini Pian Shizuka). Berjaya jugak aku beli RAM512 dengan harga yang sangat murah. Sekarang dah banyak peniaga Melayu antaranya Bozok dan ape tah lagi aku lupa namanya.
Kedai Melody Music satu-satunya yang menjual kaset sampai sekarang. Stabil sungguh ekonominya. Carilah apa jenis genre muzik, semua ada dari pop indon, dangdut, rock, punk, oi!, blues hingga ke black metal.
Dulu Kompleks Yik Foong ni selalu jadi port bergaduh. Macam-macam puak ada. Tak lupa jugak tempat memperagakan fesyen pakaian dikalangan peminat muzik antaranya punk dan metal. (Doktor Bentara, sila beri penjelasan, haha)
Kompleks Yik Foong ketika ini terkenal dengan penjualan barangan komputer. Banyak lot kedai bersaing sesama sendiri menawarkan harga yang menarik. Lebih kurang macam di Kompleks Low Yatt, Kuala Lumpur.
Di saat ini pun aku masih teringat lagi keenakan masakan Meggi di kedai bahagian bawah tanah. Apa nama kedai Cina tu aku dah lupa. Sekali sekala aku singgah pekena, melepaskan gian bersama dengan air longsoi. Pergghh...
Band SYJ sempat merakamkan kenangan di Yik Foong dalam album Khudrat (tahun 1990).
**********************************************************************************

BAZAR BULAT



Bangunan di atas antara mercu tanda yang menjadi nostalgia kepada sesiapa yang membesar di bandaraya Ipoh sekitar tahun 70'an dan 80'an. Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin dan berhampiran dengan Jubilee Park di pusat bandar Ipoh. Sayangnya bangunan ini telah dirobohkan pada penghujung 90'an dan kini ia dijadikan kawasan parkir kereta. Adoi...!

Dulu, aku selalu singgah ke Bazar Bulat lepas membeli belah di Super Kinta. Ape lagi kalau bukan makan nasi ayam. Sambil mata menjeling ke arah pusat permainan video.
Bangunannya unik macam donut kerana ia berbentuk bulat. Bangunan ini menempatkan pelbagai jenis kedai antaranya kedai pakaian, pusat permainan video dan snooker. Bazar Bulat juga dikenali kerana restoran nasi ayamnya yang terkenal iaitu restoran Nasi Ayam Bazar Bulat serta sebuah studio rakaman yang dikenali sebagai Studio SYJ di mana sebuah kumpulan rock tempatan yang terkenal sekitar tahun 80'an iaitu SYJ telah ditubuhkan di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan