Isnin, 19 September 2011

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


luqmanmaat.com: Jalan - Jalan <b>di Parit Buntar</b> #1

Posted: 14 Dec 2010 05:39 PM PST


ok..da seminggu di kuantan
kini di parit buntar plak..
cuaca sini pagi nyer mendung-mendung je

hurm..semalam barulah dapat keluar rumah..
asyik hujan ja dari pagi sampai tengah hari..
so amik kesempatan pegi pasar tani
pasar tani ni petang
kat kerian
dari pas asar sampai pukol 7
ramai la jugak org meniaga disini
yang pembelinya plak xkira negara..
yup..xkira negara.
ade

malaysia vs vietnam

dan

indonesia vs filipina

serius kawasan parit buntar nie ramai orang asing
sebab banyak kilang-kilang kat sini
kilang beras le byk

then mak aku cite,bile da ramai org mcm nie
kes pecah rumah pon byk
xkisah la umah ade org ke x..

so sempat snap2 gambar skit kat pasar tani nie




diaorg nie je jual ayam golek kat sini
ayam golek berempah dan madu
seekor rm 16..
feveret ayah aku..so semalam die beli seekor ayam madu




ok.. nie budak unisza..yang tudung itam ngah pandang bawah tu..
jual-jual sayur..



foot detox pon ade jual..
rm3 sepasang
mahal la makcik oii..

feveret aku..
popia basah
rm2 dapat 5
tapi yang dekat DatSha KT lagi sedap
yang ade setiap jumaat tu..

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Konvoi Kembara 1Malaysia <b>Di</b> Pantai Peranginan <b>Teluk Batik</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 10:31 AM PDT

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Datuk Siti Nurhaliza Raikan Peserta Konvoi Kembara 1Malaysia Di Pantai Peranginan Teluk Batik

Seramai 350 orang peserta Konvoi Kembara 1Malaysia diraikan dalam satu majlis penuh meriah di Dataran Hadhari, Pantai Peranginan Teluk Batik dekat Lumut malam kelmarin.

Peserta konvoi yang menaiki 254 motosikal berkuasa tinggi tersebut diraikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor dalam satu majlis makan malam.

Hadir sama memeriahkan majlis meraikan peserta-peserta konvoi tersebut ialah penyanyi tersohor tanahair, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Konvoi Kembara 1Malaysia yang diketuai oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan perjalanan menuju ke utara yang berlangsung selama enam hari sebelum ke negeri-negeri Pantai Timur, Selatan dan berakhir di Kuala Lumpur.

Program Kembara 1Malaysia tersebut dianjurkan oleh Persatuan Superbikes Malaysia (SAM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dijangka berakhir pada 22 September depan.

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah kira-kira 2,000 tetamu dan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang meraikan para peserta konvoi termasuk bertemu dengan penyanyi pujaan mereka, Datuk Siti Nurhaliza.

Pada majlis yang sama Dr. Zambry dan  Zahid Hamidi  turut menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah kepada pelajar kurang bernasib baik dari kawasan Parlimen Lumut. – Nooraini Mahamad.

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


yangbaik: Teluk Batik kawasan perkelahan terindah <b>di Seri Manjung</b>

Posted: 06 May 2011 09:51 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu,
Teluk batik merupakan kawasan perkelahan yang terindah di Seri Manjung.  Selain daripada pantainya yang bersih, lanskap persekitarannya juga menarik.  Teluk Batik menerima pengunjung yang ramai pada hujung minggu terutama pada musim cuti sekolah.  Terdapat beberapa buat chalet untuk menginap dan apartment untuk disewa ketika bercuti di Teluk Batik.  Lain-lain maklumat mengenai kemudahan-kemudahan yang ada boleh didapati dari laman web Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Gambar di atas kiri, adalah antara mercu tanda atau pintu gerbang yang menyambut pengunjung ke kawasan pantai di Teluk Batik terletak di belakang deretan gerai cenderamata.  Gambar sebelahnya adalah anak tangga yang menuju ke suatu tempat rahsia... yang pastinya ia bukanlah tangga seribu seperti yang terdapat di Bukit Bendera Pulau Pinang... Nak tahu? Berdekatan dengan tangga berkenaan ada sebuah pondok laluan, carilah ia di Teluk Batik.
Dah penat berjalan rehat sekejap di deretan kiosk 'kosong' yang ada.  Kesempatan ini diambil oleh anak-anak untuk lepak dan merayau di kawasan lapang sebelahnya.  Terdapat juga flora dan fauna yang indah-indah.
Jika ke Teluk Batik jangan lepaskan peluang untuk menikmati aiskrim kembar yang enak dan menyelerakan terutama kepada anak-anak.  Ibubapa?... sesekali menikmati keindahan zaman kanak-kanak apasalahnya.  Cubalah aiskrim yang hebat itu... (Alif kata aiskrim ini rasanya sungguh hebat!).  Selepas makan aiskrim jalan-jalan tepi pantai di laluan pejalan kaki dan sekiranya bernasib baik dapat melihat sekawan burung-burung kecil berterbangan mengeliling pondok di kawasan sekitar.
"Pasir putih tepi pantai, ombak lari berkejaran, engkau berlari aku mengejar, di antara deru rindu kita berduaaaa"
Masa orang tak ramai bolehlah berlari berdua... menarik kan?
Dah seharian berlari, selepas menikmati lazatnya rasa aiskrim yang hebat dan keindahan alam di Teluk Batik... tiba masa untuk pulang...Sebelum meninggalkan Teluk Batik pastikan anda tidak meninggalkan sampah sarap merata-rata, gunakan tong sampah yang disediakan.
Yang sebenarnya ada banyak gerai yang menjual cenderamata seperti 'langsir siput', kipas siput, baju T... dan bermacam-macam lagi.  Cuma tak sempat nak 'capture' di sini sebab jurugambar dok sibuk bershopping hingga terlupa nak 'pukul' gambar...
Teluk Batik.... here we come!

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Rames Studios: Preview Shots : This Is <b>Ipoh</b>!

Posted: 18 Sep 2011 07:00 AM PDT

Hi all,

Hope everyone is doing good. Sorry for not updating my blog for almost a week! I've been slightly busy with some projects @ work :). Anyways, here are some preview shots from Ipoh. I was there with SiaoGang since yesterday morning and just got back home today around 6pm. Had a blast there! Thanks Jen for bringing us around Ipoh! Love the food and the weather there :D. We went alottttsss of places ahaha + taking photos everything we see hehe.

More photos after pending posts :)

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Menziarah Cikgu Mahhadee Ramlee <b>di</b> Hospital <b>Slim River</b> : Blog <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2011 06:28 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Posted by admin on 14 Sep 11 - 0 Comments. ziarah cikgu mahadee Menziarah Cikgu Mahhadee Ramlee di Hospital Slim River. Syukur alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pembedahan membuang tyroid pagi tadi. Didoakan beliau ...

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


YB <b>Jelapang</b> mengkhianat atau dikhianati DAP? « Helen Ang

Posted: 14 Sep 2011 02:47 PM PDT

September 15, 2011

Hee Yit Foong ialah Adun Jelapang yang sering dicemuh sebagai 'katak' serta dilemparkan kata-kata nista oleh para penyokong DAP.

Hee Yit Foong diletakkan gambarnya di atas lantai untuk dipijak-pijak / Lim Guan Eng sedang berjoget.

Melihat sudut perundangan

Sebelum apa-apa perbincangan lanjut, biar kita meneliti status Hee dari segi undang-undang.

Hee Yit Foong bukan Kristian.

Dalam pilihanraya negara, para pemilih pada teorinya memberi undi kepada calon yakni kepada orang-perseorangan dan tidak kepada parti. (Namun pada praktiknya, diakui bahawa keputusan pemilih mungkin lazimnya lebih dipengaruhi faktor kepartian.)

Mengikut undang-undang pilihanraya, individu layak bertanding kerusi sebagai 'independent' – calon bebas adalah tidak berparti. Maka boleh disimpulkan bahawa parti (iaitu berdiri atas tiket parti) bukan sesuatu yang wajib atau perlu.

Adapun calon-calon bebas yang menang dalam PRU tahun 2008, iaitu V. Arumugam di DUN Bukit Selambau, Kedah dan Ho Yip Kap di DUN Tanah Rata, Pahang.

Nordin Salleh yang bertanding PRU tahun 1990 sebagai ahli Semangat 46 telah menang kerusi DUN tetapi kemudian 'melompat' menyertai Umno.

Dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh yang didengar pada tahun 1992, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Nordin mempunyai hak untuk tidak lagi berpayungkan S46 tetapi pada waktu yang sama masih boleh kekal Adun Sungai Pinang.

Justeru itu, Hee memang sah Adun Jelapang mengikut undang-undang yang sedia ada.

Lagi-lagi Hannah Yeoh bertudung. (Klik untuk baca rencana sumber)

'Jom ubah' — siapa yang bertukar wajah?

Kerajaan negeri Perak telah tumbang apabila Hee menarik diri dari DAP serentak dengan tiga orang Adun PKR keluar Pakatan.

Seterusnya, timbullah cacian-cacian terlalu kesat mengatakan Hee seorang 'pembelot' yang tidak setia kepada parti dan mengkhianati kepercayaan yang diberikannya oleh para pemilih Jelapang.

Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham baru-baru ini pula mengeluarkan kenyataan bahawa "the Jelapang state seat with 90% Chinese voters will have its interest best served by the DAP".

Namun adakah ianya Hee yang terlebih dahulu bertukar perwatakan ataupun DAP yang memakai topeng baru? Bukankah Hee, dengan ciri-ciri KeCinaannya, begitu serasi dengan falsafah DAP mahu menakluki Jelapang yang "90 peratus" penghuni Cina?

Apabila kemaruk kuasa

Setelah mencurahkan baktinya selama 22 tahun, Hee makin tidak sebulu dengan parti yang pra-2008 tidak pernah mengecapi kuasa.

Malah DAP sendiri kalah teruk di PRU tahun 2004  manakala Hee mampu memenangi kerusi Jelapang. Seiring itu BN secara kebetulannya mencapai kemuncak kepopularan dengan gagasan tersebut menduduki 198 kerusi Parlimen berbanding DAP 12, PAS 7, PKR 1.

Akan tetapi betapa riaknya DAP hari ini, sebuah parti 'sosialis' (konon) yang sudah hilang arah lalu siap bersekongkol dengan kapitalis besar.

(Sumber: Gambar-gambar Hannah Yeoh bertudung dan Ronnie Liu bersongkok pada bulan Ramadan lepas diambil dari blog Stop the Lies.)

Evangelis Kristian mara ke depan

"In a statement of staggering stupidity, Subang Jaya rep Hannah Yeoh was quoted as proclaiming, 'I don't want the government to regulate my conversation with God', in response to the police's action in banning the usage of religious issues in the Sibu campaign." (Baca 'FMT', sini.)

Gelagat Hannah tidak ubah dengan lolongan Chan Lilian — seorang petugas media pejabat Guan Eng — ketika dituduh menghasut orang Kristian dengan tweetnya.

Puak evangelis DAP sanggup bersalin kulit untuk menyerupai Muslim demi memikat undi Melayu.

Meskipun demikian, promosi mereka supaya dibenarkan edaran Al-Kitab Injil dalam bahasa Melayu (natijah mengembangkan ajaran "Your Allah is my Allah …") akan lambat-laun mengakibatkan pertembungan agama yang tidak dapat dielakkan.

Poster untuk kempen DAP di pilihanraya negeri Sarawak berunsurkan Kristian serta memperdagangkan nama (Nabi) Isa.

Apa Cinanya Kristian dan B. Inggeris?

Sebelum Hee membelakangkan DAP sudahpun wujud persengketaan di antaranya dan Ngeh serta Nga Kor Ming, sepupu Ngeh (kedua-dua Kristian dan berbahasa Inggeris).

Di Perak juga kemelut dalaman melibatkan kelompok Cina Kristian DAP bertelingkah dengan kelompok India yang berpihak kepada M. Kulasegaran.

Fong Po Kuan yang bukan Kristian pun begitu kecewa dengan DAP negeri Perak sehingga beliau mengumumkan tidak mahu mempertahankan kerusi Parlimen Batu Gajah (tetapi akhirnya berjaya dipujuk Kit Siang).

Ke mana hilangnya semangat DAP yang dikenali Hee dan Fong? Adakah orang lama DAP yang sebenarnya berpaling tadah ataupun parti tersebut yang berubah secara mendadak selepas tahun 2008?

Wajah Anak M.A.L.A.Y.sia Kristian DAP. Yang tengah Elizabeth Wong (PKR).

Dulu lain, sekarang lain

DAP bukan lagi parti yang menjaga kaum minoriti.

Baca, 'Pakatan has failed Indians, say DAP members'.

Kini DAP galak memaki-hamun sesiapa yang berani menyoal kenapa Pulau Pinang yang diterajui parti tersebut dengan begitu rela meluluskan 100 peratus kontrak kepada bumiputera. (Jawapan ringkas: Untuk digemukkan sebelum disembelih,)

Bayangkan seorang India bertanya kepada DAP kenapa kaumnya langsung tidak memperolehi apa-apa kontrak ataupun bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang.

Pelik bin ajaib, dalam dunia terbalik DAP kesudahannya ialah orang India malang itu boleh pula kena tuduh "rasis" dan "anti-Melayu" gara-gara dipinggirkan kerana kecenderongan DAP untuk mengampu-bodek kumpulan majoriti.

Adakah sikap DAP yang melebih-lebih dengan menunjukkan pro-Melayunya itu betul-betul ikhlas?

Kalau orang India dilayan sebegini sekarang, ada apa jaminan DAP tidak akan menganaiya Melayu pada masa depan jika kaum ini ditakdirkan menjadi golongan lemah? Masyarakat India sudah tahu menilai Pakatan.

Rengekan 'Anak Malaysia'

Hee besar kemungkinan amat meluat dengan haluan yang dibawa DAP terutamanya Guan Eng yang melantik Zairil Khir Johari memegang jawatan setiausaha politik hanya empat bulan selepas budak setahun jagung itu menganggotai DAP — apalagi kalau bukan atas dasar nama Melayunya.

KeMelayuan Zairil kuat dijaja DAP tetapi keCinaan ditenggelamkan. Tentu sekali kerenah enggan mengakui diri Cina/India yang ditonjolkan oleh barisan Kristian DAP 2.0 tidak disenangi orang lama parti, terutama mereka yang Hindu dan Buddha.

Cuba imbas kembali perangai DAP tatkala menjadi pembangkang berbanding DAP kini apabila berpangkat exco negeri. Ke mana perginya prinsip?

Seorang penyokong tegar PAS pun akan terkapai-kapai apabila presiden partinya tiba-tiba memperjuangkan Negara Kebajikan serta mengenepikan hasrat Negara Islam yang didokong berpuluh-puluh tahun.

Persoalannya kalau Hee Yit Foong dianggap tidak setia, adakah pula DAP teguh kepada janji-janji lampaunya ataupun DAP itulah yang berpusing 180-darjah?

Disyorkan juga:

Chan Lilian's series of denials

Chan Lilian in 'trouble' over her Christianity, actually

Hari saya ditangkap polis / Pakatan tak kenang budi kaum India

Entry filed under: Anak Malaysia, DAP MENGKHIANATI KAUM CINA, DAP MENGKHIANATI KAUM INDIA, HIPOKRIT. Tags: , , , , , , , , , , , , , , .

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Bicara Umum Isu Semasa <b>di Pasir Salak</b>

Posted: 19 Sep 2011 04:12 AM PDT

Mohon diperhebahkan bersama sambil menjadikan diri kita ejen penyampai yang berkesan. Insyallah, kita punyai peranan yang sama memastikan 'Kemenangan Islam Dalam Genggaman'.

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


! Pondok-Khayalan ll Khalid Amuran !: 3 Minggu <b>di Sitiawan</b> .

Posted: 20 Jun 2011 07:51 AM PDT

Assalamualaikum.

Masuk minggu nih dah masuk Minggu ke 3 aku berada di Sitiawan, Perak. Bukan utk bercuti tapi untuk bekerja mencari nafkah. Dalam masa beberapa minggu nih memang x sempat nak update blog sebb jadual kerja yang padat dan sangat memeningkan kepala.

huh sob.sob.sob.

Macam2 yang aku buat dekat sini sepanjang berada di Sitiawan. Walaupun sibuk dengan kerja sehari harian tapi tetap curi2 masa untuk menenangkan fikiran.

Aku check in hotel Galaxy Inn Lumut. sebenarnya saja je check in kat Lumut sebb kononya nak tengok keindahan pantai. tapi hampeh je sebb Hotel nih tak mengadap pantai. hahaha . apa-apa pun bagi aku segalanya ada di Sitiawan nih. walaupun tidak semoden Kotaraya KL tapi boleh la ..

Paling aku suka kat sini adalah juadah makan dan minum sebb masih lagi murah. walaupun Malaysia sekarang mengalami kenaikan harga barang yang mendadak tetapi dekat sini masih lagi dengan harga yang berpatutan.

Bukan itu sahaja, Disini juga bebas dari kesesakan lalu lintas jadi bila pagi2 aku kena melawat site xda problem langsung.

Perkara yang best dekat sini.

1. Ada panggung wayang - The Big Cinema.
2. Harga makanan yang masih lagi harga standard walaupun sekarang nih kenaikan harga yang mendadak.
3. Terdapat banyak kedai2 barangan keperluan. Macam Al-ikhsan kalau2 nak beli baju sukan.
4. ada juga shopping complex macam The Store. Giant and Tesco.
5. Fun Fair dekat2 dengan Giant hehehe..
6. Paling penting xda traffic Jem. (Paling aku suka.)
7. Dekat dengan pantai ..

.. dan ada banyak lagi sebenarnya.

sekarang aku kena tinggal kat sini mungkin lagi 3 minggu sebb banyak lagi kerja2 yang belum selesai kat sini. sebenrnya aku pun tak tau sampai bila aku kena stay dekat sini tapi kalau ikut jadual lagi 3 minggu la . hehehe ..

Pssssssttt ..


Masa 1st tayangan KL Gengster, aku lah orang pertama yang jejak kaki kat panggug tu .. hehehehe .. taksub punya pasal kan. Sebenarnya teruja sebb 1st time masuk KG. yang ada Panggung wayang ala-ala zaman dulu2 yang nak pergi tengok wayang kulit ..

time tuh kalau tengok zaman2 P. Ramlee tu kemaen yang perempuannya pakai baju kalau boleh dapat Shape kerengga tu .. heheheh .. yang lelaki nya macam biasa la Smart2 belaka .. heheheheh ..

Starrrrttttoookkk .. !

Finisheddd .. ! hehehe.

  

Macam biasa kalau dah duduk lumut nih makan Seafood bakar la kan. tapi Hampeh jugak sebab masa aku pergi semua Seafood dah habis alih2 makan Kerang bakar jea . ini pun masa minggu kedua dapat makan.

Well.

Aku rasa ini jelah yang aku dapat ceritakan dalam blog entry kali nih .
actually banyak lagi .. tapi sebb aku dah letih sangat nih pagi tadi drive. sampai2 jea kena pergi site fuh .. !

harap2 lah kerja kat sini cepat habis .. !!

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


MAZHA 2010: Cendol paling terkenal <b>di Taiping</b>

Posted: 05 Sep 2011 06:35 AM PDT

Ini ialah dikatakan cendol yang terbaik dan paling terkenal di Taiping. Ini dapat dilihat melalui nama kedai itu sendiri yang mempunyai perkataan "terkenal" (famous).
Gambar menunjukkan cendol Ansari yang terkenal itu.
Lokasi: Jalan Chung Thye Phin, antara Jalan Stesen and Jalan Taming Sari. Ia jalan satu hala, jadi anda tidak boleh memasuki secara langsung dari Jalan Stesen.
Restoran dari pandangan hadapan.
Bila cuaca panas di Taiping,ini merupakan sesuatu tidak boleh dilepaskan. Cendol di sini mempunyai beberapa pilihan, kacang (kacang merah), pulut and kacang+pulut. Biasanya yang menjadi pilihan ramai ialah cendol kacang. Bagaimanapun , cendol yang dimasukkan  pulut merupakan pilihan yang istimewa.

Secara keseluruhannya cendol merupakan menu utama yang diperbuat daripada santan, gula dan kacang. Turut juga disajikan pasembur (juga dikenali sebagai Rojak di beberapa tempat), yang mana pilihan yang agak baik juga.

Tempatnya bersih. Terdapat  banyak tempat letak kereta di depan dan berhampiran kedai. Di Taiping, anda perlu membayar tempat letak kereta bermeter , malah pada hujung minggu dan cuti umum.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


padijantan: Ahli Parlimen Kubang <b>Kerian</b> Mainkan Sentimen <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2011 05:30 PM PDT

Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis
Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR, 5 Sept: Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub.


"Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.

Dulu juak ini pernah juga melemparkan tuduhan dengan menunduingkan jari kepada UMNO sambil menyatakan UMNO memperjuangkan Bangsa dan kini apa sudah jadi dengan  mereka terhadap kenyataan PAS dalam yang berlidah dua itu ?
klik disini kalau nak tauuu...

PAS Makin Meracau, Mengigau dan Angau !!! Langau punya Parti.


Sukar untuk digambarkan bagaimanakah rupanya manusia atau kumpulan manusia yang dikatakan 'bertelinga satu, berlidah dua'.


Adakah ia manusia atau manusia jadi-jadian?
Adakah ia Dinasour yang membaham semua yang ada disekelilingnya?
Yang nyata manusia atau pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua ini sangat hodoh, menakutkan di samping menjadi bahan tertawaan.


Di kampung dulu, saya sering terserempak dengan pelbagai jenis ular- ular sawa, ular tedung, ular senduk dan pelbagai ular lagi. Jenis biawak dan ularlah yang berlidah dua atau lidah bercabang.


Dalam konotasi bahasa Melayu, 'lidah bercabang' ini mempunyai maksud negatif. Ia seorang yang hypokrit atau berpura-pura, dengan kumpulan ini cakap lain, dengan kumpulan itu cakap lain


Sementara itu, manusia bertelinga satu memang sukar ditemui. Namun bertelinga satupun masih boleh mendengar, kalau telinga yang satu itu benar-benar berfungsi. Kalau yang satu itupun tidak berfungsi, maka ia tidak akan mendengar apapun suara.



*Tidak ada apa yang BENAR melainkan PEMBOHONGAN yang NYATA dari PAS. Semakin banyak mereka berkata-kata, semakin JELAS KEMUNAFIKAN mereka memperkatakan sesuatu bersama-sama mereka yang FASIK.

*Bermula dari kebencian kepada Anwar Ibrahim hinggalah berdakap lekat mendamping belaiannya, kini dari kronologi dapat disaksikan kesilapan demi kesilapan, kesalahan demi kesalahan dilakukan PAS tanpa mereka sedari dalam syok sendiri mereka telah kehilangan ahli, yang lari, yang benci, yang kecewa mahupu tertawa.

*Sentimen melakukan sentimen, sentimen Perli, sentimen Gurau, sentimen Ugama dan yang di atas nuuu... sentimen Kaum. "warganegara kepada warga asing" siapa warga asing itu ? Cina ? India ? British ?
sekiranya benar mana buktinya ? kenapa tidak di paparkan sahaja Gambar, Dokumen, Audio, Video atau apa-apa sahaja yang boleh menjadi bahan FITNAH terkini.

** "warganegara kepada warga asing" itu munkin - Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Ataupun... dalam tahun 1786 hingga 1824 British memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu.

emmm.. hebatkan...?!!
warga asing dari sejarahnya dan kini warganegara yang telah lama mengundi di sini dan sekarang PAS cuba mempertikaikannya tanpa sebarang bukti selain dari FITNAH untuk menimbulkan KEBENCIAN semua Rakyat Malaysia perbagai Bangsa.

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


HMS ABU BAKAR: PUISI BERGEMA <b>DI</b> MALAM RAMADHAN <b>DI</b> LEMBAH <b>KINTA</b>

Posted: 18 Aug 2011 04:05 PM PDT

Syukur kepada Allah s.w.t "Koleksi Puisi Ramadhan 1432H" saya sedang dideklamasikan di beberapa surau di kawasan Parlimen Tambun, Ipoh.
Surau Al-Ikhlasiah, Jalan Pemimpin tetap istiqamah dengan Tuan Haji Mat Anjang sendiri mendeklamasikan puisi saya daripada malam pertama Ramadhan lagi tahun ini.
Di Surau Nur Ar-Rahman, Halaman Meru Damai, Meru Raya, Ipoh juga mendeklamasikan saya setiap malam.
Haji Razali Omar tetap setia mendeklamasikan puisi saya di Surau Diri Jumaat At-Taufiqiyah, Taman Klebang Jaya, Chemor setiap malam sebelum Tazkirah Ramadhan.
Haji Maarof juga mendeklamasikan puisi saya di Surau Al-Falah, Taman Soon Choon, Ipoh di setiap malam Ramadhan Al Mubarak ini.
Daripada puisi-puisi ini diharap para pendengar boleh melahirkan minat kepada kesasteraan Melayu yang semakin pupus ditelan oleh gelombang Globalisasi.

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Peniaga sokong MBI bina pasar baru <b>Tanjung Rambutan</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2011 12:05 AM PDT

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, demikian perumpamaan yang menggambarkan sikap kerjasama lebih 100 peniaga pasar Tanjung Rambutan yang kini menyokong penuh projek membina sebuah pasar baru yang dijangka bermula sekitar Julai atau Ogos depan.

Walaupun di peringkat awal terdapat sekumpulan kecil peniaga membantah, masalah itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik hasil perbincangan dan penerangan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Ahli Majlis Tempatan.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim, berkata jika tiada aral melintang, projek membina pasar baru Tanjung Rambutan yang mendapat peruntukan RM5.8 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dijangka dapat dimulakan sekitar Julai atau Ogos depan.

Katanya, bangunan pasar lama dikekalkan tetapi akan diubahsuai menjadi pusat jualan makanan yang serba moden dan diperindahkan lagi dengan landskap menarik bagi menarik kehadiran pengunjung.

Projek itu katanya, dapat diteruskan hasil persetujuan majoriti peniaga pasar Tanjung Rambutan walaupun pada peringkat awal, sekitar 20 peniaga di situ membuat bantahan kepada MBI.

"Pembangunan pasar baru dan pusat penjaja di Tanjung Rambutan ini perlu diteruskan memandangkan kawasan sekitarnya akan menjadi tumpuan ramai apabila Kolej Kesihatan Bersekutu Hulu Kinta beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.

"Dengan lebih 2,000 pelajar dan 600 tenaga pengajar kolej, kita perlu menyediakan kemudahan asas terbaik kepada penduduk di sini, sekaligus membangunkan sektor sosio-ekonomi tempatan terutamanya peniaga di pasar baru Tanjung Rambutan.

"Selain itu, masalah 94 peniaga tanpa lesen juga dapat diselesaikan apabila pasar baru ini beroperasi sepenuhnya kerana ia menyediakan 232 lot niaga yang ditempatkan di bawah satu bumbung. Selain itu, peniaga juga tidak perlu berpindah kerana tapak baru hanya terletak bersebelahan pasar lama," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima memorandum daripada sekumpulan peniaga pasar Tanjung Rambutan, diketuai Raja Soorian yang menyatakan sokongan terhadap pembinaan pasar baru itu yang dijangka siap sepenuhnya Januari 2013.

Dalam perkembangan berkaitan, Roshidi berkata, apabila pasar baru itu siap kelak, ia akan memberi keselesaan kepada pengunjung kerana menyediakan 139 tempat letak kereta, 64 (motorsikal) dan 11 (lori kecil).

Sementara itu, peniaga sayur, T Yogeswaran, 30, berkata hasil penerangan daripada MBI dan wakil Ahli Majlis tempatan, beliau mengambil keputusan untuk menyokong pembinaan pasar baru kerana keadaan persekitaran yang sesak dan tiada jaminan keselamatan di pasar lama.

"Dengan pasar baru itu nanti, saya berharap dapat berniaga dalam suasana yang lebih selesa berbanding ketika ini," katanya yang berniaga di pasar Tanjung Rambutan sejak 15 tahun lalu.

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Yob Yong Jom Tengok Umi Bogelkan Anwar <b>Di Batu Gajah</b> Hari Ini <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2011 04:40 AM PDT

Yob Yong Jom Tengok Umi Bogelkan Anwar Di Batu Gajah Hari Ini!

September 6, 2011


Ceramah Ummi Hafilda dan Rahimi serta demontrasi secara aman mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak pendakwa untuk dibandingkan dengan DNA lelaki 'Y' di Arena Square Batu Gajah pada hari ini jam 10.00 pagi.

Semua blogger dan pembaca blog dijemput hadir.

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


PAS LENGGONG: DSAI <b>di Lenggong</b>- Semalam

Posted: 25 Jun 2011 04:00 AM PDT

Sebelum ini beberapa hari lepas mula hari rabu dah dinaikkan banner unmo yang nenunjukkan sijalang memfitnah DSAI. Di Pekan lenggong diletakkan depan Pejabat Pos. Harini sabtu maka ramailah orang yang melihatnya. Pastinya ramai yang menyumpah seranah sijalang itu. Kerana tak tahu hukum agama. Memfitnah dalam perkara seks hendaklah membawa 4 saksi. Sijalang itu tidak membawa wajib keatasnya qazaf 80 sebatan dan dia fasik dan tak boleh di ambil persaksian. Sesiapa yang menerima apa yang difitnahkan turut menumpang tui. Semalam DS Nizar telah membaca dengan jelas dan menperjelaskannya.
Kerana itu sesiapa yang mempercayai fitnah itu maka jadilah orang itu fasik.
Petang ini hujan lebat dan kelihatan banner telah terkelebih mungkin salah satu tali putus.
Barangkali tali juga tak mahu bersubahat mendengar fitnah. Hanya yang fasik dang munafik sahaja yang akan mempercayai fitnah umno terhadap DSAI.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


INDAH RASA J.MALIM: Cerita Kenangan <b>Di</b> Teluk Anson <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 07:25 AM PDT

Mukadimah Yang Panjang Berjela

Hari itu lah.... rasanya hari ketiga Syawal 1432 Hijrah. Ketika mata saya sedang enak-enak melayan mimpi, saya dikejutkan secara tergempar oleh adik bongsu saya. Mulanya malas saya hendak melayan kerenahnya. Hidayat namanya adik bongsu saya itu. Dia minta izin ke Teluk Intan dengan kawan-kawannya. Tidak berfikir panjang, saya membenarkannya. Katanya, dia  ke Teluk Intan dengan menaiki bas. Selepas itu, saya terus menyambung tidur saya kembali.

Ketika menuju bilik air untuk mandi selepas bangun dari tidur, emak menegur bertanya kenapa saya membenarkan Hidayat ke Teluk Intan ? .... saya hanya mendiamkan diri. Selepas mandi baru saya katakan kepada emak...."biarkan sahaja Hidayat ke Teluk Intan ... saya pun dulu seperti dia juga akan ke Teluk Intan pada hari raya bagi berlibur menghabiskan duit raya". Emak hanya tersenyum. Saya tahu emak sedang terfikir sudah pasti Hidayat akan menghabiskan duit rayanya tanpa kesan.

Kemudian ingatan saya mula melayang mengingatkan kenangan lama zaman awal remaja kira-kira 15 tahun yang silam. Ketika itu Teluk Intan lah bandar yang paling besar dan paling dekat dengan Bidor. Lumrahlah bagi seorang anak kampung seperti saya yang hidup dalam serba - serbi kekurangan, susah hendak ke Teluk Intan jika tiada sesuatu hal yang mustahak. Lagipun masalah kewangan memang menjadi satu perkara yang biasa.

Hanya pada ketika hari raya sahajalah saya dan teman-teman sekampung dapat pergi ke Teluk Intan. Lagipun ketika itu duit raya penuh di poket. Ia bagaikan suatu kewajipan yang mesti dipatuhi pada ketika hari raya. Awal-awal pagi lagi kami sudah ke stesen bas untuk menaiki bas Hup Soon ke Teluk Intan. Ada pelbagai agenda yang boleh dilaksana di Teluk Intan.... heheheheh.

Kesudahannya.... menjelang jam 2 petang, kerinduan saya terhadap zaman remaja saya di Teluk Intan tidak dapat dibendung lagi. Saya capai kamera, helmet dan baju sejuk terus saya menaiki motosikal saya menuju Teluk Intan. Emak hanya menggeleng kepala .... namun saya juga ada agenda lain. Ingin mencari sisa perkhidmatan keretapi di Teluk Intan. Jom lah.... ikuti saya mencari semula cerita lama zaman remaja saya di Teluk Intan sambil kita melihat sisi lama Teluk Anson yang masih tersisa.

Stesen Keretapi Bidor

Dalam perjalanan saya ke Teluk Intan, sempat saya singgah ke tapak bekas Stesen Keretapi Bidor yang terletak tidak jauh dari Kampung Baru Bidor Stesen. Stesen Keretapi Bidor telah lama dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan landasan berkembar. Saya masih ingat lagi dahulu jika keluarga saya ingin ke Batu Gajah, maka kami mesti akan menaiki keretapi dari stesen ini. Namun akibat dari perkembangan jaringan jalan raya, penduduk Bidor sudah tidak lagi ramai yang menggunakan perkhidmatan keretapi  dan ini telah menyebabkan stesen keretapi Bidor ditinggalkan sehinggalah ia dirobohkan.

 Tapak setsen keretapi Bidor yang telah dirobohkan

Jambatan ini pernah runtuh akibat dari nahas keretapi pada awal 90-an di Bidor

Kini keretapi hanya lalu sahaja di Bidor tanpa berhenti

Berhampiran dengan tapak stesen keretapi lama Bidor terdapat sebuah jambatan yang merintangi landasan keretapi. Jambatan tersebut menghubungkan jalan Bidor ke Teluk Intan. Jika tidak silap saya suatu ketika dahulu dalam tahun awal 90-an pernah berlaku satu nahas keretapi antara yang terburuk di negara kita. Nahas tersebut telah menyebabkan jambatan tersebut runtuh dan terpaksa dibina semula. Namun peristiwa itu bagaikan tidak pernah dikenang. Ianya terus kekal sebagai suatu tragedi yang dilupakan.

Kompleks Aik-Aik 

Perjalanan menaiki bas ke Teluk Intan mengambil masa hampir 1 jam 30 minit. Itu dikira sekali dengan masa yang diambil oleh bas untuk berhenti mengambil penumpang dan keadaan jalan yang sungguh menyiksakan ( tidak rata dan berlubang ). Ketika itu jalan Bidor - Teluk Intan bukan seperti sekarang. Lubang - lubang dan permukaan jalan yang tidak rata sring kali mengahntui pengguna jalan berkenaan. Sampai sahaja ke stesen bas Teluk Intan, kami yang lengkap berbaju baru raya akan menuju ke sebuah bangunan seberang stsen bas Teluk Intan. Tujuannya ialah hendak bermain permainan video !!!!

Nama kompleks berkenaan ialah Kompleks Aik-Aik. Saya sendiri tidak tahu kenapa kompleks ini dinamakan sedemikian rupa. Tetapi kompleks ini bagaikan syurga bagi kami anak-anak kampung yang sesekali terlepas ke bandar. Terdapat beberapa buah pusat permainan video di kompleks ini. Walaupun usia saya baru menginjak sekitar bawah 15 tahun namun ia tidak dapat menghalang saya dari memasuki pusat permainan video berkenaan. Ada juga sesekali terfikir bahawa diri ini masih bawah umur dan mungkin akan ditangkap. Syukurlah juga sepanjang saya disana tidak pernah sekali pun saya dihalau keluar atau ditangkap.

Nasi Lambai

Restoran Nasi Lambai Teluk Intan

Habis bermain permainan video, lazimnya kami pergi pula melepak ke pasaraya Looking Good atau Pasaraya Fajar yang pada ketika itu merupakan pusat membeli belah terbesar di Teluk Intan. Bukan untuk membeli belah pun. Sekadar mencuci mata melihat barang-barang dan gadis-gadis manis yang sakan bergaya di waktu raya. Hahahahahaha.

Penat mencuci mata, kami berjalan kaki menuju ke suatu kawasan pinggir bandar Teluk Intan berhampiran dengan tebing Sungai Perak.Di situ terdapat sebuah restoran nasi kandar yang amat terkenal di Teluk Intan. Orang tempatan memanggilnya nasi lambai. Di situlah lubuk kami makan tengah hari. Bagi yang pertama kali sampai ke Teluk Intan, cuba-cubalah ke restoran nasi lambai ini... saya pasti kita akan berkunjung semula ke sini menikmati nasi kandarnya. Malahan saya sampai ke saat ini apabila ke Teluk Intan sudah pasti akan menikmati hidangan nasi lambai ini.

Menyelerakan !!!!

Menyeberang Sungai Perak

Selepas sahaja mengenyangkan perut di restoran nasi lambai, kami akan pergi melepak di tebingan Sungai Perak. Di tebingan Sungai Perak yang keruh dan berlumpur itu terdapat sebuah jeti yang digunakan oleh bot penambang bagi membawa penduduk kampung di seberang Sungai Perak untuk ke bandar Teluk Intan. Bot penambang ini berulang alik ke seberang dengan mengenakan bayaran tambang Rm0.25 sen sehala rasanya pada ketika itu. 

Kami biasanya akan turut serta naik bot berkenaan untuk perjalanan pergi dan pulang. Lucu juga melihat reaksi orang-orang kampung melihat kami menaiki bot berkenaan tanpa ada apa-apa tujuan. Sebenarnya ia sekadar memberi kami kepuasan. Di Bidor manalah ada bot penambang seperti ini. Seronok mendengar bunyi enjin dan desiran air Sungai Perak. 

Ketika saya sampai ke tebingan Sungai Perak baru-baru ini, perkhidmatan bot penambang ini masih lagi wujud. Cuma harga tambang perjalanan sehalanya sudah naik menjadi RM 0.50 sehala. Masih ada orang-orang kampung yang menggunakan perkhidmatan bot ini. Saya tidak pasti, berapa lamakah perkhidmatan bot ini akan terus bertahan. Saya sempat berbual dengan seorang pakcik tentang perkhidmatan bot penambang ini. Ada riak-riak yang sukar saya mengertikan dari wajahnya. Padanya, sejak dari kecil lagi dia sudah menyeberang Sungai Perak dengan bot penambang. Kalau boleh biarlah sampai dia mati. Saya terkedu dengan jawapannya.

Bot penambang Sungai Perak.

bersambung.....