Rabu, 28 September 2011

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


Nampaknya kempunan la PAS nak bertanding <b>di Bagan Serai</b> <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2011 12:45 AM PDT

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 21 Sept – Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberi tempoh sehingga hujung bulan untuk menyelesaikan rundingan pembahagian kerusi pilihan raya di kedua-dua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara PKR, PAS dan DAP.
   
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata sekiranya pembahagian kerusi tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan rundingan akan dilakukan di peringkat pusat.
 
"Sebahagian daripada negeri dah maklumkan kepada pusat sementara sebahagian lagi dalam proses dan akan selesai dalam waktu terdekat.

"Kalau dalam tempoh yang kita tetapkan masih ada pertindihan, pusat akan selesaikan," katanya pada sidang media di sini.

Katanya, rundingan di peringkat negeri masih berjalan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rundingan pembahagian kerusi antara tiga parti itu berjalan dengan baik walaupun wujud perbezaan pendapat. - TMI.

Sebelum ni Malaysiakini melaporkan:
Perbalahan antara DAP dan PKR berhubung agihan kerusi di Johor semakin parah dengan Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan bahawa parti itu tidak akan duduk di meja rundingan bersama PKR sekali lagi.

Menurut laporan dalam akhbar-akhbar bahasa Cina hari ini, Boo membuat kenyataan itu semasa jamuan makan malam DAP pada hari Ahad lalu. Beliau menuntut rakan sejawatan PKR Datuk Chua Jui Meng supaya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kegagalan rundingan berkenaan. - Mkini.

Tu cerita di Johor. Aku yakin bukan di Johor saja tapi di seluruh negara banyak kerusi yang belum selesai lagi.

Di Perak pun tak kurang hebatnya. Kerusi Parlimen Bagan Serai sampai sekarang tak selesai lagi. Dengar ceritanya PKR Bagan Serai dah takmau berbincang dan dengar ceritanya perbincangan di peringkat negeri pun tak selesai jugak.

Pihak PKR katanya dah buat keputusan serahkan soal kerusi Bagan Serai kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Kalau lepas ke atas aku yakin PAS Bagan Serai melepas lagi kali ni. Takkan la PKR nak serahkan kerusi Bagan Serai yang ada potensi nak menang kepada PAS. Kecuali la kalau PAS boleh tukar dengan kerusi lain yang sama taraf macam Bagan Serai.

Masalahnya PAS nak bagi kerusi mana? Takkan nak tukar dengan kerusi Parit Buntar atau Bukit Gantang kut?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan