di negeri perak - Google Blog Search |
Coretan Hati, Luahan Rasa » Masakan Rendang <b>Negeri Perak</b> Posted: 28 Aug 2011 09:10 PM PDT Korang pernah dengar rendang tok tak? Siapa yang pernah dengar, angkat tangan macam saya….Bagi yang tak tahu, rendang tok ni adalah sejenis makanan yang terkenal di negeri Perak. Tiap-tiap tahun bila datangnya Aidilfitri kebanyakan orang Perak memang tak miss la dengan rendang tok ni. Menurut kata Nafisah Yeop Abdullah @ Mak Nin yang mengasaskan produk rendang tok (Rujuk Kosmo http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm), "Mengikut sejarah, rendang tok dianggap paling istimewa kerana dahulu ia hanya dihidangkan di istana untuk santapan diraja. Sebab itu ia digelar rendang tok kerana 'tok' adalah gelaran untuk orang-orang kenamaan," Rendang tok Perak tak sama dengan rendang negeri lain. Mestilah kan, setiap negeri ada keistimewaan rendangnya yang tersendiri. Rendang ni sedap kalau dimakan dengan lemang, ketupat atau nasi impit. Pergh, sedap sehingga menjilat kaki jari. Bahan-bahannya AI tak ingat sangat tapi antara bahan yang digunakan ialah bahan-bahan untuk tumis (macam-macam la ada dalam tuh), santan yang sangat banyak, kerisik, gula kabung atau gula merah dan semestinya daging (kampung AI guna daging kerbau). Keluarga AI memang akan masak rendang tok setiap kali menjelang hari raya. Sejak AI kecik sampai la sekarang. Yang bestnya mak AI suka masak rendang tok ni pakai cara lama……guna kayu api. Jadi, sempena hari raya yang akan disambut esok (insyaAllah), AI nak kongsikan gambar-gambar macam mana rendang tok dibuat. Memang mencabar bila pakai kayu api ni sebab kita kena kawal api tu. Jangan besar sangat, jangan kecil sangat (api kecik bila nak masak bro). Pastu kena tahan asap yang berkepul-kepul. Confirm masak sambil mengalir air mata, hehe. Khas untuk tatapan sesiapa yang tak pernah tengok. Gambar ni AI ambik tahun 2009 dulu. Itulah dianya Rendang Tok negeri Perak. Sesiapa yang rasa macam teringin tu, cari-cari la orang Perak. Tahun ni agak sedih sikit sebab AI tak dapat bersama keluarga di hari raya pertama. Tak dapat la nak sama-sama memasak rendang tok ni. Takpe, insyaAllah kalau panjang umur…tahun depan ada lagi. Kepada semua pembaca/bloggers…SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! |
You are subscribed to email updates from di negeri perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan