Jumaat, 6 April 2012

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Kakitangan Institut Latihan Maut Kereta Bertembung

Posted: 03 Apr 2012 01:48 AM PDT

NIBONG TEBAL – Seorang kakitangan Institut Latihan Perda Tech di sini maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Bukit Jawi Golf Resort dekat sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 8 pagi ini, Rosmaria Ishak, 37, yang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan mati di tempat kejadian akibat tersepit dalam keretanya jenis Perodua Viva.

Pemandu sebuah lagi kereta iaitu Proton Satria, Mohd. Zaidi Hashim, 38, cedera parah setelah melecur sebanyak 60 peratus selepas keretanya itu turut terbakar.

Mangsa kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di Bukit Mertajam dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, dalam kejadian itu, Rosmaria dalam perjalanan dari rumahnya di Jalan Sungai Bakap ke tempat kerjanya di Bukit Panchor dekat sini.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Satria itu telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

"Kemalangan itu menyebabkan Rosmaria tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya terpaksa dikeluarkan oleh pasukan anggota Bomba dan Penyelamat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di sini hari ini.

Shafien berkata, mayat Rosmaria dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.

Sementara itu, suami mangsa, Mohd. Khuzairi Zaini, 35, berkata, isterinya sempat berpesan supaya menguruskan dan menghantar anak ke sekolah sebelum keluar rumah pukul 7 pagi.

"Saya mendapat tahu isteri kemalangan setelah dihubungi oleh polis pagi ini," katanya ketika ditemui di HSB di sini.

Katanya, jenazah Rosmaria akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak petang ini.

Allahyarham meninggalkan tiga anak perempuan berusia tujuh bulan, enam dan sembilan tahun.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di lumut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di lumut - Google Blog Search


Belantan: Projek Vale <b>Di Lumut</b>: Nizar Lambai tersentak Zambry <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 07:38 AM PDT


"Kerana beliau cabar saya, saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dengan syarikat berkaitan mengenai persetujuan projek Vale di Teluk Rubiah," kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar beliau mengenai isu berkenaan.

Menurut Zambry, melalui pendedahan dokumen atau bukti diperkatakan akan menentukan sama ada beliau atau Nizar yang bercakap bohong.

"Terima kasih kepada Nizar kerana telah mencabar saya untuk menunjukkan dokumen itu dan sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan, sudah tentulah di tangan saya sudah mempunyai bukti.

"Apabila dokumen sudah dikemukakan, barulah rakyat tahu bagaimana seorang pemimpin boleh berbohong dan tidak rasa berdosa dengan tindakan itu.

"Beliau sendiri telah mengesyorkan kepada saya supaya menunjukkan bukti dan saya sudah pun melakukan penyiasatan mengenai isu serta projek ini.

"Beliau mendakwa tidak bersetuju projek Vale diadakan di Teluk Rubiah ketika pemerintahan Pakatan pembangkang dahulu, tetapi saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dan terlibat dengan proses pertukaran tanah," katanya pada sidang media ketika merasmikan Pesta Sukan dan Kebudayaan Parlimen Lenggong di sini, semalam.

Beliau berkata, dokumen berkenaan akan didedahkan apabila sudah tiba masanya yang akan dimaklumkan kemudian.

"Kita tidak mahu dokumen kerajaan dibuka sesuka hati saja kerana sebagai sebuah kerajaan, kita tidak bermain dengan politik murahan.

"Beliau cabar saya, saya akan tunjukkan dakwaan kononnya tidak pernah meluluskan projek Vale di Teluk Rubiah sedangkan beliau sebelum ini pernah menghantar surat sokongan kepada pihak tertentu," katanya.

Zambry turut difahamkan pihak pembangkang ada membuat demonstrasi bantahan di Vale mengenai isu berkenaan semalam, namun beliau berpendapat tindakan itu bertujuan mengaitkannya dengan Pilihan Raya Umum (PRU13) seperti isu Lynas.

"Saya difahamkan ada demonstrasi di Vale dan mereka ingin menjadikannya seperti isu Lynas yang kononnya didalangi oleh badan bukan kerajaan (NGO).

"Tetapi kita lihat siapa yang datang dan ia diketuai oleh Nizar sendiri serta dianggarkan dihadiri 150 orang yang pada asalnya menyasarkan 5,000 orang," katanya.

Jumaat lalu, sebuah akhbar telah menyiarkan kenyataan Nizar yang mengakui ada perbincangan dibuat dengan syarikat Vale mengenai pelaksanaan projek mereka tetapi tempat yang dicadangkan adalah di Tanjung Hantu, bukan Teluk Rubiah.

Katanya, Teluk Rubiah bukan lokasi yang dicadangkan untuk membangunkan projek berkenaan kerana kawasan itu merupakan pengkalan TLDM dan pusat peranginan terindah di negeri ini. Malahan katanya, bayaran premium yang dikenakan juga rendah dan tidak akan menyusahkan mana-mana pihak yang terbabit dalam projek berkenaan.

Nizar turut akui tidak gentar jika Zambry ingin mendedahkan sebarang dokumen membabitkan projek tersebut.

"Jika dia (Zambry) nak dedah, silakan, kerana apa yang saya buat sebelum ini terutamanya berhubung pemilihan tempat untuk melaksanakan projek itu dilakukan demi kepentingan rakyat.

"Sewaktu pemerintahan PR, kami memang tidak bersetuju projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah," katanya.

Sejak mengambil alih teraju pentadbiran Perak pada 2009, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak pernah sunyi daripada serangan bertali arus pihak pembangkang.

Tidak cukup dasar pentadbirannya diserang membabi buta, Zambry turut dicerca malah warna kulitnya dijadikan modal politik, taktik dangkal yang mencetuskan kemarahan rakyat marhaen.

Serangan ke atas Zambry kebelakangan ini dikhabarkan semakin hebat. Ibarat serangan berangkai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu diasak kiri dan kanan – dengan pelbagai cara – terbuka atau secara halus.

''Semua serangan ini terarah di kawasan Zambry sendiri. Ini tidak berlaku secara kebetulan, pembangkang mahu mencalar imej Menteri Besar ke tahap paling maksimum. Mereka tahu Parlimen Lumut menjadi kawasan tumpuan dalam pilihan raya nanti," kata seorang veteran UMNO ketika dihubungi.

Tidak hairanlah, projek kilang bijih besi syarikat Brazil, Vale S.A di Teluk Rubiah, Lumut yang dijangka menjana pelaburan mencecah AS$5 bilion (RM14.9 bilion) dijadikan sasaran. Skrip menghentam isu kilang Lynas di Pahang 'dikitar semula' untuk menyerang projek ini.

Bekas Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin yang paling lantang mengkritik projek tersebut mendakwa kerajaan pimpinannya sebelum ini tidak pernah membenarkan syarikat bijih besi itu meneruskan projek berkenaan.

Bagaimanapun, Zambry yang sebelum ini dilihat mengambil pendirian enggan melayan sikap hipokrasi pembangkang dalam isu tersebut, semalam tampil dengan kenyataan yang tentunya membuat Mohammad Nizar tersentak.

Zambry menegaskan, pihaknya bersedia mendeklasifikasikan dokumen-dokumen sulit kerajaan bagi membuktikan Pesuruhjaya Pas itu bersetuju meneruskan projek tersebut ketika menjadi Menteri Besar.

''Bukan amalan kita mendedahkan dokumen sulit tetapi disebabkan ada ahli politik seperti ini yang mahu mengelirukan rakyat, menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkannya. Ini fitnah besar terhadap pentadbiran saya, orang ramai perlu tahu perkara sebenar," tegas Zambry.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat pembongkaran 'rahsia tersembunyi' ini dari Dr.Zambry nanti. InsyaAllah.

Suara Politik
Taminsari

07 di kampar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kampar - Google Blog Search


RiauPos : Lakalantas <b>di Kampar</b>, Seorang Tewas dan Tiga Kritis

Posted: 02 Apr 2012 07:16 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Lakalantas di Kampar, Seorang Tewas dan Tiga Kritis. KAMPAR-Kecelakaan tragis dialami empat orang bersaudara, mereka ditabrak kijang Toyota Innova BM 1650 TM dari arah berlawanan oleh, saat ingin pergi ke sekolah ...

07 di teluk batik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di teluk batik - Google Blog Search


PKLP seterusnya <b>di TELUK BATIK</b> RESORT. - Kelab Pimpinan Al <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 07:46 AM PST


07 di bota - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bota - Google Blog Search


Pusat Tuntung <b>di Bota</b> kotor – Perak Today

Posted: 06 Nov 2011 01:33 AM PDT

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri yang melawat ke pusat pemuliharaan sungai Tuntung Bota Kanan di tengah-tengah Perak terkejut dengan keadaan yang kotor.

Albert Low, yang melawat pusat konservasi  minggu lepas dengan isterinya, Michelle Boey, berkata kolam, di mana tuntung membiak  kelihatan keruh dan bau busuk.

"Air hampir hitam dengan lapisan buih di atas. Saya tidak fikir yang cara yang betul untuk menyimpan spesis terancam. Kita tidak dapat melihat tuntung kerana air jadi kotor. Sesekali timbul kepala tuntung untuk mengambil nafas, "kata penganalisis komputer dari Kuala Lumpur.

Beliau juga memerhatikan air keruh dalam kolam lain berjubin di mana tuntung dewasa dan anak yang menetas disimpan.

"Ia kelihatan seolah-olah kolam belum dibersihkan untuk sementara waktu. Bagaimana haiwan yang akan terus hidup atau membiak dalam keadaan yang tidak bersih itu? "Kata Low.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara menjalankan pemuliharaan ex-situ sungai terrapins (tuntung) di kemudahan yang terletak di kampung Bota, kira-kira 50km dari Ipoh.

Selain meningkatkan terrapins ditawan sebagai pembiakan saham, telur yang diletakkan oleh terrapins liar di sepanjang tebing berpasir Sungai Perak juga digali dan dieram di tengah-tengah.

Anak-anak tuntung kemudiannya dilepaskan ke dalam sungai. Spesies telah menurun jumlahnya kerana telur dan daging yang dimakan dan habitat sungai yang semakin musnah,

Keadaan pusat tersebut seolah-olah tidak  terurus, Boey berkata kemudahan pusat itu penting untuk tujuan dan kajian dan pendidikan.

"Salah seorang kakitangan memaklumkan kepada kami fungsi pusat dan juga ancaman yang ditimbulkan oleh pengumpul telur dan pemburu haram. Tetapi pusat itu harus lebih baik disimpan jika kita mahu melindungi spesies, "kata Boey, eksekutif sumber manusia.

Pengarah Perhilitan Perak Nawayai Yasak berkata beliau akan meneliti aduan pelawat dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memperbaiki keadaan pusat.

Beliau berkata beliau masih belum melawat kemudahan itu kerana dia hanya mengambil alih kedudukan pada 1 Nov.

07 di jelapang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di jelapang - Google Blog Search


SUARA PERAK: Bila Nak Berhenti Bohong?

Posted: 06 Apr 2012 10:41 AM PDT


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 6/4/2012 di Batu Gajah
Bila Nak Berhenti Bohong?
Budaya BN memperdayakan masyarakat India masih tidak berhenti lagi. Walaupun masyarakat India telah memberi satu pengajaran kepada BN dalam PRU12, tetapi mereka masih tidak berubah. BN tetap memberi janji-janji kosong untuk menipu masyarakat India semata-mata untuk mendapat undi mereka. Saya telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai isu sekolah Tamil di Jelapang 2 minggu yang lepas. Setakat ini tidak ada apa-apa maklum balas daripada kerajaan negeri mahupun MIC negeri Perak mengenai isu yang dibangkitkan. Saya difahamkan bahawa ada pemimpin-pemimpin MIC telah menjanjikan pembinaan sebuah sekolah Tamil di DUN Jelapang.  Adakah ini benar?
Jika kenyataan ini adalah benar, di manakah lokasi tanah yang telah dikenal pasti untuk membina sekolah Tamil itu di Jelapang? Adakah pihak yang mengeluarkan kenyataan itu telah membuat permohonan untuk tanah yang dikenal pasti itu? Jika ya, apakah status permohonan tersebut?
Setahu saya tidak ada apa-apa permohonan tanah dibuat oleh mana-mana pihak untuk membina sekolah Tamil di Jelapang.  Ini adalah satu pembohongan besar  yang dibuat oleh pemimpin BN untuk meraih undi masyarakat India di kawasan ini. 
Memang DUN Jelapang memerlukan sebuah sekolah Tamil. DUN Jelapang mempunyai 23% pengundi orang-orang India. Peratusan ini membuktikan bahawa terdapat jumlah isi rumah kaum India yang agak ramai di kawasan ini. Kanak-kanak di kawasan ini terpaksa pergi ke jauh lebih kurang 10km untuk sekolah Tamil yang paling hampir. Saya memang bersetuju dengan cadangan membina sebuah sekolah Tamil di Jelapang. Tetapi, apa yang dijanjikan oleh BN adalah sekadar 'menanam tebu di bibir'. Saya meminta masyarakat India di kawasan DUN Jelapang  supaya jangan terpedaya dengan janji-janji pilihanraya BN.

Mayat lelaki berulat ditemui <b>di Jelapang</b> | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 25 May 2011 06:01 AM PDT

IPOH: 25 Mei – Polis menemui satu mayat lelaki dengan berpakaian lengkap dan sudah berulat di kawasan tangki air puncak Jelapang, Ipoh.

Maklumat petama diperoleh pada jam 3.50 petang apabila orang awam menemui mayat tersebut ketika hendak memotong rumput di kawasan tersebut.

Siasatan lanjut diteruskan dan keterangan lanjut akan dimaklumkan selepas bedah siasat.

- berita harian

07 di slim river - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di slim river - Google Blog Search


saiful D Riverian: JALAN <b>Slim River</b>-Tanjung Malim ini merupakan <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2012 07:42 AM PDT


Menyingkap sejarah lebuh raya


SEJARAH pembinaan jalan raya negara bermula pada tahun 1860 apabila Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membina jalan pertama menggunakan kayu balak yang diikat dengan rotan.
Jalan tersebut dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong di Kamunting ke jeti Teluk Kertang (kini Kuala Sepetang), Perak.
Jalan kedua pula dipercayai dibina oleh pekerja lombong bijih timah dari Ampang ke Kuala Lumpur.
Pembinaan jalan raya di negara ini hanya berkembang pesat selepas kemasukan British.
Selain mempunyai teknologi dan kepakaran dalam membina jalan raya, perkembangan pesat itu turut didorong oleh pertumbuhan industri bijih timah.
Faktor lain jalan raya banyak dibina bertujuan memudahkan British mentadbir negeri-negeri di bawah pemerintahannya terutama Negeri-Negeri Selat.
Disebabkan itu, banyak kemudahan jalan raya dan pengangkutan awal dibina di negeri tersebut sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Setelah merdeka, sistem jaringan jalan raya terus berkembang bagi menghubungkan lebih banyak kawasan.
Jalan-jalan tersebut kemudiannya dirujuk sebagai Jalan Persekutuan yang mempunyai satu lorong.
Jalan dua lorong pertama pula dibina di Jalan Gasing dan Jalan Universiti di Petaling Jaya sebelum Lebuh Raya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang dibina.
Mungkin ramai berpendapat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) merupakan lebuh raya bertol pertama negara.
Pendapat itu tidak tepat kerana lebuh raya bertol pertama negara terletak di antara Slim River ke Tanjung Malim, Perak sebelum PLUS dibuka sepenuhnya pada tahun 1994.
Wartawan S2, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar MUHAMAD IQBAL ROSLI, FAUZI BAHARUDIN, MOHD. NAIM AZIZ dan MOHD. NOOR AMIN menyingkap sejarah pembinaan lebuh raya negara dalam memastikan jaringan pengangkutan darat bergerak lancar.
Kini terdapat lebih 29 buah lebuh raya di seluruh negara termasuk di ibu negara yang memberikan kemudahan, keselesaan dan penjimatan masa kepada pengguna.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Diary Faisal: Memori <b>Kuala Kangsar</b> : : Berpijak <b>Di</b> Bumi Kuala <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 10:52 PM PDT

Yay! Akhirnya aku sampai jugak KK! Kecik je rupanya bandar KK ni. Tapi yang penting tersusun rapi dan agak bersih la.. kalau seimbas pandang bersih je aku tengok.. Belum terokai betul-betul lagi tengok bersih atau pon tak.


Rumah kak long aku dekat je dengan stesen keteapi ni. 5 minit dah sampai! Kalau jalan kaki sejam baru sampai! hahahaha..


Sempat jugak la aku pusing-pusing town.. Pergi kat tengah bandar ambik gambar ikon KK.. Pergi kat lembah aka sungai.. Orang KK panggil lembah ni sungai.. So sape-sape yang datang KK jangan pelik lak kalau ade orang panggil sungai tu lembah yer.. Sungai kat sini air deras sangat so becarefull!




Kat dataran tu jugak ade kedai baru nama dia arena! Ala-ala downtown jer.. Kire boleh dipanggil downtown kuala kangsar lah.. Bandar tak besar pon, pusing-pusing keluar tempat yang sama je, lagi pula aku datang bukan nak bercuti kan!





So bila dah ade kat kawasan dataran ni pusing-pusing la kat kawasan jualan barangan kraf tangan.. Ade FM! Yes! Jumpa jugak FM kuala kangsar ni! huhuhu.. Kate pak cik yang jual FM tu, FM baru je ade kat KK nih.. So aku antara yang terawal la yang beli FM ni!!! huhuhu..












Aku jugak sempat pergi shopping pasu bunga labu sayung! Beli kat kedai cik yati.. Agak murah la kalau beli kat kedai ni. Yang penting kene pandai tawar menawar.. Aku habis kan RM100 beli pasu je.. huh!
*Tak banyak yang menarik kat KK ni.. Duduk 3 hari mati kutu!

07 di tronoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tronoh - Google Blog Search


SUARA PERAK: Soalan-soalan Dewan Negeri Perak

Posted: 16 Mar 2012 12:11 AM PDT


Soalan-soalan Dewan Negeri Perak
Disediakan oleh YB V. Sivakumar, ADUN kawasan Tronoh.
Persidangan Dewan Negeri : 3 April 2012.
1)   Berapakah jumlah tanah pertanian yang diluluskan oleh kerajaan di DUN Tronoh sepanjang tahun 2009, 2010 dan 2011. Nyatakan jumlah luas ikut kawasan yang diluluskan itu.
2)   Projek Batu Gajah Sentral yang sedang dalam pembinaan membawa banyak masalah kepada penduduk kawasan ini. Jalan Pusing, Batu Gajah selalu berlumpur pada hari hujan dan berdebu pada waktu panas. Air Sungai Resam juga keruh dan berlumpur terutamanya selepas  hujan. Banjir juga kerap berlaku di kawasan ini baru-baru ini. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi penduduk Batu Gajah akibat projek ini?
3)   Penduduk kampung Baru Bemban menghadapi banyak masalah penyelenggraan di kampung tersebut. Rumput tidak dipotong mengikut masa. Longkang-longkang terlalu kotor dan tidak dibersihkan. Semua ini menimbulkan masalah kesihatan di kawasan ini. Baru-baru ini terdapat beberapa kes denggi dilaporkan di kampung Baru Bemban. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung Baru Bemban, Batu Gajah?
Soalan-soalan bertulis :-
4)   Senaraikan kawasan-kawasan setinggan di DUN Tronoh, DUN Meglembu dan DUN Jelapang. Bilakah dijangka masalah  setinggan kawasan-kawasan ini akan diselesaikan oleh kerajaan.
5)   Masalah Tanah SJKT Gunung Rapat :-
a)      Adakah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan tapak tanah baru untuk sekolah tersebut?
b)      Dimanakah tapak tanah yang dicadangkan / diluluskan untuk membina sekolah itu?
c)       Berapakah keluasan tanah yang dicadangkan / diluluskan untuk membina sekolah itu?
6)   Majlis Daerah, Batu Gajah telah memulakan kerja-kerja untuk menyiapkan padang bola di tanah rezab, Desa  Changkat Batu Gajah. Tetapi, kerja-kerja telah dihentikan selepas beberapa hari :-
i)        Kenapakah  Majlis Daerah Batu Gajah tidak meneruskan projek ini?
ii)       Bilakah padang bola ini dijanka akan siap?
7)   Pejabat Tanah & Daerah Kinta telah memberi permit keluar pasir di Jalan Bota Tronoh, ( belakang Universiti Teknologi Petronas ) di zon industri.
i)        Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada pengusaha yang mengeluarkan pasir di kawasan itu?
ii)       Ke manakah pasir yang dikeluarkan di Tronoh itu telah dibawa?
iii)     Adakah jumlah pasir yang dikeluarkan di Tronoh itu sama dengan jumlah pasir yang sampai ke kawasan yang diluluskan untuk satu projek perumahan kerajaan?
8)   Projek Pembinaan Logi Pembuangan Sisa Pepejal di Papan.
I)        Adakah peternak-peternak dan petani-petani di kawasan ini akan diberi pampasan wang untuk mereka menghentikan aktiviti pertanian mereka?
II)      Dimanakah tapak baru yang dicadangkan oleh kerajaan sebagai tapak ganti untuk petani-petani dan peternak-peternak itu?
III)    Nyatakan secara terperinci bagaimana cadagan projek pembinaan logi pembuangan sisa pepejal itu tidak akan menimbulkan masalah bau dan kesihatan kepada penduduk-penduduk sekitar.

07 di sungai siput - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di sungai siput - Google Blog Search


Pelatih PLKN <b>Sungai Siput</b> Meninggal Dunia <b>Di</b> Hospital Selepas <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 11:44 PM PDT

Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini meninggal dunia malam Isnin selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sungai Siput kerana demam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, R.Vinoth, 18, yang berasal dari Padang Jawa, Klang, Selangor meninggal dunia pada 10 malam.

Laporan kematian dibuat oleh bapanya pada Selasa dan punca kematian belum diketahui.

Vinoth dilaporkan demam di kem berkenaan beberapa hari dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan.

Dia mengikuti program berkenaan awal Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Jumaat ini.

– BERNAMA

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved