Rabu, 28 September 2011

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Ibu tunggal rayu PERKESO | peraktoday.com

Posted: 24 Sep 2011 03:07 PM PDT

SEORANG ibu tunggal merayu kepada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Perak supaya segera memproses permohonan mendapatkan pencen berikutan kematian suami Februari lalu.

Letchumy a/p Muniandy, dari Taman Seri Jaya, Sitiawan berkata, mendiang suami beliau telah meninggal dunia ketika berkerja sebagai tukang kebun di Sekolah Rendah Wawasan, Pundut, lapan bulan lalu.

"Suami saya meninggal dunia semasa sedang berehat selepas menjalankan kerja-kerja kebun di sekolah tempat beliau bekerja.

"Kematian beliau cukup memberikan kesan kepada saya yang kini terpaksa mengambil tugas menyara tiga orang anak yang kesemuanya masih bersekolah," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan Ahli Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sempena Hari Bertemu Pelanggan di MPM, Seri Manjung, hari ini.

Menurutnya, beliau kini terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Seri Manjung (HSM) walaupun tugas tersebut tidak begitu sesuai bagi seorang wanita seperti beliau.

Letchumy berkata gaji sebanyak RM700 yang diterima tidak mencukupi bagi menyara anak-anak termasuk keperluan membayar sewa rumah, bil air, elektrik serta perbelanjaan sekolah.

"Saya telah mengemukaan permohonan tersebut kepada Perkeso namun sehingga sekarang, masih belum mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.

"Kelewatan tersebut benar-benar menyulit dan membebankan kehidupan kami sekeluarga," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis MPM, Azri Jaafar berkata, beliau akan cuba membantu Letchumy dalam menangani permasalahan yang dihadapi itu.

Menurutnya, masalah tersebut akan dipanjangkan kepada Perkeso dan akan mendapatkan penjelasan daripada pihak  berkenaan.

"Kita akan siasat dan mendapat penjelasan daripada pihak Perkeso kenapa kelewatan tersebut berlaku," katanya yang juga Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor. – Nooraini Mahamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan