Sabtu, 28 April 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana <b>Langkap</b> <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2012 04:40 AM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


RM80,000 disalurkan kepada mangsa banjir <b>di Manjoi</b> – Perak Today

Posted: 24 Feb 2012 10:05 PM PST

Nasib 245 mangsa banjir kilat di Gugusan Manjoi awal pagi Isnin lalu mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang menyumbangkan bantuan bernilai RM80,000.

Setiap mangsa menerima wang tunai RM300 yang diharap dapat meringankan beban mereka untuk menanggung beban perbelanjaan harian dan membeli barang kelengkapan rumah yang rosak.

Salah seorang penerima, Jamiah Chu, 42 dari Kampung Tengku Husin, berkata beliau gembira kerana wakil rakyat Barisan Nasional (BN) begitu prihatin dengan nasib yang menimpa keluarganya yang sudah kali mengalami kejadian banjir.

Katanya, barangan elektrik rumah seperti mesin basuh dan peti ais yang rosak akibat ditenggelami banjir yang berlaku awal pagi Isnin lalu.

"Selain rumah saya, empat lagi rumah jiran turut dinaiki air pada paras lutut dan kejadian banjir terbaru ini merupakan yang terburuk pernah kami alami," katanya kepada Perak Today.com selepas menerima bantuan itu daripada Ahmad Husni di dewan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taufiqiah, Kampung Tengku Hussin, dekat Ipoh, hari ini.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, beliau juga berpuas hati dengan bantuan segera yang dihulurkan oleh agensi kerajaan bagi membantu mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri dan wakil rakyat BN yang begitu prihatin dalam menjaga kebajikan  mangsa banjir di Gugusan Manjoi," katanya lagi.

Rakannya, Siti Norhalijah Ahmad, pula berkata akibat hujan lebat beberapa jam, air Sungai Pari melimpah lalu menyebabkan rumahnya yang terletak berdekatan sungai ditenggelami air.

"Kejadian berlaku secara tiba-tiba dan paras air naik hingga mencecah lutut.

"Bagi mengelak kejadian tidak diingini, kami sekeluarga dipindahkan sementara ke pusat pemindahan banjir yang disediakan," katanya lagi.

Beliau berkata, keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri dan wakil rakyat sedikit sebanyak dapat menceriakan hati mangsa yang hampir setiap tahun terpaksa berhadapan dengan masalah banjir.

Isnin lalu, lebih 200 penduduk dari sekitar Gugusan Manjoi terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter akibat hujan luar biasa yang turun awal pagi ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Manjoi Lama, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Taman Muhibbah, Lim Garden dan Kampung Sungai Terap, dekat Batu Gajah.

Akibat rempuhan arus yang deras, sebuah jambatan konkrit berdekatan Taman Wing Onn juga runtuh dan beberapa buah sekolah turut ditutup pagi ini termasuklah SK Sungai Pari dan SK Puteri, dekat Buntong.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Akibat Menyampah, Ceramah Hassan Ali <b>Di Parit Buntar</b> Kena Ejek

Posted: 02 Apr 2012 07:26 PM PDT









TERKINI!!! Hasan Ali sedih dapat layanan buruk dari orang PAS Parit Buntar
Program roadshow saya di Parit Buntar di adakan di Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar. Kehadiran amat memuaskan - sekitar 5 ribu orang. Ust Hafiz Nordin menjadi penceramah pertama. Agak sedih kerana ada di kalangan yang hadir yang saya percaya merupakan teman-teman PAS/PR telah cuba mengganggu ceramah beliau apabila Ust Hafiz mula menceritakan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Parit Buntar banyak meninggalkan kenangan buat saya. Disinilah saya memulakan karier politik saya sebagai ahli parlimen. Namun agak menyedihkan apabila ada teman-teman akrab saya di Parit Buntar ini terpaksa mengenepikan semangat ukhuwwah Islamiyah hanya kerana saya bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Saya masih berharap agar tali silaturrahim tidak akan terputus hanya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza.- fb Hassan Ali

Kasihan bila membaca keluhan Hasan Ali dalam FB mengulas ceramahnya di Parit Buntar. Kasihan kerana Hasan Ali tidak dilayan macam dulu oleh orang PAS. Kasihan, mungkin pertama kali ceramahnya diganggu sepanjang ceramahnya ke seluruh negara. Pulak tu di Parit Buntar, tempat dia pernah jadi Ahli Parlimen.

Wahai Hasan Ali, siapa yang ketepikan semangat ukhuwwah? orang PAS atau Hasan Ali. Setakat mari ceramah Selamatkan Akidah orang PAS Parit Buntar tak akan marah, tapi isu akidah digunakan untuk hentam PAS di kubu PAS. Siapa yang tak marah?

Nak ceramah Selamat Akidah, ceramah la orang PAS Parit Buntar tak kisah. Sebab PAS dah lama perjuangkan akidah orang Islam. Masalahnya, bila ceramah bab akidah salahkan PAS, salahkan Pakatan Rakyat. Apa cite, orang PAS Parit Buntar bukannya bodo, bukan tak tak tahu isu murtad.

Ukhuwwah la dengan UMNO kerana ceramah itu pun Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai guna atas nama Majlis Belia Daerah Kerian. MDK pun baik punya bagi kemudahan, lepas tolong sediakan kemudahan untuk ceramah. MDK nak turun pula bendera PAS sepanjang jalan di Parit Buntar, sebab UMNO sakit mata.

Memang orang PAS Parit Buntar dan Bagan Serai yang meramaikan ceramah itu, bukan kerana nak sokong Hasan Ali dan bukan juga nak ganggu ceramah. Cuma nak dengar penampilan baru Hasan Ali lepas dipecat oleh PAS.

Bila orang PAS dah mai, ceramah la bab Selamatkan Akidah, ini tidak dok belasah PAS, dok belasah pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan semua orang PAS boleh tahan sabar. Itu pun pimpinan PAS Parit Buntar minta orang PAS bertenang. Tak la sampai baling batu, maki, sepak terajang macam Samseng UMNO ganggu ceramah PR.

Baru sikit orang PAS bising dah minta polis tolong, yang samseng UMNO bermaharaja lela ganggu ceramah PAS di kawasan lain. Polis buat dek, macam tak berlaku apa-apa. Sampai Samseng UMNO baling batu melayang atas kepala polis pun, polis tak ambil tindakan.

Cukup la Hasan Ali nak bersandiwara. Kalau nak berjuang akidah, berjuang betul-betul. Ramai orang PAS akan sokong. Tapi berjuang isu akidah kerana ada maksud lain. Tak payah la nak gebang kat orang PAS Parit Buntar.

UMNO dah jaja merata kononnya, orang PAS dah kalih buktinya ramai yang pi ceramah Hasan Ali. Simpan la angan-angan tu. Orang PAS Parit Buntar bukan mudah kalih hanya dengan satu ceramah macam tu.

Tahniah la kepada Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai kerana berjaya bawa Hasan Ali ceramah di Parit Buntar setelah lama dia mengidam nak ceramah di Parit Buntar.Tapi kenapa UMNO Bagan Serai, mana UMNO Parit Buntar? ~

paspb

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


JOHARIWINDOWS: HAPPY BIRTHDAY TO ALL OF YOU TODAY <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2012 12:00 PM PDT

Birthday Cards, Free Birthday eCards, Greeting Cards, Greetings from 123greetings.com

HAPPY BIRTHDAY TO ALL OF YOU TODAY FROM ABANG JO AT http://johariwindows.blogspot.com---------birthday/ Cards, Free Birthday eCards, Greeting Cards, Greetings from 123greetings.com

Assalamualaikum.

Hello Happy Birthday Lin Azman Johari, Puteri NAJIHA CASSANDRA dan Che IDA HANOM, how are you? Apa khabar you disana? Teman baru dan keluarga baru ku dari Facebook kita bertemu. Terima kasih ku uchapkan pada mu yang jauh disana.

Please visit us at our site below, just copy and paste to your browser;

http://johariwindows3.blogspot.com;

http://johariwindows4.blogspot.com;

http://johariwindows.blogspot.com;

http://blogmakergoodprice.blogspot.com;

http://lasteamedmuffins.blogspot.com;

http://shangrilacatering.blogspot.com;

http://mro1homestay.blogspot.com;

http://boutiquebusanacassandra.blogspot.com;

http://twinkletwinscome2me.blogspot.com;

http://princessfionaemylia.blogspot.com;

http://captainmeoreskandar.blogspot.com;

http://mymommymaktok.blogspot.com;

http://thisworldthatilovesomuch.blogspot.com;

http://okydokykaraoke.blogspot.com;

http://puterinajiha1.blogspot.com;

http://puterifarrahin.blogspot.com;

http://rikicafe.blogspot.com;

http://kopiipohcafe.blogspot.com;

http://traditionalmalaycuisine.blogspot.com;

http://muffindanrojakla.blogspot.com;

http://oohlalahjommakan.blogspot.com;

Ada berita baik buat kamu semua teman teman Facebook, kami sekarang ada anak saudara baru. MIA ZAHRA SOFEA oleh Mama Zura dan CINTA NUR QASEH oleh Mama Farrah Cassandra. Congratulations to both of them, as we are proud and happy for both of them. Mari kita bersama berdoa moga Mia Zahra Sofea dan Cinta Nur Qaseh selamat sihat dan dipanjangkan umur didunia kita ini.

Terima kasih kami uchapkan dari kami sekeluarga di Ipoh dan juga keluarga yang jauh di Toronto, Canada.

Wish you and your family well, always in good health.

Happy Birthday To You Chef Lina today is the 27th of April it's your day to celebrate the best you know how, have a great one! Wish you the best of health and happiness.

Salam hormat dari Chef Lina dan Abang Jo.

P.S. TEMUI SAYA DAN JANGAN KETINGGALAN UNTUK SINGGAH SEBENTAR DI RUANGAN "THIS AND THAT!".......KISAH ANDA MUNGKIN ADA DI SUDUT ITU.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Radioactive legacy of <b>Bukit Merah</b> rare earths processing plant <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 11:34 PM PDT

Some of the surviving residents of Bukit Merah are still plagued with severe health problems. Until this very day, the Malaysian authorities refuse to acknowledge that the radioactive waste was responsible for the sudden escalation of health problems among the residents

Today, the government is the official custodian of this repository in Bukit Merah. This site in Bukit Merah is declared as a restricted and dangerous dump site for radioactive materials but a curtain of official silence has descended on it. Has the government not learnt from Bukit Merah?

The Lynas project is likely to be a replay of the ARE fiasco but on a much larger scale.

The benefits gained by Malaysia from the Lynas investment are very little relative to the risks involved. Whilst the profits of the project go to Lynas (untaxed) and the few Malaysian companies that are involved in the construction of and the provision of supplies to the Gebeng rare earth plant, the radioactive waste will remain in
Malaysian soil for hundreds of years.

Lynas issue: Not learning from bitter experience —The Malaysian Insider,  Richard Pendragon, April 12, 2012 "……..Bukit Merah The history of the rare earth industry in Malaysia is little known to most Malaysians. Most Malaysians in fact think that the Lynas project in Pahang is the first time Malaysia has been associated with this industry.
Few Malaysians actually know that there was a rare earth plant in Bukit Merah, Perak, which has been closed some 10 or more years ago, following a ruling by the High Court of Malaysia that the company involved was in negligence, and that the radioactive waste generated by the plant was dangerous and had to be removed and secured in a safe
place away from people for hundreds of years.

The evidence of the hazardous legacy of this rare earth plant is still present in our midst as a reminder to every one of the risks involved.
All you need is to take a trip to Bukit Merah and you will see the
existence of a restricted site where the toxic radioactive waste has
been stored in specially engineered concrete cells, and entombed
deeply in a repository, to prevent any leakage of radiation from the
radioactive waste for the next few hundred years.

The company that was involved in the rare earth plant was called Asian
Rare Earth Sdn Bhd (ARE). This was a joint venture established between
Mitsubishi Chemical Corp (MCC) of Japan, Beh Minerals Sdn Bhd, the
local partner and the government, through Tabung Haji in the early
nineties.

ARE was based in Menglembu, Ipoh and the joint venture was founded on
the basis that the local partner  would supply the raw materials
(tailings from the many tin mines in Perak) and MCC would provide the
technology and expertise to extract the rare earth minerals, by a
cracking process.

In this cracking process, along with the extraction of rare earth
minerals such as Monazite, Xenotime, Zircon, Yttrium etc, a waste
product called thorium hydroxide is produced and this substance is
radioactive.
Experts brought in to present evidence in support of the court hearing
against ARE testified that prolonged exposure to radiation leaked from
the radioactive waste materials from ARE's rare earth plant would be
harmful to the health of the residents living in the Menglembu area,
where the plant was located.

ARE was subsequently closed and wound up.

The shareholders of the company had to engage a highly specialised
radioactive waste management consultancy firm from the US, called
Dames and Moore, to relocate, treat and dispose of the radioactive
waste from the dump site in Menglembu to a safe repository. The cost
of the whole exercise ran into hundreds of millions of US dollars to
contain radiation leak from the radioactive waste.

Meanwhile local residents have blamed the ARE refinery for the high
numbers of birth defects and leukaemia cases within the last five
years in a community of 11,000 — after many years of local history
with no leukaemia cases. Seven of the leukemia victims have died.

Some of the surviving residents of Bukit Merah are still plagued with severe health problems. Until this very day, the Malaysian authorities refuse to acknowledge that the radioactive waste was responsible for the sudden escalation of health problems among the residents

Today, the government is the official custodian of this repository in
Bukit Merah. This site in Bukit Merah is declared as a restricted and
dangerous dump site for radioactive materials but a curtain of
official silence has descended on it.
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/lynas-issue-not-learning-from-bitter-experience-richard-pendragon

April 28, 2012 - Posted by | health, HISTORY

No comments yet.

Seharian <b>Di Bukit Merah</b> Laketown Resort | Admiral&#39;z Legacy

Posted: 18 Mar 2012 05:03 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Seharian Di Bukit Merah Laketown Resort. Pada 2,3 minggu yang lepas, aku & rakan-rakan serumahku telah berpeluang untuk ke Bukit Merah Laketown Resort. Pada awalnya, kami merancang untuk ke Pulau Pangkor, tapi ...

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


MOH...KITE LAWAN YEOP!!!: Masalah Air <b>Di Gerik</b> Terus Berlarutan

Posted: 10 Apr 2012 06:42 PM PDT

Semalam sampai bergaduh-gaduh kerana lori yang masuk untuk membekal air hanya masuk satu peringkat di kawasan felda bersia asyik-asyik lorong itu sahaja yang dapat air...orang lain pun nak guna air juga. Semalam beberapa orang telah menahan lori supaya masuk ke lorong lain sama...alhamdulilah semua penduduk felda dapat merasa semua bekalan air.




















07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


IdrisTalu: Limau Bali <b>di Tambun</b>, Ipoh

Posted: 11 Mar 2012 11:15 PM PDT

ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu


Limau bali juga disebut sebagai limau abung atau limau besar (kerana saiznya agak besar) atau limau tambun. Dinamakan "Limau tambun" kerana ia nya banyak ditanam di Tambun, suatu pecan kecil di Lembah Kinta, berhampiran Ipoh.

Limau tambun dinamakan sebagai citrus grandis (L) dalam bahasa saintifiknya. Dalam bahasa Inggeris limau tambun disebut pamelo.


Di Semenanjung Tanah Melayu ini, limau tambun banyak ditanam di Tambun, di sekitar Changlun, Kedah, di Kelantan, di Melaka dan juga di Pahang (Raub & Bentung).

Limau tambun dikatakan memang berasal dari daerah Asia Tenggara ini.

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Pengkalan Hulu</b> Malaysia Terkini <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 07:26 AM PDT

Tarikh Tutup Permohonan : 27 April 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Pembantu Undang-Undang Gred L29

2. Pembantu Penguatkuasa Gred N17

3. Pekerja Awam Gred R1

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Limau tambun: 382. RESTORAN KOLEKSI JAM...<b>di TANJUNG MALIM</b>

Posted: 25 Apr 2012 03:15 AM PDT

Balik dari Kuala Lumpur tengahari tadi singgah kat Tanjung Malim. Cadang nak tibai ayam kampung kat Restoran Wak. Sampai kat Restoran Wak, tutup pulak hari ni. Dah target time elok-elok sampai Tg Malim  jam 1.30 tengahari supaya tak payah nak beratur kat luar kedai...tutup pulak.
Perut dah berkeroncong tak kan pulak tak layan...Takpe di depan sikit ada restoran masakan Cina Halal. Restoran Garden Seafood. Kedai ni pun best gak. Difahamkan restoran ni dah 8 tahun beroperasi. Masakan sedap harga pun berbaloi, ada value for money. Kedai pun amat bersih.

Sampai kat restoran orang tengah ramai. Tapi tak jadi hal nye sebab restoran kat jalan utama Tanjung Malim ni memang servisnye cepat. Lagi pun sementara nak dapat makanan yang di order, boleh gak layan mata tengok bahan pameran yang tergantung di segenap dinding restoran.

Run thru' menu yang menarik, selera naik mencanak. hantu betul...
Order kangkung goreng, slice ikan kerapu dengan spring onion, sotong goreng tepung rangup, tahu bersos, udang masak masam manis cicah roti panas.
Survey dinding ke dinding perhati satu persatu jam-jam yang tergantung. Ada jam dua lubang dan ada jam tiga lubang. ada jam Swiss, Jepun dan jam Cina. Ada mantle pieces dan ada jam biasa-biasa...

Kat lantai ada batu penggiling dan ada lesung kaki. Kat dinding juga ada lampu-lampu lama dan ada kati lama.
Memang tuan punya restoran ni, koleksi barangan antik jenis tegar. Tentu banyak duit dah perabih. Tapi biasalah, kolektor tegar bukan kisah tentang duit...asalkan hati puas.
Minta kebenaran snap tiga empat photo. Kata waitress kat situ, banyak lagi dalam koleksi bos.
Belum habis jamu mata, makanan yang di order pun sampai...baunya pun dah buat meleleh lior. Penuh meja... boleh makan tiga empat orang.

Cukup dulu cerita jam , nak tibai puas-puas...panas-panas ni baru syok makan. Dah kenyang nanti kalau ngantuk karang on the way back to Ipoh, berenti lah kejap...tidor dulu.
Lepas makan ingat nak korek sikit cerita jam-jam yang terpamir...itu pun kalau jumpa owner restoran.
Bismillahi Rahmanirrahim.

Oh yer terlupa nak bagi alamat restoran. Kalau nak datang, tengok kat bawah ni...

 7-8, Jln Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjung Malim. 
Bagi mereka yang mempunyai gps, koordinatnya ialah:


catatan: muzillmansor/tg malim