Rabu, 28 September 2011

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Ditetak Kerana Enggan Jadi Gangster | Blogepal.Com

Posted: 27 Sep 2011 06:22 AM PDT

Seorang remaja hampir putus jari akibat ditetak sekumpulan samseng yang bertindak menyerangnya selepas berang kerana mangsa menolak pelawaan menjadi gengster bersama kumpu-lan itu.

Dalam kejadian jam 12 malam berkenaan, K Sasi Kumar, 19, sedang bekerja di kedai barangan lusuh milik bapa saudaranya, C Ramachandran, 43, ketika didatangi anggota samseng terbabit. "Seperti biasa, saya melakukan kerja harian dan tiba-tiba kumpulan samseng yang menaiki kereta Perodua Viva itu menyerang pakcik saya yang bersiap-siap untuk menutup kedai.

"Pakcik saya ditumbuk di muka kemudian mereka yang bersenjatakan parang terus menyerang saya," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Menurutnya, dia berasa begitu ngeri apabila teringat arahan 'potong dia! potong dia' yang disebut oleh seorang anggota samseng wanita ketika itu dan kata-kata tersebut masih masih terngiang-ngiang di telinganya sehingga sekarang.

Sasi Kumar berkata, sebelum ini kumpulan itu pernah mempelawanya untuk menyertai kumpulan mereka beberapa kali tetapi dia menolak kerana sedar kegiatan itu tidak memberi faedah kepada masa depannya.

"Malangnya, saya diperlakukan sebegini kerana ingkar permintaan kumpu-lan terbabit," katanya yang hampir kehilangan tiga jari kanan akibat ditetak sepasang suami isteri serta rakan mereka, dipercayai anggota kumpulan samseng di Kawasan Perindustrian Pinggir Bercham di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat motif sebenar kejadian dan menjejaki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan. (BERCHAM)

Source

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from your own site.

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Ibu tunggal rayu PERKESO | peraktoday.com

Posted: 24 Sep 2011 03:07 PM PDT

SEORANG ibu tunggal merayu kepada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Perak supaya segera memproses permohonan mendapatkan pencen berikutan kematian suami Februari lalu.

Letchumy a/p Muniandy, dari Taman Seri Jaya, Sitiawan berkata, mendiang suami beliau telah meninggal dunia ketika berkerja sebagai tukang kebun di Sekolah Rendah Wawasan, Pundut, lapan bulan lalu.

"Suami saya meninggal dunia semasa sedang berehat selepas menjalankan kerja-kerja kebun di sekolah tempat beliau bekerja.

"Kematian beliau cukup memberikan kesan kepada saya yang kini terpaksa mengambil tugas menyara tiga orang anak yang kesemuanya masih bersekolah," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan Ahli Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sempena Hari Bertemu Pelanggan di MPM, Seri Manjung, hari ini.

Menurutnya, beliau kini terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Seri Manjung (HSM) walaupun tugas tersebut tidak begitu sesuai bagi seorang wanita seperti beliau.

Letchumy berkata gaji sebanyak RM700 yang diterima tidak mencukupi bagi menyara anak-anak termasuk keperluan membayar sewa rumah, bil air, elektrik serta perbelanjaan sekolah.

"Saya telah mengemukaan permohonan tersebut kepada Perkeso namun sehingga sekarang, masih belum mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.

"Kelewatan tersebut benar-benar menyulit dan membebankan kehidupan kami sekeluarga," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis MPM, Azri Jaafar berkata, beliau akan cuba membantu Letchumy dalam menangani permasalahan yang dihadapi itu.

Menurutnya, masalah tersebut akan dipanjangkan kepada Perkeso dan akan mendapatkan penjelasan daripada pihak  berkenaan.

"Kita akan siasat dan mendapat penjelasan daripada pihak Perkeso kenapa kelewatan tersebut berlaku," katanya yang juga Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor. – Nooraini Mahamad.

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Gebang Bahasa - Susastera Bahasa Melayu: Sore <b>di Teluk Batik</b> <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2011 02:06 AM PDT

30 Julai 2011

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


<b>Di</b> KFC Tesco <b>Kampar</b> | Keluarga Mifzal Arsyad©

Posted: 24 May 2011 03:38 AM PDT

Assalamualaikum WBT

Bersiaran dari KFC Tesco Kampar..menunaikan permintaan si kecik..setiap hari sblm pegi taska mintak nak makan kat KFC..

Ok..layan je..

Posted with WordPress for BlackBerry Torch.

Entri Berkaitan:

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Anak Seberang: PAS Buat Hemoi Sambut PM Esok <b>Di Ipoh</b>

Posted: 23 Sep 2011 02:02 AM PDT

Macam ni lah yang AS mahukan. Sebagai sebuah parti pembangkang di negeri Perak, mereka seharusnya mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia.
Tinggalkan bab kepartian yang ketaksuban melampau sebentar, kedatangan PM ke tempat mereka seharusnya diraikan. AS bersangka baik dengan berharap apa yang dilakukan ini semuanya dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Mengikut jadual esok, beliau dijangka akan menghadiri Jamuan Hari Raya Bersama PM di Taman Song Choon, Ipoh. Dijangka 20,000 orang warga sekitar Ipoh dijangka menghadiri program tersebut. Diharapkan suasana Program itu berjalan dengan lancar dan teratur.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Himpunan SAT <b>di</b> Trek Ulu <b>Kerian</b>

Posted: 05 Aug 2011 11:15 PM PDT

Akhirnya berjaya jugak team S.A.T mengumpulkan ramai rakan2 yang untuk bersama beriadah dan acara ini diberikan nama "Himpunan Motorcross+4wheel+MTB bersama S.A.T".Ramai jugak rakan2 yang hadir dan kalau tak silap aku lah melebihi 100 org kesemuanya.Tahniah untuk semua ahli2 S.A.T yg berusaha gigih untuk menjayakan trip kali ini...nk load gambar dalam blog terlalu banyak so boleh layan facebook gambar yang selebihnya yer....sorry.

Gambar2 semua diambil dari camera :Anazim,Amirah,Nirwan dan Bob.

Sekian....Adios

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


ALHUSSEYN: Umno serik <b>di Bukit Gantang</b>, mahukan Gerik pula!

Posted: 25 Sep 2011 04:45 PM PDT


Walaupun PM Najib cuba mengangkat kredibiliti parti Gerakan dengan melantik pengerusinya, Koh Tsu Koon (KTK) yang kalah menjadi senator dan seterusnya dilantik sebagai menteri kabinet, namun kecaman dan hinaan semakin rancak bertalu-talu terpaksa diterima oleh KTK yang nampaknya semakin tidak bermaya lagi.

Kini pergolakan tersebut menular ke Perak.Gerakan diperlakukan umpama bola yang ditendang kesana kemari.Menurut laporan terkini, calon Umno mungkin akan bertanding semula di kerusi Parlimen Gerik, yang kini disandang wakil Gerakan, pada pilihan raya akan datang.

Kerusi yang ditandingi Umno itu diserahkan kepada Gerakan pada pilihan raya 2008 selepas kerusi yang ditandingi Gerakan di Parlimen Bukit Gantang diserah kembali kepada Umno. Mungkinkah kerusi Parlimen Bukit Gantang akan diserah kembali kepada Gerakan?

Persoalannya jika benar demikian apakah motif disebalik perubahan tersebut? Parlimen Bukit Gantang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat menerusi Allahyarham Haji Roslan bin Shahrom pada PRU-12 yang lalu, kemudian kini disandang oleh DS Nizar setelah melalui satu pilihanraya kecil pada 7 April 2009 dengan majoriti yang lebih besar mengalahkan Umno iaitu 2,789 undi.Sebelum itu, Allahyarham Haji Roslan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,566 undi.

Nampaknya kerusi Bukit Gantang menjadi igauan kepada Umno setelah dua kali kecundang disitu! Umno tentunya serik untuk bertanding disitu memandangkan kedudukan DS Nizar yang semakin diterima oleh rakyat dikawasan tersebut.Umno menyedarinya sebab itu Umno mesti lari dari situ dan memujuk Gerakan jadi Pak Pacak disitu dalam PRU-13 nanti.

Bijak sungguh Umno! Kerusi yang dimenangi di Parlimen Gerik diragut dari tangan Gerakan Apakah Gerakan dikira cerdik jika bersetuju ditempatkan di Parlimen Bukit Gantang sebagai ganti?Nampaknya Gerakan tidak ada pilihan melainkan akur kepada kehendak Zambry untuk jadi Pak Sanggup sahaja.

PARLIMEN <b>BUKIT GANTANG</b>: Jamuan Raya Bersama DS Nizar <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2011 12:38 AM PDT


Esok Jamuan Raya Peringkat DUN Kuala Sapetang dibuat di Taman Mewah Kamunting.Izin Tuhan DS Nizar akan berada di Taman Mewah bertemu masyarakat DUN Kuala Sapetang.

DS Nizardijadualkan berada di situ dari pukul 3 petang hingga 6 petang. Selamat berjumpa!

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


MAZHA 2010: Cendol paling terkenal <b>di Taiping</b>

Posted: 05 Sep 2011 06:35 AM PDT

Ini ialah dikatakan cendol yang terbaik dan paling terkenal di Taiping. Ini dapat dilihat melalui nama kedai itu sendiri yang mempunyai perkataan "terkenal" (famous).
Gambar menunjukkan cendol Ansari yang terkenal itu.
Lokasi: Jalan Chung Thye Phin, antara Jalan Stesen and Jalan Taming Sari. Ia jalan satu hala, jadi anda tidak boleh memasuki secara langsung dari Jalan Stesen.
Restoran dari pandangan hadapan.
Bila cuaca panas di Taiping,ini merupakan sesuatu tidak boleh dilepaskan. Cendol di sini mempunyai beberapa pilihan, kacang (kacang merah), pulut and kacang+pulut. Biasanya yang menjadi pilihan ramai ialah cendol kacang. Bagaimanapun , cendol yang dimasukkan  pulut merupakan pilihan yang istimewa.

Secara keseluruhannya cendol merupakan menu utama yang diperbuat daripada santan, gula dan kacang. Turut juga disajikan pasembur (juga dikenali sebagai Rojak di beberapa tempat), yang mana pilihan yang agak baik juga.

Tempatnya bersih. Terdapat  banyak tempat letak kereta di depan dan berhampiran kedai. Di Taiping, anda perlu membayar tempat letak kereta bermeter , malah pada hujung minggu dan cuti umum.

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


Nampaknya kempunan la PAS nak bertanding <b>di Bagan Serai</b> <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2011 12:45 AM PDT

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 21 Sept – Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberi tempoh sehingga hujung bulan untuk menyelesaikan rundingan pembahagian kerusi pilihan raya di kedua-dua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara PKR, PAS dan DAP.
   
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata sekiranya pembahagian kerusi tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan rundingan akan dilakukan di peringkat pusat.
 
"Sebahagian daripada negeri dah maklumkan kepada pusat sementara sebahagian lagi dalam proses dan akan selesai dalam waktu terdekat.

"Kalau dalam tempoh yang kita tetapkan masih ada pertindihan, pusat akan selesaikan," katanya pada sidang media di sini.

Katanya, rundingan di peringkat negeri masih berjalan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rundingan pembahagian kerusi antara tiga parti itu berjalan dengan baik walaupun wujud perbezaan pendapat. - TMI.

Sebelum ni Malaysiakini melaporkan:
Perbalahan antara DAP dan PKR berhubung agihan kerusi di Johor semakin parah dengan Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan bahawa parti itu tidak akan duduk di meja rundingan bersama PKR sekali lagi.

Menurut laporan dalam akhbar-akhbar bahasa Cina hari ini, Boo membuat kenyataan itu semasa jamuan makan malam DAP pada hari Ahad lalu. Beliau menuntut rakan sejawatan PKR Datuk Chua Jui Meng supaya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kegagalan rundingan berkenaan. - Mkini.

Tu cerita di Johor. Aku yakin bukan di Johor saja tapi di seluruh negara banyak kerusi yang belum selesai lagi.

Di Perak pun tak kurang hebatnya. Kerusi Parlimen Bagan Serai sampai sekarang tak selesai lagi. Dengar ceritanya PKR Bagan Serai dah takmau berbincang dan dengar ceritanya perbincangan di peringkat negeri pun tak selesai jugak.

Pihak PKR katanya dah buat keputusan serahkan soal kerusi Bagan Serai kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Kalau lepas ke atas aku yakin PAS Bagan Serai melepas lagi kali ni. Takkan la PKR nak serahkan kerusi Bagan Serai yang ada potensi nak menang kepada PAS. Kecuali la kalau PAS boleh tukar dengan kerusi lain yang sama taraf macam Bagan Serai.

Masalahnya PAS nak bagi kerusi mana? Takkan nak tukar dengan kerusi Parit Buntar atau Bukit Gantang kut?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Share

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


ALHUSSEYN: Umno serik <b>di</b> Bukit Gantang, mahukan <b>Gerik</b> pula!

Posted: 25 Sep 2011 04:45 PM PDT


Walaupun PM Najib cuba mengangkat kredibiliti parti Gerakan dengan melantik pengerusinya, Koh Tsu Koon (KTK) yang kalah menjadi senator dan seterusnya dilantik sebagai menteri kabinet, namun kecaman dan hinaan semakin rancak bertalu-talu terpaksa diterima oleh KTK yang nampaknya semakin tidak bermaya lagi.

Kini pergolakan tersebut menular ke Perak.Gerakan diperlakukan umpama bola yang ditendang kesana kemari.Menurut laporan terkini, calon Umno mungkin akan bertanding semula di kerusi Parlimen Gerik, yang kini disandang wakil Gerakan, pada pilihan raya akan datang.

Kerusi yang ditandingi Umno itu diserahkan kepada Gerakan pada pilihan raya 2008 selepas kerusi yang ditandingi Gerakan di Parlimen Bukit Gantang diserah kembali kepada Umno. Mungkinkah kerusi Parlimen Bukit Gantang akan diserah kembali kepada Gerakan?

Persoalannya jika benar demikian apakah motif disebalik perubahan tersebut? Parlimen Bukit Gantang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat menerusi Allahyarham Haji Roslan bin Shahrom pada PRU-12 yang lalu, kemudian kini disandang oleh DS Nizar setelah melalui satu pilihanraya kecil pada 7 April 2009 dengan majoriti yang lebih besar mengalahkan Umno iaitu 2,789 undi.Sebelum itu, Allahyarham Haji Roslan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,566 undi.

Nampaknya kerusi Bukit Gantang menjadi igauan kepada Umno setelah dua kali kecundang disitu! Umno tentunya serik untuk bertanding disitu memandangkan kedudukan DS Nizar yang semakin diterima oleh rakyat dikawasan tersebut.Umno menyedarinya sebab itu Umno mesti lari dari situ dan memujuk Gerakan jadi Pak Pacak disitu dalam PRU-13 nanti.

Bijak sungguh Umno! Kerusi yang dimenangi di Parlimen Gerik diragut dari tangan Gerakan Apakah Gerakan dikira cerdik jika bersetuju ditempatkan di Parlimen Bukit Gantang sebagai ganti?Nampaknya Gerakan tidak ada pilihan melainkan akur kepada kehendak Zambry untuk jadi Pak Sanggup sahaja.

Lambdaspin Punya Lubuk: SEJARAH <b>GERIK</b> PERAK

Posted: 15 Sep 2011 01:59 PM PDT

 Hari ini aku nak menyingkap sejarah kewujudan tempat kelahiran aku
yang di rindui iaitu GERIK perak.
walaupun sekarang aku dah merantau di negeri Kedah
hampir 12 tahun sehingga entri ini di tulis..
Jadi sebagai anak kelahiran GERIK sekurang2nya aku kena ambil 
tahu tentang sejarah tempat asal usul aku ini.
Sesetengah orang mungkin ada yang tak mengetahui GERIK tu
terletak di mana,apatah lagi sejarahnya.
Banyak sejarah-sejarah hebat yang terukir di GERIK ini sebenarnya.
sejarah dari zaman hang Tuahnya,zaman penjajahan,zaman jepun,
zaman komunis dan yang terbaru sejarah hitam Alma'unah,ingat lagi kah..?
Jom ikuti hasil godek2 di poket uncle Google.dan lain2 sumber.
"BACALAH SAMBIL BERSANTAI"
*************************************************

View Larger Map



Gerik terletak kira2 146 km dr ipoh dan 102 km dr kuala kangsar..terletak bersempadan dengan jeli di bahagian pantai timur yg jaraknya lebih kurang 115km.pekan2 berhampiran antarnya lenggong,55km dan baling,kedah,57km..


gerik merupakan 'ibu daerah' bagi daerah hulu perak yg merangkumi hutan belum,lenggong dan pengkalan hulu yg bersempadan dgn kedah..daerah nih mempunyai 2 kawasan parlimen iaitu lenggong dan gerik..dan mempunyai 4 dun.. 


keunikannya ialah dikelilingi hutan tebal yg masih tidak terusik lagi..difahamkan tempat nih diterokai oleh org2 melayu pattani yg lari dari siam..loghat di sini amatlah berlainan dr tempat2 lain di perak kerana loghatnya seakan-akan kelantan + kedah .. 


bandar gerik majoritinya didiami oleh kaum cina yg mengusahkan perniagaan manakala org india amatlah sedikit kedapatan mereka disini..majoriti penduduknya adalah org melayu.. 


di gerik..segala2 kemudahan adalah lengkap walaupun tanggapan umum mengatakan tempat ni adalah terpencil dan tidak ada apa2 kemudahan..di sini terdapat masjid,kedai2,bank,kem askar dan pelbagai kemudahan lain..sama spt di tempat lain 


bg mereka yg datang dr arah kuala kangsar..grik merupakan tempat persinggahan utama sebelum menuju ke arah pantai timur atau utara semenanjung iaitu baling..begitu juga sebaliknya



SEJARAH GERIK
__________________

MENURUT sejarah, orang yang mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani sebelum berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.
Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di Utara Semenanjug. Raja Reman menceroboh ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik ditakluki Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman dihapuskan oleh kerajaan Siam dan Gerik menjadi jajahannya.
Namun, pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Perjanjian itu ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat).
Antara syarat perjanjian menuntut kerajaan Siam menyerahkan semua Gerik yang diambil Raja Reman kepada Perak. Istiadat penyerahan Gerik berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.


ASAL USUL NAMA GERIK
__________________________
 Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai Gerik masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman.




Dalam tahun 1870 beberapa orang datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh Tok Ad (Tok Saad).




Tidak beberapa lama kemudian, Raja Reman yang juga mengguna gelaran Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ terdapat sebuah kampung di tengah-tengah hutan



Ketika Raja Reman tiba di kampung terbabit, baginda mendengar bunyi pelik dari celah rumpun buluh. Baginda kemudian memerintahkan orangnya supaya memagar kawasan berkenaan dan menggalinya bagi merungkai misteri bunyi terbabit.



Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.
Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.


*dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.
banyak sumber sebenarnya dari Wiki,Google,blog2,portal kerajaan,FB dan story nya 
lebih kurang sama jer.
**********************************************


SEJARAH ULUNG LAIN TENTANG GERIK
________________________________________
*aku ambil dari web seorang pengkaji.kredit
http://kushirolanguage.com/


Batu Bersurat Jepun 1942


Sebenarnya pihak JKR Gerik telah menjumpai 2 bungkah batu yang terukir tulisan "Cina" semasa melakukan kerja-kerja pembinaan jalan dan mereka terus menyimpannya ke dalam Setor kerana bentuk batu dan tulisan yang terpahat padanya agak pelik.


Sedang kami membelek-belek batu tersebut, salah seorang daripada pekerja JKR yang berbadan sasa bersuara."Sebenarnya ada sebiji lagi di Kroh (panggilan sekarang ialah Pengkalan Hulu), lokasi tempat di mana kami menjumpai kedua-dua batu ini."




Gambar Batu Bersurat Jepun 1942
klik untuk zoom


video


Terjemahan pada Batu
Tulisan Asal yang terdapat pada batu


Tulisan yang telah ditukar ke dalam Bahasa Jepun Baku


Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu
PERTEMPURAN BERDEKATAN BUKIT "SAORUDAN (SERDANG)"
"Pada 8hb. Dis. 1941 selepas pendaratan di suatu kawasan berhampiran dengan Patani, rejimen infantri "Maruya @ Marutani" iaitu unit askar bantuan barisan terkehadapan (front-liner) berjalan kaki pimpinan Leftenan Ando, semasa dalam perjalanan menuju ke "Betung, Thai" dengan semangat yang berkobar-kobar walaupun terpaksa meranduk laluan yang begitu sukar, pada 10hb., telah bertembung dengan askar-askar British-India seramai lebih kurang 1,500 orang yang lengkap dengan kereta perisai (tank) dan trench mortar yang sedang berkubu berdekatan Bukit Serdang setelah mencerobohi sempadan Malaya-Thai dalam misi mereka menuju ke arah Utara. Pertempuran kali pertama selepas pendaratan itu tercetus serta-merta lalu menyaksikan kubu musuh diserang bertalu-talu berbekalkan kekuatan sedia ada, masuk hari yang ketiga, berjaya menakluki satu persatu daripada 3 lapisan (atau barisan) pertahanan lalu menawan keseluruhan musuh. Tawanan-tawanan hidup dihapuskan sama sekali kesemuanya. Dengan ini, kemenangan mutlak yang seharusnya dibanggakan telah diperoleh.
Cuma dengan serangan berani mati secara aktif sejak dari awal pertempuran ini yang dilancarkan oleh rejimen infantri "Maruya" iaitu askar bantuan pimpinan Leftenan Ando terhadap tentera British-India telah menyebabkan hati musuh menjadi gerun. Selepas dari itu arahan dan strategi pertempuran mudah dilaksanakan.
Oleh yang demikian batu ini didirikan di sempadan negara Malaya-Thai ini sebagai tanda peringatan."
******************************************
Hang Tuah di Gerik Apa Kaitanya?
______________________________
Seperti mana yang kita fahami bahawa kisah pahlawan Melayu ulung seperti yang diriwayatkan dalam Hikayat Hang Tuah, memang sukar dipastikan kebenarannya. Tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudannya, namun yang nyata Hang Tuah kekal menjadi lagenda orang-orang Melayu.


Meski pun begitu, terdapat beberapa penulis Inggeris seperti Hans Overback, Nasjah, Sheppar M C dan lain-lain lagi yang berminat dan telah menulis atau menterjemahkan hikayat Hang Tuah dalam buku mereka, seperti 'Malaiische Chronik, Hang Tuah Aus dem Malaiischen ubersetz von Hans Overbeck' yang diterbitkan oleh Georg Muller, Munich pada tahun 1922.


Apa yang menarik untuk penulis tekankan di sini ialah – di penghujung penulisan hikayat ini ada menyatakan bahawa, setelah Hang Tuah hilang selepas peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, beliau dikatakan muncul semula di hulu sungai Perak dan dipercayai menjadi Batin di sebuah kampung orang Asli di kawasan tersebut.


Berdasarkan ini, penulis percaya kawasan yang dimaksudkan dalam riwayat itu adalah di kawasan perkampungan orang Asli di Temenggor, Gerik.


Sudah tentu tiada siapa yang dapat membuktikan atau mengesahkan perkara ini. Namun orang Gerik, patut berasa bangga kerana Gerik dikaitkan dengan riwayat Hang Tuah yang tiada bandingannya itu. Benar atau tidak, sahih atau kabur, sejarah atau dongeng – selagi Hikayat Hang Tuah 'hidup' di dunia ini – selagi itulah fakta mengenai timbulnya semula Hang Tuah di Hulu Perak selepas ghaibnya dari bumi Melaka tetap seiring dalam penceritaannya, seperti yang ditulis oleh penulis-penulis yang banyak mengkaji tentangnya.


Malah jika kita melihat pada tulisan fakta sejarah, kita akan dapat mengetahui bahawa setelah kejatuhan Melaka pada Tahun 1511, Sultan Mahmud Syah (Sultan Melaka yang terakhir) mengundurkan diri ke Kampa. Kemudiannya selepas itu pada tahun 1528, Putera Baginda – Raja Muzaffar Syah telah berhijrah ke Negeri Perak lalu membawa bersamanya sebilah keris yang dikurniakan ayahndanya, yang mana keris itu dikatakan kepunyaan Hang Tuah yang dipulangkan kepada Sultan Mahmud Syah sebelum menghilang. Hingga kini, alat itu dijadikan sebagai alat kebesaran kerajaan negeri Perak.


Agak sinonim apabila keris Hang Tuah berada tidak jauh dari tempat beliau timbul semula. Apakah itu tanda keramat kerisnya yang tidak mahu berpisah jauh dengannya? Dan, apakah keris yang dimaksudkan itu adalah Tamingsari yang gah disebut-sebut?


Lalu, apakah ini adalah tanda bahawa kewujudan Hang Tuah di Hulu Perak @ Gerik adalah selari dengan fakta sejarah penghijrahan Raja Muzzaffar Syah ke negeri Perak bersama keris peninggalan Hang Tuah itu?


Wallahu a'lam.


Nota: tulisan ini sekadar untuk mengaitkan hikayat Hang Tuah dengan kawasan Gerik. Sila rujuk mana-mana penulisan tentang hikayatnya untuk mengesahkan fakta yang terselit ini dalam riwayatnya.
kredit.
*********************************************************

Parti Komunis Malaya (PKM)
____________________________
*sejarah ringkas kekejaman komunis di Gerik dan sekitarnya






Parti Komunis Malaya (b. Inggeris: Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.



Pemberontakan bersenjata (1948 - 1989)


Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.


Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.


Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.


Jejak kejam - Lubuk komunis di Perak
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.
Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik 
Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik: 


* 800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. 
* Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu: 


* Bukit Buloh. 
* Malau. 
* Kubang. 
* Kuala Kenering. 
* Sungai Terap. 
* Kampung Chua. 
* Kampung Beko 
* Manong 
* Kampung Chepor 
* Bukit Sapi, Lenggong. 



Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.
Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung.
Pasukan gerila Melayu Force 136 yang ketika itu telah mengambil kuasa daripada tentera Jepun di Pekan Gerik, telah bergegas menuju Pekan Lenggong dan berjaya merampas Pekan Lenggong daripada gerila Bintang Satu. 
Dalam tahun1945,ketika pengganas komunis berpengkalan dekat Gerik Klian Intan Kroh, Hulu Perak, gerila Bintang Tiga telah membakar banyak rumah penduduk kampung yang enggan menyokong pergerakan mereka.
*****************************************************



Bangkit untuk membina gerik selepas melalui pelbagai sejarah hitam.
dan keperitan berada di pelbagai zaman.



Setelah sekian lama terbentuknya sebuah daerah di Hulu Perak.
hasil keringat orang-orang terdahulu yang banyak berjasa dalam pembentukan
Maka rancaklah pembangunan didirikan di awal kewujudannya

Tugu gajah yang di katakan mempunyai sejarah tersendiri ketika di bina di awal 60'an
memang juga di kenali sebagai habitat utama  Gajah-gajah di sekitar kawasan hutan
Gerik ini sama ada yang jinak dan liar.



LAIN-LAIN GAMBAR NOSTALGIA
Lake garden belakang ESSO gerik 1941


Banding sebelum jadi tasik lagi time ni 1964


 Sekolah taman inai 1940


Malay school Gerik 1939


Perarakan maulid nabi 1959..jalan masjid melalui depan balai polis Gerik

-Terharu pulak dapat lagi tengok gambar2 nostalgia macam ni.
sekurang2nya dapat sedikit feel zaman aku tak wujud lagi.
patung gajah ni dh tak wujud lagi dah..di ganti dengan tanduk rusa pulak.
sumber gambar:Gerik D' Hulu Perakian.
pembangunan pesat membangun
Landasan kapal terbang tentera
suasana pagi di lapangan terbang juga tempat riadah.
Simpang empat dulu dengan sekarang jauh perbezaanya.
**************************************************************
EMPANGAN TEMENGGOR TASIK BANDING
______________________________________________
dua nama ini memang cukup terkenal pada kaki2 pancing dan sangat la famous
dalam ketegori percutian dan pelancongan malaysia.


Tasik Temenggor terletak di dalam Hutan Belum yang membentuk kawasan tadahan air Tasik Temenggor. Empangan ini mempunyai kepentingan sebagai sumber air dan penjana hidroeletrik. Selain itu, kawasan Temenggor dan hutan Belum berpotensi untuk dijadikan kawasan eko-pelancongan.


Stesen janakuasa ini adalah stesyen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 87 MW setiap satu. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.
Pembinaan dimulakan pada tahun 1967 dan disiapkan pada tahun 1972. Kos pembinaannya RM352 juta. Operasi dimulakan pada 1975 dan dirasmikan pada 1976 oleh YM Sultan Idris Shah II, sultan Perak.
Spesifikasi Empangan Temenggor
Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:
Tinggi 127m dari tapak ke puncak. Panjang xxx m dari hujung ke hujung. Isipadu xx.00 juta meter padu.
Aras puncak ialah 250 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 247 m. Aras operasi adalah 245 m maksima dan 200 m minima.
Takungan : luas permukaan pada 245m ialah 152 km persegi, dan kawasan tadahan ialah x,000 km persegi. Isipadu takungan ialah 6,000 juta meter padu.
Alur limpah – luahan x,000 meter padu sesaat.
Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 87 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 100 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 100 MVA sebuah.
Empangan Temenggor kini telah menurun ke tempat ketiga sebagai empangan ketiga terbesar di Malaysia. Suatu masa dahulu, ia adalah empangan terbesar dan menpunyai daya upaya jana elektrik terbesar setelah siap pada tahun 1979.
Ia juga diingati dalam sejarah Malaysia kerana peranannya membendung kegiatan gerila komunis dengan menyekat ulu Sungai Perak, membentuk Tasik Temenggor dan menengelamkan laluan susupan gerila dari Betong, di Siam masuk ke negeri Perak.



TASIK BANDING
_____________________________________
 Tasik yang sangat menarik dan menjadi kegilaan pada mereka-mereka yang kaki pancing
Tasik ini wujud semenjak pembinaan empangan Temenggor.
kerap jugak menjadi tumpuan aku ke sini di sebabkan ayah aku selalu melalui
tasik Banding untuk berjumpa dengan orang2 asli di sekitar pulau atas tugas
dan tanggungjawab beliau sebagai pendidik kepada orang-orang asli kawasan sekitar.
klik gambar
suasana yang nyaman sekali
sejuk mata.rasa macam nak balik kampung jer.

itu la saja yang boleh aku kongsi dengan pembaca sekalian
kalau nak di ikut kan banyak lagi sejarah2 nya
yang ni pon dah 7jam aku duk ngadap skrin mencari sumber.
penat woo..kalau ada pembetulan atau perkara yang kurang tu bagitau la
boleh di update kembali...
entri paling lama dalam satu masa penah aku buat...mood tengah rajin takdak
masaalah kan..sekian WASSALAM.

owner2 gambar ni aku mintak izin guna gamba korang.
aku pon cilok dalam poket uncle Google jer.