Sabtu, 10 Mac 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Majlis Belia Felda <b>Trolak</b> Timur Bergotong Royong <b>di</b> Pondok

Posted: 28 Feb 2012 08:53 AM PST








Sabtu 25/2/2012 yang lalu, sekumpulan anak muda seramai 30 orang daripada Majlis Belia Felda Trolak Timur mengadakan gotong royong dan sumbangan barangan bagi kami warga pondok Manabiul Ulum. Moga Allah balas semua jasa mereka.

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


PROGRAM BAHASA ARAB <b>DI</b> SAM Al-ULUM SYARIYYAH <b>BAGAN</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 11:48 PM PST

Antara peserta adik-adik tingkatan 1

Apa yang awak tulis ni ?

Program diadakan pada 26 Feb 2012 dengan jayanya.  Walaupun memakan masa selama 3 jam pergi dan balik, kru arabic2u meredah jalan ke sana semata-mata untuk menemui adik-adik pelajar yang cintakan Bahasa Arab.

Ustaz Nadzmi di awal ceramah

Kami suka Bahasa Arab

Belajar rajin-rajin yan adik

Program dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Nadzmi Nadzir dengan bantuan fasilitator lain.  Program bermula pukul 9pagi dan berakhir pukul 5 petang.  Terimas kasih kepada ustaz/zah dan guru-guru di sana yang menyambut kami dengan sempurna.

Santai, bersemangat dan ceria selama dalam program

Buat apa tu ?

Bengkel : Dengan penuh minat

Ismi.....-Askunu-fi-..............-antara-adik-yang-berani-tampil-bercakap-Arab

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Tragedi 11.11.11 Nahas ngeri bas-treler <b>di Behrang</b>: 4 maut <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2011 09:29 PM PST


Ini berita terkini yang diterima pagi tadi.  Tiga pelajar sekolah dan seorang guru terbunuh manakala 5 lagi parah apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas berkenaan membawa rombongan pelajar dan guru sebuah sekolah dari Kulim, Kedah.

Setakat ini, 22 dilaporkan cedera dalam kemalangan di Behrang membabitkan bas dan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Dan setakat ini,  mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri itu ialah pelajar Tingkatan Tiga, Khairul Anuar Azhan; guru, Siti Hajar; seorang wanita dan seorang lagi pelajar yang masih hilang.


Bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa.Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands. Mereka dijadual mengadakan rombongan tiga hari dua malam di ibu kota.


Perkembangan terkini akan diupdate dari masa ke semasa.

Berikut adalah senarai nama yang maut dalam kejadian:
- Siti Hajar Mohamed, 33 tahun (Guru Ekonomi) – Kota Sarang Semut, Kedah
- Khairul Anwar Azhan (Pelajar Tingkatan 3)
- Maysara Zaidi, Taman Angsana (Pelajar Tingkatan 3)
- Basarah Saad ,45 tahun (orang awam yang membantu mangsa kemalangan)


p/s: Di manakah penghujungnya kemalangan yang melibatkan bas ni? Bila dah jadi macam-macam jawatankuasa khas diwujudkan lepas tu senyap jer....apa2 pun kita doakan keselamatan yang selebihnya dan alfatihah kepada yang maut dalam kemalangan ni.

Sumber :mstar,bharian



Sila copy artikel ini, untuk mendapat backlink ke blog ini


07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Sebuah SD <b>di Kampar</b> Muridnya Belajar Pakai Tikar « Riau Pos

Posted: 08 Mar 2012 07:23 AM PST

Sejumlah sekolah di Kampar masih sangat memprihatinkan. Seperti SDN 032 Tambang yang tak punya bangku, sehingga muridnya harus belajar beralas tikar.
TAMBANG- Sungguh ironis di negeri yang kaya raya ini masih ada sekolah yang ruang belajarnya berlantaikan tanah dan berdinding papan dan tak memiliki banku lengkap, sehingga banyak murid harus belajar dengan menggelar tikar. Kondisi ini terlihat di SD 032 Kualu, Kecamatan Tambang, Kabupaten Kampar. Kondisi ini sudah berjalan hampir dua tahun.

''Enam ruangan belajar masih berlantaikan tanah enam ruangan belajar ini diakali dengan membuat bangku tanam, yaitu kayu ditanamkan ke lantai lalu dipakukan papan sebagai bangku dan meja dan kondisi ini sudah berjalan hampir dua tahun,'' terang kepala SD 032 Tambang Zarmalis Spd kepada riauterkini.com dilokasi sekolah tersebut Kamis (8/3/12).

Dikatakannya sekolah ini memang menjadi sekolah tumpuan bagi warga yang mendiami 20 komplek perumahan yang berada disekitar sekolah, salah satunya Perumahan Payung Sekaki. ''Hampir setiap hari ada saja murid baru pindahan yang mendaftar ke sekolah tersebut, mereka umumnya pendatang atau pemilik baru dari perumahan tersebut,''jelansnya.

Dengan kondisi ini membuat pihak sekolah kewalahan menghadapi murid baru, sementara disisi lain sekolah ini adalah sekolah berstandar nasional (SBN) yang mempunyai kualifiaksi mutu sendiri. ''Pihak sekolah kewalahan menghadapi hal imi karena disatu sisi kita dituntut untuk bisa menghasilkan prestasi yang baik namun disisi lain kita juga kekurangan sarana dan prasarana ''ujarnya.

Diungkapkannya, pihak telah beberapa kali mengajukan permintaan bantuan tambahan ruang belajar dan meubiler dan sudah dibantu,'' Salah satunya dengan memberikan bantuan pembangunan ruangan belajar sebanyak 3 lokal tahun 2011, tahun 2012 ini kabarnya masih mendapatkan lokal juga hanya saja belum mendapatkan kepastian beberapa lokal, ''ujarnya.

Diterangkannya, karena jumlah murid yang cukup banyak dan melimpah sehingga kekurangan ruangan belajar dan sarana mobiler. ''Jumlah murid saat ini sebanyak sebanyak 530 orang, sementara ruang belajar yang tersedia hanya 17 ruang belajar, dari 17 tersebut ada enam rungan belajar yang lantainya masih lantai tanah, bahkan ada tiga rungan belajar kelas jauh tidak memiliki mobiler atau sarana bangku dan meja, sehingga mau tidak mau siswapun belajar dengan hanya menggunakan tikar saja. Ruangan kelas jauh ini sore hari nya digunakan untuk sekolah MDA Mau bagaimana lagi, karena siswa selalu bertambah sedangkan sarana dan prasaran tidak memadai, ditolakpun tidak mungkin karena mereka masih dalam tahap wajib belajar, dan untuk tahun ajaran baru ini ada sekitar 100 siswa baru kemana akan kita tempatkan nantinya, ''ujarnya bingung.

Sementara itu Wakil Bupati Kampar Ibrahim Ali saat meninjau sekolah tersebut terlihat sangat prihatin,'' Seharusnya hal ini tidak terjadi, melihat kondisi seperti ini saya sangat prihatin,'' ujarnya.

Dikatakannya, untuk enam rungan belajar pihak sekolah segera mengajukan permintaan untuk dimasukkan dalam APBD Perubahan,'' Untuk mobiler karena ini sangat mendesak saya minta kumpulkan masyarakat dan pihak develover untuk mencarikan solusi agar mobiler dilengkapi, khan bisa saja nantinya setiap rumah dibeban kan bantuan biaya Rp. 50 ribu untuk pembuatan mobiler dan pihak depelover juga harus membarikan bantuan jadi tidak perlu menunggu bantuan dari APBD Kampar sebab kalau menunggu bantuan dari APBD Kampar prosesnya agak lama,'' jelasnya.***(Riau Pos Hari ini)

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » TNB atasi gangguan elektrik <b>di</b> Puncak <b>Jelapang</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 03:01 PM PST

You are here: Home / Wilayah / TNB atasi gangguan elektrik di Puncak Jelapang Maju

IPOH 6 Mac – Masalah gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku di sekitar Taman Puncak Jelapang Maju di sini berpunca kerosakan kabel voltan tinggi 22 kV di beberapa lokasi berbeza akibat kegiatan vandalisme.

Pengurus Besar Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Wan Kamizi Wan Ishak berkata, masalah tersebut juga berpunca bekalan kabel elektrik tersebut yang uzur ketika ini.

"Antara tindakan jangka panjang yang diambil TNB bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menggantikan kabel berkenaan dan kerja-kerja itu dijangka selesai pada penghujung Disember 2012.

"Dengan kerja-kerja menggantikan kabel berkenaan, TNB menjangkakan masalah kekerapan gangguan bekalan elektrik di kawasan berkenaan akan dapat diatasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Pemuda <b>Padang Rengas</b>: TERKINI.. Jawatan kosong Timbalan <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2012 04:52 PM PST

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

1. Timbalan Pengarah Gred 5 (Gred setara E52)
2. Pengurus Kanan Gred 6 (Gred setara E48)
3. Pengurus (Undang-Undang) Gred 7 (Gred setara L44)
4. Penolong Pengurus Gred 8 (Gred setara E41)
5. Pegawai Eksekutif Gred 11 (Gred setara F29)
6. Pegawai Eksekutif Gred 11 (Gred setara W27

Untuk maklumat lanjut :


http://www.smecorp.gov.my/v4/sites/default/files/Iklan.pdf

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


SUARA PERAK: Banjir Kilat <b>Di Batu Gajah</b>

Posted: 09 Mar 2012 08:51 AM PST


Kenyataan Media YB V.Sivakumar  Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 9/3/2012 di Batu Gajah.
Banjir Kilat di Batu Gajah
Masalah banjir  kilat kerap kali berlaku di kawasan Batu Gajah.  Satu daripada sebab perkara ini berlaku ialah kerana struktur longkang dan parit yang tidak dirancang dengan betul.  Sistem pengaliran air yang tidak sempurna ini mengakibatkan banyak masalah kepada penduduk di beberapa kawasan sekitar Batu Gajah. Walaupun pihak berkuasa tempatan mengetahui masalah ini tetapi perkara ini tidak diambil peduli oleh mereka. Aduan telah dibuat berpuluh-puluh kali tetapi tidak ada tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa tempatan.
Pada petang ini Sungai Resam telah melimpah sekali lagi. Air telah membanjiri  Jalan Pusing lebih dari satu kaki. Ini telah menganggu lalulintas kerana jalan itu terpaksa ditutup selama lebih kurang satu setengah jam. Air bah dari Sungai Resam juga telah memasuki beberapa rumah di Tien Shien Park, Batu Gajah. Walau pun beberapa tindakan diambil oleh pihak JPS tetapi masalah ini tidak diselesaikan lagi dengan sepenuhnya. Saya bersama-sama dengan penduduk Tien Shein Park pernah bertemu dengan Pengarah JPS Perak berhubung dengan masalah banjir ini. Tetapi, segala langkah yang diambil oleh JPS tidak menyelesaikan  masalah di kawasan itu dengan sepenuhnya. Pengarah JPS juga pernah menjanjikan bahawa projek  'sistem sungai eco-friendly' yang dilaksanakan di Taman Tien Shien itu akan menyelesaikan masalah banjir itu. Tetapi, masalah banjir masih wujud di situ sehingga ke hari ini.
Saya juga pernah menanyakan soalan bertulis dalam persidangan Dewan Negeri Perak mengenai masalah banjir Sungai Resam yang melibatkan Taman Tien Shien. Kerajaan memberi jawapan bahawa kolam takungan (retention pond) yang baru dibuat di sebelah projek Batu Gajah Sentral itu akan menyelesaikan masalah bajir di Taman Tien Shien. Jawapan yang diberi adalah tidak munasabah kerana terdapat banyak faktor-faktor lain yang mengakibatkan banjir di kawasan itu.
Beberapa kali pihak JPS dan Majlis Daerah telah turun untuk melihat masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di situ. Tetapi, tidak ada tindakan dan penyelesaian yang munasabah.  Pegawai Daerah dan Jurutera Daerah harus turun padang bersama-sama untuk menyelesaikan masalah ini. Saya tidak pernah melihat Pegawai Daerah turun padang untuk mengambil tahu masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk Taman Tien Shien ini.
Satu lagi kawasan yang banjir pada hari ini ialah Taman Medan Pusing. Punca banjir di kawasan itu ialah struktur longkang yang dibina adalah songsang. Akibatnya air ditendang semula ke longkang-kongkang di  beberapa lorong di Taman itu. Walaupun hanya satu rumah sahaja dimasuki air tetapi masalah kawasan ini juga harus diberi perhatian. Ini adalah tanggungjawab kerajaan tempatan yang memungut cukai pintu daripada penduduk taman itu. 
Setiap kali berlaku banjir kilat, penduduk-penduduk di Taman Tien Shien dan Taman Medan Pusing menghadapi masalah besar. Mereka terpaksa mencuci rumah dan membersihkan kawasan rumah yang dinaiki air. Tambahan pula harta benda mereka  juga  turut termusnah dalam banjir. Penduduk di kedua-dua kawasan ini menghadapi tekanan emosi kerana rumah mereka sentiasa terdedah kepada bahaya banjir . Oleh yang demikian, pihak kerajaan tempatan dan JPS harus memainkan peranan mereka secara serius untuk menyelesaikan banjir ini.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Tanah <b>di</b> kawasan <b>Bidor</b>, Perak • Malaysiads.com • Malaysia Ads

Posted: 12 Dec 2011 07:32 PM PST

Lokasi (tepi jalan besar laluan Bidor – Teluk Intan)

keluasan 2 ekar ++

ada beberapa pokok buah kat tanah ni (durian, cempedak, rambutan)

harga buka – RM330k (boleh runding sekiranya berminat)

direct owner

berminat boleh hubungi saya – 017-6666 724