Selasa, 9 Ogos 2011

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Konsep Nilai 3 diperkenalkan <b>di Sri Iskandar</b>, babit pelaburan <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 11:40 PM PDT

Pertumbuhan ekonomi negeri Perak yang semakin pesat sejak dua tahun kebelakangan ini berjaya menarik minat pelabur untuk memperkenalkan konsep jualan borong Nilai 3, di Bandar Sri Iskandar membabitkan pelaburan bernilai kira-kira RM200 juta.

Konsep Nilai 3 itu juga dijangka meletakkan Perak sebagai pusat jualan borong bagi zon utara selain menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Daerah Perak Tengah.

Projek yang dibangunkan oleh Setia Awan Holdings dan Persatuan Peniaga Nilai 3 itu akan membabitkan kawasan seluas 19.2 hektar dengan pembinaan 222 unit kedai yang juga merupakan sebahagian daripada projek Sri Iskandar Business Centre (SIBC).

Ia dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2012.

Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh, berkata dengan memperkenalkan konsep Nilai 3 di Sri Iskandar, pihaknya menjangka 3 juta pelancong tempatan akan berkunjung ke bandar itu terutamanya dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah.

Katanya, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di Sri Iskandar seperti barangan perhiasan rumah dan pakaian dengan harga yang murah.

"Sri Iskandar Business Centre ialah projek yang dibangunkan di kawasan seluas 32 hektar dengan kos pelaburan RM300 juta yang bakal mewujudkan sebuah bandar baru yang serba moden di Daerah Perak Tengah.

"Selain 600 unit kedai pejabat, projek ini menyediakan kemudahan pasar raya, hotel serta panggung wayang dan tarikan utama orang ramai ke kawasan ini nanti ialah pusat jualan borong Nilai 3 yang kita jangka dapat menarik kehadiran 3 juta pelancong ke Perak pada setiap tahun.

"Kita yakin dengan wujudnya konsep Nilai 3 di Sri Iskandar, ia akan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Bota dan Parit," katanya di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, Marcus dan Pengerusi Persatuan Peniaga Nilai 3, Dr Tee Boon Thiam, masing-masing menandatangani memorandum persefahaman (Mou) bagi menjayakan projek itu yang disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Tee berkata pihaknya berminat untuk bekerjasama dengan Setia Awan Holdings bagi mewujudkan pusat jualan borong di kawasan zon utara Semenanjung Malaysia.

"Kebanyakan produk yang dijual di Nilai 3 diimport dari luar negara seperti Eropah dan China dan kita menawarkan harga borong yang paling murah di negara ini," katanya.

Sementara itu, Zambry berkata projek yang membabitkan kerjasama sektor swasta itu bakal memberi nilai dan tarikan baru kepada Daerah Perak Tengah, khususnya di Sri Iskandar.

Selain itu, ia juga katanya, dilihat akan memberi saingan sengit kepada Daerah Manjung pada masa akan datang.

"Projek ini dibangunkan sepenuhnya oleh sektor swasta dan kita di pihak kerajaan negeri amat mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat yang boleh memberi nilai tambah kepada kawasan sedia ada," katanya.

Ditanya kedudukan projek itu yang jauh dari Lebuhraya Utara Selatan, Zambry berkata, kerajaan negeri mahu pembangunan diagih-agihkan ke serata negeri kerana tidak mahu tertumpu di kawasan Ipoh sahaja.

"Walaupun jauh daripada lebuhraya utama, projek ini terletak  di laluan Ipoh-Lumut yang juga jalan persekutuan dan yang paling utama, ia ialah antara usaha kerajaan untuk memastikan rakyat di serata negeri mendapat nikmat daripada projek pembangunan yang dirancang," katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri tambahnya, akan membangunkan mana-mana kawasan di Perak yang dilihat berpotensi untuk dimajukan demi faedah dan kesejahteraan rakyat jelata

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


shena: Terik di Ipoh , Kabus <b>di Behrang</b> & Kena tag ?

Posted: 11 Feb 2011 04:52 AM PST

Phewww , berpeluh-peluh duduk kat dalam bilik. Ingatkan kat Ipoh dah reda & surut musim panasnya. Ni la manusia. Panas salah , sejuk pun salah. Tak pernah nak bersyukur. Ada je yang nak dicomplaintnye. Tapi memang betul la wohh. Pagi tadi kat behrang berkabus-kabus tebal bagai haa. Rasa macam study kat oversea je. Cakap pun bekepul-kepul asap keluar. Amboi , melampau ! Tengahari pun sejuk lagi. Bila sampai kat Ipoh , tu diaaaa panas nyewwwww ! Yela , maunye tak berkabus kat behrang , keliling hutan kot. Nyaman wohhh. Otak jadi fresh je dok kat sana. Study pun masuk je. Haha ! Okay part yang study masuk tu tipu je. Saja nak hiperbola sikit. Eh , bukan. Saja nak sedapkan hati yang Behrang tu best. Hipokrit gila kau shena. Korang tak caya eh kat sana kabus. Meh sini , aku tunjuk sikittt.
See see , kabus tebal kan. Kan dah cakap tadi. Okay tadi pergi Unit Exam amek transkrip untuk result semester 5. Selesai 1 tugas. Fuhhh. Leganyewwww. Haha ! Sekarang budak rumah aku tengah demam si Anwar Hadi. Tak kenal Anwar Hadi ? Tak tau apa yang Anwar Hadi ni dah buat ? Sila cari di youtube nama beliau. Aku respect dia sebab dia punya point mengarut bernas ! And English dia superb ! Keep it up bro. Mana tahu boleh buat program tv sendiri nanti

Harini aku kena tag dengan si derk kitot. Dah pesan siap-siap siapa tak jawab tag dia dia terasa. cehhh , yola. Aku jawab ye derk.

TAG DARI DERK KITOT;

1) Apa benda yang penting dalam hidup korang?
- Duit ( takde benda ni mati aku. semua guna duit sekarang)
- Lappy
- Facebook ( haha ! jangan nak hipokrit kalau korang ckp benda ni tak penting)
- Shawl (kalau tak pakai shawl rasa lain )

2) Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
- Air Revive berharga RM 2 dekat Tanjung Malim tadi.

3) Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
- Tak pernah terfikir lagi

4) Adakah korang sedang bercinta sekarang?
- No komen , nanti ada orang cakap aku syok sendiri & nak happykan hati sendiri. what the fuck la kan?

5) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
- Apa pasal cinta je ni ? Haiyoooo

6) Novel / buku / majalah terakhir yang dibeli?
- Novel apatah. Tak ingat.

7) Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?
- Zamnah binti Jauhari. Dia sangat special !

8) Adakah korang basuh baju korang sendiri?
- Kat rumah sewa basuh sendiri & kadang Kedai Dobi Ikhwan yang basuhkan. miahaha

9) Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
- Bali please. Derk, tunaikan wishlist aku ehh

10) 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar?
- Soko , take my heart
- Yiruma , kiss the rain
- Ne-yo , one in a million
- Dua mata , menikahlah denganku
- Zhifilia , aisheteru

11) 5 blogger yang korang nak tag ?
- syamira dayana
- adilah syazwani
- siti amnah
- ct syawalhana
- siapa-siapa sahaja !

Oh ye , sebelum mengakhiri tuan punya blog nak tayang muka jap. Lama tak tayang muka kan. Jangan risau I maintain cute je. Miahahahaha. Perasan kau !

Inner shawl baru hokeyyyy , haha nak jugak cakap kan. Okay , that's all for today. bye-bye
p/s ; Entri tiada motif -,-
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Puakajoran.blogspot.com: Banjir Kilat <b>di Trolak</b> Pekan

Posted: 21 May 2011 12:00 AM PDT

Jumaat, 6 Mei, sekali lagi Trolak Pekan dilanda banjir kilat. Banjir terburuk pada tahun ini , setelah banjir besar yang melanda pada tahun 2008. Hujan yang turun berlarutan sejak awal pagi telah menyebabkan beberapa kawasan rendah dan berhampiran sungai Trolak dilanda banjir. Kawasan-kawasan tersebut ialah sebahagian Kampung Kelah Baru, Felda Trolak Selatan, Kampung Batu 4 dan Trolak Pekan. Kuantiti air yang banyak dan turun secara mendadak, gagal ditampung alirannya oleh sungai Trolak walaupun kerja-kerja pendalaman dan pembersihan sungai baru sahaja dilaksanakan.Rumah Pengumpul Sumber Puakajoran Sdr. Saiful@Pak Su turut dinaiki air.Banyak juga peralatan yang tidak sempat diselamatkan.

Rakan-rakan membantu membersihkan rumah saudara Saiful sejurus selepas banjir surut.

Juragan Nizam turut serta.

Bahagian bilik yang masih digenangi air. Boleh ternak ikan keli.....
Ibu Pak Su....orang yang paling bimbang jika hujan lebat dan berlarutan.
Bahagian dapur.
Kelihatan takat air di dinding. Hampir ke paras ketiak Pak Su.



Menurut cakap-cakap penduduk setempat, kejadian banjir kilat yang kerap melanda kawasan ini sejak tahun 2008 disebabkan beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan sekitar sini. Kesan pembangunan tersebut telah menyebabkan beberapa laluan air secara semula jadi telah tersekat. Kesannya, penduduk yang mendiami kawasan rendah mengalami banjir kilat. Ada juga penduduk yang menyatakan aliran air yang tidak terkawal disebabkan kerja-kerja pembalakan di beberapa lokasi, antaranya di kawasan Changkat Belanga dan beberapa lokasi lain. Apapun, segalanya sudah berlaku, tugas kita hanya menghadapi dan pihak-pihak yang berwajib pula cuba mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut agar penduduk yang mendiami kawasan rendah tidak dihantui fenomena banjir kilat setiap kali hujan lebat. Bukan sedikit harga yang perlu dibayar untuk mengejar kemajuan...... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Umi Hafilda <b>di Bagan Datoh</b> ~ Anak Bagan Datoh Online

Posted: 16 May 2011 08:00 PM PDT

Lagi rahsia Anwar dan Azmin didedahkan oleh Umi Hafilda Di Bagan Datoh



 Penerangan isu-isu semasa oleh Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia
 Hadirin mendengar dengan penuh minat
Datuk Hamidah Bersama Ketua Wanita Umno Bagan Datoh Hjh Abaidah
Pendedahan Eksklusif di Bagan Datoh 
Anak BD : Nantikan Video penuh Pendedahan Umi Hafilda di Bagan Datoh
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Blog Kampar Kita: `Balimau Kasai` Upacara Menyambut Ramadan <b>di Kampar</b>

Posted: 21 Jul 2011 11:45 AM PDT

Bangkinang- Usai melaksanakan kegiatan Maawuo di Danau Bokuok yang merupakan kegiatan rutin masyarakat, Kampar kembali menggelar event budaya yang juga menjadi tradisi masyarakat, yaitu acara Balimau Kasai. Acara ini dilaksanakan untuk menyambut datangnya bulan suci Ramadan.

"Acara ini selain termasuk kegiatan budaya dan keagamaan, juga merupakan salah satu kegiatan dalam kalender pariwisata Kampar," ujar kasubdin Pariwisata dan Budaya Dinas Perhubungan Pariwisata dan Budaya Ir H Zamhir Basem MM di Bangkinang, Senin (3/9).

Tahun ini ada peningkatan dari kegiatan Balimau Kasai dari tahun-tahun sebelumnya. Karena acara ini bukan hanya kegiatan sekedar balimau kasai saja namun juga aneka kegiatan lainnya,  seperti lomba sampan hias yag sudah dilaksanakan setiap tahunnya. Juga dilaksanakan kegiatan lomba lain seperti lomba rebana, lomba busana muslim, bazaar dan aneka kegiatan lainnya. "Ini dibuat untuk masyarakat karena pada dasarnya acara ini adalah acara masyarakat," katanya.

Kegiatan Balimau Kasai yang memang setiap tahunnya dilaksanakan masyarakat Kampar, dan ini berlaku di semua kecamatan yang ada di Kampar, hanya saja pemusatan kegiatan ini dilaksanakan di Desa Batu Belah Kecamatan Kampar, dan dihadiri oleh Gubernur Riau dan Bupati Kampar serta para pejabat.

Balimau Kasai yang dipusatkan di Desa Batu Belah yang berjarak sekitar 6 km dari Bangkinang. Acara Balimau Kasai ini sendiri merupakan gabungan dari budaya Hindu dan Islam.
Masih Pantaskah Bangkinang Kota Beriman Kalau menyambut Bulan suci Ramadhan masih menyelenggarakan tradisi dari agama Hindu...?????????

Sumber : Riau Pos
Kredit foto : Koleksi Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Bercuti <b>di Bukit Merah</b> Lake Town | Nurita Zakaria

Posted: 01 Jul 2011 08:36 AM PDT

Entri terlambat sebenarnya memandangkan dah pergi Bukit Merah ni awal Jun lepas. Tapi, still nak update juga lah kan ke blog untuk tatapan readers sekalian.
Pergi holiday dengan member-member U : fatin, bed, ika dan tia murad.
Gerak dari U awal juga pagi-pagi. Mula-mula perancangan lepas subuh nak gerak, tapi nama pun janji manusia, last-last around 8.30 pagi macam tu baru lah gerak ke Bukit Merah. 
Sampai je dalam pukul 10 ke 10.30 pagi. Sedang cun lah orang pun ramai juga memandangkan tengah public holiday.
Nah NZ tepekkan picture masa pergi sana.



Nak kata best sangat macam tak kot. Sebab NZ rasa tak lah seronok sangat. Tapi memandangkan first time pergi sana not bad la.
Entri seterusnya nanti NZ cerita pengalaman makan mee udang banjir dekat Kuala Sepetang. Tunggu!!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Peniaga ditemui mati dalam kejadian samun

Posted: 07 Aug 2011 01:30 AM PDT

7 Ramadhan 1432H. [MOD] -

IPOH: Seorang peniaga ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Taman Buntung Ria, Menglembu di sini awal, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata mangsa Looi Kim Loong, 67 ditemui mati pada jam 2.10 pagi oleh ahli keluarganya
yang kemudian melaporkan kepada polis. Beliau berkata, ketika kejadian isteri dan anaknya yang tidur di bilik lain yang tidak cedera, mendengar bunyi bising dan apabila mereka masuk ke bilik
mendapati mangsa sudah terbaring.

"Hasil pemeriksaan, polis mendapati pintu rumah tidak berkunci ketika kejadian berlaku, terdapat kesan kecederaan di bahagian leher mangsa dipercayai
ditikam dengan objek tajam dan mayat itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dzuraidi berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di nombor telefon 05-2451222 untuk
membantu siasatan.

Ia katanya, adalah kes bunuh ketiga di Perak dalam tempoh seminggu.

Semalam, seorang warga emas, Teoh Ah Nya@Teoh Kooi Lan, 73 ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Tanjung Piandang,
Parit Buntar.

Seorang lagi mangsa bunuh membabitkan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, ditemui mati dipercayai dibunuh di
pangsapurinya di Tambun Khamis lalu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Kemalangan Maut <b>di Tapah</b> : Isteri seorang anggota polis PGA antara <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 05:46 AM PDT

No of View :318

Isteri seorang anggota polis Pasukan Gerak Am (PGA) adalah antara dua yang maut dalam dua kemalangan di Tapah semalam dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata Normala Abdullah, 39, terbunuh apabila dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika menunggu bas dalam kejadian di Km 64 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku kira-kira 6.45 petang semalam apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun gagal dikawal dan merempuh Normala yang berdiri di tepi jalan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya suami Normala adalah anggota PGA yang bertugas di Bidor.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jambatan di Km 73 jalan yang sama, sebelum terbalik.

Kejadian berlaku kira-kira 11.15 pagi tadi ketika Anuar Abdul Aziz, 43, yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bidor.

Anuar maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas tesepit di bawah lori, katanya. -BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anak Seberang: Kisah Doktor PAS <b>Di Tapah</b> Yang Buka Klinik <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 12:30 AM PDT

AS bawakan emel yang diperolehi dari APC tentang seorang doktor PAS yang membuka klinik di Tapah yang pernah menjadi calon bertanding DUN di Parlimen Tapah pada PRU2008 tempohari. Doktor PAS ni didakwa menjual pil khayal di premisnya dan menjual kepada orang Islam terutamanya.

Dihari baik, bulan baik ini AS tanpa sebarang tuduhan atau dakwaan menyerahkan sendiri kepada para pembaca untuk menilaikan kebenaran perkara ini sendiri.


"Ni aku nk sembang sikit pasal si calon PAS kat kawasan Tapah ni.Dia ni Doktor,ada klinik kat Tapah.

Okay, berkenaan doktor tu dia ni memang kuat Pas kat area Tapah ni semua dok hormat kat dia apsal dia PAS je pun tapi disebaliknya orang Melayu Islam sendiri kat Tapah tak tau yang dia kat Klinik dia dok jual "kodek" dengan "nospan".Ala kira pil khayal jugak ah dulu femes dok kuar kat TV3.

Masalahnya dia dah tau benda tu tak elok tapi lagi dia mau jual kat orang Melayu terutamanya,orang yang beli tu pun banyak gak kawan-kawan aku.Memang rosak habis ah.
Aku tak tau nk buat macamana bagi dia ni kantoi.Aku dah sampai tahap tak leh terima dah apa dia buat tu.

Kalau korang rasa-rasa ada idea macamana nk tolong aku ni bagus jugak biar rakyat tau dia ni mcm mna.PAS konon,haktuihh.
Okay lah,tu je aku nk cerita sebab dah tak tau kat mna lagi nk cerita benda ni.Assalamualaikum - alel lela"

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

pencolor: Kembar Upin dan Ipin <b>di Tapah</b>?

Posted: 05 Aug 2011 01:49 AM PDT

Fuhh !!! hengat kat TB je ada Upin dan Ipin. Hengat Tapah aku takdak ka? Tapi ni versi len la. Versi OA la. Wahaha !!! tapi yang paling kelaka bila aku nengok gelagat dieorang.
 Yang budak ada rambut tu ala2 ada sifat bertanggungjawab la. Wehh siap pegang okeh budak si botak ni. Fine !!! dia macam taiko sangat ke nak protect budak butak tu?? Tapi tang tu lah yang kelaka nya. Haha dieorang memang best friend gamaknya. Nak g toilet siap berpeluk2 okeh. Sila jangan nak fikir di luar batasan okeh. Bulan pose nih. Sila jernihkan pemikiran anda. Dieorang idoklah ala2 ke-gay-an hitu tapi kawan2 la derr.

Kalau dalam kelas tuh memang nak duk sebelah2 la kan. Adhoii !!! paling comel ke? Ahh layan kan aje. Dah tu je stok yg hado. Asal boleh je lah. Penghibur luka lara den. Tapi yang si botak ni agak shy2 cat la. Kalau aku nanye petai ada ke idok yang duk menjawab budak yg ada rambut ni. Mula la kan aku pun nak tunjuk taiko aku pulak


 "kamu ni bisu ke ? tak pun lupa bawak mulut g sekolah ari ni? "


 huh aku pun kuarlah ayat macam bagus kan. Tapi memang funny la dieorang ni. Sweet je aku tengok. Pendek pun macam kartun Upin Ipin tuh. Wahah !!! mereka sudah year 4 kot. Seharusnya sudah sama tinggi ngan aku kan. Tapi tu  lah dia, terbantut gamaknya macam cikgu eah.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


MOH...KITE LAWAN YEOP!!!: Video Ceramah Anwar <b>di Gerik</b>: Lagi di <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2011 11:29 PM PDT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


SharpShooter: B-end pengsan <b>di</b> Bukit <b>Tambun</b>

Posted: 17 Jul 2011 06:21 AM PDT

Malam ini di Kg Valdor, masyarakat Cina memberi sokongan luar biasa di Majlis Makan Malam Keadilan Batu Kawan.

TKM 1 Dato Mansor Othman, YB Lee Boon Chai, YB Law Choo Kiang, YB Ong Chin Wen dan Siti Aishah Ketua Srikandi Malaysia adalah penceramah yang dijemput untuk berucap.

Siti Aishah membidas Rosmah tentang isu cincin berlian, mana mungkin itu adalah duit tabungan Rosmah, jika sehari seribu ringgit Rosmah simpan sejak dari kecil, ketika Rosmah berumur 50 tahun duit baru terkumpul RM18 juta. Nak bohong pun agak-agaklah Rosmah.. Rakyat tak bodoh sekarang.

YB Lim Boon Chai pula memakai baju KUNING bertulis KOTOR..itu sindiran buat umporno b-end..hahaha memang KOTOR umporno b-end..

Dengan sambutan luar biasa masyarakat Cina, P.Pinang mampu Pakatan Rakyat pertahankan dan InsyaAllah putrajaya akan dapat ditawan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Aina Emir... dari mata dan hatiku: Dari <b>Lenggong</b> Ke Lenggeng

Posted: 24 Jul 2011 06:33 PM PDT



Imej di Tasik Raban (cilok dari blog orang)

Salam semua,

Semoga semua berada dalam keadaan yang baik-baik hendaknya. Tiga hari saya tak update blog ini. Kebetulan pada hari Jumaat, saya telah menemani suami ke Perak, iaitu di kawasan Lenggong. Mungkin ramai yang tak tahu di mana terletaknya pekan Lenggong.

Lenggong ialah sebuah pekan kecil yang terletak di antara Kuala Kangsar dan Grik. Memang dah lama benar saya tak ke sana dan bila berkesempatan untuk berada di kawasan itu, saya pun meronda-rondalah. Teringat kepada nostalgia lama ketika bersama teman-teman sekolah berpuluh-puluh tahun yang lalu. Ramai juga kawan-kawan saya yang berasal dari Lenggong dan kawasan sekitarnya seperti Sauk, Raban, Chenderoh dan Lawin.

Saya pergi ke kawasan Tasik Raban dan memang best sangat kawasan tu. Tak macam dulu-dulu. Ada chalet dan resort dan 'full house' pulak tu! Kami sempat juga ke kawasan Lata Kekabu, mestilah ada air terjun kan?

Sebenarnya kami ke Kampung Beng, ada kenduri dan kami bersama-sama orang kampung makan kenduri kerbau masak rendang, kambing masak kurma dan ayam kampung goreng. Siap ada tempoyak dengan ikan kering lagi. Adoi mak, memang kena betul dengan selera saya!

Saya dan suami sempat melancong ke kawasan Grik dan terus ke Pulau Banding, cuma tak sempat ke Hutan Belum aje. Kami ronda-ronda dan relaks. Berhenti solat dan beli-beli buah-buahan tempatan. Ada timun betik (Mesti ramai yang tak tahu nama buah ni), ada tembikai comel, ada durian dan paling banyak ialah pisang. Semua jenis pisang ada.

Kami tidur di Lenggong, tetapi masa nak balik tu, kami singgah juga di Kuala Kangsar. Takkan tak singgah kot, itulah kampung saya walaupun dah tak ada siapa-siapa di sana. Pekan Kuala pun dah banyak berubah wajah. Saya ke sekolah saya dan juga ke sekolah suami saya. Yang wajib ialah pergi makan laksa dengan cendol kat tepi sungai. Lepas tu pergi beli roti Double Lion (Orang Kuala aje yang tahu). Dapat juga beli apam daun pisang dengan putu Perak. Memang puas hati, beb!

Adoi... akhirnya tinggal lah Perak dan kami terus balik ke Negeri Sembilan. Siapa sangka, kan... saya tak pernah bayangkan yang sekarang ini saya dah berkampung di Negeri Sembilan. Siap saya ada tanah di kawasan Lenggeng. Itulah yang saya katakan dari Lenggong ke Lenggeng, bunyi nak macam sama aje, tapi negerinya lain-lain. Dulu saya bermain di Lenggong, kini saya berubah tanah pula dan bermain di Lenggeng!

Apa pun, bagi saya, Lenggong dan Lenggeng merupakan latar yang indah. Ada gunung, ada sungai dan ada orang kampung yang baik-baik belaka. Alhamdulillah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Program <b>di</b> Perak: Edar Risalah <b>di</b> Tualang Sekah dan Ceramah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 23 May 2011 01:22 AM PDT

Dr Tan bersalaman bersama Sdr Adenan

Dato Dr Tan Kee Kwong telah dijemput untuk mengadakan program penerangan dan bertemu pengundi di Dun Tualang Sekah, Perak, pada 7 Mei lalu. Program yang diadakadi Pekang Kampung Baru Chenderong ini turut disertai oleh pimpinan setempat dan calon Keadilan yang bakal bertanding di Dun berkenaan, Adanan Talib.

Dr Tan meluangkan masa selama dua jam untuk bersalaman dan mengedarkan risalah bersama pengundi dan pertemuan bersama jentera parti.

Bersama YB Chan Ming Kai

Dr Tan bersama penduduk setempat

Pada sebelah malam pula, Dr Tan dijemput berceramah di hadapan kira-kira 100 hadirin di Pekan Batu Gajah. Ceramah berkenaan turut dihadiri oleh Adun Kuala Kurau, Yunus Jamsari dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Chegubard.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.