Isnin, 8 Oktober 2012

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


House PK: FUYOH! <b>BATU GAJAH</b> BAKAL MENJADI PUSAT <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 05:00 PM PDT

Pembinaan kompleks kilang dan penyelenggaraan kereta api oleh syarikat pengeluar lokomotif terbesar dunia, China South Locomotive & Rolling Stock Corporation Ltd. (CSR Corporation) di Batu Gajah, Perak mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama industri kereta api global.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kompleks CSR Rolling Stock Centre (M) Sdn. Bhd. bernilai RM400 juta itu juga membolehkan negara mengaut pelbagai peluang dalam industri berkenaan di luar negara. Menurutnya, ini kerana ruang serta peluang untuk negara mengembangkan sektor itu di Asia Tenggara dan negara-negara lain menerusi kompleks tersebut adalah amat luas.

 ''Untuk itu tiada alasan mengapa Malaysia bersama rakan kongsi berkelayakan tidak melihatnya sebagai satu peluang. Dalam tempoh 10 tahun ini, terdapat permintaan untuk 250 unit kereta api dan lokomotif di Malaysia dan permintaan daripada ASEAN serta Timur Tengah dijangka mencecah 2,900 unit.

 ''Ia satu pasaran yang besar. Selain itu, sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kereta api juga memberikan peluang yang luas dan dijangka dalam tempoh lima tahun akan datang, dianggarkan 1,350 kereta api memerlukan khidmat MRO,'' katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Kementerian Pengangkutan dan CSR Corporation bagi mengadakan pengaturan menggalak dan mempromosi kerjasama teknikal dalam kejuruteraan serta teknologi kereta api di sini hari ini. Hadir sama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Duta China ke Malaysia, Chai Xi dan Timbalan Presiden Kumpulan CSR, Fu Jianguo.

 Kompleks CSR Rolling Stock Centre (M) Sdn. Bhd. di Batu Gajah itu akan berperanan dalam pengeluaran, kimpalan, pemasangan, ujian, pemeriksaan terperinci dan pembaharuan sistem kereta api termasuk lokomotif, transit aliran massa (MRT), koc tiga gerabak (EMU), transit aliran ringan (LRT) dan kelengkapan kereta api lain. Najib berkata, pembinaan kompleks kilang berkenaan jelas membuktikan industri kereta api di negara ini semakin berkembang pesat.

 Katanya, ia juga sebagai satu permulaan kepada era pembangunan pesat dalam industri berkenaan yang pasti akan membawa manfaat besar kepada pengguna perkhidmatan rel tanah air serta ekonomi negara.

 ''Minggu lalu, dalam konvensyen industri kereta api terbesar dunia, Innotrans yang diadakan di Berlin, Jerman, saya dimaklumkan bahawa pemain industri kereta api utama dunia menyifatkan Malaysia sebagai pusat industri kereta api terbaru dan berkembang kukuh berbanding negara-negara Asia Tenggara lain.

 ''Ini membawa petanda baik untuk Malaysia terutama dalam pelaburan langsung asing (FDI). Justeru saya berharap lebih banyak syarikat antarabangsa mencontohi CSR Corporation dalam membuat komitmen jangka panjang di negara ini,'' jelasnya.

 Menyentuh mengenai hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang terjalin sejak 1974, kata Najib, sehingga kini kedua-dua negara telah saling memperoleh manfaat kerjasama termasuk memperkukuh hubungan dalam berdepan pelbagai cabaran masa depan.

 ''Hari ini, China merupakan rakan dagangan utama Malaysia dan kita pula rakan dagangan utama China kalangan ASEAN. Ini petanda baik dan kita boleh melangkah jauh jika rakyat dapat meningkatkan hubungan dua negara ini.

 ''Sebagai contoh pada Julai 2010 apabila kerajaan menandatangani perjanjian dengan CSR-Zuzhou Electric Locomotive Co. Ltd. untuk memperoleh 38 set kereta api bagi meningkatkan keberkesanan komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB). Ini sebahagian daripada contoh terbaik kejayaan kerjasama Malaysia dan China,'' tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan