Isnin, 8 Oktober 2012

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Empat Kedai Rakyat 1Malaysia kini beroperasi <b>di</b> Perak – Perak <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2011 07:22 PM PST

Rakyat Perak yang tinggal di kawasan luar bandar dan berpendapatan rendah kini berpeluang membeli pelbagai barangan keperluan asas dengan harga rendah apabila empat premis Kedai Rakyat 1Malaysia mula beroperasi di negeri ini.

Premis pertama dibuka di Taman Serai Maju, Bagan Serai pada 21 November lalu manakala tiga lagi kedai telah dibuka masing-masing di Teluk Intan, Bidor dan Gugusan Manjoi pada 17 Disember lalu.

Kedai Rakyat 1Malaysia Teluk Intan beroperasi di Dataran Nanas, Kampung Selabak dan cawangan Bidor pula menjalankan perniagaan di Plaza MARA Bidor, Jalan Besar Bidor.

Sementara penduduk Gugusan Manjoi dan kawasan sekitarnya pula boleh membeli barangan keperluan harian di Kedai Rakyat 1Malaysia yang beroperasi di Taman Hadhari, dekat Kampung Tengku Hussein.

Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.

Inisiatif ini lahir daripada idea Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di atas keprihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar, yakni bertepatan dengan slogan "Rakyat Didahulukan" yang telah diilhamkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Penubuhan 'Kedai Rakyat 1Malaysia' ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.

Perbezaan Kedai Rakyat  1Malaysia dengan kedai–kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama "Kedai Rakyat 1Malaysia".

Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari semasa ke semasa.

Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama "Kedai Rakyat 1 Malaysia" ini diberikan kepada barangan keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah,  ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

Lokasi  Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama terletak di stesen LRT Kelana Jaya dan beroperasi bermula dari jam 7 pagi hingga 11 malam.

MYDIN pula diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur  barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem 'Point of Sales' (POS).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan