Isnin, 8 Oktober 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : AUSTRALIA , 1991

Posted: 19 Sep 2012 09:19 PM PDT

September 1991, KD Lekir dan KD Mahawangsa dipilih untuk menyertai Perbarisan Hari Ulangtahun ke 50 Tentera Laut Di Raja New Zealand (RNZN International Fleet Review) di Auckland, New Zealand. 
Dalam Perjalanan ke New Zealand, kapal telah singgah di beberapa destinasi seperti Darwin, Cairns, Sydney, Adelaide dan Perth di Australia dan juga Auckland dan Wellington di New Zealand. 
DARWIN - NORTHERN TERRITORY
Pelabuhan pertama kapal singgah ialah Pelabuhan Darwin di Utara Australia. 
Darwin adalah ibu Negeri Wilayah Utara Australia (Northern Territory), mempunyai penduduk seramai 127,500 orang. 
Sejarah Darwin bermula pada 9 September 1839 apabila kapal HMS Beagle belayar memasuki pelabuhan Darwin. John Clements Wickham telah menamakan pelabuhan itu "Port Darwin" bersempena nama seorang anggota Kapalnya, Charles Darwin yang telah mengikuti beliau dalam pelayaran yang terdahulu.
Bandar Darwin telah 2 kali dibina semula akibat kerosakan teruk. Kali pertama selepas serangan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan kali kedua apabila Cyclone Tracy melanda Darwin pada tahun1974. 
Cuaca di Darwin pada masa ketibaan kami di sana agak panas terik. Disebabkan keadaan cuaca yang agak panas, anak-anak kapal diberi kelonggaran untuk berpakaian bebas semasa berkelepasan di Darwin. 
Cairns adalah sebuah bandar di Utara Queensland, Australia diasaskan pada tahun 1876. Bandar Cairns dinamakan sempena dengan nama William Wellington Cairns , Gabenor Queensland yang dilantik pada January 1875.
Bandar Cairns terletak kira-kira 1,700 km (1056 batu) dari bandar Brisbane dan kira-kira 2,700 km (1,678 batu) dari Sydney. Cairns adalah destinasi pelancongan yang sangat popular di Australia. 
KURANDA RAINFOREST PARK, CAIRNS
Kuranda Rainforest Park terletak di kawasan Rainforest World Heritage seluas 100 ekar. Kawasan yang menjadi tarikan pelancong ini mengambil masa 5 minit perjalanan dari Kampung Kuranda dan setengah jama dari Cairns Tropical North Queensland, Australia. Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Rainforest Park ini. 
Bungi Jumps adalah satu aktiviti sukan yang agak merbahaya, bukan semua orang sanggup melakukan penerjunan seperti ini. KD Lekir agak bertuah kerana ada anggotanya yang sanggup menyahut cabaran itu. 

Mossman adalah nama sebuah bandar di Utara Queensland di Sungai Mossman.
Mossman George adalah merupakan kawasan hutan yang menjadi tarikan pelancongan ke Australia. Ia adalah sebuah kawasan seluas 56,000 hektar dalam Warisan Dunia. Hutan hujan Tropika yang tebal ini terkenal kerana keindahannya yang sangat mengkagumkan. Ia juga adalah merupakan tempat suci bagi kaum Asli Australia dari suku kaum Kuku Yalanji yang dikatakan telah mendiami kawasan itu selama lebih kurang 4000 tahun. 


HMAS Cairns merupakan sebuah pengkalan Tentera Laut DiRaja Australia (RAN) yang terletak di Cairns, Queensland. Pengkalan ini ditubuhkan pada tahun 1971 sebagai pengkalan untuk kapal-kapal perang kecil.
HMAS Cairns bertanggungjawab untuk aktiviti bagi Bot Peronda RAN dan juga sebagai Markas Hidrografi RAN. 


Semasa berada di Cairns, kami telah diraikan oleh anggota Tentera Laut DiRaja Australia yang berpengkalan di HMAS Cairns di Junior Rates Club yang turut dihadiri oleh anggota wanita RAN. 
Pada 19 September 1991, KD Lekir dan KD Mahawangsa telah selamat tiba di Sydney, New South Wales. 
Sydney adalah ibu negeri New South Wales, Australia dan merupakan bandar yang paling ramai penduduk di Australia. Ia terletak di bahagian Tenggara Laut Tasman.

Sydney diasaskan pada tahun 1788 dan merupakan tapak jajahan British yang pertama di Australia. Ia diasaskan oleh Arthur Phillip, Commodore of the 1st Fleet Royal Navy. Nama Sydney diambil dari nama Setiausaha Negara British ketika itu, Thomas Townshend, Lord Sydney.

HARBOUR BRIDGE AND OPERA HOUSE SYDNEY. Bergambar kenangan bersama LRO Chandran di hadapan Sydney Opera House.
SYDNEY HARBOUR BRIDGE AND OPERA HOUSE
Sydney Harbour Bridge adalah jambatan keluli yang merentasi Pelabuhan Sydney. Ia dibina oleh sebuah firma British Dorman Long and Co. Ltd dibawah arahan Dr. J.J.C. Bradfield dari  Jabatan Kerja Raya New South Wales and dibuka pada tahun 1932.
Sydney Opera House pula dibuka kepada umum pada tahun 1973 dan dibina oleh Arkitek Denmark, Jorn Utzon. Sydney Opera House telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 28 Jun 2007. Sydney Opera House adalah juga pusat Seni yang paling sibuk di dunia dengan pelbagai aktiviti Seni dan budaya Australia. Lebih dari 1,500 persembahan diadakan pada setiap tahun. Ia adalah merupakan mercu tanda Australia yang cukup dikenali diseluruh dunia.
 DARLING HARBOUR, SYDNEY
Darling Harbour adalah pelabuhan bersebelahan dengan pusat bandar Sydney, New South Wales, Australia. Ia mengambil sempena nama Lt. Gen. Ralph Darling, Gabenor New South Wales dari 1825 – 1831.
RO Zaid, RO Azman, RO Azmi, RO Nordin
RO Rosman, LRO Zulheimy , RO Anor
Anggota-anggota Komunikasi KD Lekir di Sydney, Australia berpakaian Jaket hitam yang ditempah khas untuk Pelayaran ke Australia dan New Zealand. 
Satu lagi kenangan manis di Sydney ialah bertemu dengan seorang bekas Anggota Royal Australian Air Force (RAAF) yang pernah berkhidmat di RAAF Butterworth, Pulau Pinang sekitar tahun 70'an dulu. Beliau berkahwin dengan warga Malaysia keturunan Cina. Isteri beliau ternyata amat gembira dapat bertemu dengan Rakyat Malaysia kerana beliau telah menetap hampir 25 tahun di Sydney. Malam itu mereka belanja saya makan di sebuah Restoran Malaysia di Sydney yang menyediakan makanan halal. 

Sydney Paddy's Market , sebuah syarikat Komersial yang mempunyai 2 pasaraya besar di Sydney, iaitu Paddy's Market and Sydney 2129.
Paddy's Market merupakan salah satu pasaraya yang paling terkenal di Australia. Antara yang dipasarkan disini ialah sayur-sayuran segar, buah-buahan, bunga-bungaan, perhiasan, cenderahati dan sebagainya.
Sydney Paddy's Market diasaskan pada tahun 1834 oleh General Richard Bourke, Gabenor New South Wales.

Auckland & Wellington, New Zealand
Selepas beberapa hari berada di Sydney , KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan pelayaran ke Auckland untuk menyertai sambutan 50 tahun Royal New Zealand Navy dan kemudian ke Wellington, N.Zealand. 
(Rujuk Blog Lawatan Kapal ke NZ)
Adelaide adalah ibu negeri Australia Selatan dan merupakan bandar ke 5 terbesar di Australia dengan jumlah penduduknya melebihi 1.1 juta orang. Bandar Adelaide terletak kira-kira 20 km dari tepi pantai Teluk St Vincent, di utara Semenanjung Fleurieu dan Dataran Adelaide.
Nama Adelaide dikatakan berasal dari nama Ratu Adelaide, Isteri kepada Raja William IV yang lahir di German. Bandar ini diasaskan pada tahun 1836. Colonel William Light adalah merupakan pengasas bandar Adelaide. 

Sebuah akhbar tempatan Adelaide menyiarkan berita ketibaan Kapal TLDM , KD Lekir dan KD Mahawangsa di Pelabuhan Adelaide. 

KD Lekir & KD Mahawangsa tiba di Pelabuhan Adelaide selepas selesai menyertai acara sambutan 50 tahun Tentera Laut DiRaja New Zealand di Auckland dan Wellington. 
Dari Adelaide pelayaran kapal seterusnya ialah ke Pelabuhan Fremantle di Perth, Australia. 
PERTH , WESTERN AUSTRALIA
Perth adalah ibu negeri Western Australia. Ia adalah bandar ke 4 paling ramai penduduk di Australia dengan jumlah penduduknya sekitar 1.4 juta orang.
Bandar Perth ini diasaskan oleh Kapten James Stirling pada tahun 1829 dan dijadikan pusat pentadbiran Swan River Colony. 

Anggota Band KD Lekir telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di Harboursite Hotel yang terletak di Pelabuhan Fremantle di Perth Australia. 

Apa yang amat menarik di Perth ini adalah terdapat ramainya orang berketurunan Melayu di bandar. Pada mulanya saya ingatkan mereka rakyat Malaysia yang mungkin bekerja atau bercuti di sini...  tapi setelah berbual dengan beberapa orang dari mereka... ternyata mereka adalah rakyat Australia berketurunan Melayu... bukan rakyat Malaysia..malah ada antara mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.. namun keinginan mereka amat tinggi agar dapat menjejakkan kaki ke negeri asal nenek moyang mereka dulu.
Kebanyakan masyarakat Melayu Australia tinggal di Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos. Mengikut sejarah, orang Melayu mula dibawa ke Australia pada tahun 1826 oleh Alexander Hare untuk diambil bekerja di ladang-ladang yang menghasilkan pertanian tebu dan kelapa. Kebanyakan berasal dari Malaysia dan Indonesia.
Orang Melayu dari Kepulauan Cocos merupakan komuniti yang membentuk kumpulan lebih banyak di sini. Mereka berasal dari keturunan peneroka Melayu dari Tanah Jajahan British seperti Malaya, Singapura, Brunei dan sebahagian Kepulauan Riau. 

KD Lekir dan KD Mahawangsa mengakhirkan sesi Lawatan ke Australia dan New Zealand dengan bandar Perth ada persinggahan terakhir di sini. Kapal meneruskan pelayaran balik ke Malaysia dari Perth,Australia dan singgah di Surabaya, Indonesia sebelum meneruskan pelayaran ke Lumut, Perak....
Setelah tiba di Lumut, Perak, saya mendapat arahan pertukaran dan di tukarkan ke unit SKTLDM Kuantan. Saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan KD Lekir yang banyak memberikan pengalaman berguna kepada saya...... 


07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


NUBE Ipoh Sana Sini: Melawat dan prihatin ahli – ahli NUBE <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 May 2012 12:00 AM PDT


Rizal Yob Ipoh

Selasa, 29.05.2012 – Kehadiran kami skuad tempur NUBE Ipoh ke Langkap mengejutkan ahli – ahli disini yang tidak menduga kami sampai beramai – ramai ke kawasan itu demi menyampaikan cerita terbaru NUBE di samping mendengar masalah ahli NUBE di Langkap dalam lawatan kami ke 3 bank iaitu Hong Leong Bank, CIMB Bank dan Maybank.

Kehadiran kami kali ini amat menarik kerana berpeluang berjumpa dengan bekas ahli NUBE di Maybank Langkap yang telah dinaikan pangkat ke pegawai 2 bulan lalu dari Slim River yang berperanan membawa ahli-ahlinya di Slim River menyertai Maynue. Hasil perjumpaan antara kami dan beliau, pihak kami akan ke Maybank Slim River dalam jangka terdekat untuk merekrut semula ahli-ahli disitu setelah menurutnya pihak Maynue menganggu ahli – ahli disitu setiap minggu hingga Maynue berjaya mendaftarkan ahli-ahlinya semua seramai 8 orang.

Selain itu, pihak kami juga mendapat maklumat anak kepada ejen utama Maynue di Perak bekerja di Maybank Langkap dan beliau kini telah menyertai Maynue. Ketika kami memanggil mengadakan taklimat ringkas di bank terbabit ahli Maynue ini tidak hadir dan keluar dari banknya meninggalkan kami. Dalam keadaan sama, kami juga cuba diganggu oleh pengurusnya di situ yang tidak puas hati pihak NUBE menjalankan takilmat di dalam premis bank berkenaan, menurut sumber pegawai disitu.

Sebelumnya, kami juga hadir dan melawat 2 buah bank lain disekitar Langkap antaranya CIMB dan Hong Leng Bank. Di CIMB pihak kami memohon ahli -ahli di bank itu mempromosikan laman sosial NUBE di facebook untuk "LIKE" di muka depan NUBE MALAYSIA supaya segala penyaluran maklumat dapat dilaksanakan kepada setiap ahli yang mempunyai facebook.

Ternyata kunjungan kami juga dihujani oleh persoalan sorang ahli NUBE di CIMB Langkap yang berdepan masalah "Transfer" dari basenya di Hutan Melintang Perak. Beliau kini adalah kakitangan (MOS Poll – Hutan Melintang) dan kini ditugaskan untuk "relief" CIMB Langkap. Dikhabarkan MOS/cawangan di Hutan Melintang akan ditutup tidak lama lagi dan mereka disitu akan ditukarkan sama ada ke merata Ipoh atau Perak dan terjauh Sungai Besar Selangor. Pihak kami dalam pada itu memeberitahu kepadanya supaya segera memaklumkan perkara ini dari masa kesemasa dan berkemungkinan NUBE Ipoh akan mengadakan mesyuarat khas di Hutan Melintang tidak lama lagi.

Kunjungan kami di Hong Leng Bank juga tidak banyak bezanya, walau bagaimanapun kami dilaporkan ada seorang ahli kita akan mengambil VSS yang ditawarkan oleh pihak HLBB. Namun begitu ahli – ahli disitu nampak ceria kerana mereka baru sahaja berpindah ke premis bank baru kurang 1oo meter dari premis bank lama.

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Laluan alternatif <b>Bercham</b> keluar ke PLUS dibuka – Perak Today

Posted: 02 Jan 2012 09:52 PM PST

Masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Bercham dijangka dapat dikurangkan kepada 30 peratus apabila laluan alternatif keluar ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mula dibuka secara rasmi, hari ini.

Laluan yang dibina sebulan lalu oleh Topwish Realty Sdn Bhd dengan kos RM230,000 itu adalah antara projek yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah kesesakan teruk di kawasan terbabit yang mempunyai populasi 154,000 penduduk.

Pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merasmikan laluan alternatif itu yang dibina untuk kemudahan penduduk Bercham, sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan BN dalam menangani masalah rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) katanya, perlu membina persimpangan baru dekat pekan Tambun dengan secepat mungkin supaya pengguna tidak perlu membuat pusingan U seperti yang ada di laluan sedia ada sebelum menghala ke arah utara.

Jika persimpangan baru itu tidak dapat dibina, beliau bimbang masalah kesesakan di tempat baru pula akan muncul hingga menyukarkan pengguna lalu lintas.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan, perancangan yang dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan perlu mengambil kira masa depan dan bukannya untuk hari ini semata-mata.

Ujarnya lagi, dalam mana-mana cadangan pembangunan sekalipun, ia perlu mengambil kira perancangan yang rapi, teliti dan tidak menjejaskan kualiti hidup wargakota bandaraya Ipoh.

"Kita jangka dalam tempoh lima tahun akan datang, lebih banyak pembangunan akan mengambil tempat seperti di Meru dan Simpang Pulai," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry memberitahu masalah yang dibangkitkan rakyat perlu diselesaikan tanpa mengira samada kawasan itu dikuasai pihak pembangkang atau kerajaan BN.

Menurutnya, adalah hak rakyat untuk menikmati kemudahan dan menjalani kehidupan dengan baik.

"Walaupun projek ini menelan kos hanya RM230,000, ia sangat penting bagi penduduk Bercham kerana dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

"Kita perlu memahami masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan baik seperti yang kita lakukan di Bercham ini," tambahnya.

Sementara itu, Ahli Majllis MBI DUN Bercham, Ir Lai Tong Pui, berkata setiap hari, purata 40,000 kenderaan menggunakan laluan utama Tasek.

Daripada jumlah itu, 20,000 kenderaan katanya, menggunakan persimpangan jalan utama untuk keluar dan masuk ke pekan Bercham hingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak.

"Pembukaan laluan alternatif keluar ke PLUS ini dijangka dapat mengurangkan 30 peratus masalah kesesakan lalu lintas di Bercham," jelasnya.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Anwar Ibrahim Menyampai Tazkirah <b>di</b> Masjid Titi Gantung, <b>Bota</b> Perak

Posted: 08 Oct 2012 05:14 AM PDT


MediaRakyat

(Pic) Anwar Ibrahim Menyampai Tazkirah di Masjid Titi Gantung, Bota Perak

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


<b>Jelapang</b> La Nie..: Panas !!! Mat Komunis Syiah Tetap Akan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 06:17 AM PDT


ALOR SETAR - Pas Kedah tidak menolak kemungkinan besar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bertanding sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Kedah.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, tidak mustahil Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu kembali bertanding di Kedah, memandangkan sebelum ini beliau pernah menang PRU 1999 di negeri ini.

"Ada kemungkinan besar beliau bertanding di Kedah, namun terpulang kepada Pusat untuk putuskan. Jika benar beliau berminat jadi calon di Kedah, kita tiada halangan," katanya.

Menurutnya, bagaimana pun cadangan itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat perhubungan Pas Kedah, sebelum dimuktamadkan.

"Jika Mat Sabu bertanding di Kedah, saya yakin beliau boleh menang sebab pengaruh beliau masih kuat di sini, terutama Kuala Kedah. Pas Kedah sedia timbang cadangan itu, namun perlu persetujuan semua pihak," katanya.

Phahrolrazi yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah berkata, sebelum ini Mat Sabu pernah bertanding di empat negeri, selain Kedah, iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

"Memang kita sudah bincang calon-calon layak bertanding dalam PRU13, termasuk calon import, tetapi ianya masih belum muktamad. Keputusan rasmi hanya akan diumumkan menjelang tarikh pilihan raya," katanya.

Mat Sabu menang dalam PRU tahun 1990 di Parlimen Nilam Puri dan kerusi Parlimen Kubang Kerian dalam PRU tahun 1995. Pada PRU 1999, beliau menang Parlimen Kuala Kedah, tetapi tewas di Kuala Terengganu dalam PRU 2008 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.

Nama Mat Sabu kini kembali diperkatakan sebagai calon PRU13 di Kedah.Pada Mac lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pihaknya bersedia menerima Mat Sabu bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini, sekiranya mendapat 'restu' Pas kawasan atau menerima pencalonan yang mahu beliau mewakili kerusi di Kedah.

Ini ekoran ura-ura mendakwa bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999-2004) itu berminat bertanding di kerusi parlimen Pendang.

Pada Februari, krisis dalaman Pas Kedah membabitkan dua Exco Kerajaan Negeri, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Dr Ismail Salleh dan Phahrolrazi, turut dikaitkan dengan usaha pihak tertentu untuk menempatkan Timbalan Presiden itu bertanding di Kedah pada PRU13, yang didakwa tiada dalam percaturan politik Azizan. -SH


Penerimaan Mat Sabu di Kedah oleh Azizan Razak dan orang yang pro kepadanya hanyalah lakonan semata-mata demi nama baik PAS untuk berhadapan PRU 13 yang bakal tiba bila-bila masa sahaja sedangkan hakikatnya Nama Mat Sabu tidak ada dalam senarai pencalonan di Kedah ( maklumat dari pihak dalaman PAS ).

Di sebabkan Phahrolrazi yang PRO kepada Mat Sabu telah melobi di PAS pusat, arahan telah di keluarkan PAS pusat supaya PAS Kedah dapat menerima Mat Sabu dan Azizan Razak yang pentadbirannya yang di kawal oleh Jawatankuasa Pemandu PAS pusat terpaksa akur dengan kehendak PAS pusat.

Walau pun terpaksa Akur dengan kehendak pusat, Azizan Razak secara rahsia telah mengatur langkah untuk mencantas Mat Sabu di mana saja tempat yang di tandingi di Kedah.

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Tarikan pelancong yang baru <b>di</b> Perak : Muzium Kapal Korek <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2011 06:03 PM PDT


BATU GAJAH: Kapal korek bijih timah pertama dan satu-satunya yang masih tinggal di negara ini di Tanjung Tualang, dekat sini, akan dibuka kepada pengunjung selewat-lewatnya awal tahun depan, ketika bermulanya Tahun Melawat Perak 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata kerja pemulihan dan pembaikan monumen bersejarah yang dijadikan Muzium Kapal Korek itu kini di fasa pertama.

Katanya, pelbagai aspek termasuk keselamatan diberi perhatian dalam kerja itu bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul apabila dibuka kepada pihak awam khususnya pelancong. Beliau berkata, sebanyak RM420,000 dibelanjakan untuk membaikpulih kapal korek berkenaan, termasuk diapungkan dalam kedudukan baik berbanding sebelum ini dalam keadaan agak senget.

Fasa kedua dan ketiga pula dijangka selesai menjelang akhir tahun ini iaitu membabitkan kerja baik pulih lain, termasuk mengecat dan membaiki sebarang kecacatan kapal korek sebelum dibuka kepada pelancong, katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan kerja ke kapal korek berkenaan, di sini.

Kapal korek berkenaan yang ada sejak 1913, dihadiahkan oleh Malaysian Mining Corporation (MMC) kepada kerajaan Perak sekitar 1990-an untuk dijadikan monumen sejarah dan tarikan pelancongan.

MMC pernah bertanggungjawab menjalankan aktiviti perlombongan bijih di Perak, khususnya di kawasan sekitar Tanjung Tualang, Changkat Tin, Sungai Galah dan yang terakhir di Kampung Changkat Pinggan.
Hamidah berkata, peruntukan diperoleh hasil pelaksanaan tabung program Save The Dredge melalui kerjasama kerajaan negeri dan pengusaha bijih timah dalam usaha menyelamatkan satu-satunya kapal korek yang masih wujud di negara ini.

Beliau yakin ia bakal menjadi satu produk pelancongan yang mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke Perak.

Sementara itu, Hamidah yang kemudian turut meninjau pembangunan produk pelancongan Kellie's Castle, di sini, berkata beberapa kemudahan lagi akan disediakan di situ.

Katanya, peruntukan sebanyak RM5 juta disediakan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu RM3.8 juta untuk kerja menyediakan infrastruktur manakala RM1.2 juta untuk kelengkapan dalaman.

Beliau berkata, kira-kira 66,000 pelawat melawat Kellie's Castle sepanjang tahun lalu berbanding 54,000 (2009) dan 45,000 (2007).

Lihat juga posting ini

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Homestay <b>di Bukit Merah</b> Laketown Resort - KelateDaily - Yaa&#39;pa <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2012 09:58 AM PDT

Bisnes Anok Kelate
Monthly Rent: RM 200 Apartments Utk  diSewa                Area: Semanggol
Bedrooms: 3 Bathroom: 2
Furnished: Fully furnished
Property Type:Apartment/ Flat
Facilities: Swimming pool, Gymnasium, Tennis court, Mini market, Playground, Jogging track, Balcony/Patio, Cable TV

Fully furnished Apartment for daily rental at Bukit Merah laketown resort.

Cooking allowed and cooking utensils are provided.

Rental Rates,
RM 200 for 2 Day 1 Night
RM 350 for 3 Day 2 Night
RM 450 for 4 Day 3 Night
RM 500 for 5 Day 4 Night.

Call Bakri 013 530 5128 for reservation. 


Maklumat lain:


07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Santai Raya <b>di</b> Ulu Chepor, <b>Chemor</b> | MyMekar.com

Posted: 04 Sep 2012 07:30 PM PDT

Assalamualaikum kepada pembaca blog mymekar.com yg dikasihi dan dihormati sekalian. Masih belum terlewat kiranya dikesempatan ini daku ingin mengambil peluang mengucapkan Salam AidilFitri, maaf zahir batin terutama jika ada tulisan/komen mymekar.com selama ni yg bisa mengguris hati kalian.  Semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati Allah swt. Ameen.

Musim perayaan ni tidak lengkap sekiranya kita tidak menziarahi saudara-mara dekat jauh sambil makan ketupat, lemang, rendang dan sebagainya. Begitu juga suasana yg berlaku kepada daku sekeluarga.

Kali ni daku bukan nak coretkan kisah kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara @ teman sepermainan di kampung, tapi saje nak kongsi pengalaman "percutian" daku, family & sedara-mara kami pada hari raya ke-4 baru-baru ni.

Perancangan asal kami nak menaiki puncak Cameron Highland yg jaraknya cuma 45 minit dari kampung daku di Ipoh, Perak. Namun di atas sebab kesesakkan jalan dan kecederaan kecil yg terjadi kpd "pemandu utama" myebabkan kami mengubah lokasi percutian. Disebabkan pertukaran berlaku last minute, maka sehari suntuk kami adik-beradik dok google internet utk mcari lokasi percutian yg best di sekitar negeri Perak. Nak pegi Pangkor/Teluk Batik kami dah jemu sbb dulu2 kami memang pernah tinggal di Lumut. Nak pegi Lost World Tambun…huu mak aih.. tiket seorang je dah harga RM 40++..Family kami ada dlm 20 org (besar juga fulus terbang nnti !). Bekalan makanan pulak tak dibenarkan dibawa masuk dlm ..adoiya ! huh… rupanya kat Perak ni tak banyak tempat yg boleh diterokai !… (jangan marah org Perak !).  Cari punya cari, akhirnya Abah sarankan kami ke  Ulu Chepor, di Ipoh jer..hehe (confirm jln tak jem !).

The Lereng Adventure Camp & Resort

Apa yg menarik di sini? Jom ikut daku terjah ke dalam 'hutan' Ulu Chepor ni :-

The Lereng ni milik kawan Abah. Sebetulnya tempat ni hanya sesuai utk group2 pelajar yg sukakan aktiviti camping dan merentas desa. Tapi disebabkan kami dah buntu tak tau nak pegi mana, akhirnya sampai juga kami ke sini. Tak kisah la ceruk mana pun, asalkan kami ada tempat utk dituju.

ini pula bilik2 penginapan sekiranya pengunjung memilih The Lereng sbgai tempat utk bermalam

nak masuk ke kawasan ni memang agak jauh ke dalam hutan. mula2 melalui jalannya agak ragu2 utk meneruskan perjalanan. nasib baik abah ada pengalaman berkursus di sini. adventure sungguh kami merentas desa dgn menaiki 3 buah kereta pada haritu . Pendapat kami yg kategori remaja dewasa, tempat ni biasa-biasa aje. (rasanya tak pegi lagi kot lepas ni..hehe..)

tapi bagi adik2 & sepupu2 daku yg kecik2 tu kelihatan seronok sangat mrka mandi-manda di kolam yg disediakan

minggu perayaan ni memang tiada kelibat pengunjung lain kecuali  keluarga kami. kelihatan adik2ku yg remaja seronok bermain bola tampar.

eh.. pokok kacang panjang pun ada juge :o

bekalan makanan yg kami bawa dari rumah

pecal pun ada ! – semuanya berselera makan tengahari tu

tenangnya suasana – bilik penginapan mengadap kehijauan pokok-pokok hutan

simple kan bilik penginapannya? rate 1 hari kalau tak silap daku sekitar RM50. siap penghawa dingin. ada bilik air disetiap biliknya. namun haritu nasib kami kurang baik krn bekalan air paip pula tiada. jadi sesiapa nak bersolat dan 'melepas hajat' terpaksa mengangkut air dari kolam berhampiran. adoiya..lecehnyee. kami ambil 2 buah bilik haritu sekadar utk rehat2 dan bersolat (day use).  Alhamdulilah, pemilik resort tak mengenakan apa2 caj utk kami. namun kami beri angpau raya untuk anak2 beliau :D

Ok..itu saje aktiviti kami di sini. tak de apa yg menarik sangat. Sebelum asar kami pun berangkat untuk pulang ke rumah. walaupun daku rasakan tiada yg best dgn percutian ini, namun daku gagahkan utk tempek juga ceritanya kot-kot ada sesiapa yg teringin untuk ber'camping' di sini suatu ketika nanti. Selamat beriadah !

Macamana nak sampai sini? Nah..ambik peta nih  :-

klik gambar utk imej yg lebih jelas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


9,000 pengundi baru <b>di Bukit Gantang</b>: Jangan nak tuduh BN <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2011 05:44 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menyiasat pertambahan pengundi baru di beberapa kawasan Parlimen di negeri ini termasuk di Bukit Gantang yang dikatakan mempunyai lebih 9,000 orang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, walaupun kerajaan negeri tidak ingin menuduh ia dilakukan pihak pembangkang, namun hakikatnya perkara itu turut berlaku di kawasan Gopeng, Tambun dan Lumut.

"Mereka (pembangkang) mengatakan kita menambah pengundi di Lumut suatu masa dulu. Namun, dari segi logik politik, mereka tahu Datuk Seri Kong Cho Ha (Ahli Parlimen Lumut) hanya menang tipis di sana dengan majoriti 298 undi.

"Jadi, kita juga hendak bertanya kepada mereka, kenapa tiba-tiba terdapat pertambahan pengundi di beberapa kawasan Parlimen ini? " soalnya pada sidang akhbar sempena Program Turun Padang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham baru-baru ini yang mendakwa wujud pengundi hantu di kawasan Parlimen Beruas apabila beberapa warganegara asing telah didaftarkan sebagai pengundi.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen di kawasan tersebut mendakwa, sekurang-kurangnya terdapat 25 nama telah disenaraikan sebagai warga Thailand, Pakistan, Indonesia, Bangladesh dan Eropah tetapi lapan daripadanya tidak mempunyai kad pengenalan yang sah.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Lelaki lemas dihanyut air ketika memancing <b>di Gerik</b> – Perak Today

Posted: 17 Jun 2012 11:33 PM PDT

IPOH: Seorang lelaki yang dilapor hilang selepas dihanyut air ketika memancing bersama rakannya di sungai berhampiran Empangan Bersia, Gerik 170 km dari sini semalam, ditemui mati lemas.

Mayat Kamarulzaman Faizol Mohd Nor, 28, ditemui terapung di tempat kejadian oleh orang awam pada pukul 5.45 petang semalam dan dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, DSP Wan Jamil Wan Chik berkata lelaki itu bersama rakannya Afendi Abdul Wahab, 32, kedua-duanya berasal dari Sungai Petani, Kedah dikatakan pergi memancing di sungai berkenaan pada pukul 2 petang.

Beliau berkata air sungai itu dikatakan naik secara mendadak ketika mereka memancing di atas batu di tengah sungai itu, menyebabkan kedua-dua mereka berenang ke tepi untuk menyelamatkan diri.

"Afendi berjaya menyelamatkan diri tetapi mangsa hilang dibawa arus air yang deras," katanya ketika dihubungi hari ini.

- BERNAMA -